Anda di halaman 1dari 9

Rubah dan Anjing

Seekor rubah tinggal di pinggir sebuah hutan. Ia


selalu pergi mencari makanan di kampong-
kampung tidak jauh dari tempat tinggalnya itu.
Pada suatu hari, ia sangat ingin makan daging
ayam. Maka, rubah pun pergilah ke sebuah
kampong yang berdekatan. Setibanya di
kampong itu, ia terjumpa seekor anjing di
halaman sebuah rumah. Anjing itu sedang
menjaga rumah tuannya.
“Apa khabar sahabatku?” kata Rubah kepada
anjing itu. “Mengapa kamu tercegat di sini
sahaja tanpa berbuat apa-apa? Marilah ikut
aku. Kita pergi mencari makanan bersama.”
Selepas berfikir seketika, anjing pun
bersetuju denganc adangan rubah itu.
Walaupun tuannya selalu memberinya makanan,
ia rasa tidak mencukupi.
“Ke manakah arah tujuan kita?” Tanya
anjing.
“Ikut sahajalah,” kata rubah. “Kita akan pergi
mencuri ayam di sebuah lading.”
Anjing sungguh gembira mendengar kata-
kata rubah itu. Ia meminta seekor ayam untuk
dirinya sendiri daripada rubah.
“Itu sudah tentu,” kata rubah, “tapi kamu
mesti tolong aku.”
Anjing bersetuju lalu mengikut rubah ke
sebuah lading tidak jauh dari situ. Ia tidak sabar
lagi hendak makan daging ayam yang sungguh
lazat itu.
Sebaik sahaja menghampiri lading itu, rubah
pun berkata kepada anjing, “Kita tidak boleh
masuk sekarang. Kita mesti tunggu sampai
waktu malam.”
“Baiklah,” kata anjing.
Pada malam itu, rubahd engan anjing diam-
diam sahaja masuk ke dalam lading. Anjing
berasa takut kalau-kalau ditangkap peladang.
“Jangan takut,” kata rubah dengan
bangganya. “Aku sudah curi sepuluh ekor ayam
dahulu namun tidak pernahs ekali pun aku
ditangkap oleh peladang.”
“Itu dahulu,” kata anjing yang masih bimbang
kalau-kalau dijumpai peladang. Perlahan-lahan
mereka berjalan menuju ke rebah ayam.
Akhirnya, mereka tiba di depan reban ayam
itu. Nasib mereka kurang baik malam itu.
Mereka terkena perangkap yang dipasang oleh
peladang itu.
Rubah dan anjing menjerit kesakitan. Jeritan
mereka didengari oleh peladang. Dia terjaga
daripada tidur.
“Tentu itu rubah yang jahat,” kata peladang.
Peladang memasang lampu lalu keluar dari
rumah. Dia terperanjat melihat seekor rubah
dan anjing sama-sama terperangkap.
“Oh, tak cukup kamu sendiri curi,” kata
peladang, “Kamu bawa rakan pula! Kamu berdua
sama-sama jahat.”
Peladang mengambil kayu lalu memukul rubah
dan anjing. Mereka meraung-raung kesakitan.

MORAL : Jika bersahabat dengan orang jahat,


seseorang itu akan menjadi jahat juga.

Anda mungkin juga menyukai