Anda di halaman 1dari 5

Keldai dengan serigala.

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang luas.Ia meragut
rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di situ,jadiia
dapat meragut rumput dengan senang hati.
Oh,beruntung sungguh aku hari ini!Setelah kenyang, keldai mamandang sekeliling,tiba-tiba ia
ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke arahnya.
Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya mengejar aku,rungut
keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia berpura-pura
berjalan dengan selamba kea rah seringala.
Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak aku?tanya serigala
yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru dan menangkap aku.Akhirnya aku
akan jadi makanan kamu juga.Kata keldai dengan berani.
Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi mangsa aku
juga,kata serigala.Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih seronok
kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku akan memakan kamu
Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,Kata keldai,tapi sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu
meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam kuku kaki belakan
aku.
Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki belakangnya ke
arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri
tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.
Aaaaaahhhhhhh!Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat kuat,serigala
mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang giginya.Akhirnya ia diri
dengan kesakitan yang amat sangat.Lain kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!jerit serigala
dengan marah.


PENGAJARAN:-
1)KITA HENDAKLAH BIJAK MENCARI BUAH FIKIRAN JIKA DALAM KESEMPITAN.
2)KITA JANGANLAH MENCARI MASALAH DENGAN ORANG YANG ARIF.




Anjing Dengan Bayang-Bayangnya.
Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat menghampiri
bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri.
Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!Jerit perniaga daning dengan marah sambil
mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari terlalu pantas dan
penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya
terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.
Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam sungai,ia berasa
sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging yang lebih
besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayang-bayangnya sendiri.Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,
fikir anjing liar itu.
Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang
baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu terjatuh ke dalam
sungai.
Ahhhbodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku ada.Bersikap tamak
hanyalah merugi kan diri sendirirungut si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa pulang dalam
kelaparan.






PENGAJARAN:-



1)JANGANLAH KITA TERLALU TAMAK.

2)JANGANLAH KITA PENTINGKAN DIRI SENDIRI.



















Lebai Malang
Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan
taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan
tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun.
Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka
kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak
menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah,
baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya
oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya.
Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana
harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.
Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih
matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan
lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri
itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.
Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah
kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana
baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar.
Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula
secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang
berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu,
baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada
kerja yang lain-lain.
Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu.
Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati
itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang?
Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang
semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak
Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah
habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.
Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan
menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas berangkat saja,
masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai,
maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak
Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada
hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.
Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan
lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun
sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi.
Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat
ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu
penuh berisi air nira.
Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing,
dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh
anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu,
tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena.
Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.
Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu
arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam
lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari
itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu
tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun
oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu
disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing
sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong
bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata
Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari.
Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka
burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada
tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya
dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya,
seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah
tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ.
Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala
perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya.
Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu tadi
hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang.
Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu
pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan
bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.
Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu,
marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar
dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya.
Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak
Lebai seraya berkata:
Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'
Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan
halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak
Lebai. Lalu ia bersyair pula:
Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.'
Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.


PENGAJARAN:-
1)KITA HENDAKLAH SENTIASA MENEPATI MASA.
2)KITA PERLU BERSABAR MENGHADAPI DUGAAN HIDUP.

Anda mungkin juga menyukai