Anda di halaman 1dari 16

Sang Lamri dengan Burung Gagak

Pada musim dingin, seekor gagak yang kelaparan beterbangan ke


merata-rata tempat untuk mencari makanan.
Tiba-tiba, gagak itu ternampak putik buah ara.
Tanpa berlengah lagi , gagak pun terus hinggap di dahan pohon ara itu.
Ia berhasrat menunggu buah itu membesar dan masak.
Burung gagak itu mengangankan bahawa buah itu telah masak, ranum
dan manis rasanya dan ia dapat menikmatinya sepuas hatinya.
Hari demi hari berlalu. Buah ara belum membesar dan masak lagi.
Gagak pula, semakin bertambah lapar.
Gagak berasa kecewa lalu berteriak, " Wak ! Wak ! "
Sang Lamri kasihan melihat perlakuan gagak lalu bertanya kepada
gagak mengapa ia berkelakuan sedemikian.
Selepas mendengar penjelasan gagak, Sang Lamri pun berkata, "
Usahlah asyik bergantung kepada harapan sahaja. Berusahalah mencari
jalan untuk mengatasi masalah yang kamu hadapi sekarang juga ! "
Sebaik sahaja mendengar nasihat Sang Lamri, gagak pun terbang untuk
mencari makanan di tempat lain.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


menunggu * nasihat * kelaparan * kasihan * ranum
1. Seekor burung gagak yang _______________ berterbangan ke
merata-rata tempat untuk mencari makanan.
2. Gagak itu hinggap di atas dahan pokok ara kerana ia ingin
_____________ buah itu membesar dan masak.
3. Burung gagak itu menggangankan bahawa buah itu telah masak,
__________ dan manis rasanya.
4. Sang Lamri merasa _____________ apabila melihat perlakuan
gagak itu.
5. Setelah mendengar ______________ Sang Lamri, gagak pun
terbang ke tempat lain untuk mencari makanan.

Kucing dengan Burung Nuri

Pada suatu hari, tuan rumah kucing telah membeli seekor burung nuri. Burung
nuri itu diperiharanya di dalam sangkar.
Tuan rumah amat menyayangi burung nuri itu. Setiap hari selepas makan, dia
akan bermain dengan burung nuri itu sambil mendengar nyanyiannya yang merdu
itu.
Dia memberi burung nuri makanan yang lazat-lazat. Di samping itu, dia sering
memandikan dan mengusap-ngusap pelepah burung kesayangannya itu dengan
lembut.
Kucing yang dipelihara oleh tuan rumah itu berasa iri hati. Ia pun memarahi
burung nuri. " Setelah sekian lama bertungkus-lumus menangkap tikus, aku hanya
diberikan tulang ikan sahaja, malah sering dipukul oleh tuan rumah. "
"Kamu yang tidak perlu bekerja dan hanya tahu menyanyi sahaja lebih
disayangi tuan rumah. Tidak adil ! Langsung tidak adil kepada diri saya ! "
sambung kucing.
Nuri pun menjawab, " Sebenarnya kamulah yang beruntung kerana bebas,
sedangkan aku terkurung di dalam sangkar ini. Adakah kamu sudi menikmati
kemewahan tanpa kebebasan ?
Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah kucing sedar bahawa ia lebih
beruntung dan bahagia berbanding dengan nuri.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


beruntung
* menyayangi

* sangkar * lazat * iri

hati

1. Burung nuri itu diperihara oleh tuan rumah kucing itu di


dalam
sebuah _______________.
2. Tuan rumah itu amat __________________ burung nuri
itu.
3.
Burung
nuri
itu
________________ oleh
tuan rumahnya.

diberi

makanan

yang

4. Kucing yang diperihara oleh tuan rumah itu berasa


_________________.
5. Setelah mendengar kata-kata nuri, barulah ia sedar
bahawa ia
lebih _______________ dan bahagia berbanding
dengan nuri.

Serigala dengan Penggembala

Seekor serigala ingin memakan kambing. Bagaimanapun, ia tidak


berpeluang melakukannya kerana kambing dikawal dengan ketat oleh
penggembala.
Serigala mencari akal. Ia pun mengambil kulit kambing lalu
menyambar sebagai seekor kambing.
Semasa serigala yang menyambar
penggembala tidak mengetahuinya.

itu

mendekati

kambing,

Apabila malam menjelang, penggembala pun memasukkan kambing ke


dalam kandang. Serigala pun mengikut sama masuk ke dalam kandang itu.
Kandang itu kukuh buatannya. Serigala gembira kerana berjaya
membolosi kandang itu. " Ha ! Ha ! Ha ! Penggembala yang cerdik itu pun
berjaya aku tipu. Pada kali ini dapatlah saya membaham kambingnya ! "
Pada ketika itu, penggembala mengasah parangnya. Sebenarnya dia
mengetahui muslihat serigala itu.
Semasa serigala menanggalkan kulit kambing ingin menyerang
kambing, penggembala itu pun muncul.
Dengan sepantas kilat, penggembala itu terus menetak serigala.
Sebelum mati, ia mengeluh, " Hai, ingatkan penggembala itu dapat
aku tipu, rupa-rupanya aku yang ditipu penggembala itu ! "

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


1. Mengapakah serigala tidak berpeluang memakan kambing ?
A kerana ia tidak lapar.
B kerana kambing telah menyembunyikan diri.
C kerana semua kambing telah melari diri apabila melihat
kehadiran serigala.
D kerana kambing dikawal dengan ketat oleh penggembala.
2. Bagaimana serigala dapat mendekati kambing ?
A ia menyamar menjadi kambing dengan mengambil kulit
kambing.
B ia mendekati kambing tanpa kesedaran penggembala.
C ia mendekati kambing semasa penggembala sedang tidur.
D ia menyamar menjadi penggembala dengan mengambil kulit
kambing.
3. Serigala berasa gembira kerana_____________.
A ia berjaya memakan kambing dalam kandang itu.
B ia berjaya membolosi kandang itu.
C penggembala berasa ketakutan.
D penggembala telah dimakannya.
4. Mengapakah penggembala mengasahkan parangnya ?
A kerana parangnya tumpul.
B kerana hari sudah menjelang malam.
C kerana ingin menyembelih kambing.
D kerana dia mengetahui muslihat serigala itu.
5. Bagaimanakah keadaan serigala pada akhir cerita ini ?
A ia berjaya memakan kambing.
B ia berjaya membunuh penggembala itu.
C ia dibunuh oleh penggembala itu.
D ia telah melarikan diri.

Ayam Jantan dengan Musang

Seekor ayam jantan yang pintar telah bertindak


sebagai pengawal.Ia bertenggek di atas dahan pokok di
tepi padang sambil memerhatikan sekumpulan ayam
mencari makanan.
Seekor musang ke bawah pokok itu lalu berkata,
"Wahai adikku ayam, usahlah kita berkelahi lagi!Marilah
turun dan bermaaf-maafan serta berpelukan sebagai
kawan."
Jawab ayam jantan itu, "Itu berita baik untuk
aku. Lagipun masanya memang tepat lebih-lebih lagi
dengan kehadiran dua ekor anjing di belakang
kamu. Jadi, bolehlah kita berpelukan bersama-sama!"
Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang
ketakutan lalu berkata,"Lain kali sahajalah kita
berpelukan!" Dengan sekelip mata musang itu pun
menghilangkan dirinya.
Sebenarnya tiada seekor pun anjing yang datang ke
tempat itu. Ayam-ayam yang lain pula sibuk mencari
makanan di tempat itu dengan aman. Ayam jantan yang

pintar itu telah berjaya menyelamatkan nyawa mereka.


Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :
1. Apakah tujuan ayam jantan bertenggek di atas dahan pokok ?
A ingin menjadi pengawal.
B ingin mencari makanan.
C ingin memerhati sekumpulan ayam.
D ingin berkokok.
2. Siapakah datang ke bawah pokok itu ?
A seekor kucing
B seekor anjing
C seekor kambing
D seekor musang
3. Mengapakah ayam jantan mengatakan itu berita baik untuknya ?
A kerana dapat bermaaf-maafan.
B kerana dapat berpelukan bersama-sama dengan musang.
C kerana boleh turun ke bawah pokok itu.
D kerana kehadiran dua ekor anjing di belakang musang.
4. Sebaik sahaja mendengar kedatangan anjing, musang pun______.
A merasa gembira
B berasa ketakutan
C berasa marah
D berasa kecewa
5. Bagaimana ayam jantan berjaya menyelamatkan nyawa ayamayam yang lain ?
A menipu musang bahawa kehadiran dua ekor anjing.
B memarahi dan menghalau musang pergi dari situ.
C berkokok dengan sekuat hatinya.
D bermaaf-maafan dan berpelukan dengan musang itu.

Singa denganLembu Jantan

Singa ingin menjadi lembu jantan mangsanya. Tetapi, ia takut akan


tanduk lembu jantan yang tajam itu.
Pada suatu hari, singa mengundang lembu jantan menikmati hidangan
kambing jantan di kediamannya. Sebenarnya pekara itu adalah muslihat
singa untuk makan lembu jantan.
Apabila lembu jantan tiba, ia mendapati ditempat itu hanya terdapat
sebuah kuali dan sudip yang besar serta tiada kambing seperti yang
dinyatakan oleh singa.
Lembu jantan pun meninggalkan tempat itu tanpa diketahui oleh
singa.
Beberapa hari kemudian, lembu jantan pula mengundang singa
kejamuannya untuk menikmat daging rusa.
Dengan gembira, singa pun bergegas ke tempat lembu jantan itu.
Sebaik sahaja tiba di situ, singa berasa hairan dan terkejut kerana di
situ tiada daging rusa. Sebaliknya hanya ada sebuah kuali dan sudip yang
lebih besar daripada barang-barang singa di tempat itu.
Sambil tertawa, lembu jantan berkata, "lihatlah kuali dan sudip saya
lebih besar berbanding kepunyaan kamu. Semua ini cukup untuk memasak
daging seekor singa!"
Dengan sekelip mata sahaja,singa terpontang-panting meninggalkan
tempat tersebut.

Selesaikan soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


bergegas * terpontang-panting * hidangan * tanduk *
besar * menikmat
1. Singa ingin menjadi lembu mangsanya, tetapi ia
takut
akan___________________lembu jantan yang tajam
itu.
2. Singa mengundang lembu jantan menikmati
____________________ kambing jantan di
kediamannya.
3. Lembu jantan pula mengundang singa kejamuannya
untuk
_______________________daging rusa.
4. Singa berasa gembira lalu______________________ke
tempat
lembu jantan itu.
5. Lembu jantan ketawa sambil berkata bahawa kuali dan
sudipnya
lebih _________________berbanding kepunyaan singa.
6. Setelah mendengar kata-kata lembu jantan itu, singa
pun
lari_______________________meninggalkan tempat
tersebut.

Anjing dengan Tuannya

Seekor anjing terjatuh ke dalam sebuah perigi yang cetek airnya.


Anjing itu berusaha melompat tinggi untuk keluar dari perigi itu tetapi
gagal.
Anjing itu pun menyalak sekuat-kuat hatinya untuk mendapatkan
bantuan.
Tuan anjing itu mengambil sebatang galah untuk menyelamatkannya.
Anjing berusaha memanjat galah itu. Malangnya galah itu licin. ia
tidak dapat keluar, walaupun mencubanya beberapa kali.
Anjing yang kesejukan itu telah memarahi tuannya kerana tidak
bersungguh-sugguhnya hendak menyelamatkannya.
Tuan terpaksa masuk ke dalam perigi itu untuk menyelamatkan
anjingnya.
Semasa memasuki perigi itu, kakinya terkena kepala anjing itu, anjing
itu menyangka bahawa tuannya sengaja hendak melemaskannya.
Anjing itu pun terus menggigit kaki tuannya dengan sepantas kilat.
Tuan yang tercedera itu pun memanjat untuk keluar dari perigi
itu. Dia berasa kesal lalu berkata," anjing itu sendiri yang mencari
maut. Jadi, mengapa pula saya bersusah-payah menyelamatkannya?"

Orang yang tidak tahu membalas budi akan kerugian akhirnya.

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


1. Di manakah anjing itu terjatuh ?
A Di dalam sungai yang cetek.
B Di dalam parit yang cetek.
C Di dalam perigi yang cetek.
D Di dalam longkang yang cetek.
2. Bagaimanakah anjing itu meminta bantuan ?
A Menyalak dengan sekuat-kuat hatinya.
B Menjerit dengan sekuat-kuat hatinya.
C Mengiau dengan sekuat-kuat hatinya.
D mengembek dengan sekuat-kuat hatinya.
3. Mengapakah anjing itu memarahi tuannya ?
A kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk
menyelamatkannya.
B kerana tuannya mengambil sebatang galah untuk
memukulnya.
C kerana tuannya gagal menyelamatkannya.
D kerana tuannya tidak bersungguh-sungguh hendak
menyelamatkannya.
4. Mengapakah anjing itu hendak menggigit kaki
tuannya ?
A kerana menyangka tuannya sengaja hendak
melemaskannya.
B kerana kaki tuannya terkena kepala anjing itu.
C kerana anjing itu berasa sakit dan sejuk.
D kerana anjing itu dipukul oleh tuannya.

5. Akhirnya, anjing itu ( tidak / dapat ) diselamatkan


oleh tuannya.

Anak Tikus Melancong

Baca Cerita Pendek

Anak Tikus Melancong


Ibu tikus menyuruh anaknya melancong bagi memperluas pengetahuan
dan pengalamannya.
Anak tikus menceritakan pengalaman kepada ibunya sekembalinya
daripada melancong.
Kata anak tikus itu, Saya ternampak seekor haiwan yang besar dan
cergas. Di atas kepalanya ada jambul yang besar dan suaranya yang
nyaring! "
"Oh, itu ayam jantan, anakku, " kata ibu tikus. " Apa lagi yang kau
temui? " tanyanya lagi.
Kata anak tikus itu, " Saya terserempak dengan seekor haiwan yang
lemah lembut sifatnya. Ia mempunyai empat kaki, berekor panjang, dan
bulunya lembut serta cantik. Haiwan itu sentiasa menjerit ' miau' ,'miau' ,
ibu. "
"Adakah kamu menghampirinya? tanya ibu tikus kebimbangan. Jawab
anak tikus itu, "Sebenarnya ia ingin memeluk saya, tetapi apabila saya
terdengar suara ayam jantan, saya melarikan diri kerana ketakutan, ibu! "
"Hai, anakku yang lurus! Haiwan yang lemah lembut sifatnya itu ialah
kucing. Ia suka menangkap dan makan kaum kita! Nyaris-nyaris kamu
ditipuinya."
Kata anak tikus sambil mengangguk-anggukkan kepalanya, "Oh,
barulah saya faham sekarang, ibu! Lain kali apabila saya mendengar bunyi
'miao', saya akan melarikan diri, ibu!"

Jawab soalan berdasarkan cerita pendek di atas :


1. Mengapakah ibu tikus menyuruh anaknya melancong ?
A Mencari makanan
B Menemui kawan-kawannya
C Menemui kucing
D Memperluas pengetahuan dan pengalaman
2. Anak tikus menceritakan haiwan pertama yang ditemuinya
ialah__________.
A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
3. Anak tikus menceritakan pula haiwan kedua yang ditemuinya
ialah___________.
A arnab
B kucing
C ayam jantan
D itik
4. Ibu tikus mengatakan kucing suka menangkap dan makan apa?
A ulat
B tikus
C ayam jantan
D itik

Anda mungkin juga menyukai