Anda di halaman 1dari 2

Kisah Perangkap Tikus

Sepasang suami dan isteri petani pulang ke rumah setelah berbelanja. Ketika
mereka membuka barang belanjaan, seekor tikus memperhatikan gelagat sambil
menggumam, hmmm makanan apa lagi yang dibawa mereka dari pasar
agaknya?
Ternyata, yang dibeli oleh petani hari itu adalah perangkap tikus. Sang tikus naik
panik bukan kepalang. Ia bergegas lari ke sarang dan bertempik, Ada perangkap
tikus di rumah! Di rumah sekarang ada perangkap tikus!! Ia pun mengadu kepada
ayam dan berteriak, Ada perangkap tikus! Sang Ayam berkata, Tuan Tikus, Aku
turut bersedih tapi ia tak ada kena-mengena dengan aku.
Sang Tikus lalu pergi menemui seekor kambing sambil berteriak seperti tadi. Sang
Kambing pun jawab selamba, aku pun turut bersimpati, tapi tidak ada yang boleh
aku buat. Lagi pun tak ada kena-mengena dengan aku. Tikus lalu menemui lembu.
Ia mendapat jawapan sama. Maafkan aku. Tapi perangkap tikus tidak berbahaya
buat aku sama sekali. Takkanlah sebesar aku ni boleh masuk perangkap tikus?
Dengan rasa kecewa ia pun berlari ke hutan menemui ular. Sang ular berkata, Eleh
engkau ni. Perangkap tikus yang sekecil itu takkanlah nak membahayakan aku.
Akhirnya Sang Tikus kembali ke rumah dengan pasrah kerana mengetahui ia akan
menghadapi bahaya seorang diri. Suatu malam, pemilik rumah terbangun
mendengar suara berdetak perangkap tikusnya berbunyi menandakan umpan dah
mengena. Ketika melihat perangkap tikusnya, ternyata seekor ular berbisa yang jadi
mangsa. Buntut ular yang terperangkap membuatkan ular itu semakin ganas dan
menyerang isteri pemilik rumah. Walaupun si Suami sempat membunuh ular berbisa
tersebut, isterinya tidak sempat diselamatkan. Si suami pun membawa isterinya ke
klinik berhampiran. Beberapa hari kemudian isterinya sudah boleh pulang namun
tetap sahaja demam.
Isterinya lalu minta dibuatkan sup kaki ayam oleh suaminya kerana percaya sup kaki
ayam boleh mengurangkan demam. Tanpa berfikir panjang si Suami pun dengan
segera menyembelih ayamnya untuk dapatkan kaki buat sup. Beberapa hari
kemudian sakitnya tidak kunjung reda. Seorang teman menyarankan untuk makan

hati kambing. Ia lalu menyembelih kambingnya untuk mengambil hatinya. Masih juga
isterinya tidak sembuh-sembuh dan akhirnya meninggal dunia. Inna lillahi wa inna
ilaihi rajiun.
Banyak sungguh orang datang melawat jenazahnya. Kerana rasa sayang suami
pada isterinya, tak sampai hati pula dia melihat orang ramai tak dijamu apa-apa.
Tanpa berfikir panjang dia pun menyembelih lembunya untuk memberi makan orangorang yang berziarah. Dari kejauhan, Sang Tikus menatap dengan penuh
kesedihan. Beberapa hari kemudian ia melihat perangkap tikus tersebut sudah tidak
digunakan lagi. Begitulah kisahnya.
Jadi pengajarannya, jika suatu hari, anda mendengar seseorang dalam kesusahan
dan anda pula mengira itu bukan urusan anda, fikirkanlah sekali lagi.

Anda mungkin juga menyukai