Anda di halaman 1dari 15

Pengajaran Berbantukan Komputer

Edit 0 38
Pengajaran berbantukan komputer boleh dilihat sebagai satu alternatif ke arah melahirkan generasi
yang kreatif, inovatif, kritis dan berwawasan selaras dengan hasrat kerajaan yang ingin mencapai
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, di mana ia menjadi asas kepada Pembentukan Kurikulum
Pendidikan Malaysia. Pengajaran berbantukan komputer boleh diaplikasikan dengan pelbagai cara.
Sebagai contoh, guru boleh menggunakan teknologi ICT melalui laman web pembelajaran untuk
mengadakan latih tubi di dalam kelas. Setiap pelajar dikehendaki menjawab soalan latih tubi di laman
web dan kemudian guru dan pelajar akan membincangkan jawapannya di dalam kelas. Sebagai
contoh, laman web yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran
iaitu, http://spp.moe.edu.mymengandungi pelbagai nota dan latih tubi yang amat berguna buat guru
dan pelajar.
Guru memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran penggunaan komputer kepada para
pelajar melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran selain menarik minat pelajar tehadap P&P di
dalam kelas.
Pengajaran berbantukan komputer
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) adalah salah satu proses yang dapat membantu
menjayakan dasar pembelajaran berpusatkan pelajar. Perancangan yang teliti diperlukan dalam menghasilkan
perisian pembelajaran yang sesuai dan berkesan dengan teknologi komputer dan multimedia. Gabungan audio,
video, animasi dan interaksi pengarahan bagi persembahan multimedia dapat member peluang kepada pelajar
menggunakan dan berinteraksi dengan bahan pembelajaran melalui teknologi.

Komputer ialah teknologi masa kini yang begitu cepat berkembang. Pelbagai jenis maklumat
dapat diperoleh melalui satu klik sahaja. Pelajar hari ini lahir dalam dunia berteknologi tinggi.
Oleh hal yang demikian, komputer tidak dapat dipisahkan daripada dunia mereka. Pada masa
depan, teknologi komputer akan menjadi lebih canggih dan menakjubkan memandangkan
kemajuan pesat teknologi ini pada hari ini.
Pada pendapat saya, penggunaan teknologi komputer dalam bidang pendidikan bukanlah
sesuatu yang baru dan negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan yang
berasaskan komputer ini.Dalam konteks pendidikan, ia bukan hanya mampu untuk membantu
tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi ia juga berpotensi sebagai alat untuk digunakan
dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Komputer juga dapat membantu menyelesaikan masalah guru dalam pengajaran. Ciri-ciri komputer
yang lebih mesra, tidak jemu, tidak sakit hati dan sabar semasa membuat dan menggunakan
program menjadikan ia sesuai untuk pelajar terutama bagi pelajar-pelajar yang kurang cerdas. Ini
jelas sekali dalam strategi latih tubi di mana beberapa percubaan perlu dilakukan oleh pelajar.

Menurut KPM ( 1997 ), aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum di sekolah sebagai
satu daya usaha untuk menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif pelajar terhadap
perkembangan teknologi. Budaya persekolahan diubahdaripada sesuatu yang berdasarkan
kepada memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif dengan menggunakan
teknologi terkini.
Kebiasaanya pelajar akan mudah tertarik dengan pengajaran yang menggunakan komputer
untuk sesuatu subjek. Pelajar akan mudah memahami dan minat dengan penggunaan teknologi
masa kini. Penggunaan komputer dalam pengajaran juga merupakan salah satu kaedah yang
dapat membantu guru untuk menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan berkesan di
samping dapat menarik perhatian pelajar untuk menumpukan tentang apa yang di sampaikan.
Terdapat beberapa perkara penting yang oleh para pendidik berhubung dengan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1. Komputer hanya akan bertindak sebagai alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran.
Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya penggunaan komputer
dapat dilaksanakan dengan berkesan.
2. Komputer tidak akan mengubah peranan guru. Sebaliknya, guru akan sentiasa berusaha
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka khususnya dalam bidang IT.
3. Penggunaan komputer dapat mengurangkan bebantugas guru dan pelajar disamping setiap
kerja dalam dilakukan dengan kemas teratur dan sistematik.
Assalamualaikum w.b.t
Pada pendapat saya, dalam dunia pendidikan yang semakin moden ini pengajaran berbantukan
komputer amat perlu bagi menarik minat pelajar di dalam satu-satu subjek. Perkembangan IT
telah membawa implikasi yang sangat besar terutamanya dalam konteks pendidikan. Antara
satu yang sering diaplikasikan adalah seperti permainan pendidikan yang berorientasikan
pembelajaran. Apa yang menarik tentang permainan pendidikan ini ialah pelajar dapat
mempelajari sesuatu konsep itu secara tidak langsung di mana terdapat unsur-unsur hiburan
dan keseronokan dalam mereka menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama pelajar
mempelajari kemahiran baru dalam sistem pembelajaran mereka. Pengaplikasian pengajaran
komputer di sekolah membawa satu anjakan paradigma dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Namun, sejauh mana keberkesanannya serta penggunaanya dapat digunakan
oleh semua sekolah di Malaysia. Adakah ada cara lain untuk membantu sekolah pedalaman
yang tidak mempunyai kemudahan komputer? Mereka akan jauh ketinggalan daripada pelajar
yang berada di bandar yang sememangnya mahir dalam penggunaan komputer. Di sini, kita
akan melihat jurang pendidikan itu sendiri mengalami suatu ketidakseimbangan dalam
pendidikan.
Ia di sini berdasarkan pengalaman saya mengajar di Miri, walaupun kemudahan disediakan
ianya hanya pelajar-pelajar dari Kelas KRK yang dibenarkan menggunakan kerana termasuk
dalam jadual waktu mereka dan biasanya pelajar-pelajar KRK ini datangnya dari SES yang baik.
Bagaimana pula bagi pelajar-pelajar kelas lain yang mungkin datang dari SES yang
rendah..sudahlah di rumah mereka tidak mempunyai kemudahan komputer dan internet, di
sekolah pula seperti di anak tiri kan oleh pihak sekolah. Seterusnya golongan ini akan terus
ketinggalan dan pengajaran berbantukan komputer ini hanya dipelopori dan di kuasai oleh
sebahagian kecil sahaja.


Pelajar-pelajar yang datang daripada SES yang rendah selalunya mempunyai pencapaian
akademik yang rendah tidak dapat melakukan aktiviti-aktiviti kognitif dengan memuaskan dan ini
menyebabkan mereka memperolehi markah yang rendah.Kajian-kajian yang telah dijalankan
oleh Swanson dan Ransby (1994), Hulme dan Mackenzie (1992) membuktikan bahawa masalah
utama yang dihadapi oleh pelajar-pelajar berpencapaian akademik rendah ialah untuk mengingat
kembali maklumat yang penting. Mereka juga berpendapat masalah ini berkaitan dengan ingatan
jangka pendek. Tetapi, kajian Jones et al. (1988) membuktikan bahawa masalah seumpama ini
boleh diatasi dengan menggunakan strategi dan kaedah pengajaran kognitif yang sesuai.
Kaedah pengajaran kognitif membolehkan pelajar untuk menguasai kemahiran berfikir seperti
membanding dan membeza, membuat generalisasi, membuat keputusan, membuat ramalan,
mencipta metafora, menerangkan sebab dan menyelesaikan masalah (Meister & Rosenshine
1992). Kaedah ini dapat diadaptasikan melalui pengajaran berbantukan komputer (PBK) kerana
dengan menggunakan kaedah PBK pelajar dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih
baik dan berkesan.
Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam pengajaran berbantukan komputer.Menurut Yakop
(1985) kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ini boleh digunakan untuk
mengatasi masalah pelajar yang mempunyai kebolehan dan potensi yang berbeza. Pelajar-
pelajar yang cerdas boleh belajar dan menyelesaikan latihan dengan secepat mungkin mengikut
tahap pemahaman mereka. Pelajar yang lemah pula dapat mempelajari topik yang sukar dengan
berulang-ulang kali sehingga mereka faham. Ini dapat memotivasikan pelajar yang lemah untuk
meningkatkan prestasi mereka.
Pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses
pengajaran dan pembelajaran seseorang pelajar terutamanya pelajar yang berada pada tahap
pencapaian akademik rendah. Ini kerana pelajar-pelajar di tahap pencapaian akademik rendah
kebiasaannya memerlukan pelbagai kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti
visual yang bergerak, animasi, teks, muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat
dalam multimedia yang boleh didapati di dalam pembelajaran berbantukan komputer. Ini sejajar
dengan peribahasa Cina yang berbunyi,saya dengar, saya akan lupa, saya lihat, saya akan
saya ingat, dan apabila saya lakukan saya akan faham. (Hizamnuddin Awang 1997 dalam
Fazilah 1998).
Selain itu, teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti
penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Winston Churcil menyatakan
empayar di masa depan ialah empayar pemikiran dan minda. Untuk mengembangkan pemikiran
dan minda pelajar khususnya, pendekatan pengajaran dan pembelajaran di sekolah perlu
digubah kepada pemikiran penyelidikan, mengumpul maklumat, menganalisis data ke arah
menggalakkan kreativiti dan motivasi pelajar. Pendekatan pengajaran secara tradisional secara
sogokan nota-nota seharusnya dikikis dari pemikiran guru tetapi diubah dengan membekalkan
pengetahuan dan kemahiran ke arah mendapatkan maklumat.
Dewasa kini, Perkembangan teknologi maklumat membawa implikasi yang besar terutamanya
dalam konteks pendidikan. Terdapat pelbagai teknologi yang boleh digunakan untuk membantu
guru-guru mengajar dengan lebih effektif. Bentuk pengajaran ini dikenali sebagai Pengajaran
Berbantukan Komputer (PBK)
PBK adalah salah satu cara pemindahan pengetahuan atau maklumat yang semakin popular
dikalangan para pendidik. Siti Fatimah (2001) mendefinasikan Pengajaran Berbantukan
Komputer (PBK) dikenali sebagai perisian pendidikan dan latihan yang dibangunkan
menggunakan bahasa pengaturcaraan (programming language), pengarangan dan
pengaturcaraan multimedia (multimedia authoring and programming) untuk mengajar dan belajar
sesuatu objek.. Alensi dan Trollip (1985) juga mengaitkan PPBK dengan penggunaan komputer
untuk menyampaikan maklumat, melatih dan menilai prestasi pelajar.
PBK ialah perisian pendidikan yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif seperti teks,
bunyi dan gambar bertujuan untuk membolehkan pengguna berinteraksi dengan computer serta
menerima maklum balas darinya. Pendidikan secara konvensional perlu digantikan dengan cara
yang lebih menarik, seperti PBK. Melalui PBK ia seharusnya dapat memberikan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih menggalakkan dan produktif. Murid- murid lebih tertarik
dengan pengajaran yang diajar dan mereka dapat menumpukan perhatian didalam
pembelajaran mereka. PBK atau juga dikenali juga sebagai perisian pendidikan mempunyai
beberapa ciri perisian yang penting. Bostock (1996) menekankan bahawa tujuan utama perisian
PBK dibangunkan adalah untuk menggalakkan pembelajaran. Ia adalah berbeza dari fungsi
perisian bersifat komersial.
Akan tetapi guru perlu memastikan teks, grafik atau bunyi yang dimuatkan dalam perisian
pendidikan tersebut tidak mengganggu tumpuan pengguna. Topik-topik yang hendak
disampaikan sebaik-baiknya ringkas dan menarik persembahannya agar memberangsangkan
pengguna meneruskan pembelajarannya.
PBK iaitu pengajaran berbantukan komputer adalah salah salah satu medium terkini yang
sedang digunakan disemua sekolah bagi memudahkan sesi pembelajaran didalam kelas. Ini
memberi kelebihan kepada guru-guru dalam sesi P & P dan memudahkan murid lebih mudah
memahami dengan bantuan alat bantu mengajar yang disediakan oleh guru.


Akan tetapi ada sesetengah sekolah dipedalaman masih tidak dapat menggunakan kemudahan
yang disediakan oleh pihak kerajaan ini. Ini kerana kemudahan prasarana seperti kemudahan
elektrik tidak dapat menampung penggunaan elektrik. Ini menjejaskan sesi P & P dan
menyebabkan kerugian kepada kerajaan dan juga kepada pelajar. Berbalik kepada matlamat
kerajaan untuk memastikan rakyat celik IT tidak tercapai dan pelajar di pedalaman tidak dapat
didedahkan dengan IT dengan sepenuhnya serta menyebabkan jurang pendidikan semakin jauh
berbanding pelajar di bandar yang majoriti terdedah dengan kecanggihan IT.


Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu memandang serius dan perlu mengatasi masalah ini
dengan kadar segera untuk membuat sesuatu perubahan supaya masalah pelajar di pedalaman
dapat diatasi. Oleh itu, mereka dapat merasai segala kemudahan seperti apa yang dirasai oleh
pelajar di bandar dan jurang pendidikan itu juga dapat diselesaikan.

Asslamulaikum w.b.t ...
saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh sahabat di atas, cuma di sini sedikit
tambahan kepada komen yang telah di berikan oleh sahabat. Berkenaan dengan pembelajaran
berasaskan komputer, sememangnya tidak dinafikan penggunaan teknologi dalam pendidikan
semakin berkembang pesat seiringan dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi serata
dunia. Hal ini selaras dengan dasar pendidikan serta cabaran ke enam wawasan 2020 iaitu
mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif serta masyarakat yang memandang ke depan yang
bukan hanya tahu menggunakan teknologi malah tahu menyumbang kepada penciptaan kepada
teknologi baru.
tidak dinafikan juga PBK merupakan antara salah satu medium pengajaran yang berkesan ke arah
menarik minat pelajar serta meningkatkan kefahaman pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan ini dibuktikan dengan kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap pelajar-pelajar di
sekolah.


Maksud Penggunaan ICT Dalam pengajaran da pembelajaran (p&p) ialah menggunakan ICT secara
berfikrah, terancang dan bersesuaian untukmeningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran kerana membantu guru merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti.

Manfaat pengajaran berbantukan komputer ialah ianya lebih terancang dan bersesuaian dengan
keperluan dalam pembelajaran. Selain itu pengajaran melalui berbantukan komputer berupaya
meningkatkan kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran serta memberi peluang
pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Tambahan lagi PBK dapat
meningkatkan motivasi murid dan membolehkan pembelajaran bersendiri (individualise learning).
PBK membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi dan mengumpul maklumat
yang perlukan masa yang lama atau terlalu mahal untuk diperoleh. Justeru itu, PBK dapat
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar serta membolehkan murid
mencuba atau melaksana eksperimen yang sukar, terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk
dilaksana dengan cara biasa. Proses pengajaran dan pembelajaran ini juga meningkat daya kreativiti
dan imaginasi murid serta memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan
bimbingan yang minimum dan meningkat kemahiran

Sebenarnya pembelajaran berbantukan komputer ini sangat penting kerana kita mahu pelajar lebih
aktif dan rasa tidak bosan untuk belajar tetapi kadang-kadang rasa pelik bila kemudahan yang
disediakan tidak dapat digunakan sepenuhnya kerana kekangan-kekangan pentadbiran itu
sendiri..bayangkan peralatan ada di dalam kelas tetapi tidak dapat digunakan kerana wiring tak boleh
pakai...dan tidak ada tindakan susulan oleh pihak sekolah..susah..benda beli mahal2 tapi buat
macam takde nilai..yang paling kasihan pelajar..kerana hak mereka tidak dihargai..


Pengajaran berbantukan komputer di mana pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui
susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh guru, sama ada dalam bentuk nota, tutorial, latihan
dan juga simulasi. Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajran biasanya
mengandungi kemahiran, permainan dan simulasi, analisis statistik dan mendapatkan maklumat.
Pengajaran berbantukan komputer ini boleh dilaksanakan dalam bebrapa keadah seperti tutorial, latih
tubi dan latihan. Dengan penggunaan pengajaran berbantukan komputer dalam proses P&P dapat
menjimatkan masa, pemaparan maklumat lebih menarik, pemupukan budaya berfikir dan agen
motivasi.

Assalamualaikum, pendapat kawan-kawan di atas amat menepati dengan perkembangan pendidikan
semasa. Saya ingin berkongsi sedikit mengenai usaha murni kerajaan yang ingin merealisasikan
pelajar yang celik komputer dan celik IT di sekolah.

LITERASI KOMPUTER
Pada tahun 1994, PPK telah mengubahsuai pelaksanaan program Literasi Komputer untuk
menjadikannya lebih mantap serta dapat memenuhi keperluan IT negara.
Umumnya, semua pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan negara ini perlu memiliki
kemahiran asas mengendalikan komputer. Di samping itu, terdapat juga segelintir pelajar yang ingin
mendalami bidang IT, tetapi tidaklah sampai menjadikannya sebagai bidang kerjaya.
Keperluan kedua-dua kumpulan pelajar ini dapat dipenuhi melalui program Literasi Komputer yang
yang telah diubahsuai oleh PPK dan mula dilaksanakan pada tahun 1996. Untuk membantu sekolah
melaksanakan program ini, PPK telah menerbitkan buku Garis Panduan Pelaksanaan Program
Literasi Komputer. Bagaimanapun, buku garis panduan ini hanya meliputi pelajar-pelajar di sekolah
menengah sahaja.
Pada tahun 1999, program Literasi Komputer ini dikembangkan ke sekolah rendah. Sesuai dengan
perkembangan ini, PPK telah menerbitkan pula buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Literasi
Komputer Di Sekolah Rendah. Sementara kandungan buku Garis panduan Pelaksanaan Program
Literasi Komputer di Sekolah Menengah telah di kemaskini untuk menyesuaikannya dengan
perkembangan terbaru ini.
Aktiviti literasi komputer di sekolah menengah dilaksanakan untuk memenuhi tiga keperluan iaitu
pendedahan literasi tahap asas untuk semua pelajar tanpa pengecualian, pendedahan literasi tahap
sederhana kepada pelajar-pelajar yang menjadi ahli kelab komputer dan literasi tahap lanjutan
kepada ahli kelab komputer yang berminat serta berkebolehan.
Pendekatan ini perlu digunakan untuk memastikan bahawa pelajar dengan kebolehan dan minat yang
berbeza dapat memanfaatkan kemajuan teknologi komputer dan berkebolehan menggunakan
teknologi komputer sebagai alat pembelajaran untuk menyelesaikan masalah pembelajaran mereka.
Ketiga-tiga pendekatan di atas perlu bagi memastikan pelajar-pelajar yang keluar daripada sistem
pendidikan negara dapat memainkan peranan mereka secara berkesan untuk memajukan negara
masa depan yang berteraskan teknologi dan mengharungi zaman teknologi maklumat.



Pengajaran Berbantukan Komputer: Kepentingannya Masa Kini.


Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi
telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan
memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan
seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan,
berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas
alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk menwujudkan
Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan
Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari
akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan
fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan
jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah,
dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).

Perubahan yang sedang melanda dalam dunia pendidikan kini tentunya akan merubah kandungan
dan reka bentuk kurikulum setiap mata pelajaran ( Jamaludin, 1989; Nik Azis, 1989). Kurikulum
Perdagangan juga tidak dapat lari daripada arus teknologi ini.

Pendidikan komputer dalam kurikulum melibatkan tiga peranan penting (Nik Azis, 1989 );

1. Pembelajaran tentang komputer perisian, perkakasan dan pengaturcaraan komputer

2. Penggunaan komputer untuk menyelenggara dan memproses data,

- memproses data penyelidikan

- memproses perkataan

3.Penggunaan komputer untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran

- pengaturan murid

- pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer ( PPBK ).


Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah aturcara komputer yang
menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang belajar ( Jamaluddin,
1989 ). Mikrokomputer digunakan untuk menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada
program yang dibentuk oleh penulis perisian. Murid berinteraksi dengan program komputer atau
perisian melalui terminal ( Nik Azis, 1989 ).


Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru.
Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor),
penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh
komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem
tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi ( PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ).


Penggunaan multimedia
Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video,
audio, teks, grafik dan animasi (

Baharuddin & Mohd, 1995 ). Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan
suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami
sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran,
1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam
pendidikan . Antaranya ialah multimedia boleh;

1. memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masing-masing.
2. memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep sesuatu mata pelajaran.
3. menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan
4. membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar
5. membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

Penggunaan Internet
Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat
antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih
daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah
negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta
bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar,
video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau
pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari
angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet.


Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin
terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara
yang sama,.Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi.
Menyedari potensi dan keupayaan Internet sebagai wadah komunikasi dan interaksi eletronik yang
berkesan, maka Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk memperkenalkan Internet
kepada para pelajar dan pendidik. Dengan kerjasama serta bantuan kepakaran daripada MIMOS,
Kementerian Pendidikan telah melancarkan projek Jaringan Pendidikan ( Sulaiman, 1996 ). Dalam
perlaksanaan projek ini, Kementerian Pendidikan telah:


1. menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik
di sekolah dan maktab-maktab perguruan
2. melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan
3. merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian
meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan
pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat

Segala kemudahan yang sedia ada perlu dimanfaatkan sepenuhnya. Bidang teknologi maklumat
yang menjadi sebahagian daripada kandungan sukatan kursus akan memberi peluang kepada guru
pelatih untuk menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kemahiran dalam penggunaan
komputer, khususnya untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula pada hari ini,
terdapat berbagai program pendidikan yang dicipta dan dipasarkan, yang meliputi hampir semua
peringkat.


Kesimpulannya, penggunaan komputer dalam pendidikan adalah merupakan langkah awal ke arah
mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan hasrat Wawasan 2020. Institusi pendidikan
sebagai wadah terpenting perlu mengalami perubahan terlebih awal berbanding dengan institusi-
institusi lain ke arah mencapai matlamat tersebut. Potensi dan kecanggihan teknologi perlu
dimanfaatkan sepenuhnya.

PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Pelajar akan berinteraksi dengan komputer melalui susunan pelajaran yang telah diprogramkan oleh
guru, samaada dalam bentuk nota, tutorial, latihan dan juga simulasi.
Penggunaan komputer dalam bidang pengajaran dan pembelajaran biasanya mengandungi:

Kemahiran
Permainan dan simulasi
Analisis statistik
Mendapatkan maklumat
Pengajaran Berbantukan Komputer ini boleh dilaksanakan di dalam beberapa kaedah pengajaran
dan pembelajaran. Antaranya ialah:

1. Tutorial
2. Latihtubi dan latihan
3. mulasi
Dengan ciri- ciri yang ada, seorang guru yang kreatif dapat memanipulasikannya dalam
menghasilkan BBM. Sebelum kita melihat lebih jauh lagi contoh- contoh BBM yang boleh dihasilkan,
terlebih dahulu kita mengkaji kelebihan penggunaan lembaran kerja kepada seseorang guru dan
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1. Penjimatan masa
2. Pemaparan maklumat lebih menarik
3. Pemupukan budaya berfikir
4. Agen motivasi

PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Assalamualaikum
Hari ini kebanyakkan masa kita dihabiskan dihadapan komputer dan segala hal berkaitan dengan
kehidupan juga berkait rapat dengan komputer dan internet. kehidupan menjadi lebih mudah dengan
penggunaan komputer ini. segala maklumat boleh kita perolehi hanya dengan menggunakan
komputer. contohnya pembayaran bil-bil seperti bil elektrik, bil astro dan sebagainya dapat dilakukan
dengan bantuan daripada komputer. kita tidak perlu lagi untuk pergi ke kaunter-kaunter untuk
membayar bil.
Bidang pendidikan juga terkena tempias daripada teknologi baru ini. pengajaran pada hari ini boleh
menggunakan komputer supaya menjadi lebih menarik. guru boleh menggunakan komputer tidak
hanya dengan menggunakan slide power point sebaliknya guru-guru boleh membina satu laman web
untuk para pelajar dengan memasukkan segala nota dan latihan contohnya seperti moodller.
kebanyakkan pelajar pada hari ini memiliki sebuah komputer di rumah. ini dapat membantu
meningkatkan interaksi antara guru dan pelajar dengan adanya bantuan daripada komputer.








JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER

Dalam mengkategorikan jenis-jenis PPBK, kita perlu melihat kepada fungsi dan
objektif PPBK serta kaedah penyampaian yang digunakan. Dalam bahagian ini,
kita akan membincangkan tentang enam jenis PPBK iaitu:

Latih Tubi
Latih tubi adalah jenis PPBK yang dilaksanakan untuk menilai pemahaman
pelajar atau pengukuhan dan ia dilaksanakan secara kendiri. Dalam latih tubi,
pelajar di berikan beberapa soalan dan komputer memberikan maklum balas
berdasarkan jawapan mereka.
Alessi & Trollip (1991) telah mencadangkan cara pemilihan soalan-soalan yang
sesuai digunakan dalam latih tubi. Berikut adalah caranya:
(a) Pilihan secara rawak di mana soalan dipilih dari senarai soalan-soalan
secara rawak.
(b) Tersusun di mana soalan di susun mengikut suatu susunan yang
ditentukan terlebih dahulu.
(c) Teknik flashcard di mana selepas pelajar menjawab satu senarai soalan,
soalan-soalan yang dijawab dengan salah di susun semula dan di berikan
semula kepada pelajar. Proses ini berterusan sehingga pelajar menjawab
ke semua soalan dengan betul.

Anda mungkin berpendapat bahawa latih tubi tidak menggunakan sepenuhnya
kemampuan komputer. Sebenarnya, ia mempunyai kelebihan tersendiri seperti:
(a) PPBK jenis latih tubi membolehkan pelajar mengawal perjalanan perisian
kursus mengikut kesesuaian.
(b) Menggalakkan pelajar menguasai suatu kemahiran atau pengetahuan dan
melalui proses penilaian sebelum mempelajari bahagian-bahagian
seterusnya.
(c) Grafik dan multimedia yang menarik boleh digunakan untuk memotivasi
dan memberi maklum balas.

Contoh-contoh Perisian Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer yang terdapat
di Pasaran adalah seperti berikut :
i) Fun Math With Arti Level 1/Level 2
Perisian ini dapat memperbaiki kemahiran Matematik dengan cara menyeronokkan dengan
penggunaan elemen bunyi dan grafik yang berwarna-warni.
ii) Counting With Arti
Perisian ini mengandungi kemahiran mengira,menulis, menyesuaikan dan menyusun nombor. Di
samping itu murid-murid juga boleh menambah, menolak dan membuat perbandingan nombor. Di
dalam perisian ini juga mengandungi 6 permainan pembelajaran yang menarik.
iii) Matematik Metalogix1
Perisian ini merupakan satu perisian pembelajaran yang berkesan di mana ia mengandungi pelajaran
Matematik dengan nota yang sistematik dan komprehensif. Teknologi multimedia interaktif terkini
dapat membentuk pemahaman, menarik minat dan merangsang daya serap mental murid. Ia juga
mengandungi permainan yang menarik dan menyeronokkan.
iv) Cerdas IQ
Melalui perisian ini, ia dapat menolong murid-murid mencapai kecemerlangan dengan menggunakan
teknik multimedia. Merupakan perisian Multimedia Educational Courseware(MEC) yang canggih
mengikut sukatan KBSR Malaysia.

Selamat pagi Cikgu!



Strategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh
institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tinggi (Yusup Hashim 1994). Keadaan yang sama
juga telah berlaku di peringkat sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains,
matematik,bahasa Inggeris dan pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan
komputer. Pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan
menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan
mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal (Fred & Henry 1994).

Terdapat banyak takrifan mengenai pengajaran berbantukan komputer. Di dalam bahasa Inggeris ia
dipanggil Computer Aided Instruction dengan singkatan CAI. Panggilan lain seperti Computer Based
Instruction/Education, Computer Augmented Instruction, Computer Administered Instruction,
Computer Managed Instruction, Computer Based Learning, Computer Enriched Instruction,
dan sebagainya. Sedikit sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya
kepada orang yang masih baru dalam dunia komputer. Sebenarnya ia menggambarkan
perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim Abu Samah, et al. 1991; Norhashim Abu
Samah , et al. 1990; Zoraini Wati Abas 1994;Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996).
Dua nama singkatan yang paling popular ialah CAI dan CAL. Umumnya CAI digunakan di Amerika
Syarikat,manakala CAL lebih popular di negara-negara Eropah. Bagaimanapun kedua-duanya
adalah bermaksud penggunaan komputer bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi media pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasi oleh para pendidik untuk
menjamin proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini disebabkan oleh arus
perkembangan dalam dunia komputer menjadi begitu pantas dengan wujudnya teknologi canggih,
iklim dan falsafah ekonomi serta politik yang menggalakkan. Pada tahun 1990an, keaktifan
penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran nampaknya semakin terserlah
bukan sahaja di luar negara malah di dalam negara kita juga.Kementerian Pelajaran Malaysia telah
melancarkan satu projek perintis kenal faham komputer di 60 buah sekolah pada tahun 1992. Projek
ini merupakan usaha awal Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggalakkan guru dan murid
menggunakan komputer sebagai alat pengajaran di samping meningkatkan program kesedaran dan
literasi komputer di sekolah (Yusup Hashim 1998).

Saya setuju dengan pendapat dan pandangan rakan-rakan semua. Namun disebalik penerapan
kaedah pembelajaran teknologi ini, terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi. Antara
masalah yang dihadapi ialah faktor kepakaran, faktor teknikal, faktor masa dan faktor
kewangan.

1 Faktor Kepakaran
Pembangun perisian mestilah memiliki pelbagai kemahiran serta pengalaman yang luas bagi
menghasilkan perisian yang berkualiti serta memenuhi kehendak pengguna pasaran.
Kemahiran yang diperlukan adalah merangkumi kemahiran pengendalian komputer serta
kemahiran penggunaan perisianperisian yang berkaitan dalam pembangunan perisian
contoh PowerPoint 2003.

Perisian ini walaupun mudah untuk dikuasai tetapi masih banyak kelebihan dan kemampuan
perisian ini yang tidak diketahui kerana ia tidak dapat dikuasai jika hanya membaca buku
panduan tetapi perlu dikuasai dengan belajar daripada pengajar yang berkemahiran tinggi. Ia
bagi memastikan perisian yang dihasilkan mesra pengguna dan tidaknmengelirukan.
Beberapa rujukan dilaksanakan bagi memastikan kemahiran yang diperolehi bermakna. Oleh
kerana disebabkan faktor kepakaran yang lemah, perisian yang dihasilkan tidak beberapa
memuaskan dari aspek isi kandungan dan aspek perisian itu sendiri. Tiadanya pengalaman
dalam mengajar mata pelajaran Sains menyebabkan isi kandungan perisian ini lemah.
Pelbagai rujukan telah dibuat bagi menghasilkan visual yang benar-benar baik serta sesuai
dengan pengguna sasaran.

2 Faktor Teknikal
Masalah teknikal masih tidak dapat dielakkan walaupun spesifikasi peralatan yang digunakan
untuk tujuan pembangunan perisian telah memenuhi keperluan minimum. Masalah yang
timbul adalah seperti putus bekalan elektrik, komputer rosak, serangan virus, kehilangan data
serta prestasi kelajuan komputer yang agak perlahan ketika proses membangunkan perisian
menganggu keluaran hasil yang berkualiti. Walaubagaimanapun, hasil dari rujukan, bantuan
pensyarah dan pembantu makmal serta pertolongan dari rakan-rakan telah menyebabkan
masalah tersebut dapat diselesaikan dan diminimumkan.

3 Faktor Masa
Faktor masa merupakan salah satu elemen yang penting dalam menghasilkan perisian yang
mesra pengguna, interaktif dan berkualiti tetapi disebabkan masa yang diperuntukkan adalah
terhad dan tidak mencukupi, maka proses pembangunan perisian ini berjalan tanpa mengkaji
beberapa keperluan atau kehendak pengguna. Penghasilan sesuatu perisian yang berkualiti
tinggi memerlukan masa bagi mendapatkan pelbagai bahan yang perlu diserapkan ke dalam
perisian dan kadang kala perlu dihasilkan sendiri bagi menambah keupayaan perisian ini.
Sebagai contoh, video yang dipaparkan tidak dapat diperolehi dari mana-mana sumber
menyebabkan pembangun terpaksa merancang dan menghasilkan sendiri video-video tersebut
bagi memenuhi kehendak isi kandungan. Kekurangan masa telah menghadkan kesempurnaan
perisian ini.






Knhm jn
jk jbhjb


j hhaviuStrategi penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran telah
banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di institusi pengajian tingggi

omputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi
topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teacher's of
Mathematics,1980) mencadangkan supaya matematik perlu mengambil peluang yang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam
pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak ber
Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi
topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teacher's of
Mathematics,1980) mencadangkan supaya matematik perlu mengambil peluang yang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam
pendidikan matematik.
makna jika seorang pelajar tidak mampu melakukan proses penyelesaiasalah.
Komputer memainkan peranan yang penting dalam pendidikan matematik. Penggunaan komputer
dalam pengajaran dan pembelajaran matematik dapat memperkembangkan dan memperkayakan lagi
topik yang diajar. Lebih sedekad yang lalu, NCTM (National Council of Teacher's of
Mathematics,1980) mencadangkan supaya matematik perlu mengambil peluang yang luas yang
ditawarkan oleh komputer. Aktiviti penyelesaian masalah adalah bahagian yang terpenting dalam
pendidikan matematik. Pencapaian yang tinggi dalam matematik tidak bermakna jika seorang pelajar
tidak mampu melakukan proses penyelesaian masalah.
sulebih interaktif. Denganini pelajar akan berupaya meningkatkan kefahaman danpenguasaanPelajar
dapat belajar dengan sendiriMengaplikasi teori pembelajaran konstruktif dankontekstual dalam
pengajaran Membantumeningkatkan daya kreativiti pelajar danmotivasi pelajar Membantu
mewujudkansuasana pembelajaran aktif



Implikasi Teori Kognitif dalam Merekabentuk Perisian Pengajaran dan Pembelajaran
berbantukan Komputer
Komputer memainkan peranan penting dalam membangunkan perisian PPBK. Ciri interaktif yang ada
pada sesebuah komputer berpotensi untuk meningkatkan motivasi belajar jika ia digunakan dalam
pendidikan. Teori-teori pembelajaran yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi dari mazhab
behaviouris, kognitif dan konstruktivis perlu dijadikan dasar utama untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sesuatu perisian pendidikan. Mengaplikasikan teori-teori
pembelajaran semasa membangunkan sesuatu perisian PPBK juga perlu untuk memupuk kemahiran
berfikir secara kritis dan kreatif

Teori kognitif memberi tumpuan kepada isi kandungan pelajaran dan cara ia dipersembahkan.
Maklumat baru mesti diorganisasi secara tersusun kerana menurut ahli kognitif, manusia perlu
peraturan tertentu bila melihat sesuatu maklumat supaya ia mudah difahaminya. Contohnya
kandungan perisian diatur secara spiral supaya pelajar dapat mengembangkan maklumat yang
mereka perolehi secara berterusan. Maklumat yang berbentuk konkrit boleh diperkenalkan dahulu
seperti memasukkan teks dan gambar. Seterusnya setelah konsep itu dikuasai, kemahiran memilih
teks yang sesuai dari segi saiz, bentuk dan warna boleh dikaitkan. Kemudian kesan-kesan visual pula
diperkenalkan untuk mendapat persembahan yang lebih menarik.

Berkaitan dengan struktur pengalajaran dan pembelajaran juga, Gagn dalam Roblyer (2000) telah
menggunakan model pemprosesan maklumat untuk menyenaraikan garispanduan (Nine Events of
Instruction) untuk membantu guru mengoptimakan persekitaram pembelajaran pelajar. Garispanduan
tersebut adalah seperti berikut;

menarik perhatian memberitahu objektif pembelajaran kepada pelajarmenggalakkan pelajar untuk
mengingati kembali pengetahuan sediamempersembahkan bahan baru membimbing pembelajaran
mendapatkan pencapaian memberi maklumbalas menilai pencapaian meningkatkan daya ingatan

Garispanduan tersebut sebenarnya seiring dengan ciri-ciri perisian PPBK. Rekabentuk perlu menarik,
objektif perlu ada supaya pelajar mempunyai gambaran apa yang akan berlaku. Ciri-ciri tutorial dan
latih-tubi pula menetapkan maklumbalas perlu diberi setelah konsep baru diperkenalkan dan ia
mestilah membantu pelajar untuk mencapai objektif. Latihtubi pula berfungsi untuk meningkatkan
kefahaman dan ingatan pelajar dengan latihan yang berulang-ulang.Tentang kebolehan memori pula,
maklumat yang memberi makna tertentu adalah lebih mudah untuk dipelajari dan diingati. Maklumat
baru tersebut juga perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar supaya mereka dapat belajar
dengan lebih mudah dan efektif. Dalam rekabentuk perisian PPBK, sebelum mempelajari tentang
ComIL untuk membina persembahan multimedia, pelajar perlu terlebih dahulu faham mengapa
mereka perlu belajar ComIL. Ini bermakna matlamat menggunakan perisian ini mesti jelas dan
difahami terlebih dahulu supaya arahan-arahan yang diberi seterusnya untuk memasukkan teks,
bunyi, gambar, membina butang dan sebagainya dapat diikuti oleh pelajar dan dilihat keperluannya
untuk membina satu persembahan



Tentang kebolehan memori pula, maklumat yang memberi makna tertentu adalah lebih mudah untuk
dipelajari dan diingati. Maklumat baru tersebut juga perlu dikaitkan dengan pengetahuan sedia pelajar
supaya mereka dapat belajar dengan lebih mudah dan efektif. Dalam rekabentuk perisian PPBK,
sebelum mempelajari tentang ComIL untuk membina persembahan multimedia, pelajar perlu terlebih
dahulu faham mengapa mereka perlu belajar ComIL. Ini bermakna matlamat menggunakan perisian
ini mesti jelas dan difahami terlebih dahulu supaya arahan-arahan yang diberi seterusnya untuk
memasukkan teks, bunyi, gambar, membina butang dan sebagainya dapat diikuti oleh pelajar dan
dilihat keperluannya untuk membina satu persembahan multimedia.Kefahaman pra-aktiviti ini akan
membentuk schema dalam minda pelajar. Ia juga seperti yang dipersetujui oleh Jonassen (1996)
bahawa pelajar belajar dengan berfikir tentang maklumat yang membawa makna kepada mereka.
Jika maklumat tersebut tidak membawa makna, maka ia akan lupus dari ingatan seperti mana yang
telah dinyatakan oleh Ormrod sebelum ini. Pembelajaran Bermakna yang diperkenalkan oleh Ausubel
juga menggariskan keperluan untuk menyediakan pelajar dengan garispanduan maklumat yang akan
mereka pelajari. Garispanduan tersebut juga akan berfungsi sebagai rangka yang akan membantu
pelajar untuk memahami maklumat yang diperkenalkan.


Berdasarkan beberapa konsep yang diperkenalkan oleh ahli-ahli psikologi dari
mazhab kognitif, beberapa pendekatan dalam merekabentuk perisian PPBK
harus diberi perhatian. Berkaitan dengan ini juga beberapa garispanduan
yang ditulis oleh Clark (1998) telah disediakan oleh Macromedia Authoware 1


1. Mengelakkan maklumat yang berlebihan (overload).Dalam hal
menyediakan templat-templat maklumat, templat yang mempunyai grafik dan
teks yang ringas tetapi tepat cukup untuk menarik minat pelajar. Rekabentuk
skrin yang mudah dan konsisten yang mengaplikasikan penggunaan teks,
bunyi, animasi dan warna yang sekadar perlu adalah penting. Clark (1998)
menekankan perkara ini terutama jika sasaran perisian adalah untuk
pengenalan


2. Mengarahkan perhatian pengguna terhadap objektif pembelajaran.

Setiap gabungan anmasi, bunyi, warna dan teks mesti berfungsi untuk
mengukuhkan maklumat yang hendak disampaikan. Contoh Frame 2 di atas
mengalihkan perhatian pengguna dari maklumat yang hendak
dipersembahkan kerana di situ terdapat beberapa arahan yang berbeza
dalam satu skrin untuk diikuti pelajar. Kesannya ia akan membahagikan
perhatian pelajar, bukan menumpukan perhatian. Mengikut prinsip kognitif,
tumpuan perhatian adalah penting untuk mengelakkan kehilangan maklumat

Penggunaan teks yang bergaris atau digelapkan boleh digunakan mengikut
keperluan untuk memandu perhatian pelajar ke bahagian penting maklumat.
Teknik-teknik tertentu perlu digunakan untuk membantu dan menyokong
tumpuan pelajar semasa proses pembelajaran berlaku. Menurut Newby,
Stepich, Lehman dan Russel (2000) teknik-teknik lain adalah seperti
mengemukakan soalan yang berfokus, menekankan (highlight) maklumat
penting, membuat analogi, menggunakan kata kunci (mnemonics) serta
menggunakan konsep imej.3. Sumber Sokongan MemoriSumber sokongan
memori ini memberikan bantuan yang diperlukan kepada pengguna untuk
memahami sesuatu masalah tatapi ia bukanlah fokus arahan. Contohnya
butang Bantuan yang akan disediakan nanti bukanlah untuk memberi jawapan
tetapi untuk membantu pelajar mencari jawapan atau menyelesaikan masalah
yang diberi.

Oleh kerana mengikut prinsip kognitif bahawa kefahaman pelajar dipengaruhi
oleh pembelajaran yang bermakna, adalah penting bantuan disediakan
apabila memori pelajar tidak dapat mengaitkan sesuatu maklumat yang
dikehendaki dengan maksud yang membawa makna kepadanya. Menurut
Clark (1998) sokongan memori adalah penting untuk pengguna baru untuk
memberi keyakinan dan keselesaan kepada mereka Oleh itu, butang Bantuan
hendaklah sentiasa kelihatan dalam setiap skrin nanti.Walaubagaimanapun,
butang bantuan tersebut, navigasi dan hypertext atau hypermedia yang akan
memberikan maklumat tentang sesuatu dengan lebih lanjut perlu diberi
perhatian supaya kehadirannya nanti tidak bercanggah dengan tujuan ia
diletakkan di skrin, iaitu untuk membantu memori pelajar memproses
maklumat baru.



4. Latihan, latihan dan latihan.Seiring dengan pendapat ahli behaviouris,
latihan yang berulangkali penting dalam aspek pembelajaran. Bagi teori
behaviouris, latihan berulang akan membawa kepada tingkahlaku yang
diingina. Bagi ahli kognitif, latihan yang berulang pula akan membantu memori
memproses maklumat untuk ingatan jangka panjang. Latihan yang berulang
juga akan mengurangkan kehilangan maklumat dari berlaku. Latihan yang
diberikan menurut Clark lagi, bukan berdasarkan kepada bilangan skrin tetapi
kepada saiz maklumat yang hendak disampaikan supaya ia tidak terlalu
banyak sebelum kefahaman pelajar mula diuji.

PENGAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Assalamualaikum,

Pada pendapat saya, pengajaran berbantukan komputer ini sangat penting dalam arus ledakan
maklumat abad ke 21 ini. Menurut (Yusup Hashim, 1994), Strategi penggunaan komputer dalam
pengajaran dan pembelajaran telah banyak digunakan oleh institusi pendidikan terutama di
institusi pengajian tinggi negara. Bahkan, keadaan yang sama juga telah berlaku di peringkat
sekolah, misalnya di sekolah-sekolah bestari, pengajaran sains, matematik, bahasa Inggeris dan
pengajaran bahasa Melayu telah dijalankan dengan menggunakan komputer. Menurut (Fred &
Henry 1994), pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran sains yang dijalankan dengan
menggunakan komputer, bukan sahaja untuk tujuan pengajaran asas tetapi juga untuk tujuan
mengira dan membuat simulasi tentang situasi makmal. Jika kita singkap dan baca isi
kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi mencapai matlamat pendidikan di Malaysia
dan hala tuju Wawasan 2020, satu anjakan paradigma diperlukan tentang penggunaan teknologi
di sekolah. Maka pada awal tahun 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan
konsep Sekolah Bestari yang bermula pada Januari 1999. Pemikiran baru dalam pendidikan,
perkembangan teknologi dan ledakan maklumat memaksa guru melihat dan mengubah proses
pengajaran dan cara menguruskan kurikulum sesuai dengan era tersebut. Menurut sumber dari
Berita Harian 2005, pihak kerajaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia telah
membekalkan kemudahan komputer dalam proses mewujudkan Sekolah Bestari. Pada tahun
2005 sebanyak 90% sekolah di seluruh negara telah dibekalkan dengan kemudahan komputer.
Sebanyak 5,037 buah sekolah mempunyai makmal komputer, sejumlah 133,724 unit komputer
telah dibekalkan di sekolah-sekolah dan terdapat 5,026 unit server telah dipasang di sekolah-
sekolah di seluruh negara termasuk sekolah-sekolah di luar bandar. Proses pengajaran dan
pembelajaran bestari adalah berbantukan komputer (PBK). Menurut Sander (1987),
pembelajaran berbantukan komputer ialah satu situasi pembelajaran di mana pelajar-pelajar
berinteraksi dan dibimbing komputer melalui satu proses pembelajaran terancang yang bertujuan
untuk mencapai matlamat pembelajaran tertentu. Moursund (1980) menyatakan bahawa PBK
merupakan penggunaan komputer untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, iaitu
interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar untuk membantu mereka tentang bahan
yang telah dipelajari. Secara umumnya PBK ialah penggunaan komputer dengan satu program
yang sistematik dan teratur oleh pelajar dan guru untuk sesuatu pengajaran dan pembelajaran
yang memerlukan satu interaksi yang aktif antara pelajar dengan komputer (Rao et al. 1991).
Kemunculan Pengajaran Berbantukan Komputer Multimedia (MCAI) dalam arena pendidikan kini
merupakan banyak membantu dan memudahkan guru menyampaikan pengajaran dengan
berkesan. Sebaliknya kaedah tradisional yang biasa digunakan dalam bilik darjah menyediakan
sumber dan suasana yang tidak dapat menarik dan merangsang minat pelajar. Aplikasi media
pengajaran terutamanya komputer perlu dieksploitasi oleh para pendidik untuk menjamin proses
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan. Hal ini disebabkan oleh arus perkembangan
dalam dunia komputer menjadi begitu pantas dengan wujudnya teknologi canggih, iklim dan
falsafah ekonomi serta politik yang menggalakkan. Pada tahun 1990an, keaktifan penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran nampaknya semakin terserlah bukan
sahaja di luar negara malah di dalam negara kita juga. Menurut Yusuf Hashim 1998,
Kementerian Pelajaran Malaysia telah melancarkan satu projek perintis kenal faham komputer di
60 buah sekolah pada tahun 1992. Projek ini merupakan usaha awal Kementerian Pelajaran
Malaysia untuk menggalakkan guru dan murid menggunakan komputer sebagai alat pengajaran
di samping meningkatkan program kesedaran dan literasi komputer di sekolah. Seiring dengan
arus kepesatan pemodenan dan pembangunan pendidikan yang berkembang dengan maju bak
cendewan tumbuh lepas hujan, maka tuntasnya di sini pembelajaran berbantukan komputer
(PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang
murid terutamanya pelajar yang berada pada tahap pencapaian akademik rendah. Ini kerana
murid-murid di tahap pencapaian akademik rendah kebiasaannya memerlukan pelbagai
kombinasi medium dalam pembelajaran mereka seperti visual yang bergerak, animasi, teks,
muzik dan grafik, di mana kesemua medium ini terdapat dalam multimedia yang boleh didapati di
dalam pembelajaran berbantukan komputer.



Teori Konstruktivis
Konstruktivisma mengaitkan belajar dengan memberi makna terhadap sesuatu berdasarkan pengalaman. Idea
yang dibawa oleh ahli psikologi konstruktivisma ini berkaitan dengan teori kognitif juga kerana kedua-dua teori
melihat pembelajaran sebagai aktiviti mental. Pendekatan konstruktivis terhadap pengajaran dan pembelajaran
berasal dari kajian yang dibuat oleh beberapa tokoh kognitif seperti Jean Piaget, Lev Vygotsky dan Jerome
Bruner (Chen, tanpa tarikh).Ahli konstruktivisime mengaitkan proses pembelajaran sebagai pengetahuan
disusun dan dibina dalam minda manusia. Pelajar membina sesuatu pengetahuan mengikut pengalaman mereka
masing-masing kerana teori konstruktivisme mengatakan bahawa minda berfungsi sebagai medium yang akan
menapis input yang didapatinya dari dunia luar untuk membina realiti atau kefahamannya sendiri. Teori ini
menekankan bahawa manusia sendiri yang memberi makna terhadap sesuatu, bukan mendapatkan makna
dengan mengikuti satu proses tertentu atau dari guru mereka. Ini bertenangan degnan teori kognitif dan
behaviourisme yang menganggap pembelajaran berlaku dengan berkesan bila ada proses terancang seperti
rangsangan, motivasi dan sebagainya.Dalam lain perkataan, apa yang difahami oleh pelajar adalah apa yang
dilihatnya tetapi pada masa yang sama apa yang dilihatnya bergantung kepada persepsinya terhadap dunia luar.
Oleh itu, pelajar tidak memindahkan, meminjam atau meniru pengetahuan dari persekitaran luarnya kepada
memorinya tetapi mereka membina makna sendiri tentang persekitarannya berdasarkan pengalamannya dan
interaksinya. Makna tersebut tidak mutlak atau bersifat objektif. Ia sentiasa bergantung kepada perubahan
semasa yang relevan kepadanya. Jadi ilmu itu sentiasa berkembang seperti yang dikatakan oleh Bruner dalam
Kearsley (2001). Pembelajaran adalah proses aktif dimana pelajar sendiri membina maksud berdasarkan kepada
pengetahuan sebelum dan semasa mereka.Dalam konteks pengajaran, guru perlu menggalakkan pelajar untuk
mencari sendiri maklumat yang perlu. Interaksi aktif antara guru dan pelajar perlu supaya guru boleh memberi
maklumat dalam format tertentu yang selaras dengan tahap kefahaman pelajar supaya pelajar boleh meneroka
sendiri maklumat tersebut. Dengan itu Kearsley (2001) berpendapat kurikulum perlu berbentuk spiral agar
pelajar dapat terus meneroka dan membina pengetahuan mereka secara berkesinambungan. Pembelajaran
konstruktivisme bersifat aktif, bukan pasif. andainya pelajar mendapati maklumat baru yang diterima tidak
konsisten dengan kefahaman yang telah mereka perolehi, maka kefahaman tersebut akan diubahsuai untuk
menerima maklumat baru. Inilah yang dikatakan aktif. Sepanjang proses mengaplikasi pengalaman sedia,
menerima pengetahuan baru, membandingkan pengalaman sedia dengan makluamt baru dan seterusnya
memperbaiki atau membina pengetahuan baru hasil dari perbandingan tersebut. Berkaitan dengan pengajaran
bantuan komputer, Jonassen (1996) telah menerangkan bagaimana komputer dapat memrealisasikan teori
pembelajaran konstruktif. Ini, menurut beliau adalah kerana sifat komputer menyokong pembinaan
pengetahuan, menyokong penerokaan, menyokong kaedah belajar melalui pengalaman, menyokong
pembelajaran bersama dan kpmputer juga boleh menjadi rakan intelektual untuk membantu pelajar membuat
refleksi pembelajaran mereka. Antar prinsip yang diketengahkan oleh Bruner adalah pengajaran mesti berkaitan
dengan konteks dan pengalaman pelajar. Ia membantu pelajar mahu dan boleh belajar. Pengajaran juga mesti
berstruktur supaya ia memudahkan kefahaman pelajar. Selain dari itu, pengajaran mesti direkabentuk untuk
menampung penerokaan supaya pelajar boleh meneroka maklumat dengan lebih jauh

Anda mungkin juga menyukai