Anda di halaman 1dari 85

Bidang

Akademik

Tajuk

Orientasi Mata Pelajaran - Kepentingan Mata Pelajaran

Objektif

Murid dapat:
1. Memberi maklumat tentang kepentingan mata pelajaran.
2. Meningkatkan motivasi dan minat belajar kepada setiap murid.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas A4

Langkahlangkah

Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut beberapa
mata pelajaran yang mereka pelajari.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan
beberapa mata pelajaran yang mereka pelajari.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling berbincang tentang kepentingan
setiap mata pelajaran.
3. Murid menyenaraikan beberapa kepentingan mata pelajaran yang
dipelajari.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menjelaskan kepentingan setiap
mata pelajaran:
i. Bahasa Melayu
ii. Bahasa Cina
iii. Bahasa Tamil
iv. Bahasa Inggeris
v. Matematik
vi. Sains
vii. Agama Islam
viii.
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan

viiii.
x.
xi..
xii.

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Kemahiran Hidup
Kajian Tempatan
Pendidikan Seni dan Visual
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

Murid dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya satu kepentingan


bagi setiap mata pelajaran.

Pendedahan tentang kepentingan setiap mata pelajaran


membolehkan murid memperoleh kemahiran asas, ilmu pengetahuan
dan nilai-nilai murni.
Ilmu Pelita Hidup.

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Belajar : Membina Peta Minda

Objektif

Murid dapat:
1. Mengenal peta minda.
2. Membina peta minda mengikut kreativiti.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kad Manila, Lampiran A/5A, A/5B, A/5C.

Langkahlangkah

Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa contoh peta
minda kepada murid. Guru bersoal jawab secara lisan berdasarkan
contoh gambar yang diperlihatkan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan asas untuk
membina peta minda iaitu persediaan bahan seperti kad
manila/kertas, alat tulis, pensel warna magic pen dan sebagainya.
(Rujuk lampiran A/5A) .
2.Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi satu petikan (Lampiran
A/5A) dan membimbing murid mencari isi-isi penting.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan beberapa contoh
peta minda (lampiran A/5B) dan meminta setiap kumpulan
menyediakan peta minda masing-masing.
5. Setiap kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
masing-masing dan ahli kumpulan yang lain boleh memberi pendapat.

Penilaian

Melalui peta minda yang dihasilkan oleh setiap kumpulan.

Rumusan

Teknik membaca yang betul dapat membantu murid mencari isi


penting.

Falsafah

Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain.

LAMPIRAN A/5A
HOBI SAYA
Setiap orang mempunyai hobi. Hobi merupakan satu aktiviti yang
dilakukan pada masa lapang. Hobi saya bermain bola sepak.
Saya bermain bola sepak setiap petang hari Sabtu dan Ahad pada jam 5
petang. Saya selalu bermain bola sepak di padang Sekolah Kebangsaan (Felda)
New Zealand bersama-sama Amad, Raju, Siva dan Tong.
Bermain bola sepak dapat merapatkan hubungan saya dengan rakanrakan saya di samping menyhatkan tubuh badan. Saya berasa gembira semasa
bermain bola sepak bersama rakan-rakan saya.

LAMPIRAN A/5B

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Belajar : Kemahiran Membaca

Objektif

Murid dapat membaca secara skimming (sepintas lalu) dan


scanning (bacaan pantas).

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Buku teks atau majalah

Langkahlangkah

Set induksi :Guru Bimbingan dan Kaunseling menggayakan


beberapa aksi
membaca seperti gaya membaca berita
televisyen, gaya membaca sambil berjalan atau duduk.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi senaskah majalah /
buku kepada murid dalam kumpulan kecil.
2. Murid diminta untuk menerangkan kandungan buku atau
majalah yang diperoleh sepintas lalu.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan konsep
membaca secara skimming ( sepintas lalu ).
(Definisi skimming) : Memberi tumpuan idea penting setiap
perenggan / mendapatkan gambaran umum dari bahagian
pengenalan, isi kandungan, tajuk utama dan rumusan akhir.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat
latihan membaca secara skimming untuk mendapatkan maklumat
dan isi kandungan dalam buku / majalah yang diberi.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan konsep
membaca secara scanning ( sekali imbas ).
(Definisi scannning): membaca pantas sambil memberi tumpuan
kepada maklumat yang dicari.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid membuat

latihan membaca secara scanning untuk mendapatkan maklumat


dan isi kandungan dalam buku / majalah yang diberi.
Penilaian

Murid boleh mencari maklumat menggunakan teknik bacaan


secara skimming dan scanning.

Rumusan

Teknik membaca yang betul boleh membantu proses pembelajaran


secara berkesan.

Falsafah

Banyak membaca ilmu berganda.

* Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menguasai kemahiran membaca secara


skimming dan scanning sebelum mengendalikan modul ini.

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mendengar ( Proses Mendengar )

Objektif

Murid dapat :
1. Menyatakan secara lisan mengenai apa yang telah didengar.
2. Menjalankan aktiviti yang direncanakan dalam proses
mendengar.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kad lipat, artikel pilihan guru

Langkahlangkah

Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menyanyikan lagu Burung Kakak
Tua.
Murid memberi maklum balas terhadap aksi guru.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih 5 orang murid secara
rawak.
2. Murid diminta memilih satu keping kad berlipat.
Contoh :

kucing
3. Murid mengajuk bunyi haiwan yang tertulis dalam kad dan
murid-murid lain meneka bunyi tersebut.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang langkahlangkah dalam proses mendengar:
Proses Mendengar

i. Dengar
ii. Faham
iii. Buat catatan
iv. Maklumbalas
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membaca sebuah artikel dan
murid diminta mengulang semula maklumat yang dibacakan tanpa
membuat catatan.
6. Artikel dibacakan sekali lagi dan murid dibenarkan membuat
catatan atau bertanya soalan.

Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang cara


mendengar berkesan.

Penilaian

Murid dinilai melalui maklumbalas yang diberikan.

Rumusan

Kemahiran mendengar adalah salah satu proses yang berterusan.

Falsafah

Mendengar Dengan Mata Hati Dan Telinga

10

Bidang

Akademik

Tajuk

Kemahiran Mencatat Nota ( Isi Penting )

Objektif

Murid dapat mencatat nota dalam bentuk isi penting.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Keratan akhbar

Langkahlangkah

Set Induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar muka
hadapan akhbar dan meminta murid memberi pendapat.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan cara untuk
membuat catatan tentang isi-isi penting dengan memilih:

Tajuk yang jelas

Ayat yang mudah difahami

Maklumat yang ringkas dan tepat.

2. Murid diminta memilih salah satu tajuk utama daripada keratan


akhbar dan mencatat isi penting.
3. Murid diminta membentangkan hasil tugasan mereka.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling memilih hasil pembentangan
yang terbaik dari murid untuk dicontohi dan dipamerkan.
Penilaian

Murid dapat menghasilkan teknik mencatat nota dengan baik.

11

Rumusan

Murid boleh menggunakan kemahiran mencatat nota dalam proses


pembelajaran mereka.

Falsafah

Ringkas, tepat dan padat.

12

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Pekerjaan Sekelilingku

Objektif

Murid dapat menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan yang ada di


persekitaran mereka.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran K/5A

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan gambar-gambar yang
berkaitan dengan pekerjaan (Lampiran K/5A).
1. Murid menyenaraikan jenis-jenis pekerjaan di persekitaran mereka.
2. Murid membina 4 kumpulan kecil dan setiap kumpulan perlu
melakonkan satu pekerjaan dalam masa 3 minit.
3.Perbincangan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling dengan murid
tentang persembahan lakonan tadi.

Penilaian

Murid dapat mengenalpasti bidang-bidang kerjaya.

13

Rumusan

Falsafah

Mengenalpasti dan menimbulkan minat murid dalam sesuatu kerjaya.

Bekerja sebagai satu ibadah.

LAMPIRAN K/5A

Arahan : Senaraikan pekerjaan yang terdapat di persekitaran kamu.

BIL

JENIS PEKERJAAN

1
2
3
4
5
6
7

14

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Kerjaya Masa Kini

Objektif

Murid dapat :
1. Menyenaraikan 5 hingga 10 kerjaya yang terkini.
2. Mengetahui tentang sesuatu bidang kerjaya .

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas A4 , Edaran maklumat , lampiran K/5B dan Gambar.

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bercerita tentang kerjaya-kerjaya
masa kini kepada murid-murid.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan contoh gambar
yang berkaitan dengan kerjaya.
2. Murid meneka kerjaya berkaitan dengan gambar.
3. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut kategori:

15

Makan Gaji (Penjawat awam/Swasta)

Kerja sendiri

4. Murid dikehendaki menyenaraikan kerjaya-kerjaya di atas.


5. Wakil setiap kumpulan diminta membuat pembentangan hasil
perbincangan.
6. Guru Bimbingan dan Kaunseling serta murid membuat rumusan.

Penilaian

Murid dapat mengkategorikan jenis pekerjaan .

Rumusan

Murid dapat mengetahui pelbagai jenis pekerjaan yang boleh diceburi


pada masa kini mengikut minat masing-masing

Falsafah

1. Terdapat banyak pekerjaan baru pada masa kini yang sesuai


dengan keperluan kehidupan moden .
2. Dunia pekerjaan begitu luas untuk diceburi.

16

LAMPIRAN K/5B
Contoh kerjaya

17

LAMPIRAN K/5C
Arahan : Senaraikan bidang kerjaya mengikut kategori

MAKAN GAJI

BEKERJA SENDIRI

1. ..

1. ..

2. ..

2. ..

3. ..

3. ..

4. ..

4. ..

5. ..

5. ...

6. ..

6. ...

7. ..

7. ..

18

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Kerjaya Impianku

Objektif

Murid dapat menyatakan hasrat dan mengenalpasti pilihan kerjayanya


di masa hadapan .

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kad aktiviti, lampiran K/5D dan alat tulis

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang maksud citacita.
1. Murid bercerita secara lisan tentang cita-cita yang diminati kepada
murid yang lain dan menerangkan cara untuk mencapai cita-cita
tersebut.
2. Murid-murid lain mengajukan beberapa soalan yang berkaitan

19

dengan apa yang disampaikan.


3. Murid diberikan lampiran K/5D dan menjawab soalan-soalan yang
diberi.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang citacita kerjaya murid tersebut dan guru memberi peneguhan positif.

Penilaian

Murid dapat mengenalpasti kerjaya yang diminatinya.

Rumusan

Individu yang berjaya semestinya mempunyai matlamat dan cita-cita.

Falsafah

1. Setiap individu mempunyai matlamat dan cita-cita.


2. Berusaha mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri
untuk mencapai sesuatu perkara.

20

LAMPIRAN K/5D
Jawab soalan-soalan yang berikut
1. Cita-cita saya ialah
a. ________________________________________________________
b. ________________________________________________________
c. _______________________________________________________________
d. _______________________________________________________________
2. Saya meminati cita-cita tersebut kerana
a. ________________________________________________________
b. ________________________________________________________
c. ________________________________________________________
d. ________________________________________________________

21

3. Cara yang saya lakukan untuk mencapai cita-cita ialah


a. _______________________________________________________
b. _______________________________________________________
c. _______________________________________________________
d. _______________________________________________________
4. Nilai-nilai yang perlu ada pada saya untuk mencapai cita-cita tersebut.
a. _______________________________________________________
b. _______________________________________________________
c. ______________________________________________________
d. ______________________________________________________

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Ujian Minat Kerjaya

Objektif

Murid dapat :
1. Mengenal pasti bidang kerjaya yang diminati berdasarkan bakat.
2. Mengetahui bidang kerjaya yang diminati bersesuaian dengan
personaliti diri sendiri.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Instrumen ujian minat kerjaya Rothwell-Miller (Lampiran K/5E, K/5F,


K/5G), gambar-gambar pekerjaan.

Langkah-

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan gambar tentang
22

kepelbagaian pekerjaan kepada murid.


langkah
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan kepada
murid berhubung dengan instrument yang diberikan.
2. Murid menjawab soalan berdasarkan instrumen tersebut.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat interpretasi terhadap
dapatan ujian.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat kesimpulan berkaitan
ujian minat kerjaya yang telah diberikan.

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Murid dapat menjawab soal selidik minat kerjaya.

Murid mengenal pasti minat kerjaya.

1. Murid menyayangi diri dan mengetahui bidang yang diminati.


2. Melahirkan rasa syukur dengan anugerah bakat potensi dan
kemahiran.
3. Murid dapat menjawab soalan secara jujur dan telus.

Catatan : Rujuk soal selidik minat kerjaya Rothhwell-Miller

23

24

25

26

JADUAL
KATEGORI

Bil.

1. Kerja Luar

2. Mekanikal

3. Pengiraan

4. Saintifik

5. Bujukan

6. Estatik

7. Sastera

8. Muzik

9. Perkhidmatan
Sosial
10. Perkeranian
11. Praktikal
12. Perubatan

A
[
]

KOTAK
E
F

JUMLAH

TERTIB

[
]
[
]
[
]
[
]
[
]
[
]
[
]
[
]

10
11
12

27

Bidang

Kerjaya

Tajuk

Aku Seorang ..........?

Objektif

Murid dapat :
1. Menyatakan jenis pekerjaan.
2. Mencatat maklumat tentang kerjaya yang dibincangkan dalam
bentuk peta minda.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas mahjung dan alat tulis

Langkahlangkah

Set Induksi :
Beberapa orang murid diminta berlakon secara spontan di hadapan
kelas tentang pekerjaan yang mereka minati .
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menyoal murid berkaitan kerjaya
yang dilakonkan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang kerjaya yang
dilakonkan.
3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil untuk
perbincangan tentang kerjaya ahli keluarga mereka.
4. Murid mencatat maklumat kerjaya tersebut pada kertas mahjung
dalam bentuk peta minda.
5. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka.

Penilaian

Murid dapat mencatat maklumat kerjaya dalam bentuk peta minda.

28

Rumusan

Falsafah

Terdapat pelbagai jenis kerjaya dan setiap kerjaya mempunyai


peranan masing-masing.

Sabar dan tekun penentu kejayaan.

29

Bidang

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

30

Tajuk

Aku Anak Cemerlang

Objektif

Murid dapat :
1. Menyedari peranannya sebagai murid yang ada potensi diri untuk
cemerlang.
2. Bertanggungjawab terhadap diri untuk mencapai kecemerlangan.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran PS/5A .

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid yang pernah
mendapat
tempat pertama dalam peperiksaan untuk dijadikan
sebagai contoh murid yang cemerlang.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab secara lisan dengan
murid tentang ciri-ciri murid cemerlang.
2. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan
diminta melantik pengerusi dan pencatat. Murid diminta
menyenaraikan
apakah peranan dan tanggungjawab murid
cemerlang terhadap diri, sekolah, keluarga, guru dan rakan sebaya
(LampiranPS/5A).
3. Pengerusi setiap kumpulan akan membentangkan hasil dapatan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling merumuskan hasil perbincangan.

Penilaian

Murid dapat menyenaraikan peranan dan tanggungjawab murid


cemerlang.

Rumusan

Setiap murid berpotensi untuk mencapai kecemerlangan.

31

Falsafah

Kecemerlangan membentuk keperbadian mulia.

32

LAMPIRAN PS/5A
DIRI
Apakah tanggungjawab anda
terhadap diri ?
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________

RAKAN SEBAYA
Apakah tanggungjawab anda
terhadap rakan sebaya?
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________

SEKOLAH
Apakah peranan anda di
sekolah ?
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________

ANAK
CEMERLAN
G

KELUARGA
Apakah tanggungjawab anda
terhadap keluarga ?
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________

GURU
Apakah tanggungjawab anda
terhadap guru ?
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
_________________________
33

Bidang

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk

Graf Kehidupan

Objektif

Murid dapat :
1.Menerangkan bagaimana mereka berbeza dari segi sejarah
kehidupan dan emosi diri.
2. Murid mensyukuri nikmat kehidupan yang diberi oleh Tuhan
terhadap mereka tidak kira dalam apa jua situasi.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas Lukisan

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid duduk dengan selesa
sambil memikirkan peristiwa-peristiwa pahit dan manis yang pernah
mereka alami. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal-jawab dengan
murid mengenai pengalaman yang mereka fikirkan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan kepada murid cara
melakar graf kehidupan sejak mereka di tahun satu sehingga
sekarang.
2. Murid diminta melakar graf pahit dan manis dalam kehidupan
berdasarkan umur dirinya dalam kertas lukisan.
Contohnya [Menerima hadiah : graf menaik, kemalangan : graf
menurun]
3. Beberapa orang murid diminta menerangkan hasil lakaran mereka
secara sukarela.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan bersama murid.

Penilaian

Murid menerangkan hasil lukisan mereka.

34

Rumusan

Falsafah

Manusia mempunyai pengalaman pahit manis yang akhirnya akan


mematangkan mereka.
1.

Kehidupan ini mempunyai ujian dan cabaran.

2. Kita perlu tabah dan sabar dalam menghadapi liku kehidupan.


3. Setiap manusia perlu belajar daripada pengalaman kehidupan.

35

36

Bidang

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk

Perkembangan Keremajaan [Perubahan Bentuk Badan]

Objektif

Murid dapat :
1. Mengenal dan menerima diri seadanya.
2. Menerima hakikat perubahan diri.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran PS/5C, Gambar kanak-kanak dan gambar orang dewasa


(Pilihan guru).

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar kanak-kanak
dan gambar remaja.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid memberi pendapat
berkaitan gambar yang ditunjukkan.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan realiti yang murid
hadapi tentang perubahan fizikal mereka .
Contohnya : suara, ketinggian, rupa dan bentuk badan.
3. Murid mengenal pasti semula perubahan diri yang berlaku kepada
mereka seawal usia kanak-kanak sehingga mereka remaja. Murid
menulis perubahan diri dalam lampiran yang diberi.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan tentang
perubahan yang bakal berlaku pada diri mereka.

37

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Murid menyatakan perubahan diri yang berlaku pada dirinya apabila


meningkat dewasa.
Perubahan fizikal yang berlaku pada diri seseorang adalah suatu
perkara yang biasa dan mesti menerima dengan hati yang terbuka.
1. Manusia mesti menerima perubahan yang berlaku seadanya.
2. Manusia hendaklah bersyukur atas anugerah yang dikurniakan oleh
Allah terhadap dirinya.

38

LAMPIRAN PS/5C
PERUBAHAN DIRI
[Seawal Usia Kanak-Kanak dan Remaja]

KANAK-KANAK
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________

REMAJA
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
________________________________________________________
39
________________________________________________________

Bidang

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk

Rakan Sebaya Saya

Objektif

Murid dapat :
1. Menyedari pengaruh rakan sebaya amat mempengaruhi kehidupan
seharian mereka.
2. Murid menghargai dan memahami perasaan rakan sebaya
mereka.
3. Murid menyedari betapa pentingnya sikap hormat-menghormati
sesama rakan.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran PS/5D, PS/5E

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya tentang sahabat karib
murid-murid di sekolah.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan lampiran PS/5D.
Murid diminta menyelesaikan aktiviti dalam lampiran.
[Tidak perlu tulis nama dalam lembaran.]
2. Murid menghantar lampiran kepada guru.
3. Guru mengedarkan semula lembaran aktiviti yang telah
dilengkapkan kepada murid. Murid akan dapat lampiran rakan mereka
yang tidak diketahui siapa yang membuatnya.

40

4. Murid membaca lampiran yang telah dilengkapkan.


5. Murid lain diminta mengenal pasti , siapakah murid yang
dimaksudkan.
6. Murid diberi satu lagi lembaran PS/5E untuk diselesaikan.
7. Murid menyelesaikan aktiviti dan membuat pembentangan.
8. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan.

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Murid dapat menjawab 7 soalan tentang rakan karib mereka.

Menghormati sesama rakan amat penting dalam kehidupan.

Rakan atau sahabat perlu dalam kehidupan manusia.

41

LAMPIRAN PS/5D
Sejauh manakah anda mengenali rakan
anda. Jawab soalan di bawah.
1. Siapakah rakan yang paling rapat dengan anda?
_____________________________________________________________________
2. Dari manakah asal rakan anda?
_____________________________________________________________________
3. Apakah cita-cita rakan anda?
_____________________________________________________________________
4. Apakah perkara yang paling tidak disukai rakan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
5. Apakah perkara yang paling tidak disukai rakan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
6. Apakah hobi rakan anda?

42

_____________________________________________________________________
7. Berikan pendapat anda tentang sikap rakan anda.
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
LAMPIRAN PS/5E

Anda hendak memberikan hadiah kepada rakan anda.


Lukiskan hadiah yang ingin anda berikan.

43

Bidang

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental

Tajuk

Kelas Idamanku

Objektif

Murid dapat :
1. Menggambarkan ciri-ciri bilik darjah idaman dalam bentuk lukisan.
2. Menyatakan pandangan terhadap bilik darjah yang menjadi
idamannya.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas Mahjung dan pen marker.

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab tentang keadaan
persekitaran sekolah.
1. Murid melukiskan Kelas Idamanku pada kertas mahjung yang
diberikan secara berkumpulan.
2. Murid membentangkan kelebihan hasil kerja kumpulan masingmasing di hadapan kelas .
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid mengajukan

44

soalan berdasarkan pembentangan yang disampaikan rakan mereka.


4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan
tentang aktiviti yang dijalankan.

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Murid menyiapkan lukisan Kelas Idamanku mengikut kesesuaian


kumpulan masing-masing.
Persekitaran sekolah yang kondusif dapat membantu menjana
kecemerlangan murid.
Kelasku Syurgaku

45

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Bapaku Sayang

Objektif

Murid dapat :
1. Mengetahui peranan bapa sebagai ketua keluarga.
2. Murid dapat menyatakan jenis pekerjaan bapa.
3. Murid dapat membentangkan faedah setiap pekerjaan yang
diceburi oleh bapa mereka.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Gambar jenis-jenis pekerjaan, kertas mahjung, kertas A4 dan pen


marker

:
Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Kaunseling menunjukkan gambar-gambar berkaitan dengan
pekerjaan.

46

1. Guru Bimbingan dan


pekerjaan bapa murid.

Kaunseling

bersoal-jawab

tentang

2. Murid diagihkan dalam kumpulan kecil.


3. Setiap kumpulan membincangkan faedah pekerjaan bapa
masing-masing kepada keluarga.
4. Murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan pada akhir
sesi perbentangan.
Penilaian

Murid membentang hasil perbincangan faedah bidang pekerjaan


bapa kepada masyarakat dan negara.

Rumusan

Setiap jenis pekerjaan sama ada professional atau separa


professional memberi sumbangan kepada semua pihak.

Falsafah

Kasih ayah berkorban apa sahaja

47

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Keluargaku Sayang

Objektif

Murid dapat :
1. Meningkatkan rasa hormat kepada semua ahli keluarga
2. Meningkatkan hubungan mesra dengan ahli keluarga
3. Melakonkan peranan setiap individu dalam institusi kekeluargaan.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran IB/5A

Langkahlangkah

Set induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyebut nama ahli
keluarga.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengagihkan murid mengikut
kumpulan masing-masing (6 orang dalam setiap kumpulan).
2. Guru Bimbingan dan kaunseling mengedarkan lampiran IB/5A

48

kepada ketua kumpulan.


3. Ahli kumpulan perlu melakonkan watak ibu, bapa, adik, abang,
kakak dan diri berdasarkan situasi dalam lampiran.
4. Murid menyatakan pendapat mereka tentang kebaikan
mengamalkan sikap hormat menghormati .
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan akhir.

Penilaian

Lakonan main peranan setiap ahli keluarga.

Rumusan

Amalan sikap hormat menghormati dalam kalangan ahli keluarga


mampu mengurangkan gejala sosial.

Falsafah

1. Melahirkan budaya Yang tua dihormati, yang muda disayangi.


2. Berbudi bahasa, budaya hidup kita.
3. Komunikasi yang berkesan akan melahirkan sebuah keluarga yang
harmoni.

49

LAMPIRAN IB/5A

Arahan : Lakonkan situasi yang dinyatakan dalam kumpulan masing-masing.

KUMPULAN 1
Bercakap dengan sopan/lemah lembut

KUMPULAN 2
Membongkok ketika berjalan di hadapan orang yang lebih tua.

KUMPULAN 3
Bersalam dengan ahli keluarga

KUMPULAN 4
Mendengar nasihat dan teguran

50

KUMPULAN 5
Mengucapkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Komunikasi Berkesan

Objektif

Murid dapat :
1. Menyedari kepentingan menyayangi dan menghormati keluarga.
2. Menghormati keluarga dengan cara bertutur secara bersopan
santun.
3. Mencipta dialog yang sesuai semasa berkomunikasi.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lembaran kerja disediakan oleh guru.

Langkahlangkah

Set induksi ;
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid melakonkan
perbualan ibu bapa dalam satu situasi marah.
1. Murid memberi komen mengenai dialog tersebut.

51

2. Guru Bimbingan dan kaunseling menunjukkan cara yang betul


berkomunikasi dengan ahli keluarga.
3. Murid melengkapkan aktiviti dalam lembaran kerja.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan aktiviti.

Penilaian

Murid melengkapkan dialog berdasarkan situasi yang diberi dalam


lembaran kerja.

Rumusan

Komunikasi yang betul mengeratkan lagi perhubungan ahli keluarga.

Falsafah

1. Hubungan yang baik dapat dilahirkan melalui komunikasi berkesan.


2. Budi bahasa budaya kita.

52

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Ringan Tulang

Objektif

Murid dapat :
1. Mengetahui peranan mereka dalam keluarga.
2. Menyatakan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa.
3. Melaksanakan peranan mereka dalam membantu ibu bapa
di rumah.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas mahjung, kertas A4 dan pen marker

53

Langkahlangkah

Set Induksi .
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambargambar berkaitan dengan ahli keluarga yang membantu ibu
bapa.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab (brain
storming) dengan murid berkaitan dengan aktiviti-aktiviti
membantu ibu bapa di rumah.
2. Murid (dalam kumpulan) menyenaraikan
kurangnya 6 aktiviti membantu keluarga.

sekurang-

3. Murid bercerita 2 daripada 6 aktiviti menolong ibu bapa.


4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membantu murid
membuat rumusan mengenai kepentingan nilai menolong
ibu bapa di rumah.
Penilaian

Murid menyenaraikan aktiviti menolong ibu bapa dan


manfaatnya kepada diri sendiri serta keluarga.

Rumusan

Kerjasama dan saling bantu-membantu merupakan sikap


yang perlu ada dalam setiap keluarga bagi melahirkan
individu yang proaktif dan akhirnya dapat mewujudkan
institusi keluarga yang harmoni.

Falsafah

1. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.


2.Hidup perlu saling melengkapi.

54

Bidang

Keibubapaan

Tajuk

Struktur Keluarga

Objektif

Murid dapat :
1. Memahami tentang struktur dalam keluarga.
2. Menimbulkan dan menjelaskan peranan serta rasa
tanggungjawab terhadap keluarga.

Masa

60 minit

Sasaran

: Tahun 5

Bahan

Lembaran kerja (Lampiran IB/5B) dan keratan akhbar

Langkahlangkah

Set Induksi.
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan gambar-gambar
berkaitan dengan sebuah keluarga dan bersoal jawab tentang
gambar tersebut.

55

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid


berkaitan dengan keluarga mereka.
2. Murid bercerita perihal dirinya dalam keluarga.
3. Murid menyenaraikan peranan dan tanggungjawab setiap ahli
keluarga.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan mengenai
aktiviti yang dijalankan.

Penilaian

Murid dapat melengkapkan lembaran kerja yang berkaitan dengan


peranan dan tanggungjawab ahli keluarga yang diberi.

Rumusan

Kedudukan dalam keluarga berhubung rapat dengan peranan dan


tanggungjawab ahli keluarga sebagai pemangkin kesejahteraan
keluarga.

Falsafah

1. Setiap ahli keluarga perlu menghormati hak masingmasing dan


saling bekerjasama.
2. Yang tua dihormati yang muda disayangi.

56

LAMPIRAN IB/5B
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
INDIVIDU

PERANAN / TANGGUNGJAWAB

BAPA

IBU

57

ABANG

KAKAK

ADIK

58

DIRI SENDIRI

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Pengurusan Diri Kemas Diri

Objektif

Murid dapat :
1. Menyenaraikan kebaikan mengamalkan kekemasan dan kebersihan
diri.
2. Mengurus diri dengan kemas dan bersih.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran PD/5A

59

Langkahlangkah

: Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta beberapa orang murid
secara sukarela untuk melakukan simulasi berpakaian tidak kemas.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai situasi
yang berlaku berkaitan dengan kekemasan diri murid-murid.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan Lampiran PD/5A.
Murid melakukan perbincangan kumpulan.
3. Murid membentangkan hasil perbincangan masing-masing.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang pengurusan diri.

Penilaian

Melengkapkan latihan yang diberi.

Rumusan

Setiap murid perlu mengamalkan pengurusan diri yang kemas dan


baik.

Falsafah

1. Pengurusan diri yang teratur dapat memberi kesenangan dan


keselesaan kepada setiap individu.
2. Pengurusan diri yang baik akan meningkatkan nilai harga diri.

60

LAMPIRAN PD/5A
KEBAIKAN MENGAMALKAN
PENGURUSAN DIRI YANG BAIK

KEBURUKAN MENGABAIKAN
PENGURUSAN DIRI YANG BAIK

61

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Potensi Diri (Kebolehan Diri)

Objektif

Murid dapat:
1. Menyenaraikan kebolehan dan potensi diri.
2. Menyenaraikan kebolehan dan potensi rakan.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

62

Bahan

Lampiran PD/5B

Langkahlangkah

: Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling mempamerkan gambar-gambar
murid yang telah memperoleh kejayaan.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang potensi diri
manusia yang serba unik.
2. Mengedarkan Lampiran PD/5B.
3. Murid menjawab soalan dalam Lampiran PD/5B dengan menyusun
nombor mengikut keutamaan kebolehan/bakat yang dimiliki.
4. Murid berada dalam kumpulan mengikut keutamaan yang sama.
5. Perbincangan dalam kumpulan cara untuk memperkasakan
kebolehan yang dimilki.
6. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan

Penilaian

Murid melengkapkan lampiran/latihan yang diberi

Rumusan

Setiap murid mempunyai potensi dan kebolehan diri masing-masing.


Manfaatkan sepenuhnya kebolehan yang ada untuk mencapai
kejayaan.

Falsafah

1. Setiap individu mempunyai potensi masing-masing yang kadangkadang tidak disedari.


2. Belakang parang diasah lagikan tajam inikan pula manusia.
3. Menghargai setiap kebolehan yang ada.

63

LAMPIRAN PD/5B
Arahan : Senaraikan lima kebolehan diri dan rakan anda.

DIRI

RAKAN

64

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Semangat Cintakan Sekolah Menghargai Harta Benda Sekolah

Objektif

Murid dapat :
1. Menyayangi dan menghargai harta benda sekolah.
2. Memupuk semangat cintakan sekolah.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas mahjung.
65

: Set Induksi :
Murid menyanyikan lagu sekolah beramai-ramai.

Langkahlangkah

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bertanya mengenai perasaan


mereka selepas menyanyikan lagu sekolah.
2.Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta murid menyenaraikan
kemudahan yang ada di sekolah.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab apakah kesannya
sekiranya perkara-perkara yang disenaraikan itu tiada di sekolah.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling
beberapa kumpulan kecil.

membahagikan murid dalam

5. Ahli kumpulan perlu menyenaraikan seberapa banyak kata-kata /


slogan yang menunjukkan semangat cintakan sekolah dan ditulis di
kertas mahjung.
6. Wakil kumpulan diminta membentangkan hasil kerja kumpulan
masing-masing.
7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan

Penilaian

Menyiapkan tugasan yang diberikan secara berkumpulan.

Rumusan

Melalui semangat cintakan sekolah murid-murid dapat menghayati


peranan yang perlu dimainkan dan membina sikap lebih
bertangungjawab.

Falsafah

1. Melentur buluh biarlah dari rebungnya.


2. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.

66

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Asas Komunikasi Forum

Objektif

:
Murid dapat :
1. Mengetahui asas kemahiran komunikasi.
2. Mengaplikasi asas kemahiran komunikasi dalam kehidupan
seharian.

Masa

60 minit

67

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran PD/5C

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling memanggil dua orang murid untuk
bercerita/berbual secara membelakangkan di antara satu sama lain.
Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab mengenai aktiviti
tersebut.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan mengenai
kemahiran asas komunikasi.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid kepada
beberapa kumpulan.
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan teks forum
Lampiran PD/5C.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tugasan yang perlu
dilakukan oleh setiap kumpulan.
5. Setiap kumpulan diberi masa untuk berbincang dan membuat
persediaan(pra latihan).
6. Sesi forum mengikut kumpulan secara bergilir / rawak dimulakan.
7. Setiap kumpulan / individu memberikan pandangan tentang
persembahan setiap kumpulan.
8. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Menyampaikan teks dengan menggunakan asas kemahiran


komunikasi.
Setiap individu ada kekuatan dan kelemahan , untuk meningkatkan
komunikasi perlukan latihan
1. Setiap individu boleh berkomunikasi.
2. Kemahiran berkomunikasi boleh ditingkatkan melalui latihan.
3. Komunikasi yang berkesan memberi impak dalam kehidupan.
68

LAMPIRAN PD/5C

TEKS FORUM
PENGERUSI

: Assalamualaikum dan salam sejahtera,terlebih dahulu saya

akan memperkenalkan ahli-ahli forum iaitu Mohd. Saiful,Amran Ali dan Siti
Mariamah. Untuk tidak membuang masa dipersilakan ahli panel untuk
menyampaikan pendapat mengenai tajuk,masalah buli di sekolah. Dipersilakan.

69

PANEL 1
Terimakasih tuan pengerusi, masalah buli di sekolah pada pendapat saya
tidaklah ketara dan bukan menjadi masalah besar. Ada kes-kes rasanya
bukanlah buli tetapi lebih kepada olok-olok saja. Bagaimanapun pihak sekolah
dan pelajar perlu juga memberi perhatian perkara ini.
PANEL 2
Pendapat saya pula ialah perkara ini janganlah diperbesarkan kerana ia bukan
diistilahkan sebagai buli tetapi cuma bermain-main. Perkara ini normal bagi
semua pelajar.
PANEL 3
Pengerusi,saya tidak setuju dengan pendapat rakan saya tadi. Ada beberapa kes
perlu diberi perhatian seperti pelajar suka meminta makanan rakan,pelajar selalu
menganggu rakan dan sebagainya.Jika perkara ini tidak diberi perhatian ia akan
menjadi lebih berat. Pihak sekolah mesti membendung perkara ini.

Bidang

Pembangunan Diri Murid

Tajuk

Semangat Cintakan Sekolah Lawatan Sekitar Sekolah

Objektif

Murid dapat :
1. Mengetahui elemen semangat cintakan sekolah.
2. Memahami dan mengaplikasi elemen semangat cintakan sekolah.

Masa

60 minit
70

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kad Tugasan, Lampiran PD/5D

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta pandangan murid tentang
cara mereka menunjukkan perasaan sayang pada sekolah . Guru
Bimbingan dan Kaunseling mengaitkan tajuk yang akan dibincangkan.

1. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi penerangan tugasan


yang akan diberikan kepada murid.
2. Murid dibahagikan mengikut kumpulan kecil dan diberi kad tugasan
untuk dilengkapkan (Lampiran PD/5D).
3. Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan kumpulan
mengukut lokasi yang ditetapkan (Lawatan dalam kawasan sekolah).
4. Murid kembali semula ke kelas dan membentangkan laporan
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan.

Penilaian

Rumusan

Falsafah

Murid membentangan hasil laporan pemantauan di lokasi telah


ditetapkan.
Setiap individu memainkan peranan penting untuk membuktikan rasa
cinta dan sayang terhadap sekolah.
Penyayang merupakan sifat semulajadi/naluri manusia.

71

LAMPIRAN PD/5D
LAPORAN PEMANTAUAN

NAMA KUMPULAN
AHLI KUMPULAN

72

LOKASI
KELEBIHAN LOKASI
KEKURANGAN
LOKASI
CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

TANDATANGAN

NAMA KETUA

: ..

TARIKH

Bidang

Pendidikan Pencegahan Alkohol

Tajuk

Konsep kendiri / penghargaan kendiri Pembentukan Jati Diri


(Alkohol)

Objektif

Murid dapat:
1. Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan membenci
alkohol.
2. Membina sikap asertif kendiri (tegas diri) terhadap pengaruh negatif
alkohol.

73

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kad huruf A.L.K.O.H.O.L

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling membahagikan murid-murid kepada
beberapa kumpulan. Guru mendapatkan maklumbalas dengan bersoal
jawab secara lisan tentang tajuk yang dipilih.
1. Setiap kumpulan akan diberikan 7 kad huruf yang berbeza.
2. Guru Bimbingan dan Kaunseling kemudian mengarahkan muridmurid dalam setiap kumpulan untuk menyusunkan kad-kad tersebut
menjadi satu perkataan yang betul.
3. Kumpulan pertama yang berjaya menyusun dengan betul akan
dikira sebagai pemenang.
4. Seterusnya Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi ulasan
berkenaan aktiviti tersebut dan menerangkan tentang alkohol.
5. Aktiviti seterusnya, guru Bimbingan dan Kaunseling meminta setiap
kumpulan memberikan alasan mengapa mereka perlu menjauhi dan
membenci alkohol berdasarkan huruf-huruf tersebut. Contoh;
A Alpa; membuat manusia alpa dan leka
L Lalai; manusia akan menjadi lalai
K Kejatuhan moral dan akhlak
O Otak rosak
H Haram!
O Orang tersayang akan benci pada kita
L Lemah daya ingatan
6. Setiap kumpulan akan diwakili seorang ahli untuk
membentangkan hasil kerja mereka.

74

7. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan.

Penilaian

Rumusan

Murid dapat melaksanakan aktiviti yang dijalankan.

Murid perlu memilih gaya hidup yang sihat serta dapat membina jati
diri yang positif tanpa mendekati alkohol.

Falsafah

Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri supaya
tabah menghadapi segala cabaran.

Bidang

Pendidikan Pencegahan

Tajuk

Konsep kendiri / penghargaan kendiri Pembentukan Jati Diri


(Dadah)

Objektif

Murid dapat:
1. Membina ketahanan diri supaya murid menjauhi dan membenci
dadah.
2. Membina sikap asertif kendiri (tegas diri) terhadap pengaruh negatif

75

dadah.
Masa

60 Minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Gambar gambar, buku panduan, VCD berkaitan penyalahgunaan


dadah atau perlakuan negatif, kertas edaran isu berkaitan remaja
seperti terlibat dengan penyalahgunaan dadah / pil khayal. (sumber:
website AADK/surat khabar)

Langkahlangkah

Set induksi:
Guru Bimbingan dan Kaunseling meminta wakil murid melakonkan
watak seorang yang asertif terhadap pujukan kawan untuk mencuba
dadah.
1. Guru mendapatkan maklumbalas dengan bersoal jawab secara
lisan tentang lakonan tersebut.
2. Guru mendapatkan pandangan murid tentang imej jati diri remaja
yang unggul.
3. Murid berbincang dan menyenaraikan cara membina jati diri remaja
yang cemerlang secara berkumpulan.
4. Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan masingmasing.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan keseluruhan.

Penilaian

Rumusan

Murid menyenaraikan dan membentangkan ciri-ciri jati diri remaja


yang cemerlang.

Murid digalakkan supaya mengenali diri mereka melalui perkongsian


maklumat bersama rakan. Membina peribadi yang kental melalui
rakan sebaya adalah penting.

76

Falsafah

Setiap murid mesti dipupuk daya tahan yang kental dalam diri supaya
tabah dan dapat menangkis pengaruh salah guna dadah.

Bidang

Pendidikan Pencegahan

Tajuk

Pendidikan Pencegahan HIV / AIDS

Objektif

Murid dapat :

77

1. Menyatakan punca jangkitan penyakit HIV / AIDS


2. Murid menyenaraikan cara-cara mencegah jangkitan pada diri
sendiri.
Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran PP/5A, Risalah HIV / AIDS.

Langkahlangkah

Set Induksi :
Guru Bimbingan dan Kaunseling mengedarkan risalah { Punca &
akibat penyakit HIV / AIDS } dari bahan PPDA.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling bersoal jawab dengan murid
berdasarkan risalah yang diedarkan.
2. Murid bercerita
penyakitHIV / AIDS.

melalui

pengetahuan

sedia

ada

tentang

3. Murid memberikan respon terhadap cerita rakan mereka.


4. Kuiz bertulis antara kumpulan mengenai pencegahan HIV / AIDS.
5. Guru Bimbingan dan Kaunseling memberi pujian kepada kumpulan
yang menang.

Penilaian

Murid dapat menjawab soalan kuiz yang dikemukakan.

Rumusan :

Murid dapat menyatakan punca dan menyenaraikan langkah


pencegahan penyakit HIV / AIDS

Falsafah

Pengetahuan

pencegahan

penyakit

HIV/AIDS

penting

dalam

78

menjamin kesihatan sempurna.

LAMPIRAN PP/5A
SOALAN KUIZ BERTULIS HIV/AIDS

79

ARAHAN:SILA TANDAKAN { / } YA ATAU TIDAK


BIL SOALAN

YA

Adakah akibat jangkitan HIV /AIDS boleh menyebabkan


kematian ?

Bolehkah HIV/AIDS berjangkit melalui sentuhan?

Adakah HIV/AIDS boleh berjangkit melalui makanan?

Berkongsi jarum suntikan dengan pesakit HIV/ AIDS


menyebabkan jangkitan.

Menerima darah dari pesakit HIV/AIDS akan


menyebabkan
Jangkitan
.
Perhubungan seks rambang boleh menyebabkan
penyakit AIDS.

6
7

Adakah penyakit AIDS boleh diubati ?

Bolehkah anda mendapat penyakit HIV/AIDS dengan


menderma darah.

Adakah penyakit HIV/AIDS itu merbahaya?

10

Adakah seseorang itu akan dijangkiti HIV/AIDS sekiranya


ia tinggal atau belajar dengan pesakit HIV/AIDS?

Bidang

Pendidikan Pencegahan ( Inhalan )

Tajuk

Pilihlah Aku

TIDAK

80

Objektif

Murid dapat :
1. Membezakan gaya hidup sihat dan gaya hidup tidak sihat.
2. Menyenaraikan 5 kesan buruk akibat penyalahgunaan bahan
kimia.
3. Menyatakan pendapat atau pandangan mereka tentang gaya
hidup sihat dan gaya hidup tidak sihat.

Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Kertas A4

Langkah langkah

Set Induksi :
Guru memilih dua kumpulan murid yang akan melakonkan dua
jenis situasi iaitu gaya hidup sihat dan gaya hidup penagih inhalan.
1. Guru memberi penerangan kepada dua kumpulan murid
tentang watak-watak yang perlu dilakonkan dalam bentuk
pantomin.
2. Murid-murid lain diminta menjadi penonton di samping membuat
penilaian tentang situasi yang dilakonkan.
3. Murid menyenaraikan 5 kesan buruk akibat penyalahgunaan
bahan kimia.
4. Guru memilih beberapa orang murid untuk menerangkan apa
yang telah mereka tonton.
5. Guru dan murid bersoal jawab tentang gaya hidup sihat dan
gaya hidup tidak sihat serta kesan ke atas diri individu akibat
penyalahgunaan bahan kimia.

Penilaian

Murid dapat menyenaraikan 5 keburukan akibat penyalahgunaan


bahan kimia.

Falsafah

Penggunaan bahan kimia terlarang akan mempengaruhi gaya


hidup individu dan masyarakat.
81

Bidang

Pendidikan Pencegahan

Tajuk

Kesan-Kesan Merokok

Objektif

Murid dapat :

82

1. Murid mengetahui tentang kesan-kesan negatif merokok.


2. Murid memahami bahawa merokok hanya mengundang pelbagai
kesan negatif dari aspek kesihatan dan sosial
Masa

60 minit

Sasaran

Tahun 5

Bahan

Lampiran PP/5B, keratan akhbar.

Langkahlangkah

Set induksi ;
Guru Bimbingan dan Kaunseling menunjukkan maklumat kempen Tak
Nak pada merokok dari akhbar.
1. Guru Bimbingan dan Kaunseling menerangkan tentang kesankesan negatif amalan merokok dari lampiran PP/5B.
2. Murid berbincang di dalam kumpulan dan menyenaraikan kesankesan negatif amalan merokok.
3. Murid membentangkan hasil perbincangan.
4. Guru Bimbingan dan Kaunseling membuat rumusan secara
keseluruhan tentang kesan merokok pada kesihatan dan juga gejala
sosial.

Penilaian

Menyiapkan tugasan/perbincangan yang diberikan.

Rumusan

Terdapat banyak kesan negatif amalan merokok dari segi kesihatan


dan juga sosial.

Falsafah

1. Menjadikan rokok sebagai musuh utama.


2. Amalan merokok dikalangan murid-murid sekolah adalah langkah
awal ke arah gejala sosial.

83

3. Kesihatan yang baik adalah hasil dari amalan tidak merokok.

LAMPIRAN PP/5B

84

85

Anda mungkin juga menyukai