Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA CADANGAN

KEM BESTARI MATEMATIK DAN SAINS TAHUN 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PINANG TUNGGAL PULAU PINANG

1.0 PENDAHULUAN

Berpandukan kepada matlamat dan Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu ‘satu usaha berterusan
dalam memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu’, pendekatan yang
hanya tertumpu kepada sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di sekolah dilihat masih belum cukup
untuk mempersiapkan murid dengan pelbagai bentuk penilaian khususnya UPSR. Oleh itu, inisiatif
tambahan dengan melaksanakan program atau kem merupakan satu usaha yang berterusan dan
bersepadu oleh pihak guru bagi memastikan kejayaan murid dalam bidang khususnya Matematik dan
Sains dapat diperkembangkan dengan lebih baik.

2.0 RASIONAL

Antara rasional program ini untuk diadakan adalah untuk memberikan pendedahan yang khusus
kepada murid-murid Tahun 6 berkenaan dengan teknik menjawab soalan peperiksaan yang tertumpu
kepada bentuk soalan Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
bagi matapelajaran Sains dan Matematik. Melalui bengkel dan teknik menjawab Skor A murid akan
mendapat lebih peluang untuk bersoal jawab dan melakukan perbincangan bagi meningkatkan lagi kualiti
pengetahuan murid-murid Tahun 6

Selain itu, melalui perancangan program ‘Fun & Run 4 Career’, peserta yang terlibat akan
mendapat lebih pengetahuan dan pendedahan tentang aplikasi matematik dan sains dalam bidang
kerjaya dengan cara yang menyeronokan. Secara tidak langsung, melalui aktiviti ini juga peserta yang
terlibat akan terbimbing untuk berfikir dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi semasa mengikuti aktiviti
yang telah dirancang.

3.0 OBJEKTIF

Antara objektif utama yang cuba diketengahkan dalam program ini adalah:

I. Murid Tahun 6 berupaya untuk menjawab soalan Matematik dan Sains dengan pelbagai
pendekatan dan prosedur yang betul.
II. Mempelajari ilmu berkaitan dengan Matematik dan Sains melalui aktiviti pembelajaran stesen
dan “fun learning”.
III. Meningkatkan nilai kerjasama dan merapatkan hubungan dalam kalangan murid-murid Tahun 6.
4.0 TEMPOH DAN TEMPAT PERLAKSANAAN PROGRAM

Tempoh : 8.00 pagi hingga 4.30 petang (1 hari )

Tarikh : 16 April 2016 (Sabtu)

Tempat : Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal Pulau Pinang

5.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran yang telah ditetapkan adalah kepada semua murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Pinang
Tunggal Pulau Pinang.

BIL Kelas Lelaki Perempuan Jumlah


1 6 USM 12 21 33
2 6 UKM 12 21 33
3 6 UPM 17 12 29
4 6 UTM 20 0 20
Jumlah 62 54 115

6.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : En. Abd Rahin bin Ahmad

Pengerusi : En. Anuar bin Abd Majid

Naib Pengerusi : En. Zulkifli bin Muhammad

Setiausaha : Pn Norazila binti Liman

Pen Setiausaha : En. Ahmad Shahide bin Ruslan

Penyelaras Projek : En. Wan Idzham bin Wan Mashom

Penolong Penyelaras : Pn. Noorhafiza binti Abu Bakar

: En. Ahmad Syazwan bin Khair Johari

: Cik Jeevitra A/P Sentna Raja

: Cik Revathi A/P Neelamagam


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Jenis Perbelanjaan Kos Pengiraan anggaran kos Jumlah (RM)


1 Makanan Minum Pagi RM 3.00 RM3.00 x 116 orang murid RM 348.00

2 Makanan Tengah Hari RM 5.00 RM5.00 x 116 orang murid RM 580.00

3 Minum Petang RM 2.00 RM2.00 x 116 orang murid RM 232.00

4 Aktiviti Kumpulan:
Fun & Run 4 Career
 Zon Chef : Pencipta RM 5.00 x 4 botol kordial RM 20.00
Minuman. RM 3.00 x 3 Gulung kertas RM 9.00
 Zon Dekorator: Pelan majong
Rumah Baru RM 0.50 x 16 gulung kertas RM 8.00
 Zon Pakar Kesihatan: BMI warma
saya
 Zon Pereka Fesyen: Fesyen
Abad-21

Jumlah Anggaran Perbelanjaan Kos RM1197.00

Perbelanjaan di atas adalah diambil daripada daripada sumber kutipan RM10 bagi setiap orang murid
yang menjadi peserta dalam Kem Sains dan Matematik ini. Sebahagian lainnya perbelanjaan disasarkan
akan menggunakan sumber kewangan Panitia Matematik dan Sains.

8.0 PERANCANGAN TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI TINDAKKAN


8.00 Bengkel Skor A Matematik Semua guru matematik
9.45 Minum pagi Guru panitia sains
10.00 Bengkel Skor A Sains Semua guru Sains
12.00 Rehat/ Makan Tengah Hari / Solat Shahide
Syazwan
Revatih
Jeevitra
Wan Idzham
Norazila
Zulkifli
Murniza
2.00-4.00 Fun & Run 4 Career Shahide
- Zon Chef : Pencipta Minuman. Syazwan
- Zon Dekorator: Pelan Rumah Baru Revatih
- Zon Pakar Kesihatan: BMI saya Jeevitra
- Zon Pereka Fesyen: Fesyen Abad-21
Semua guru sains dan
matematik
4.00 – 4.30 Ucapan penutup dan Penyampaian hadiah/ Pentadbiran Sekolah
minum petang/ bersurai

8.00 pagi : Bengkel Skor A Matematik

9.45 pagi : Minum Pagi

10.00 pagi : Bengkel Skor A Sains

12.00 tengah hari : Rehat/ Makan Tengah Hari / Solat

2.00 petang : Fun & Run 4 Career

- Zon Chef : Pencipta Minuman.

- Zon Dekorator: Pelan Rumah Baru

- Zon Pakar Kesihatan: BMI saya

- Zon Pereka Fesyen: Fesyen Abad-21

4.00 petang : Ucapan penutup dan Penyampaian hadiah

4.30 petang : Minum petang/ Bersurai.

9.0 PENUTUP

Melalui program seperti ini dharapkan murid-murid akan dapat menimba pengalaman dan juga
mempelajari sesuatu yang berbeza dengan suasana suasana yang berbeza dengan pembelajaran di dalam
bilik darjah. Oleh itu, besar harapan agar kertas kerja cadangan program ini dalam dipertimbangkan
dengan sewajarnya

DILULUSKAN OLEH:

.............................................

(EN. ABD RAHIN BIN AHMAD)

GURU BESAR

SK Pinang Tunggal Pulau Pinang


PROGRAM ‘ FUN & RUN 4 CAREER”
BUTIRAN MASA PROGRAM

Tarikh : 23 April 2016

Masa : 2.00 petang – 4.00 petang

Tempat : Sekolah Kebangsaan Pinang Tunggal.

PERANCANGAN AKTIVITI.

Bil Zon Kerjaya / Keterangan Objektif / Matlamat Catatan


1 Zon Chef : Pencipta Minuman. Melihat hubungan dan  Kordial Pelbagai
 Peserta akan mencipta minuman perbezaan antara rasa dan Perisa
Kordial perisa baru dengan kuantiti sukatan yang  Cawan dan gelas
menggunakan kordial sedia ada. digunakan. kecil

Lokasi : Kantin
2 Zon Dekorator: Pelan Rumah Baru Meningkatkan kemahiran  Kertas Graf saiz A3
 Peserta akan diberikan dengan spartial dan kemahiran  Katalog Perabot
sebuah pelan rumah dengan dalam pengurusan  Bil Perbelanjaan
ruangan tertentu. kewangan.
 Sejumlah bajet diberikan dan murid
perlu mengkonstruk dan
menggunakan ruang keluasan
rumah dengan kos yang optimum
dengan barangan perabot rumah
yang dijual Lokasi : Bengkel KH
3 Zon Pakar Kesihatan: BMI saya Melihat berhubungan berat  Penimbang Berat
 Murid diberikan peluang untuk badan, ketinggian dengan  Penguruk
menimbang berat dan mengukur aspek kesihatan fizikal yang ketinggian
berat badan. baik.  Info BMI
 Murid akan mengira dan Membaaca dan
mendapatkan keputusan melalui mendapatkan maklumat
Analisis BMI yang diberikan. melalui data dan statistik
BMI Lokasi : Anjung ilmu
4 Zon Pereka Fesyen: Fesyen Abad-21 Menggunakan krativiti  Gam
 Murid akan menggunakan bahan yang ada untuk  Surat khabar
yang tersedia seperti kertas surat mengaplikassi bentuk yang  Kertas minyak
khabar dan memperagakan fesyen telah dipelajari.  Draf Fesyen
terkini.

Lokasi : Dewan terbuka

Anda mungkin juga menyukai