Anda di halaman 1dari 4

Lebai Malang

Al kisah, dalam sebuah desa terdapat seorang lebai yang


pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah SW ta`ala.
Istimewa pula perangainya beliau sangat adab, santun, serta
ikhlas hatinya. Beliau tinggal di sebuah dusun.
Berlaku satu peristiwa, datanglah seorang lelaki ke rumah lebai
tersebut dan mengajaknya menziarahi orang mati. Maka kata
Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi
datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai ke
majlis kenduri berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai,
yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang
seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke terataknya untuk
berdikir bagi majlis kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup
juga juga oleh Pak Lebai.
Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masingmasing menyediakan semua barangan kerana beranggapan
Pak Lebai akan datang juga ke rumah mereka.
Hatta, semua pemanggil itu menanti kehadiran Pak Lebai
dengan lamanya hingga beralih matahari, tiada juga Pak Lebai
tiba.
Maka si mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu
ditanamkan. Demikian juga yang berkhatam itu pun
dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun
bertampillah berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.
Di rumah Pak Lebai, beliau berfikir di dalam hatinya, ke mana
baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku
mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi
kepada orang berkhatam pengajian itu, perutku tentulah
kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta
kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi
kepada orang yang berdikir itu perut aku tentulah kenyang

makan makanan majlis orang itu. Maka kalau begitu, baiklah


aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda
junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.
Hatta, setelah berfikir, Pak Lebai pun pergilah ke rumah orang
yang mati tersebut. Dengan takdir Allah SW ta`ala Pak Lebai
bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang
yang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara
si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah
apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam
itu. Sampai di sana, semua orang telah pulang. Tuan rumah
berkata Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa
pun tiada lagi, semuanya telah habis, maafkan saya.
Maka kata Pak Lebai, tidak mengapa, asalkan sudah selamat,
sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang
yang bermaulud itu. Tiba di sana, orang baru lepas berangkat
masing-masing orang pun hendak pulang. Maka apabila
dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya,
Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah
saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Naiklah, Pak Lebai,
hanya inilah yang tinggal sebungkus makanan saja lagi, lain
semuanya sekali telah habis.
Maka ujar Pak Lebai, tidak mengapa apa pula yang
disusahkan. Lalu diambilnya bungkusan itu serta berjalan
pulang ke rumahnya. Maka hari pun hampir petang Pak Lebai
pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air
niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun
pergilah ke pohon kabung itu dan makanannya pun disangkut
pada singai tempat beliau memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai
pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu
penuh berisi air nira.
Dengan takdir Allah, makanan yang ditinggalkan di bawah itu

sudah digonggong oleh anjing dan di bawa lari. Maka setelah


dilihat oleh Pak Lebai akan hal itu, maka hilanglah fikirannya,
lalu ia mencabut goloknya serta dibaling kepada anjing itu,
namun tiada kena. Lalu diambil bacuk nira yang penuh dengan
nira itu, juga dibalingnnya, namun tiada juga kena. Maka ia pun
terjun dari atas pohon itu untuk mengejar anjing tersebut.
Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia, dan tidak
tahu mana hendak lari lagi, ketika itu hari sudah menjelang
malam. Maka anjing itu pun masuklah ke dalam lubang batang
kayu bersembunyi membawa bungkusan makanan yang
separuh sudah dimakannya ketika lari. Maka Pak Lebai pun
sampailah kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya.
Oleh kerana terlalu berang, Pak Lebai menanggalkan seluar
dan baju serta songkoknya, lalu disumbatkannya kepada
lubang tempat anjing itu bersembunyi. Kini Pak Lebai pun
tinggal bertelanjang bulat sahaja. Sang anjing pun keluarlah lari
mengikut lubang yang sebelah lagi yang tiada bertutup dengan
mengonggong bungkusan makanan dan berlari pantas masuk
ke dalam hutan lalu hilang.
Maka Pak Lebai pun tercengang-cenganglah mencari anjing itu
ke sana ke mari.
Pak Lebai keletihan, putihlah matanya dengan putus asanya
kerana segala perkara yang diusahakannya hari ini tiada
satupun memberi faedah kepadanya.
Maka ia pun mengucapkan syukurl kepada Allah lalu ia pun
kembalilah kepada lubang kayu tadi hendak mengambil kain
bajunya. Setibanya di sana satu pun tiada lagi, kerana telah
diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung
mencari goloknya dan bacuk niranya, semuanya telah tiada.
Wah apatah lagi, sesal Pak Lebai pun tiada berguna lagi, lalu
teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua, kalau secupak,
takkan jadi segantang jika rezeki sudah sebanyak itu.

Maka Pak Lebai pun balik ke rumahnya. Dilihat oleh isterinya


Pak Lebai tidak berbaju, marahlah ia, seraya katanya, kena
apa awak ini, seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan
baju awak? Maka oleh Pak Lebai diceritakannya segala hal
yang telah berlaku ke atas dirinya.
Maka Mak Lebai pun naik marah, lalu mengambil kayu api, dan
dipukulnya ke belakang Pak Lebai seraya berkata:
Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'
Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari
kain, lalu duduk termenung memikirkan hal yang telah terjadi,
serta dengan berangnya sebab penat dan sakit badanya.
Lalu ia bersyair pula:
Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.'
Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.

Anda mungkin juga menyukai