Anda di halaman 1dari 16

KELDAI DENGAN SERIGALA

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah


padang rumput yang luas.Ia meragut rumput dengan gembira
kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun tiada haiwan lain di di
situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati.
Oh,beruntung sungguh aku hari ini!Setelah kenyang, keldai
mamandang sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang
kelaparansedang menuju ke arahnya.
Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu
serigala itu Berjaya mengejar aku,rungut keldai yang ketakutan
itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai memberanikan diri. Ia
berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala.
Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai
sebaiksahaja ternampak aku?tanya serigala yang
kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan buru
dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu
juga.Kata keldai dengan berani.
Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau
lusa kamu akan jadi mangsa aku juga,kata serigala.Tapi tiada
seronok kalau aku dapat tangkap kamu dengan mudah.Kan lebih
seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap kamu,aku
akan memakan kamu
Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,Kata keldai,tapi
sebelum kita main kejar-kejar,aku mahu meminta pertolongan
kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan duri di dalam
kuku kaki belakan aku.
Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!Kata serigala.Keldai pun
menghuluhkan kaki belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala
cuba memegang kakinya dan menunduk untuk mencabut duri
tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.
Aaaaaahhhhhhh!Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan
tendangan keldai itu amat kuat,serigala mengalami kecederaan
yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa batang
giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.Lain
kali ku akan tangkap kamu dan makan kamu!jerit serigala
dengan marah.
MOHD AZZAMUDDIN ABD HAMID
1 DIGITAL 2010
ANJING DENGAN BAYANG-BAYANGNYA
Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar
itu segera melompat menghampiri bangku penjual daging lalu
menyambar sepotong daging.kemudian,ia segera melarikan diri.
1

Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!Jerit


perniaga daning dengan marah sambil mengejar anjing liar
dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar itu berlari
terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di
sebatang sungai.Setelah pasti keselamatannya terjamin,ia
berhenti dengan termengah-mengah.
Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia
menjenguk ke dalam sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila
melihat seekor anjing lain sedang menggoggong sepotong daging
yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah bayangbayangnya sendiri.Aku mesti mendapatkan dagingnya itu, fikir
anjing liar itu.
Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang
dilihatnya di dalam sungai itu.Namun malang baginya,sebaik
sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang digonggong itu
terjatuh ke dalam sungai.
Ahhhbodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan
makanan yang aku ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri
sendirirungut si anjing liar itu.Ahitnya anjing liar terpaksa
pulang dalam kelaparan.
MOHD AZZAMUDDIN BIN ABD HAMID
1 DIGITAL 2010
LEBAI MALANG
Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu
adalah seorang lebai pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada
Allah ta`ala, istimewa pula perangainya tersangat adab dan
santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu
tinggal di sebuah dusun.
Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya
mengajak akan dia melawat orang mati. Maka kata Pak Lebai,
baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi datang pula
seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri
berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah
engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi
mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak berdikir
kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai,
demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun
pulanglah ke rumah masing-masing berhadirkan sekalian alatnya
kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke rumahnya.
Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai
beberapa lamanya hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak
Lebai datang. Maka yang mati itu pun dimandikan serta
2

disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang


berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu
pun bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.
Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian
daripada mereka yang ketiga itu telah kembali, maka ia pun
sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu berfikir di dalam
hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang
mati tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau
aku pergi kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah
kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa
setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang
berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan
angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada
orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja
wajib daripada kerja yang lain-lain.
Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah
ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak
Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan
orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si
mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa
boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu.
Serta ia sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik.
Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun
Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang?
Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan
barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah
habis sekali.
Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat,
sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang
bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang baru lepas
berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah.
Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka
katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga
penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian
diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah
inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain
semuanya sekali telah habis.
Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan
saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan
pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak
Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air
niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun
pergilah ke pohon kabung itu dan lempengnya itu pun
disangkutkannya pada singai tempat ia memanjat pohon itu. Maka
Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya
3

bacuk itu penuh berisi air nira.


Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah
itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah
dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong
oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut goloknya
serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil
bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada
juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar
sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.
Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu
hingga terkepunglah ia, tiada tentu arahnya hendak lari lagi,
istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing itu pun
masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa
bungkusan kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu.
Maka Pak Lebai pun sampailah kepada tempat anjing itu
menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain
benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu.
Maka Pak Lebai pun oleh tersangat berang hatinya, lalu
menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya, lalu
disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal
bertelanjang bulat sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari
mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup itu,
mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam
hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai.
Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mengintai anjing itu
ke sana ke mari.
Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul
menuju Pak Lebai, kerana pada sangka burung itu tunggul kayu,
oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat benang pun tiada lekat
pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu
datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan
membukakan kedua ketiaknya. Maka punai itu pun betullah masuk
ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri hendak
menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu
badannya sudah tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah
naik ke atas pohon kayu yang berhampiran di situ. Setelah dilihat
oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya dengan putus
asanya kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun
tiada memberi faedah kepadanya.
Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun
kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain
bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada lagi, sudah diambil
oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya
dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi.
Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu
teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak, takkan
4

segantang, rezeki sudah sebanyak itu.


Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh
isterinya Pak Lebai bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya
katanya, kena apa awak demikian ini, seperti laku orang gila? Ke
mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai
diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya.
Maka Mak Lebai pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu
api, disesahkannya ke belakang Pak Lebai seraya berkata:
Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'
Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain,
lalu duduk termenung memikirkan halnya yang telah jadi, serta
dengan berangnya sebab penat dan sakit kena bahan oleh kayu
api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:
Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.'
Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.
Disampaikan semula oleh:
Cheng Yew Weng 1Digital 2010
PERAWAN TUJUH BERADIK
PADA zaman dahulu , kononnya ada sebiji buah yang sangat luar
biasa . Pokoknya tumbuh di tengah-tengah lautan yang sangat
luas . Sesiapa sahaja yang memperolehi buah itu dipercayai akan
menjadi amat bertuah .
Maka tersebutlah kisah seorang pemuda bernama Lenggai . Dia
berasal dari Kalimantan Barat . Walaupun Lenggai seorang
pengembara yang gagah berani , namun dia selalu ditimpa
malang.
Pada suatu hari Lenggai membuat keputusan hendak mencari
buah ajaib itu . Dia kemudiannya membina sebuah kapal layar dan
belayar menyeberangi lautan . Pelayaran itu sangat sukar tetapi
Lengai tetap tidak berputus asa . Walaupun telah beberapa lama
belayar , namun pokok yang berbuah ajaib itu belum juga
kelihatan . Akhirnya , pada suatu hari , setelah hampir tiga bulan
belayar , tiba-tiba kapal Lenggai termasuk ke dalam pusaran air
yang sangat kuat . Kapalnya berpusing-pusing dengan ligat sekali.
5

Lenggai sedaya upaya cuba hendak menyelamatkan kapalnya


daripada bencana itu . Lenggai hampir-hampir lemas . Tiba-tiba
dari percikan yang disebabkan oleh pusara air itu dia ternampak
sebatang pokok yang sangat tinggi . Matanya terpaku ke arah
pokok itu . Pokok itu seolah-olah muncul dari pusat pusaran air
itu . Dia pasti itulah pokok ajaib yang dicari-carinya selama ini .
Kapal Lenggai hampir ditelan pusaran air itu . Pada detik yang
mencemaskan itu Lenggai melompat ke dalam air dan berenang
sekuat-kuatnya ke arah pokok itu . Setelah selamat sampai , dia
pun memanjat ke sebatang dahan yang selamat daripada pusaran
air itu dan dia berehat di situ seketika . Setelah bertenaga semula ,
Lenggai memandang sekelilingnya dan dia ternampak seekor
burung yang sangat besar di salah sebatang dahan yang tertinggi
di pokok itu . Cengkaman kuku burung itu sama besarnya dengan
genggaman seorang manusia .
" Jika aku dapat memegang kaki burung itu , tentu aku dapat
kembali semula ke daratan , " bisik hati Lenggai.
Dia pun mula memanjat pokok itu dari satu dahan ke satu dahan
sehingga dia berada kira-kira sehasta dari tempat burung itu
hinggap . Dengan secepat kilat dia menyambar pergelangan kaki
burung itu dan bergayut di situ sekuat-kuatnya . Burung besar itu
sama sekali tidak menyedari akan apa yang berlaku kepada
dirinya . Setelah beberapa lama kemudian burung itu pun terbang
membawa Lenggai yang bergayut pada kakinya . Burung itu
terbang dan terus terbang menyeberangi lautan dan merentasi
daratan , sehingga Lenggai menjadi sangat letih dan tidak berdaya
lagi . Akhirnya burung itu ternampak beberapa ekor lembu .
Burung itu melayang turun dan secepat kilat menyambar seekor
lembu .
Pada ketika itulah Lenggai melepaskan pegangannya dan jatuh ke
tanah dengan selamatnya . Lenggai memerhatikan kawasan di
sekelilingnya . Dia sangat hairan melihat kawasan di situ . Lenggai
belum pernah melihat tempat yang sebegitu cantik , pokok-pokok
menghijau dan berbuah lebat dengan bunga-bunga kembang
berseri . Lenggai terus berjalan dan akhirnya dia tiba di suatu
lorong yang ditumbuhi bermacam jenis bunga yang berwarnawarni . Dia mengikuti lorong itu lalu terjumpa sebuah rumah yang
indah . Lenggai terus masuk ke dalam rumah itu dan dilihatnya
seorang perawan sedang menyediakan makanan .
"Oh!"
Gadis itu sangat terperanjat meliha t Lenggai berada di dalam
rumahnya .
"Jangan takut , saya tidak akan mengapa-apakan kamu . Saya
tidak tahu di mana saya sekarang . Saya memerlukan makanan
dan tempat tidur untuk malam ini , " terang Lenggai .
Perawan itu mempersilakan Lenggai duduk dan dia memberikan
6

Lenggai sedikit makanan . Ketika Lenggai sedang makan , perawan


itu menceritakan bahawa dia adik bongsu kepada tujuh orang
adik-beradik yang tinggal dalam rumah itu . Enam orang kakaknya
telah keluar bekerja di sawah . Lenggai pula kemudiannya
menceritakan apa yang telah dialaminya . Lewat petang itu
keenam orang kakak perawan itu pun pulang . Mereka semuanya
sangat senang hati menerima kedatangan Lenggai dan
melayaninya dengan baik .
Semenjak hari itu Lenggai pun tinggal bersama-sama perawan
tujuh beradik itu. Setiap hari apabila keenam-enam perawan itu
pergi ke sawah, Lenggai tinggal di rumah menjaga adik mereka
yang bongsu itu. Setelah beberapa lama perawan bongsu jatuh
cinta kepada Lenggai.Pada suatu hari dia memberitahu akan
perasaannya itu kepada kakak-kakaknya. Mereka semuanya
bersetuju perawan bongsu berkahwin dengan Lenggai. Lenggai
juga bersetuju dengan cadangan itu.
"Kamu nanti akan menjadi sebahagian daripada keluarga ini," jelas
kakak yang sulung.
"Sekarang masanya telah tiba untuk kamu mengetahui bahawa
sebenarnya kami tujuh beradik daripada Bintang Tujuh. Adik
bongsu kami ini dinamakan Bintang Banyak. Saya tidak boleh
memberitahu kamu lebih daripada ini. Sayangilah adik bongsu
kami ini kerana dia sangat kami sayangi."
Maka seminggu kemudiannya, majlis perkahwinan Lenggai dengan
Bungsu Bintang Banyak pun diadakan. Ramai orang kampung di
rumah-rumah panjang yang berdekatan dijemput untuk meraikan
majlis itu.Beberapa tahun berlalu. Lenggai dan Bungsu Bintang
Banyak mendapat seorang anak laki-laki yang diberi nama
Selamuda. Lenggai menjaga anaknya itu dengan penuh kasih
sayang sementara isterinya dan kakak-kakaknya bekerja di
sawah.Sememangnya sejak awal lagi, Lenggai telah diberi amaran
supaya tidak membuka penutup tajau yang terletak di sudut
rumah itu.
"Wahai suamiku, berjanjilah bahawa abang sama sekali tidak akan
membuka penutup tajau ini," pesan Bungsu Bintang Banyak.
"Jika abang membukanya juga, akibatnya amatlah buruk sekali."
Lenggai mematuhi kata-kata isterinya. Walau bagaimanapun, oleh
kerana selalu diingatkan berulang kali, Lenggai berasa ada sesuatu
yang ganjil dalam tajau itu. Perasaan ingin tahunya datang dengan
mendadak.
Pada suatu hari hanya Lenggai dan anaknya sahaja yang tinggal di
rumah. Lenggai merenung tajau itu beberapa kali. Perasaan ingin
tahunya memuncak dan Lenggai tidak boleh bersabar lagi. Dengan
cermat dia membuka penutup tajau itu. Alangkah dahsyatnya!
Melalui mulut tajau itu dia dapat melihat beribu-ribu orang
manusia sedang sibuk menanam padi. Apa yang anehnya mereka
7

kelihatan jauh sekali di bawah. Lenggai menyedari kini dia berada


di suatu tempat yang tinggi, seolah-olah di sebuah negeri di
awang-awangan.Lenggai runsing sekali dengan apa yang
dilihatnya. Dia tahu siapa mereka itu. Merekalah manusia di bumi
dan semuanya sedang bekerja dengan tekun.
Pada petangnya, apabila isteri dan keenam orang kakaknya pulang
dari sawah, Lenggai tidak memberitahu mereka apa yang telah
dilakukannya. Semasa waktu makan, Lenggai kelihatan sedih dan
bimbang. Dia makan sedikit sahaja. Bungsu Bintang Banyak
mengesyaki sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dia segera
bertanya kepada Lenggai:
"Suamiku, adakah abang membuka tajau itu?"
Lenggai hanya mendiamkan diri. Setelah disoal beberapa kali
akhirnya Lenggai mengaku membuka tajau itu dan menceritakan
apa yang telah dilihatnya.
"Isteriku, kejadian itulah yang mengganggu fikiranku," Lenggai
menjelaskan.
"Oh suamiku, bukankah telah kuberitahu supaya jangan membuka
penutup tajau itu? Abang telah melakukan sesuatu yang tidak
dapat dimaafkan," Bungsu Bintang Banyak berkata dalam
tangisan.
"Sekarang abang tidak dapat lagi tinggal bersama kami."
Bongsu Bintang Banyak menangis teresak-esak sambil menimang
anaknya.
"Anakku, oh anakku, tidak pernah ibu terfikir kita akan berpisah.
Sekarang sudah tibalah masanya. Oh! Betapa beratnya
penderitaanku," tangis Bungsu Bintang Banyak.
Maka pada keesokan harinya isteri Lenggai dan keenam orang
kakaknya menyediakan persiapan untuk menurunkan Lenggai dan
anaknya ke bumi melalui mulut tajau itu. Mereka semua bertangistangisan. Sebelum berpisah, kakak Bungsu Bintang Banyak yang
tertua menjelaskan selanjutnya:
"Lenggai, tahulah kamu bahawa kami berasal dari Bintang Tujuh.
Kami memberi petunjuk kepada peladang di bumi. Carilah kami
dalam kegelapan sebelum terbit fajar. Apabila kamu ternampak
kami di langit, mulalah segera menanam padi."
Jika kami telah tidak lagi kelihatan di langit apabila kamu mula
menanam, maka hasilnya tidak akan banyak, malahan apa jua
yang kamu tanam tidak akan memberi hasil. Semasa berada di
sini, kami telah melihat kami tidak pernah tinggal di rumah hanya
Bungsu Bintang Banyak sahaja yang berada di rumah.Bungsu
Bintang Banyak juga mengingatkan suaminya supaya menurut
nasihat kakaknya itu dan menceritakan pula kepada anaknya
supaya kedudukan Bintang Tujuh akan sentiasa menjadi petunjuk
kepada petani di bumi.
Setibanya di bumi, Lenggai menceritakan semua pengalaman
8

yang dialaminya kepada orang-orang kampung. Dia


menceritakannya dari masa dia meninggalkan kampung untuk
mencari buah ajaib sehinggalah masa dia berkahwin dengan adik
bungsu Bintang Tujuh.Semenjak hari itu, kononnya, padi akan mula
ditanam apabila kelihatan Bintang Tujuh mengerdip di langit.
ANIS ADRINA BT MOHD AZIMI
1 SIBER (2009)
PETIKAN SUMBER:
http://www.karyanet.com.my/knetbeta/lkk/ebuku/download/kcrm/n
egeri/sarawak/swk.html
CERITA : NEGERI SARAWAK
PENGAJARAN : BERUSAHA DAN TIDAK BERPUTUS ASA
LABAH-LABAH BUNCIT
Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih
besar daripada sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang
membuat sarang itu. Kemudian ia menambah di sekeliling sarang
itu.
Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang.
Ia menangkap mangsanya. Binatang yang ditangkap segera
dimakan. Badannya semakin hari semakin besar. Perutnya buncit.
Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa lapar.
Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur
dan satu lagi dari arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu
menjemput labah-labah buncit makan kenduri. Kenduri itu
diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labahlabah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat
jemputan. Jiran di kiri pergi ke jemputan arah barat. Jiran di kanan
pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah buncit mendapat akal.
Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa
yang makan dahulu tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali
itu diikatkan pada perutnya supaya tidak terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang,
jiran kanan pun menarik tali dari arah timur. Pada masa yang sama
jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-labah buncit tidak
dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan
perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masingmasing. Perut labah-labah buncit semakin tercerut. Setelah tidak
berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti. Mereka
menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba
membuka tali yang tercerut di perut labah-labah buncit.
9

Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan itu.


Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya
membuka ikatan di perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan.
Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu. Pinggangnya pun
ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah
kecil dan genting.
NAMA:NUR SYAFINAZ HAYATI BINTI KAMARRUDIN
KELAS:1 SIBER (2009)
BURUNG BANGAU DENGAN SEEKOR KETAM
Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah.
Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokokpokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar
tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di
sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di
kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung
bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan
dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan
bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga
ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut.
Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut
kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut
sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau
sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang
datang berhampiran dengannya.
Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak
lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak
memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar
seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau
beginilah keadaannya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi
berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya
aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".
Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk
termenung dengan perasaan sedih di tebing tasik. Seekor katak
yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat
murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir
ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?".
Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita
dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu,
sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi
sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering
terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang
berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa
10

kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak
akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama
tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan
kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak
mengangguk- anggukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju
dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus
melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawankawan yang lain.
Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu
cepat dan semua penghuni tasik berkumpul ditebing sungai
dimana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan
bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada
bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami
semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi
aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan
tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya.
Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar
dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering
walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau
membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku
boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua
dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung
bangau lagi.. Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung
bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan
daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak
dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa
ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik
dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan
selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan
habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah
perbuatannya sehingga sampai kepada giliran ketam. Oleh kerana
ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung pada leher burung
bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke
kawasan batu besar tersebut,ketam memandang ke bawah dan
melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat
keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam
hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia
memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada
ratahan bangau yang rakus. Setelah tiba di atas batu besar ketam
masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata
"Dimanakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau
membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahakbahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi
rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher
bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk
11

bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan


menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak
mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi
sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.
Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi
makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik
sambil membawa kepala bangau. Apabila tiba di tasik, kawankawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing.
Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala
bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang
berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana
mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau
yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucapkan
terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka
semua.
Pengajaran : Kita tidak boleh bersikap tamak dan mementingkan
diri sendiri . Kita hendaklah memikirkan perasaan orang lain .
Nurul Syafiqah binti Abdullah Sani
1 Siber ( 2009 )
Petikan Sumber : http://members.tripod.com/isma_il/bangau.html

HARIMAU GUNUNG LEDANG


Pada suatu masa, Gunung Ledang terlalu banyak didiami oleh
harimau. Ketika harimau gunung itu turun, banyaklah binatang
ternakan dibahamnya.
Pada suatu hari, harimau itu turun beramai-ramai dari gunung itu.
Sekawan kerbau yang dijaga oleh seorang budak habis dibaham
oleh mereka. Orang kaya tuan punya kerbau itu sangat marah.
Kamu lalai dan tidak menjaga kerbau aku. Kamu mesti ganti
semua kerbau yang telah dibaham itu, kata orang kaya itu
dengan marah.
Budak itu sangat susah hati. Sudahlah hidupnya tidak ada tempat
berlindung, kini malang pula menimpa. Dia bermenung dibawah
sepohon pokok.
Jangan susah hati. Ambil getah ini dan sapukan kepada mulut
harimau itu nanti, kata seorang tua yang menjelma tiba-tiba.
Budak itu bertekad. Harimau dari gunung itu mesti diajar. Dia
mengambil upah menjaga sekawan kerbau kepunyaan seorang
kaya yang lain. Sampai ketikanya, seekor harimau yang besar
datang. Budak itu dengan berani pergi kepada harimau itu.
12

Kamu pencuri bedebah mesti diajar! kata budak itu dengan


berani. Harimau yang besar itu tergamam. Dia memikirkan budak
itu lebih kuat daripadanya.
Budak itu menyapukan getah pada mulut harimau. Apabila getah
itu kering, harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau
itu juga disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Apabila getah itu kering,
harimau tidak boleh membuka mulutnya. Kuku harimau itu juga
disapu getah. Ia tidak dapat mengeluarkan kukunya.
Budak itu juga mengikat kaki harimau. Hari telah malam, dia
memanggil semua orang kampung datang. Orang kampung sangat
hairan melihat keberanian budak itu.
Budak itu berkata kepada harimau yang sudah terbaring tidak
bergerak, Mulai malam ini, kamu jangan ambil binatang
peliharaan orang kampung.
Harimau itu dibiarkan di situ sehingga tengah hari esoknya.
Apabila matahari memancar, getah itu pun cair. Harimau
melarikan diri kerana ketakutan. Sejak itu tiada lagi harimau
datang membaham binatang ternakan di kawasan itu.
Pengajaran :
1. Jangan menganiaya orang lain.
2. Usaha tangga kejayaan.
3. Jangan mudah putus asa.

PUTERI SANTUBUNG
Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang ialah dua orang puteri dewa
kayangan yang mempunyai paras rupa dan kecantikan yang tiada
tolok bandingnya ketika itu. Sesiapa sahaja yang memandang
pasti akan terpikat.
Paras kedua-dua puteri anak dewa dari kayangan itu bagaikan
purnama menghias alam, bersinar-sinar bergemerlapan. Alis mata,
yang lentik dan ekor mata seperti seroja biru di kolam madu.
Walaupun ketinggian tubuh mereka hanyalah sederhana tetapi
suara mereka cukup merdu seperti seruling bambu. Inilah
kelebihan yang terdapat pada Puteri Santubong dan Puteri
Sejenjang.

13

Kehidupan Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang amat mesra


sekali. Mereka diibaratkan adik-beradik kembar. Senyuman dan
kegembiraan sentiasa bermain dibibir. Bergurau dan bersenda
tidak lekang daripada keduanya. Mereka sentiasa sepakat dan
sekata. Demikianlah kehidupan yang mereka lalui setiap hari.
Sejenjang, selepas selesainya kerja kita berdua ini, kita bermainmain, mahu? Tanya Puteri Santubong kepada Puteri Sejenjang
yang asyik menumbuk padi.
Baiklah. Tapi kita mahu main apa ya? balas Puteri Sejenjang.
Kita main sorok-sorok di taman bunga di halaman sana. Lepas itu
kita petik bunga-bunga yang telah mekar di taman.
Yalah Santubong! Sudah lama juga kita tidak memetik bungabunga di taman sana.
Menantikan saat itu, kedua-duanya meneruskan pekerjaan masingmasing hingga selesai.
Pekerjaan Puteri Santubong dari siang hingga malam hanyalah
menenun kain. Manakala Puteri Sejenjang pula asyik dengan
menumbuk padi.
Pada suatu hari, ketika Puteri Santubong leka menenun kain dan
Puteri Sejenjang asyik menumbuk padi, berbual-buallah mereka
tentang kecantikan diri masing-masing. Mereka memuji-muji
tentang kelebihan diri sendiri.
Sejenjang! Kau lihat tak diri aku yang serba tidak cacat ini!
Dengan duduk menenun seperti ini, aku dapat menjaga
kerampingan pinggangku ini. Aku pasti suatu hari nanti, bila anak
raja sampai ke mari, dia akan melamar dan mengahwini aku.
Aduh! Betapa bahagianya di saat itu, Sejenjang? Tanya
Santubong kepada Sejenjang yang asyik menumbuk padi.
Puteri Santubong terus memuji-muji akan kecantikan dirinya. Bila
aku sudah diam di istana nanti, tentunya dayang-dayang
mengelilingi aku, sambil menyikat-nyikat rambutku yang mengurai
ini. Nanti mereka akan berkata, inilah anak dewa kayangan yang
paling cantik pernah mereka temui. Saat itu akulah tuan puteri
yang paling cantik di dunia ini.
Puteri Sejenjang yang asyik menumbuk padi mulai merasa marah
dan cuba menentang kata-kata Puteri Santubong yang
menganggap dirinya sahajalah yang paling cantik. Puteri
Sejenjang menyatakan dirinya yang paling cantik dan rupawan.
Kecantikannya mengalahi paras rupa Puteri Santubong.

14

Tidakkah kau tahu Santubong? Dengan cara berdiri menumbuk


padi begini menjadikan tubuhku ini, kuat dan tegap. Subur
menawan. Leher juga jinjang. Betis bagaikan bunting padi.
Dengan menumbuk padi ini juga jari-jemariku halus dan lenganku
ini serasa tegap daripada engkau yang asyik bongkok menenun
kain. Entah nanti, engkau cepat pula rebah ke bumi. Takut pula
anak raja itu melamar aku dahulu, balas Puteri Sejenjang.
Mendengar kata-kata Puteri Sejenjang, Puteri Santubong enggan
mengalah. Puteri Sejenjang juga pantang menyerah. Masingmasing mahu dipuji. Akhirnya, pertengkaran antara Puteri
Santubong dan Puteri Sejenjang semakin hangat. Masing-masing
tidak dapat mengawal perasaan mereka lagi. Pertengkaran antara
keduanya berlarutan.
Daripada nada suara yang rendah bertukar menjadi lantang sambil
mencaci-caci dan menghina antara satu dengan yang lain.
Sejenjang! Kalau asyik pegang antan, jangan harap betis kau tu
akan jadi bunting padi. Takut lemak tak berisi. Dek antan tu
jugalah jari-jemari kau tu, kesat dan kasar. Tidak seperti jarijemariku ini yang halus serta runcing, kata Puteri Santubong
dengan bangga.
Dengan perasaan penuh dendam dan dengan amat marah, Puteri
Sejenjang hilang sabar lalu menyerang Puteri Santubong dengan
antan di tangan. Ayunan pukulan Puteri Sejenjang amat kuat dan
cepat, lalu terkenalah ke pipi Puteri Santubong yang sedang duduk
menenun kain. Menjeritlah Puteri Santubong kerana kesakitan.
Puteri Santubong bertambah marah. Puteri Santubong juga tidak
berdiam diri, lantas menikam Puteri Sejenjang dengan batang
belidah yang ada dalam genggamannya. Tikaman itu tepat ke arah
kepala Puteri Sejenjang dan menembusinya. Maka menjeritlah pula
Puteri Sejenjang sekuat-kuatnya akibat kesakitan tikaman
tersebut. Berakhirlah sebuah persahabatan dan persaudaraan
yang telah dijalin oleh mereka selama ini.
Kononnya akibat pergaduhan dan ayunan antan puteri Sejenjang
yang terkena ke pipi Puteri Santubong menyebabkan Gunung
Santubong telah terpecah menjadi dua seperti yang dilihat pada
hari ini. Demikian juga dengan tikaman batang belidah oleh Puteri
Santubong yang mengenai tepat ke kepala Puteri Sejenjang,
menyebabkan Bukit Sejenjang pecah bertaburan menjadi pulauulau kecil berhampiran Gunung Santubong.
15

Kisah sedih di antara Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang


akhirnya menjadi kenangan dan ingatan rakyat Sarawak. Maka
lahirlah lagenda Puteri Santubong dan Puteri Sejenjang yang kita
dengar sehingga ke hari ini.
OhPuteri Santubong,
Sejinjang sayang,
Kisah lama, Zaman mensia maya.
Puteri Santubong, Puteri Sejinjang,
Penjaga gunung Negeri Sarawak,
Manis sik ada dapat dilawan,
Anak dak Dewa turun kayangan.
Oh
Santubong puteri bertenun kain malam,
Oh
Sejinjang puteri menumbuk padi siang.
Satu hari nya dua kelahi,
Beranuk anuk sik renti-renti,
Seorang madah dirik bagus agik,
Seorang sik ngalah walau sampai ke mati.
Udah lejuk nya duak kelahi,
Lalu bertukuk nya duak puteri,
Sejinjang mengayun aluk ke pipi,
Tebik Santubong sampai gituk ari.
Tapi Santubong membalas juak,
Lalu ditikam batang belidak,
Sampei terkena Sejinjang kepala,
Lalu bertabor jadi Pulo Kera.
Kisah Santubong, kisah Sejinjang,
Asal berkawan jadi musuhan,
Kinik tuk tinggal jadi kenangan,
Pakei ingatan sepanjang zaman.
Pengajaran :
1. Iri hati membawa mati.
2. Jangan sombong.

16

Anda mungkin juga menyukai