Anda di halaman 1dari 1

Sekapur Sireh

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya saya dapat meneyiapkan satu folio yang diamanahkan kepada saya dengan jayanya mengikut masa yang ditetapkan.Selawat dan salam juga ke atas Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Di kesempatan ini, ingin saya rakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sains yang banyak memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada saya dan rakan-rakan tanpa bosan dan jemu, walaupun berbagai ragam dan karenah kami semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Tahniah dan terima kasih cikgu... Penghargaan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya yang turut menyumbangkan idea dan buah fikiran serta memberi semangat dan tunjukajar dalam membuat folio ini.Tidak lupa juga kepada semua rakan-rakan sekelas yang banyak memberi sumbangan idea dan buah fikiran kepada saya dalam menyediakan dan menyiapkan folio ini. Semoga segala bantuan dan bimbingan dari cikgu akan memberikan satu suntikan semangat dan inspirasi kepada saya dalam mengharungi dan menghadapi liku-liku dan cabaran dalam pendidikan global. Terima kasih semua....

Ikhlas dari: Nur Zatul Izzah binti Zulkiffli Tingkatan 1 Darul Salam SMKA Sik.

Anda mungkin juga menyukai