Anda di halaman 1dari 9

PULAU DAYANG BUNTING

Beberapa ratus tahun dahulu ada seorang jin bernama Mambang Sari duduk di Pulau Langkawi. Pada tiap-tiap hari Mambang Sari dengan dayang-dayangnya pergi bermain-main di suatu tempat yang di panggil Pasir Telok Ayer Tahun. Pada satu hari semasa mereka bersuka-sukaan di pantai pasir di Pulau itu, seorang jin bernama Mat Teja melihat mereka, dan Mat Teja jatuh kasih kepada Mambang Sari. Tetapi Mambang Sari tidak tahu langsung bahawa Mat Teja kasih kepadanya. Selepas bermain-main di Pasir Telok Ayer Tahun, Mambang Sari dan dayang-dayangnya pergi mandi di Telok Lawak. Tiap-tiap kalinya Mat Teja mengikut dari jauh kerana tidak berani mengatakan kasihnya kepada Mambang Sari. Pergi ke Telok Ayer Tahun, Mat Teja kena lalui di suatu tempat yang dipanggil Diang. Maka, di tempat ini tinggal seorang tua bernama "Tuk Diang". Pada suatu hari apabila ia lalu, Tuk Diang bertanya kepada Mat Teja ke mana ia hendak pergi. Jawab Mat Teja, ia hendak pergi mengikut Mambang Sari kerana ia telah jatuh kasih kepadanya, tetapi ia tidak berani pergi hampir. Tuk Diang beri petua kepadanya, ambil sebatang tabung buluh, pergi berjalan di pantai laut waktu air surut, kemudian tadah air mata duyung dengan tabung buluh itu di suatu tempat yang dipanggil Telok Kahar. Apabila dapat air mata duyung itu, basuh muka dengannya apabila ia lihat Mambang Sari. Mat Teja turut seperti yang mana dipetuakan oleh Tuk Diang dan satu pun tidak ketinggalan. Ia pun berjalan di pantai laut dan sampailah di Telok Kahar waktu air surut. Maka dilihatnya seekor duyung duduk di atas batu dan air matanya jatuh meleleh di mukanya kerana air pasang telah meninggalkannya dan dia tidak dapat balik ke laut.

Apabila Mat Teja melihat duyung itu duduk terbeting di batu, ia pun tidak lengah lagi membuka tali pinggangnya di mana tergantung tabung buluh yang tersebut dan menadah air mata duyung itu. Apabila sudah dapat ia pun dengan segera balik ke Telok Lawak. Maka di sini ia dapati Mambang Sari sedang bersuka-sukaan. Mat Teja dengan tidak membuang masa menyapukan leher dan mukanya dengan air mata duyung itu. Apabila Mambang Sari melihat wajah Mat Teja ia pun jatuh kasih kepadanya. Pada hari-hari kemudian yang berikut mereka duduk berkasih-kasihan, tetapi tidak duduk sama setempat. Ada kalanya mereka berjumpa di darat dan ada kalanya di laut. Tidak berapa lama daripada itu Mambang Sari pun bunting dan balik ke suatu tempat yang dipanggil Dayang Beranak untuk melahirkan anaknya. Tujuh hari lepas bersalin anaknya meninggal dunia. Mambang Sari campakkan anaknya ke dalam sebuah tasik dan tasik itu pada masa ini dipanggil dengan nama TASEK DAYANG BUNTING.

Lebai Malang
Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu tinggal di sebuah dusun. Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya. Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya. Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain. Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak

Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya. Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali. Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis. Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira. Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu. Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari. Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus asanya kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada memberi faedah kepadanya. Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada lubang kayu

tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu. Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata: Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang Celaka sial bedebah jembalang Pakaian dibuang bertelanjang pulang.' Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula: Ayuhai nasib fakir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng, Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tidak terkira, Ke sana ke mari tersera-sera, Punah golok bersama nira, Pulang ke rumah mendapat mara.' Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.

MAT JENIN
Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagaiMat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehari-harian hanyalah memasang angan-angan. Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok, segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang diingini. Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang, api menyala di dian, barulah dia

balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi sambil berangan-angan Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu bersusah-payah membaiki teratak buruk itu. Akan begitulah kerja Mat Jenin itu sehari-hariani. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih, tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa apabila dia memerlukan duit belanja. Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada orang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan kelapanya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa. "Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu berpaling ke arah Mat Jenin "Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan untuk nenek?" "Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin. Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu." "Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin. "Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela ayam,"jawab nenek itu lagi. Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual. " Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berkata demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula hendak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya bertambah girang. "Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku biarkan ayamayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar bolehlah aku makan." Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata, "Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?" Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab "Betul cu." Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin tinggi. "Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-ayamaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku makan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah

berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata "Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus menjawab "Betul tu cu." Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan semakin tinggi,"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan dihormati orang." Sekali lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkankambing itu dengan lembu tentu lagi baik, kan nenek?" dia menjerit ke bawah. Nenek itu terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan tidak nampak nenek itu mentertawakan dia. Mat Jenin semakin kuat berangan-angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi . Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek! kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye, nenek. Kayalah saya masa itu." Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi. Mat Jenin menganggukanggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana. Ya!Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Ya! dia sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke bawah. Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia sudah pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising. Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.", dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari anganangannya itu. Mat Jenin terkejut besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh bunyinya. Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya MatJenin telah mati di situ juga. Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan orang kisah Mat Jenin yang malang. Pengajaran yang didapati ialah: 1.Jangan berangan-angan 2.Buat kerja dengan bersunggug-sungguh 3.Jangan lalai ketika membuat sesuatu pekerjaan.

Kisah Enam Orang Buta Melihat Gajah (Cerita Rakyat India)

Dahulu kala hiduplah enam orang buta. Mereka sering mendengar tentang gajah. Namun karena mereka semua belum pernah melihatnya, mereka ingin sekali tahu seperti apa gajah itu. Maka mereka beramai-ramai pergi melihat gajah. Orang buta pertama mendekati gajah. Ia tersandung dan ketika terjatuh, ia menabrak sisi tubuh gajah yang kokoh. Oh, sekarang aku tahu! katanya, Gajah itu seperti tembok.

Orang buta kedua meraba gading gajah. Mari kita lihat..., katanya, Gajah ini bulat, licin dan tajam. Jelaslah gajah lebih mirip sebuah tombak. Yang ketiga kebetulan memegang belalai gajah yang bergerak menggeliat-geliat. Kalian salah! jeritnya, Gajah ini seperti ular! Berikutnya, orang buta keempat melompat penuh semangat dan jatuh menimpa lutut gajah. Ah! katanya, Bagaimana kalian ini, sudah jelas binatang ini mirip sebatang pohon. Yang kelima memegang telinga gajah. Kipas! teriaknya, Bahkan orang yang paling buta pun tahu, gajah itu mirip kipas. Orang buta keenam, segera mendekati sang gajah, ia menggapai dan memegang ekor gajah yang berayun-ayun. Aku tahu, kalian semua salah. Katanya. Gajah mirip dengan tali. Demikianlah keenam orang buta itu bertengkar. Masing-masing tidak mau mengalah. Semua teguh dengan pendapatnya sendiri, yang sebagian benar, namun semuanya salah. Mereka semua hanya meraba bagian tubuh gajah yang berlainan, mereka tidak melihat keseluruhan hewan gajah itu sendiri

Pak Pandir Ratakan Gunung


Dongeng Pak Pandir Ratakan Gunung bukan cerita yang sebenar, cerita

itu diketahui oleh semua rakyat China. Cerita itu dicatat dalam buku Lie Zi yang ditulis oleh Lie Yukou, seorang ahli falsafah pada abad ke-empat dan ke-lima Sebelum Masihi. Berdasarkan dongeng itu, seorang tua dikenali sebagai Pak Pandir, beliau berusia hampir 90 tahun. Rumahnya menghadapi dua gunung besar, nama satu gunung ialah Thaihang dan satu lagi ialah gunung Wangwu. Kedua-dua gunung tersebut menghalangi perjalanan sekeluarga Pak Pandir. Pada suatu hari, Pak Pandir mengumpulkan sekeluarganya dan berkata, Kedua-dua gunung besar tersebut menghalangani perjalanan sekeluarga kita sehingga kita harus menempuh jalan panjang yang sia-sia. Bagaimana kita sekeluarga berusaha bersama-sama meratakan kedua-dua gunung tersebut? Apa bila mendengar cadangan Pak Pandir, semua anak dan cucu-cicitnya berkata, Cadangan Pak betul sekali. Kita bermula meratakan kedua-dua gunung tersebut pada hari esok. Akan tetapi isteri Pak Pandir berasa tugas itu terlalu sukar untuk dilaksanakan dan mengemukakan pendapat tentangan dan berkata Kita sudah tinggal di sini selama banyak tahun, mengapa kita tidak boleh hidup terus seumpama itu? Tambahan pula, kedua-dua gunung tersebut begitu besar, jika gunung tersebut dapat dipindahkan, tempat mana boleh menumpang begitu banyak batu dan lumpur? Perkataan isteri Pak Pandir itu menimbulkan perbincangan semua orang. Masalah itu memang menyusahkan. Pada akhirnya, mereka dengan sebulat suara menetapkan, menghantar batu dan lumpur tersebut ke laut. Pada hari berikutnya, Pak Pandir membimbing sekeluarganya mula meratakan kedua-dua gunung tersebut. Jirannya ialah seorang janda. Dia mempunyai seorang anak lelaki yang berumur tujuh-lapan tahun. Apabila mengetahui sekeluarga Pak Pandir akan meratakan gunung mereka sangat gembira yang menyediakan bantuan. Akan tetai, peralatan mereka hanya cangkul dan baku dan kedua-dua gunung tersebut berjarak jauh dengan laut. Setiap hari, setiap orang hanya berulang alik satu kali sahaja dari gunung ke laut. Setelah berusaha selama sebulan, gunung itu nampaknya sama rupa pada masa dahulu. Pada suatu hari, seorang tua yang dikenali sebagai Tua Cerdik melihat sekeluarga Pak Pandir yang sedang meratakan gunung dan berasa geli hati. Dia bercakap dengan Pak Pandir, Awak sudah lanjut usia dan susah berjalan, bagaimana awak meratakan kedua-dua gunung yang begitu besar. Pak Pandir menjawab, Nama awak cerdik, akan tetapi awak tidak lebih cerdik daripada anak. Bila saya mati, anak-anak saya akan meneruskan kerja saya ini; bila mereka mati pula, cucu-cicit saya akan meneruskannya

dan kerja akan diteruskan oleh anak-anak mereka sampai kepada cucu-cicit mereka turun-temurun. Batu dan lumpur di gunung tersebut semakin berkurangan disebabkan kami meratakannya setiap hari, setiap bulan dan setiap tahun. Kenapa kami tidak boleh meratakan gunung tersebut? Tua Cerdik itu tidak boleh membalas lagi. Pak Pandir dan sekeluarganya meratakan kedua-dua gunung tersebut dengan tidak menghiraukan cuaca yang panas dan cuaca yang sejuk Mereka bekerja dari siang hingga malam setiap hari. Tuhan terharu terhadap tindakan mereka dan menghantar dua malaikat meratakan kedua-dua gunung tersebut. Dongeng Pak Pandir Ratakan Gunung diceritakan sehingga sekarang. Dongeng itu menasihatkan orang ramai, tidak kira menghadapi sebarang kesukaran, asal sahaja bersemangat tidak putus asa, kita pasti akan mencapai kejayaan.

Anda mungkin juga menyukai