Anda di halaman 1dari 26

Keldai dengan serigala.

Pada suatu pagi,seekor keldai pergi meragut rumput di sebuah padang rumput yang
luas.Ia meragut rumput dengan gembira kerana rumput di situ sunguh segar.Lagipun
tiada haiwan lain di di situ,jadiia dapat meragut rumput dengan senang hati.
‘’Oh,beruntung sungguh aku hari ini!’’Setelah kenyang, keldai mamandang
sekeliling,tiba-tiba ia ternampak seekor serigala yang kelaparansedang menuju ke
arahnya….
“Apakah yang harus aku buat sekarang? Kalau aku lari,tentu serigala itu Berjaya
mengejar aku,”rungut keldai yang ketakutan itu.Tiba-tiba keldai mendapat idea. Keldai
memberanikan diri. Ia berpura-pura berjalan dengan selamba kea rah seringala.
“Apakah yang sedang berlaku?Mengapa kamu tidak lai sebaiksahaja ternampak
aku?’’tanya serigala yang kehairanan.Tiada gunanya aku lari kerana kamu tetap akan
buru dan menangkap aku.Akhirnya aku akan jadi makanan kamu juga.’’Kata keldai
dengan berani.
‘’Betul juga cakap kamu.Kalau kamu terlepas hari ini,esok atau lusa kamu akan jadi
mangsa aku juga,’’kata serigala.’’Tapi tiada seronok kalau aku dapat tangkap kamu
dengan mudah.Kan lebih seronok kita main kejar-kejar.Kalau aku Berjaya tangkap
kamu,aku akan memakan kamu…’’
‘’Baiklah,aku setuju dengan cadangan kamu,’’Kata keldai,’’tapi sebelum kita main kejar-
kejar,aku mahu meminta pertolongan kamu.Boleh kah kamu tolong buangkan serpihan
duri di dalam kuku kaki belakan aku.’’
‘’Ya,sudah tentu aku akan tolong kamu!’’Kata serigala.Keldai pun menghuluhkan kaki
belakangnya ke arah serigala.Ketika serigala cuba memegang kakinya dan menunduk
untuk mencabut duri tersebut,keldai pun menendang muka serigala dendang kuat.
‘’Aaaaaahhhhhhh!’’Jerit serigala dengan kuatnya.Disebabkan tendangan keldai itu amat
kuat,serigala mengalami kecederaan yang teruk.Hidungnya berdarah dan beberapa
batang giginya.Akhirnya ia diri dengan kesakitan yang amat sangat.’’Lain kali ku akan
tangkap kamu dan makan kamu!’’jerit serigala dengan marah.
Anjing Dengan Bayang-Bayangnya

Ketika perniaga daging itu sibuk melayan pelangagnnya,anjing liar itu segera melompat
menghampiri bangku penjual daging lalu menyambar sepotong daging.kemudian,ia
segera melarikan diri.
‘’Eh,anjing yang jahat!Berani kaumencuri daging aku!’’Jerit perniaga daning dengan
marah sambil mengejar anjing liar dengan pisau pemotong dagingnya.Namun anjing liar
itu berlari terlalu pantas dan penjual daging tdak dapat mengejarnya.
Anjing liar itu berlari sekuat hatinya sehinggalah ia tiba di sebatang sungai.Setelah pasti
keselamatannya terjamin,ia berhenti dengan termengah-mengah.
‘’Anjing melalui sebuah titi untuk menyeberangi sungai,Ketika ia menjenguk ke dalam
sungai,ia berasa sunguhterkejut apabila melihat seekor anjing lain sedang
menggoggong sepotong daging yang lebih besar.Ia tidak tahu bahawa itu adalah
bayang-bayangnya sendiri.‘Aku mesti mendapatkan dagingnya itu,’ fikir anjing liar itu.
Tanpa berfikir panjang,ia pun menyalak kepada anjing yang dilihatnya di dalam sungai
itu.Namun malang baginya,sebaik sahaja ia membuka mulutnya,daging yang sedang
digonggong itu terjatuh ke dalam sungai.
‘’Ahhh…bodohnya aku!Aku sepatutnya bersyukur dengan makanan yang aku
ada.Bersikap tamak hanyalah merugi kan diri sendiri…’’rungut si anjing liar itu.Ahitnya
anjing liar terpaksa pulang dalam kelaparan.
Lebai Malang
Al kisah, maka adalah sebuah desa. Maka di dalam rantau itu adalah seorang lebai
pandai mengaji dan taat ibadatnya kepada Allah ta`ala, istimewa pula perangainya
tersangat adab dan santun, serta dengan tulus ikhlas hatinya kedua laki isteri. Ia itu
tinggal di sebuah dusun.
Sekali peristiwa, datanglah seorang laki-laki ke rumahnya mengajak akan dia melawat
orang mati. Maka kata Pak Lebai, baiklah. Kembalilah tuan dahulu,. Dan seketika lagi
datang pula seorang kanak-kanak menjemput Pak Lebai kerana hendak kenduri
berkhatam pengajian. Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada
sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai keterataknya oleh hendak
berdikir kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga
katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing
berhadirkan sekalian alatnya kerana harapkan Pak Lebai akan datang juga ke
rumahnya.
Hatta, dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai beberapa lamanya
hingga beralih matahari, tiadalah juga Pak Lebai datang. Maka yang mati itu pun
dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang
berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah
berdikir, masing-masing dengan pekerjaannya.
Kelakian, maka tersebutlah perkataan Pak Lebai. Kemudian daripada mereka yang
ketiga itu telah kembali, maka ia pun sembahyang zuhur. Sudah sembahyang lalu
berfikir di dalam hatinya, ke mana baik aku pergi ini? Jika aku pergi kepada orang mati
tentu aku mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang
berkhatam pengajian itu, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging
kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang
berdikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu.
Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda
junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.
Hatta, telah Lebai Malang berfikir demikiaan, maka ia pun pergilah ke rumah orang
yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang
yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata
saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat?
Tiada hendak menjadi rezeki saya.
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta ia sampai ke
sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu,
katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang?
Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan
sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali.
Maka kata Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia
pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang
baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila
dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat
datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai.
Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang
ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.
Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu
diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka
hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia
akan air niranya di atas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah ke
pohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada singai tempat ia
memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu.
Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira.
Dengan takdir Allah, lempengnya yang ditinggalkannya di bawah itu sudah digonggong
oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal
penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu ia mencabut
goloknya serta dipunggaikannya kepada anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira
yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun
dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.
Maka oleh tersangat pantasnya Pak Lebai mengejar anjing itu hingga terkepunglah ia,
tiada tentu arahnya hendak lari lagi, istimewa pula hari sudah malam buta. Maka anjing
itu pun masuklah ke dalam lubang batang kayu bersembunyi membawa bungkusan
kuih yang separuh sudah dimakannya sambil lari itu. Maka Pak Lebai pun sampailah
kepada tempat anjing itu menyembunyikan dirinya. Dicarinya kayu tiada, dan lain-lain
benda pun tiada juga hendak disumbatkannya pada lubang itu. Maka Pak Lebai pun
oleh tersangat berang hatinya, lalu menanggalkan seluar dan baju serta songkoknya,
lalu disumbatkannya kepada lubang itu. Maka Pak Lebai pun tinggal bertelanjang bulat
sahaja. Maka sianjing sial itu pun keluarlah lari mengikut lubang yang sebelah lagi yang
tiada bertutup itu, mengonggong bungkusan itu dengan pantasnya masuk ke dalam
hutan lalu hilanglah sekali tiada kelihatan pada mata Pak Lebai. Maka Pak Lebai pun
tercengang-cenganglah mengintai anjing itu ke sana ke mari.
Hatta seketika lagi terbanglah dua ekor burung punai betul-betul menuju Pak Lebai,
kerana pada sangka burung itu tunggul kayu, oleh Pak Lebai bertelanjang bogel, seurat
benang pun tiada lekat pada tubuhnya. Setelah dilihat oleh Pak Lebai akan punai itu
datang, ia pun segeralah mengadakan lengannya dan membukakan kedua ketiaknya.
Maka punai itu pun betullah masuk ke dalam lubang ketiaknya, seekor disebelah kiri
hendak menangkap burung itu. Wah apabila dirasa oleh burung itu badannya sudah
tiada terapit lagi, maka keduanya pun terbanglah naik ke atas pohon kayu yang
berhampiran di situ. Setelah dilihat oleh Pak Lebai punai itu terbang, putihlah matanya
dengan putus asanya kerana segala perkara yang diusahakannya itu suatu pun tiada
memberi faedah kepadanya.
Maka ia pun mengucapkan syukurlah kepada Allah lalu ia pun kembalilah kepada
lubang kayu tadi hendak mengambil kain bajunya. Sekunyung-kunyung suatu pun tiada
lagi, sudah diambil oleh orang. Maka pergi pula ia ke pohon kabung mencari goloknya
dan bacuk niranya, semuanya telah ghaib, suatu pun tiada lagi. Wah apatah lagi, sesal
Pak Lebai pun tiadalah berguna lagi, lalu teringatlah ia akan bidalan orang tua-tua,
kalau secupak, takkan segantang, rezeki sudah sebanyak itu.
Maka Pak Lebai pun naiklah kerumahnya. Telah dilihat oleh isterinya Pak Lebai
bertelanjang bogel itu, marahlah ia, seraya katanya, kena apa awak demikian ini,
seperti laku orang gila? Ke mana pergi seluar dan baju awak? Maka oleh Pak Lebai
diceritakannya segala hal ehwal yang telah berlaku ke atas dirinya. Maka Mak Lebai
pun naiklah radangnya, seraya mengambil kayu api, disesahkannya ke belakang Pak
Lebai seraya berkata:
‘ Lebai nasib langkahan malang,
Ke hulu hilir penat berulang
Celaka sial bedebah jembalang
Pakaian dibuang bertelanjang pulang.'
Maka Pak Lebai pun lari masuk ke dalam kelambu mencari kain, lalu duduk termenung
memikirkan halnya yang telah jadi, serta dengan berangnya sebab penat dan sakit kena
bahan oleh kayu api Mak Lebai. Lalu ia bersyair pula:
‘ Ayuhai nasib fakir miskin,
Dapat sedekah sebungkus lempeng,
Habis hilang baju dan kain,
Penganan habis dibaham anjing.
Penat berkejar tidak terkira,
Ke sana ke mari tersera-sera,
Punah golok bersama nira,
Pulang ke rumah mendapat mara.'
Maka demikianlah ceritanya Pak Lebai Malang itu, adanya.
LABAH-LABAH BUNCIT

Dalam sebuah belukar tinggal seekor labah-labah. Sarangnya lebih besar daripada
sarang labah-labah lain. Dahulu bapanya yang membuat sarang itu. Kemudian ia
menambah di sekeliling sarang itu.
Labah-labah itu berlari dengan pantas dari tengah ke tepi sarang. Ia menangkap
mangsanya. Binatang yang ditangkap segera dimakan. Badannya semakin hari
semakin besar. Perutnya buncit. Ia memang kuat makan. Perutnya sentiasa berasa
lapar.
Pada suatu hari, datang dua ekor labah-labah. Satu dari arah timur dan satu lagi dari
arah barat. Kedua-dua labah-labah mahu menjemput labah-labah buncit makan
kenduri. Kenduri itu diadakan pada waktu yang sama. Ia menjadi serba salah. Labah-
labah buncit bertanya jiran-jirannya. Mereka juga mendapat jemputan. Jiran di kiri pergi
ke jemputan arah barat. Jiran di kanan pergi ke jemputan arah timur. Labah-labah
buncit mendapat akal. Ia meminta kerjasama jiran-jirannya.
Labah-labah buncit memberi tali kepada jiran-jirannya. Sesiapa yang makan dahulu
tarik tali itu. Ia akan pergi ke sana dahulu. Tali itu diikatkan pada perutnya supaya tidak
terlepas.
Kedua-dua labah-labah itu pun pergi. Apabila jamuan dihidang, jiran kanan pun menarik
tali dari arah timur. Pada masa yang sama jiran kiri menarik dari arah barat pula. Labah-
labah buncit tidak dapat mengikut ke barat. Ia tidak sempat membuka ikatan perutnya.
Kedua-dua jiran labah-labah buncit terus menarik tali masing-masing. Perut labah-labah
buncit semakin tercerut. Setelah tidak berjaya menarik, kedua-dua jirannya pun terhenti.
Mereka menikmati hidangan. Selepas makan mereka pun pulang.
Mereka mendapati labah-labah buncit pengsan. Mereka cuba membuka tali yang
tercerut di perut labah-labah buncit. Sayangnya mereka tidak dapat membuka ikatan
itu.
Beberapa hari kemudian labah-labah buncit sedar. Ia berjaya membuka ikatan di
perutnya. Sejak itu ia tidak hiraukan makan. Perutnya tidak berasa lapar seperti selalu.
Pinggangnya pun ramping bekas kene cerut. Hingga sekarang pinggang labah-labah
kecil dan genting.
BERUK TUNGGAL

Kononnya, ada sebuah istana terletak di tebing sebatang sungai. Rajanya mempunyai
tujuh orang puteri. Baginda amat sayang kepada Puteri Bongsu.

Di tebing sebelah istana ada sebuah pondok buruk. Penghuninya seorang perempuan
setengah umur. Kerjanya bertani.

Perempuan itu sangat inginkan seorang anak. Pada suatu hari, dia minum air di sebuah
tempurung. Selepas itu dia mengandung lalu melahirkan seekor beruk. Ia dinamakan
Beruk Tunggal.

Setelah besar, Beruk Tunggal menolong ibunya bertani. Tahun itu padi menjadi tetapi
diserang tikus. Beruk Tunggal menangkap semua tikus yang menyerang padinya.
Kemudian dia mencari Raja Tikus. Apabila bertemu, Raja Tikus itu diberi amaran. Raja
Tikus ketakutan kerana ia tahu Beruk Tunggal jelmaan seorang anak raja kayangan.

“Hamba tidak tahu huma ini kepunyaan tuanku,” kata Raja Tikus.

“Padi aku sudah habis. Apakah tindakan kamu?” Tanya Beruk Tunggal.

“Hamba akan suruh rakyat hamba mengumpulkan butir emas,” kata Raja Tikus.

“Baiklah, aku terima pemberian itu!” kata Beruk Tunggal. Kemudian, segala tikus itu
datang membawa butir emas. Banyaklah emas di pondok Beruk Tunggal.

Beruk Tunggal meminta emaknya meminang puteri raja. Emaknya pun pergi ke istana.
Raja terkejut mendengar permohonan perempuan itu. Namun raja menyampaikan juga
permohonan itu kepada ketujuh-tujuh orang puterinya.

“Kahwin dengan beruk?” Tanya Puteri Sulung. Puteri yang lain turut hairan. Hanya
Puteri Bongsu yang bersopan-santun sahaja yang sanggup menjadi isteri Beruk
Tunggal.

Raja dan permaisuri kasihan kepada Puteri Bongsu. Baginda meminta hantaran
sebentuk cincin berlian. Pada fikiran raja, tentulah perempuan miskin itu tidak berdaya
menyediakannya.

Beruk Tunggal memohon kepada ayahandanya, Raja Kayangan. Pada malam itu,
ayahanda Beruk Tunggal menghantar secupak cincin berlian. Emak Beruk Tunggal pun
mempersembahkan cincin berlian yang secupak itu ke istana.

Dia meminta baginda memilih sebentuk cincin yang sesuai. Raja tidak dapat mengelak.
Puteri Bongsu pun dikahwinkan dengan Beruk Tunggal.

Selepas itu baginda tidak mahu mereka tinggal di istana. Puteri Bongsu mengikut Beruk
Tunggal tinggal dipondoknya. Pada malam pertama, Puteri Bongsu menemui sarung
beruk. Esoknya, Beruk Tunggal tidak bersarung lagi. Dia bertukar menjadi seorang
pemuda yang kacak.

“Kekanda sebenarnya putera Raja Kayangan. Bakarlah sarung beruk itu. Taburkan
sedikit debunya di luar pondok. Pintalah sesuka hati adinda,” kata putera Raja
Kayangan.

Puteri Bongsu mengikut suruhan putera raja itu. Sebentar itu juga pondoknya bertukar
menjadi istana, lengkap dengan taman yang indah.
Pengajaran :
1. Jangan mencuri hak orang lain.
2. Jangan memandang hina kepada orang miskin.
Putri Pandan Berduri
Putri Pandan Berduri merupakan cerita rakyat dari kehidupan Suku Laut di Pulau
Bintan, Kepulauan Riau. Kisah ini merupakan asal mula persukuan di Pulau Bintan.
Dahulu kala di Kepulauan Riau, hiduplah seorang Batin dari sekumpulan Suku
Laut yang dipimpin oleh Batin Lagoi. Pemimpin Suku Laut ini merupakan seorang yang
santun dan memimpin dengan adil. Tutur katanya yang lemah lembut terhadap siapa
saja membuat masyarakat Suku Laut sangat mencintai pemimpin mereka itu.
Suatu hari Batin Lagoi sedang berjalan-jalan dipantai yang ditumbuhi semak-semak
pandan yang lebat.
Ketika tengah asik berjalan menikmati pemandangan dan hawa sejuk angin pantai yang
berhembus , tiba-tiba Batin Lagoi mendengar suara tangisan dari semak pandan yang
lebat itu. Batin Lagoi segera mencari asal suara tersebut , lalu betapa terkejutnya dia
ketika melihat seorang bayi perempuan yang tergeletak di tengah semak pandan sambil
menangis. Batin Lagoi merasa iba dan segera membawa pulang bayi tersebut. Bayi
perempuan yang cantik itu dirawat seperti anak kandungnya sendiri dan Terkadang ia
merasa bayi itu memang diberikan Tuhan untuknya. Bayi perempuan yang diberinya
nama Putri Pandan Berduri itu sungguh membawa kebahagiaan bagi Batin Lagoi yang
selama ini hidup sendiri.
Tak terasa waktu berlalu begitu cepat. Putri Pandan Berduri telah tumbuh menjadi
seorang gadis yang cantik jelita. Bukan hanya parasnya yang menawan, Putri Pandan
Berduri juga memiliki sikap yang sangat anggun dan santun layaknya seorang putri.
Tutur katanya yang lembut membuat masyarakat Suku Laut mencintainya.
Banyak pemuda yang terpikat akan kecantikan Putri Pandan Berduri. Meski demikian
tak seorangpun berani meminangnya. Batin Lagoi memang berharap agar putrinya itu
berjodoh dengan anak seorang raja atau pemimpin suatu daerah.
Tersebutlah seorang pemimpin di Pulau Galang yang memiliki dua orang putera
bernama Julela dan Jenang Perkasa. Sedari kecil kakak beradik itu hidup rukun.
Kerukunan itu sirna ketika sang ayah mengatakan bahwa sebagai anak tertua, Julela
akan menggantikan dirinya sebagai pemimpin di Pulau Galang kelak. Sejak itu, Julela
berubah perangai menjadi angkuh. Ia bahkan mengancam Jenang Perkasa agar selalu
mengikuti setiap perkataannya sebagai calon pemimpin.
Jenang Perkasa sungguh kecewa akan sikap kakaknya. Akhirnya ia memutuskan untuk
meninggalkan Pulau Galang. Berhari hari ia berlayar tanpa mengetahui arah tujuan
hingga tiba di Pulau Bintan. Jenang Perkasa tak pernah mengaku sebagai anak
pemimpin Pulau Galang. Sehari hari ia bekerja sebagai pedagang seperti orang
kebanyakan.
Sebagai seorang pendatang, Jenang Perkasa cepat menyesuaikan diri. Sikapnya yang
sopan dan gaya bahasanya yang halus membuat kagum setiap orang. Mereka tak
habis pikir bagaimana seorang pemuda biasa memiliki sifat seperti itu. Akibatnya
Jenang Perkasa menjadi bahan pembicaraan di seluruh pulau.
Cerita tentang Jenang Perkasa sampai juga di telinga Batin Lagoi. Ia sangat penasaran
untuk mengenal pemuda itu secara langsung. Agar tak mencolok, Batin Lagoi
menyelenggarakan acara makan malam dengan mengundang seluruh tokoh terkemuka
di Pulau Bintan. Ia juga mengundang Jenang Perkasa dalam acara itu.
Jenang Perkasa yang sebenarnya heran mengapa dirinya diundang Batin Lagoi, datang
memenuhi undangan. Sejak kedatangannya, Batin Lagoi senantiasa memperhatikan
gerak gerik Jenang Perkasa. Caranya bersikap, berbicara, bahkan sampai caranya
bersantap diamati Batin Lagoi diam diam. Tak dapat dipungkiri, Batin Lagoi sangat
terkesan terhadap Jenang Perkasa. Terbersit dihatinya untuk menjodohkan Jenang
Perkasa dengan Putri Pandan Berduri. Batin Lagoi sepertinya lupa akan keinginannya
untuk menikahkan putrinya dengan seorang pangeran atau calon pemimpin.
Tak mau membuang kesempatan, Batin Lagoi segera menghampiri Jenang Perkasa.
‘Wahai anak muda, sudah lama aku mendengar kehalusan budi pekertimu..’, katanya
membuka percakapan. Jenang Perkasa hanya tersenyum sopan mendengar kata kata
pemimpin Pulau Bintan itu.
“Malam ini aku telah membuktikkannya sendiri’, lanjut Batin Lagoi sambil menatap
Jenang Perkasa yang menunduk malu mendengar pujian Batin Lagoi.
“Aku pikir, alangkah senangnya hatiku jika kau bersedia kunikahkan dengan putriku..’.
Jenang Perkasa sungguh terkejut mendengar tawaran Batin Lagoi. Ia mengusap usap
lengannya untuk memastikan dirinya tak sedang bermimpi. Ia sama sekali tak
menyangka ayah seorang perempuan cantik bernama Putri Pandan Berduri meminta
kesediaan dirinya untuk dijadikan menantu. Jenang Perkasa tentu saja tak mau
membuang kesempatan emas itu. Ia segera mengangguk setuju sambil tersenyum
memandang Batin Lagoi.
Beberapa hari kemudian Batin Lagoi menikahkan Putri Pandan Berduri dengan Jenang
Perkasa. Pesta besar digelar untuk merayakan pernikahan putri semata wayangnya itu.
Seluruh warga Pulau Bintan diundang untuk hadir. Para undangan merasa senang
melihat Putri Pandan Berduri bersanding dengan Jenang Perkasa yang terlihat sangat
serasi.
Putri Pandan Berduri hidup bahagia dengan Jenang Perkasa. Apalagi tak lama
kemudian, Batin Lagoi yang merasa sudah tua mengangkat menantunya itu untuk
menggantikan dirinya menjadi pemimpin di Pulau Bintan. Jenang Perkasa yang
memang anak seorang pemimpin itu rupanya mewarisi bakat kepemimpinan ayahnya.
Ia mampu menjadi pemimpin yang disegani sekaligus dicintai rakyatnya. Ia juga
menolak untuk kembali ketika warga Pulau Galang yang mendengar cerita tentang
dirinya memintanya untuk menggantikan kakaknya.
Pernikahan Putri Pandan Berduri dengan Jenang Perkasa dikaruniai tiga orang anak
yang diberi nama dengan adat kesukuan. Batin Mantang menjadi kepala suku di utara
Pulau Bintan, Batin Mapoi menjadi kepala suku di barat Pulau Bintan, dan Kelong
menjadi kepala suku di timur Pulau Bintan. Adapun adat suku asal mereka yaitu Suku
Laut tetap menjadi pedoman bagi mereka. Hingga kini Putri Pandan Berduri dan
Jenang Perkasa yang telah lama tiada masih tetap dikenang oleh Suku Laut di perairan
Pulau Bintan.
Nah itu dia teman-teman cerita rakyat dari Kepulauan Riau. Pesan yang bisa kita ambil
dari cerita rakyat ini adalah Keutamaan memiliki perangai yang baik seperti dalam
bertutur kata dan tingkah laku. Juga kita harus menjauhi sikap sombong karena sifat
tersebut akan menyebabkan kita dijauhi oleh orang lain.
Mat Jenin
Syahadan, maka tersebutlah kisah seorang pemuda yatim piatu yang dikenali sebagai

Mat Jenin. Pemuda itu hidup sebatang kara di sebuah desa di gerubuk peninggalan

ibubapanya. Gerubuk itu teramatlah daifnya dengan dindingnya yang senget dan

atap rumah yang bocor apabila hujan turun dengan lebatnya. Akan tetapi semua itu

tidaklah dipedulikan oleh Mat Jenin kerana dia amat malas membuat kerja. Malah

untuk membaiki gerubuk pusaka itu pun tidak di pedulikannya. kerjanya pula sehari-

harian hanyalah memasang angan-angan.

Maka mashyurlah seluruh daerah itu tentang tabiat dan perangainya itu menjadi

buah mulut orang. Akan apabila Mat Jenin berasa lapar, pergilah ia ke kedai makan

dan duduk menunggu di situ kalau-kalau ada orang yang baik hati yang akan

menanggung makan-minumnya. Maka kalau ada sesiapa yang ingin berseronok,

segeralah dia menegur Mat Jenin bertanyakan angan-angannya yang terbaru. Mat

Jenin pun bersegeralah menceritakan angan-angannya itu tanpa bertangguh lagi

apatah lagi jika yang menegur itu pula menyuruh dia meminta apa-apa makanan yang

diingini. Maka Mat Jenin akan bercerita sehingga sehari suntuk tidaklah dia mahu

berhenti. Apabila kerbau sudahpun balik ke kandang, ayam dan itik pulang ke sarang,

api menyala di dian, barulah dia balik ke gerubuk buruknya itu untuk tidur. Angin

ribut yang bertiup pun tidak dibimbangnya, malah jikalau gerubuk buruknya

bergegar dipukul angin, dia hanyalah menarik kain selimutnya dengan lebih rapat lagi

sambil berangan-angan. Katanya jikalaulah roboh gerubuk itu, tentulah jiran-jiran

sekeliling akan membantu dia membina rumah baru. Jadi tidaklah lagi dia perlu

bersusah-payah membaiki teratak buruk itu. Akan begitulah kerja Mat Jenin itu

sehari-hariani. Jika apabila tidak ada orang yang hendak membayar makan-
minumnya barulah dia mencari kerja. Tetapi kerja yang dibuatnya pula dipilih-pilih,

tidaklah dia ingin membanting tulang di sawah padi kerana panas, ataupun pergi

menangkap ikan kerana mabuk katanya. Oleh itu apa yang sanggup dilakukan oleh

Mat Jenin hanyalah memanjat pokok kelapa, kerana menurutnya kerja itu teduh dan

berangin pula. Itupun Mat Jenin hanyalah mengambil upah memanjat pokok kelapa

apabila dia memerlukan duit belanja.

Tersebutlah pada suatu hari nasib Mat Jenin tidak begitu baik kerana tidak ada

orang yang ingin membayar makan-minumnya. Maka terpaksalah dia mencari-cari

sesiapa yang ingin mengupahnya memanjat pokok kelapa. Tetapi lebih malang lagi

nasibnya itu, pada hari itu dia tidak berjumpa dengan sesiapa pun yang memerlukan

kelapanya dipetik. Maka terpaksalah dia merayau-rayau sekeliling kampung dalam

keadaan kelaparan. Sedang dia duduk berfikir-fikir seorang diri tentang apa yang

perlu dilakukannya maka nampaklah olehnya seorang nenek tua sedang mendongak-

dongak ke atas melihat-lihat buah kelapa.

"Nenek nak kelapa? Saya boleh tolong panjatkan." sapa Mat Jenin Nenek itu

berpaling ke arah Mat Jenin.

"Memang nenek mencari buah kelapa untuk memasak. Boleh ke cucu tolong petikkan

untuk nenek?"

"Sudah tentu boleh nenek. tetapi apa yang nenek boleh berikan kepada cucu

sekiranya cucu tolong petikkan buah kelapa nenek?" tanya Mat Jenin.

Jawab nenek tua itu, "Nenek tak ada banyak benda nak nenek beri. Tetapi kalau

cucu sanggup petikkan buah kelapa ini untuk nenek, bolehlah cucu makan sekali

dengan nenek. Lagipun nenek boleh berikan beberapa biji telur ayam untuk cucu."

"Saya nak buat apa telur ayam tu." kata Mat Jenin.
"Telur ayam ini kalau cucu eramkan, nanti akan menetas. Bolehlah cucu membela

ayam,"jawab nenek itu lagi.

Mat Jenin duduk berfikir sejenak di dalam hatinya, kalau telur itu menetas sudah

tentu aku akan dapat membela ayam untuk aku jual.

" Baiklah nenek, sangguplah saya memanjat kelapa ini untuk nenek." Setelah berkata

demikian, maka Mat Jenin pun mulalah memanjat pokok kelapa itu. Ketika mula

hendak memanjat itu, dia asyik berfikir tentang kata-kata nenek itu maka hatinya

bertambah girang.

"Kalau aku eramkan telur-telur itu tentulah telur-telur itu menetas. Bolehlah aku

biarkan ayam-ayam itu sekeliling gerubuk aku sehingga besar. Apabila sudah besar

bolehlah aku makan."

Setelah berfikir demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata,

"Kalau telur-telur itu menetas bolehlah saya makan ayamkan, nenek?"

Nenek tua itu kehairanan tetapi terus sahaja menjawab

"Betul cu."

Sambil Mat Jenin berangan-angan, dia terus memanjat pokok kelapa itu semakin

tinggi.

"Tetapi kalau aku biarkan ayam-ayam itu bertelur tentulah semakin banyak ayam-

ayamaku membiak. Jadi tentunya aku akan dapat banyak daging dan telur untuk aku

makan.Tetapi kalau terlalu banyak tentu susah aku menjaganya. Jadi baik aku

tukarkan ayam-ayam itu dengan kambing tentu lebih beruntung. Bolehlah aku

biarkan kambing-kambing itu mencari makan di keliling gerubuk aku. Tak perlu aku

bersusah payah memanjat pokok kelapa lagi. Dan lagi tidak perlulah aku risau-

risaukan menjaga ayam-ayam itu banyak-banyak." fikirnya lagi. Setelah berfikir

demikian, dia pun berpaling kepada nenek itu dan berkata

"Kalau ayam-ayam itu saya jual bolehlah saya dapatkan kambing, kan nenek?" Nenek
tua itu berasa geli hati mendengarkan kata-kata Mat Jenin itu tetapi dia terus

menjawab

"Betul tu cu." Mat Jenin memanjat semakin tinggi, sambil itu dia berangan-angan

semakin tinggi,

"Kalau aku sudah banyak kambing, aku akan tukarkan dengan lembu pula. Lagipun

lembu itu lebih gemuk dan banyak dagingnya. Tentu aku bertambah kaya dan

dihormati orang."

Sekali lagi dia menoleh ke bawah melihat nenek itu, "Kalau saya tukarkan kambing

itu dengan lembu tentu lagi baik, kan nenek?" dia menjerit ke bawah. Nenek itu

terus menjawab "Betul tu cu.." sambil tersenyum-senyum, menampakkan gusinya

yang tidak bergigi itu. Nasib baik Mat Jenin sudah jauh di atas pokok kelapa dan

tidak nampak nenek itu mentertawakan dia. Mat Jenin semakin kuat berangan-

angan, "Kalau aku sudah dapat membela lembu, tentu aku dapat mengupah orang

untuk menjaga lembu-lembu itu sehingga beranak pinak. Jadi aku akan dapat lebih

banyak lembu, aku akan jadi kaya. Tak perlulah aku susah payah berkerja lagi .

Bolehlah aku membela kerbau pula nanti." Sekali lagi dia memekik ke bawah, "Nenek!

kalau saya sudah banyak lembu bolehlah saya tukarkan dengan kerbau pula ye,

nenek. Kayalah saya masa itu." Sekali lagi nenek itu menjawap, "Betul tu cu." "Kalau

cu sudah kaya bolehlah cucu berkahwin." tambahnya lagi.

Mat Jenin mengangguk-anggukkan kepalanya, "Kawin!" Dia terus memanjat semakin

tinggi meninggalkan nenek itu sayup-sayup di bawah sana.


Ya!Ya! Kalau selama ini tidak ada perempuan yang ingin memandang mukanya kerana

kemiskinannya, tentu akan berebut-rebutlah perempuan yang gilakannya setelah dia

kaya nanti. Tetapi, masa itu dia tidak akan melayan perempuan- perempuan itu. Dia

sudah pun kaya dan tentu dia dapat memilih siapa calon isterinya nanti. Ya! Ya! dia

sudah tentu memilih isterinya dari perempuan-perempuan yang istimewa. Dia akan

memilih puteri raja. "Nenek! Saya akan kahwin dengan puteri raja." jeritnya ke

bawah. Jawapan nenek itu hanya sayup-sayup, tidak didengarinya kerana dia sudah

pun tinggi di atas pokok kelapa. "Tentu aku akan mempunyai ramai anak." fikirnya

lagi sambil tersenyum- senyum. "Dan mereka akan berlari-lari membuat bising.

Isteri aku tentu akan mengidamkan perhiasan emas dan meminta dari aku. tetapi

aku tidak akan beri. Kalau dia membuat bising, tentu aku akan tampar dia seperti

ini." Serentak dengan itu Mat Jenin melepaskan pelukannya dan menampar pelepah

kelapa itu sambil menengking "Jangan nak mengada mintak barang kemas dari aku.",

dan ketika itu bertempiaranlah seekor tupai yang sedang menyorok di celah pelepah

kelapa itu, mengejutkan Mat Jenin dari angan-angannya itu. Mat Jenin terkejut
besar sehinggakan terlepaslah pegangannya dari pokok kelapa itu.Maka jatuhlah dia

dari pokok kelapa itu sampai ke bawah, berdebuk seperti buah kelapa tua yang luruh

bunyinya.

Terkejutlah nenek tua itu melihatkan Mat Jenin terjatuh dan bersegeralah dia

meluru untuk memberikan pertolongan Malangnya MatJenin telah mati di situ juga.

Maka dengan itu tamatlah riwayat Mat Jenin yang terlampau suka berangan-angan

sehinggakan menjadi mangsa angan-angannya itu sendiri. Demikianlah diceritakan

orang kisah Mat Jenin yang malang.

Pengajaran yang didapati ialah:

1.Jangan berangan-angan

2.Buat kerja dengan bersungguh-sungguh

3.Jangan lalai ketika membuat sesuatu pekerjaan.


Bawang Putih Bawang Merah
Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya,Bawang Putih tinggal bersama ibu tirinya, Mak
Kundur dan adik tirinya Bawang Merah.Mereka sangat benci akan Bawang Putih.Dia sering
dimarahi dan dipukul.

Pada suatu malam,Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya.Ibunya menyuruhnya masuk ke


hutan dan mencari pohon beringin rendang.”Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah,suatu hari
nanti kau akan mendapat kebahagiaan.” Keesokan harinya,Bawang Putih segera menyiapkan
kerja-kerja rumah.Setelah ibu tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih tidur,Bawang Putih
pun masuk ke hutan.Dia mencari pohon beringin rendang itu.

Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia terpandan sebuah buaian yang tergantun di
pohon beringin.Tempat tersebut seakan-akan sebuah taman tempat puteri kayangan turun ke
bumi untuk bermain-main. Ketika dia duduk di atas buaian itu,tiba-tiba buaian itu berayun
dengan sendiri.Semakin lama semakin laju.Dia dapat melihat bunga-bunga yang mengelilingi
pohon beringin itu turut bergoyang-goyang.Hatinya terasa sungguh terhibur.

Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak Kundur.Ibu tirinya pasti akan memarihanya bila pulang
dan mendapati dirinya tiada di rumah.Namun Bawang Putih tidak tahu bagaimana hendak
memberhntikan buaian itu.Bawang putih lalu berkata kepada buaian itu,”Wahai buaian,tolonglah
berhenti,akuingin pulang ke rumah.”Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan sendirina.Pokok-
pokok bunga juga turut berhenti bergoyang.

Pada sutu hari Bawang Putih bermaian buaian seperti biasa.Tanpa disedarinya seorng putera raja
sedang memerhatinya.Baginda tertarik melihat bagaimana buaian itu boleh berayun sendiri bila
Bawang Putih menaikinya.

Ketika Bawang Putih hendak pulang baginda menyuruh penirinya mengekorinya.Setelah tahu di
mana Bawang Puth tinggal,baginda pergi ke rumah tersebut,Ketika itu Mak Kundur dan Bawang
Merah berada di halaman rumah.”Di manakah anak makcik yang seorang lagi?”Tanya
baginda.Mak Kundur menyangka baginda adalah orang kaya.”Makcik mana ada anak yang
lain.Bawang Merah inilah satu-satunya anak makcik,” kata Mak Kundur.

Baginda menceritakan tentang gadis yang dilihatnya bermain buain di hutan.”Bawang Merah
inilah yang bermain buaian itu,”bohong Mak Kundur.Setelah beredar,Mak Kundur memaksa
Bawang Putih menunjukkan tempat buaian itu. Mak Kundur membawa Bawang Merah bermaian
buaian itu.Namun buaian itu tidak berayun dengan sendiri.Putera raja mengintainya dari sebalik
pokok.Baginda menyuruh pengiringnya ke rumah Mak Kundur dan membawa Bawang Putih ke
situ.Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang Putih dikurung dan diikat.Maka dia segera
membuka ikatan itu dan membawa gadis itu bertemu dengan baginda.Mak Kundur terkejut
melihat kehadiran bainda dan Bawang Putih.

Bila Bawang Putih berbuai dan menyanyi,buaian itupun berayun laju.”Makcik telah berbohong
kepada beta!” kata putera raja.Ketika itu barulah Mak Kundur tahu bahawa lelaki itu adalah
putera raja.”Kamu ibu yang zalim.Kamu telah menyeksa Bawan Putih!” kata baginda lagi.Mak
Kundur menangis dan meminta ampun kepada baginda.Bawaqng Merah pula meraung dan
menanis kerana dewngkikan Bawang Putih.Bawang Putih yan baik hati meminta utera raja
mengampunkan Mak Kundur dan Bawang Merah.Baginda kagum dengan sifat kemuliaan
Bawang Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang Putih.
BATU BELAH BATU BERTANGKUP
Sepasang suami isteri miskin, Si Kantan dan Si Tanjung tinggal dekat Bukit Berapit Sebatu dari
Pangkalan Kampar. Mereka menyara hidup dengan mengambil upah menganyam atap nipah,
bersawah, menganyam tikar, menangkap ikan sungai dan sebagainya sehingga berjaya memiliki
sebidang tanah dan sebuah rumah.

Pada suatu hari, mereka pergi ke pinggir hutan untuk mencari sayur. Tatkala sedang memetik
daun cemperai, mereka terdengar suara kuat yang amat menyeramkan. Si Kantan memeritahu
isterinya bahawa itulah gua Batu Belah Batu Bertangkup sebagaimana pernah diceritakan oleh
datuknya. Beberapa tahun kemudian mereka memperolehi dua orang anak, seorang Si Bunga
Melur dan seorang lagi Si Pekan. Malang menimpa, Si Kantan mati sewaktu anak-anaknya masih
kecil menjadikan Si Tanjung hidup tidak keruan, dan hilang tempat bergantung.

Pada suatu hari, Si Tanjung dapat mengail seekor ikan tembakul. Disuruhnya Melur merebus
telur ikan itu sementara dia pergi mandi. Apabila telur itu masak, sebahagiannya diberikan
kepada Si Pekan dan sebahagian lagi disimpan untuk ibunya. Si Pekan menangis kerana dia ingin
makan lagi telur ikan bahagian ibunya sehingga memaksa kakaknya memberikan telur itu
kepadanya. Melur mendapat sebiji telur ayam untuk mengantikan telur ikan sebagai lauk
ibunya. Perbuatan Si Pekan membuatkan Si Tanjung merajuk, terkilan dan marah.

Akhirnya ia mengambil keputusan menyerahkan diri kepada Batu Belah Batu Bertangkup
walaupun dirayu belas kasihan oleh Si Bunga Melur yang terus mengekorinya sambil
mendukung Si Pekan. Sebagai kanak-kanak, langkahnya tidak secepat ibunya. Sampai di pintu
gua batu itu, ibunya sudah ditelan oleh batu itu, Melur pun jatuh pengsan.

Sewaktu pengsan, Si Bunga Melur bermimpi didatangi seorang tua menasihatinya supaya tidak
pulang lagi ke rumahnya. Sebaliknya disuruh mengambil tujuh helai rambut ibunya yang
terjulur itu serta membawa telur ayam yang mahu dibuat lauk ibunya itu. Dia hendaklah
berjalan mengikut arah kakinya dan membakar sehelai daripada rambut ibunya setiap kali
hendak tidur. Melur mendukung Si Pekan meredah hutan belukar dan semak samun sehingga
sampai ke rumah Dato’ Penghulu. Orang tua itu bersimpati dan ingin memelihara mereka.
Sewaktu tidur, Si Bunga Melur bermimpi didatangi orang tua yang sama menyuruh dia
meneruskan perjalanan ke kampung yang ketiga.
SI TANGGANG
Si Talang dan Si Deruma mempunyai seorang anak lelaki bernama Si Tanggang.
Kehidupan mereka sekeluarga amatlah miskin. Si Tanggang selalu berkhayal
untuk menjadi kaya dan terkenal.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di muara
sungai yang berhampiran dengan rumahnya. Si Tanggang pergi berjumpa
dengan Nakhoda kapal itu dan meminta untuk dijadikan anak kapalnya.
Nakhoda kapal itu terus bersetuju kerana telah melihat kecekapan Si Tanggang
bersampan dan bekerja. Walaupun Si Talang dan Si Deruma amat keberatan
untuk melepaskan Si Tanggang belayar mengikut kapal Nakhoda itu, mereka
terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan kembali ke kampung setelah
menjadi kaya.
Si Tanggang melakukan apa sahaja kerja yang diperintahkan oleh Nakhoda.
Nakhoda amat suka dengannya kerana dia rajin bekerja. Lalu, Si Tanggang pun
diambil sebagai anak angkat. Apabila Nakhoda menjadi uzur, maka Si
Tanggang dilantik menjadi nakhoda baru. Dia dipanggil Nakhoda Tanggang.
Si Tanggang cekap dan pandai berniaga. Namanya menjadi terkenal. Oleh itu
dia dijemput oleh Sultan ke istana. Tidak lama kemudian, Si Tanggang pun
berkahwin dengan puteri Sultan. Si Tanggang membawa isterinya berlayar ke
banyak tempat di merata negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung asal-
usulnya. Orang kampung mengetahui nakhoda kapal itu Si Tanggang. Mereka
pun memberitahu kepada orang tuanya.

“ Anak kita sudah pulang. Marilah kita pergi tengok” kata Si Talang.
“ Ya, aku rindukan Si Tanggang. Khabarnya dia sudah kaya sekarang, “ kata
Deruma dengan gembira.

Si Talang dan Si Deruma pun pergilah berkayuh sampan menuju ke kapal


Nakhoda Tanggang. Si Deruma membawa makanan kegemaran Si Tanggang,
iaitu pisang salai. Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka
naik. Seketika kemudian, Si Tanggang muncul dengan isterinya.
“ Siapakah kedua-dua orang tua ini?” tanya Si Tanggang kepada anak
kapalnya.
“ Mereka mengaku sebagai ibu bapa tuan,” jawab anak kapal itu.
“ Betulkah mereka ini ibu bapa kanda ?” tanya isteri Si Tanggang.
Si Tanggang berasa malu untuk mengaku orang tua itu ibu bapanya.
Kesusahan dan kemiskinan membuat Si Talang dan Si Deruma kelihatan begitu
uzur dan daif sekali.
“ Ibu bapa kanda? Oh, tidak! Kanda tidak mempunyai ibu bapa lagi. Mereka
bukan ibu bapa kanda. Jangan benarkan kedua pengemis ini naik ke kapal !”
herdik Si Tanggang. Mukanya merah padam kerana malu dan marah.
“ Oh, anakku, Si Tanggang! Aku ibumu. Ibu ada bawakan pisang salai
kegemaranmu, nak “ kata Si Deruma.
“ Pergi! “ tengking Si Tanggang. Dia memukul jari ibunya yang bergayut pada
bahagian tepi kapal. Pisang salai yang dibawa ibunya, dibuang ke laut.

Si Talang dan Si Deruma berasa terlalu sedih dan kecewa. Sungguh tidak
disangka anak kesayangan mereka telah berubah. Mereka pun berdayung ke
tepi. Apabila tiba di daratan, Si Deruma memandang ke langit. Sambil
mengangkat kedua-dua belah tangan dia berseru “ Oh, Tuhan! Tunjukkanlah
kepada Si Tanggang bahawa akulah ibu kandungnya.”
Tiba-tiba petir berdentum. Angin bertiup kencang. Kapal yang sedang
berlabuh itu terumbang-ambing. Ketika itulah, Si Tanggang berasa kesal. Dia
sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya. Dia akan menerima
balasannya kerana telah menderhaka. “ Oh, ibu! Ampunkanlah Tanggang.
Tanggang mengaku, Tanggang anak ibu!' teriak Si Tanggang.
Akan tetapi, Si Tanggang sudah terlambat. Gelombang yang kuat
memecahkan kapalnya. Apabila ribut reda, kapal Si Tanggang menjadi batu.
Semua anak kapal juga bertukar menjadi batu. Si Tanggang dan isterinya turut
menjadi batu.

Anda mungkin juga menyukai