Anda di halaman 1dari 9

Helang dengan kura-kura. Pada suatu masa dahulu terdapat seekor kura-kurayang ingin terbang seperti burung.

"Oh, alangkah seronoknya kalau aku dapat terbang seperti burung-burung itu," kata kura-kura.Kura-kura cemburu setiap kali melihat burung-burung terbang bebas di udara. Ia selalu termenung memikirkan akan keinginannya itu.

Pada suatu hari, kura-kura ternampak seekor burung gagak sedang berehat di atas sebatang dahan pokok. Kura-kura segera menghampiri burung gagak itu. Ia meminta gagak mengajarnya terbang. "Kamu tidak boleh terbang kerana kamu tidak mempunyai sayap," kata gagak.Kurakura berasa kecewa mendengar kata-kata gagak. Namun ia tidak mahu berputus asa.

Tiba-tiba ia ternampak seekor helang menghampirinya. Helang itu sebenarnya sedang mencari makanan."Dari tadi saya perhatikan kamu termenung. Apakah masalah kamu wahai kura-kura?" tanya helang."Sebenarnya saya ingin terbang di udara seperti rakan-rakan kamu tetapi tidak ada yang ingin menolong saya," kata kura-kura."Baiklah kura-kura, saya akan ajar kamu terbang, kata helang."Betulkah kamu boleh mengajar saya terbang?" tanya kura-kura dengan gembira.

Helang memegang cengkerang kura-kura dengan kuat lalu membawanya terbang di udara. Helang membawa kura-kura terbang tinggi. Kura-kura berasa sungguh gembira kerana ia dapat terbang bersama burung-burung lain. Ia dapat merasa angin yang sejuk. Ia juga dapat melihat pemandangan yang cantik. Namun begitu, helang yang lapar itu membawa kura-kura ke suatu tempat. Ia melepaskan cengkaman kakinya pada cengkerang kura-kura. Kura-kura melayang-layang jatuh ke tanah dan terhempas di atas batu. Badan kura-kura hancur berkecai. Helang terus makan kura-kura itu dengan gembira. Sang Singa dan Sang Arnab

Ada seekor tikus yang tinggal di dalam satu lubang. Lubang itu berada di dalam hutan. Dekat dengan lubang itu, tinggal seekor Singa yang garang. Semua binatang takut dengan Singa itu. Pada suatu hari, di waktu malam, ketika Singa sedang tidur, tikus itu pun keluar mencari makanan. Tikus berjalan di dalam gelap. Tikus tak berapa nampak kerana gelap sangat. Tiba-tiba, tikus terlanggar sesuatu. Ruparupanya tikus terlanggar Singa.

Singa sangat marah kerana ada yang mengganggu dia tidur. Aum, berani kamu kacau aku tidur!, aku akan makan kau. Kata sang Singa. Tikus sangat takut. Tolong jangan bunuh saya, saya cuma seekor tikus yang kecil. Tuan tak kenyang pun kalau makan saya. Nanti manalah tahu kalau tuan perlukan bantuan satu hari nanti saya akan tolong. Rayu sang tikus. Hahaha Hahaha apa yang tikus kecil macam awak ni boleh tolong saya? Hahaha

Saya adalah raja rimba kenapa saya perlu bantuan awak? Tak pe lah, sebab kan awak ni kelakar, saya lepaskan awak. Balas Singa sambil ketawa terbahak-bahak. Beberapa hari kemudian, sedang tikus berjalan-jalan di dalam hutan mencari makanan, tiba-tiba dia terdengar suara Singa mangaum meminta tolong.

Aum, tolong!, tolong! jerit singa. Tikus berlari sekuat hati menuju ke arah suara singa. Dia ternampak Singa terperangkap di dalam sebuah jaring perangkap yang di pasang oleh pemburu. Tikus terus menggigit jaring itu sampai putus. Terima kasih tikus, kerana menyelamatkan saya. Saya tak sangka yang awak boleh tolong saya. Kata singa. Sama-sama.

Ratu Lebah Yang Tamak Di atas sebatang pokok terdapat satu sarang lebah yang sangat besar. Di dalamnya tinggal Ratu Lebah bersama pengikut-pengikutnya. Berhampiran pokok tersebut terdapat sebuah kebun bunga yang luas. Kebun bunga itu milik seorang penjual madu yang kaya raya. Lebah-lebah itu sangat gembira tinggal di situ. Namun, Ratu Lebah sangat tamak, dia mahu lebah-lebah itu membawa pulang madu yang banyak setiap hari. Pada suatu hari, 5 ekor lebah telah ditugaskan untuk keluar terbang mencari madu di kawasan kebun tersebut. Walaupun kepenatan kerana terpaksa membawa pulang madu yang banyak, 5 ekor lebah itu terpaksa juga menurut perintah Ratu Lebah yang tamak itu. Sedang asyik menghisap madu di kebun bunga itu, seekor lebah berkata, Lebah 1 : Aku sudah penat menghisap madu di sini. Setiap hari kita perlu membawa pulang madu yang banyak untuk ratu. 4 ekor lebah yang lain bersetuju dengan kata-kata lebah 1. Lantas Lebah 2 bersuara, Lebah 2 : Betul kata kau wahai Lebah 1, marilah kita pergi ke rumah penjual madu itu, di sana pasti terdapat lebih banyak madu. Lebah 3 : Ya, betul tu. Ratu pasti gembira jika kita berjaya membawa pulang madu yang banyak. Lebah 4,5 : Kami setuju! Ayuh kita ke sana! Tanpa membuang masa, 5 ekor lebah itu segera terbang menuju ke rumah penjual madu. Setibanya di sana, lebah-lebah itu sungguh teruja kerana terdapat banyak bekas yang berisi madu di situ.

Lebah 2 : Tepat sekali jangkaan aku. Ada 5 bekas berisi madu yang sangat besar di sini. Lebah 1 segera terbang menuju ke arah bekas 1, Lebah 2 menuju ke arah bekas 2 dan seterusnya lebah-lebah lain pula menuju ke arah 3 bekas madu yang lain. Setelah puas, 5 ekor lebah itu pulang ke sarang dengan gembira lalu menceritakan tentang rumah penjual yang penuh dengan madu itu. Ratu Lebah sangat teruja mendengar cerita itu. Ratu Lebah : Mari kita pergi lagi ke rumah penjual itu. Beta mahu mengikut kamu semua. 5 ekor lebah yang kepenatan itu terkejut mendengar kata-kata Ratu Lebah. Namun, mereka tidak berani membantah dan terpaksa membawa Ratu Lebah ke rumah itu semula. Setibanya mereka di sana, 4 bekas madu telah pun ditutup oleh penjual madu itu. Hanya tinggal 1 bekas yang masih terbuka. Ratu Lebah : Cepat! Beta mahu madu yang banyak lagi. 5 ekor Lebah : Baik tuanku! Lebah-lebah itu termasuk Ratu Lebah segera terbang ke arah bekas ke-5 yang masih terbuka dan segera mengambil madu dengan banyak. Ratu Lebah : Beta mahu kamu semua hisap madu-madu ini dengan banyak sehingga perut kamu penuh. Lebah 1 : Tapi Ratu, badan kami akan menjadi berat dan kami pasti tidak mampu untuk terbang nanti. Lebah 2 : Betul tu Ratu, patik sudah berasa sangat kenyang. Ratu Lebah : Jangan melawan perintah beta! 5 ekor lebah itu terdiam dan hanya menurut perintah. Tiba-tiba penjual madu datang dan mahu menutup bekas madu itu. Lebah 3 : Ratu! Bekas madu ini akan ditutup, kita harus pulang segera. Ratu Lebah terkejut dan cuba untuk terbang, namun badannya menjadi sangat berat dan Ratu Lebah tidak mampu untuk terbang. Begitu juga dengan 5 ekor lebah yang lain. Mereka semua tidak dapat keluar kerana terperangkap di dalam bekas madu itu dan akhirnya mereka mati.

ARNAB YANG PEMALAS Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh. Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu, jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,kata tupai. Ya, betul kata awak, jawab arnab. Pagi esok kita akan buat sarang, kata arnab lagi.

Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang, kata tupai. Tapi bukan sekarang, jawab arnab. Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar! Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. Alangkah baiknya jika kita ada sarang, kata tupai. Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan. Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. Kita tunggu esok sahajalah, kata arnab.

KERBAU BALAR Dalam sekumpulan kerbau, ada sepasang kerbau balar. Warna kulitnya merah, tidak hitam seperti kerbau-kerbau yang lain. Oleh kerana kulit yang berbeza warnanya itu, kerbau balar selalu dihalau oleh kerbau lain. Kedua-duanya tidak dibenarkan makan bersama dan tidur sekandang. "Rupa kamu tidak sama dengan kami," kata kerbau yang lain itu. Kedua-dua kerbau balar itu sangat sedih kerana mereka selalu disisihkan. Pada suatu musim ,kerbau hitam dan kerbau balar itu mendengar tuan mereka akan menangkap mereka. Semuanya akan dihantar dan akan dipakaikan gelang merah. Pada suatu hari, kedua-dua kerbau merah itu tersesat ke tempat orang menyembelih kerbau. Kerbau balar melihat beberapa kepala dan kaki kerbau

bergelimpangan di kawasan itu. Lalu selepas itu tahulah mereka apa yang sebenarnya terjadi. Ketika kerbau-kerbau lain di tangkap , kedua-dua ekor kerbau balar itu melarikan diri ke hutan. Kerbau-kerbau yang lain semuanya di sembelih. Selamatlah kedua-dua kerbau balar itu. Lalu kedua-duanya menjadi kerbau liar yang susah untuk ditangkap lagi.

KAWAN YANG TIDAK JUJUR Terdapat seekor rubah bernama Joe. Ia mempunyai sahabat bernama Ronnie. Ronnie ialah seekor keldai. Joe sangat licik. Ronnie pula seekor keldai yang kurang cerdik. Oleh itu, Joe sering mengambil kesempatan terhadap kawannya itu. Ia kerap menggunakan Ronnie bagi mendapatkan makanan. Roni hanya menurut segala katakata dan arahan Joe. Pada suatu petang, Joe dan Ronnie berjalan- jalan di dalam hutan. Tiba-tiba mereka terserempak dengan seekor singa. Kedua-duanya tidak dapat melarikan diri. Joe yang licik mendapat idea untuk melepaskan diri dari singa itu. Ia berpura-pura berani di hadapan kawannya itu. Kamu tunggu di sini. Biar aku pergi berunding dengan singa itu,kata Joe. Joe berjalan kea rah singa. Hai, Encik Singa! Tolong jangan makan saya! Saya akan bawakan keldai itu ke sebuah gua. Tuan boleh menikmati dagingnya yang lazat itu di sana, kata Joe dengan lemah lembut. Baiklah, aku akan lepas kan kau! Tapi, kau mesti bertindak cepat! jawab singa dengan garang. Joe kembali menemui Ronnie. Singa itu tak mahu makan kita sekarang! Lebih baik kita pergi segera dari sini dan menyorok di dalam gua ketika rubah dan keldai itu masuk ke dalam gua, singa terus menerkam rubah. Kemudian, ia membaham keldai. Kedua-dua sahabat itu menjadi makanan singa.

ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakanya kerana ia suka menipu dan mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan lain sedang bermain, Tony akan menjerit, Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di celah-

celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu. Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan. Sebab itulah mereka akan lari ketakutan apabila Tony menjerit, Jerung! Jerung! Namun Tony sungguh nakal. Ia berasa seronok dapat mempermain-mainkan rakanrakanya. Ikan-ikan kecil itu mempercayai Tony, walaupun mereka selalu tertipu dengan helah Tony. Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakanya itu. Ia ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony tidak menyedari kehadiran jerung itu. Jerung! Jerung! Bersembunyi cepat! Jerit ikan-ikan itu. Ikan-ikan itu lari lalu bersembunyi di celahcelah batu. Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakanya. Ia menyangka mereka cuba mepermain-mainkanya. Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung! Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku! jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

BUJANG TERBOYOI Ada sepasang suami isteri yang bekerja di istana. Si isteri baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki. Mereka menamakannya Bujang Terboyoi. Malangnya, ahli nujum menilik bayi itu boleh mendatangkan bencana. Sultan menitahkan dia dibuang ke dalam hutan. Si ibu amat sedih. Dia membawa anaknya merentas hutan Mereka mendaki tujuh gunung. Bujang Terboyoi berlagu memujuk ibunya. Tinggalkanlah saya di sini, mak. Tuhan ada bersama-sama saya. Pergilah emak pulang. Doakanlah saya. Maafkanlah saya, katanya Si ibu amat terharu tetapi apalah dayanya Anak ecilnya itu terpaksa ditinggalkan. Bujang Terboyoi membesar di dalam hutan. Dia menjadi pemuda yang gagah dan tampan. Pada suatu malam, Bujang Terboyoi bermimpi bahawa kedua-dua ibu bapanya amat merindukannya. Pada pagi esoknya, Bujang Terboyoi keluar menuju ke istana. Dalam perjalanan, dia berjumpa bermacam-macam binatang. Singa, gajah dan ular menghalang perjalanannya. Namun semuanya kasihan akan Bujang Terboyoi. Bujang Terboyoi hidup sendiri. Bujang Terboyoi hendak mencari ibu bapanya.

Singa mengajarnya menjadi tangkas. Harimau mengajarnya ilmu melawan musuh. Gajah mengajarnya ilmu untuk menjadi kuat. Ular pula menghadiahkannya sebentuk cincin sakti. Tidak lama kemudian, Bujang Terboyoi sampai di istana. Semua yang melihatnya hairan. Mereka tertanya-tanya siapakah pemuda kacak itu? Putera dari manakah gerangannya? Bujang Terboyoi memohon menghadap Sultan. Sultan memperkenankan permohonannya . Baginda bertanya akan hajat Bujang Terboyoi. Patik ingin menjaga kedua-dua orang tua ini, tuanku. Patik kasihan melihat mereka, kata Bujang Terboyoi. Dia menunjuk kea rah sepasang suami isteri,pekerja istana. Silakanlah, beta tiada halangan, titah sultan. Bujang Terboyoi membawa mereka ke air terjun. Dia memandikan dan melangirkan mereka pakaian yang indahindah. Dia member mereka makan makanan yang lazat-lazat. Kemudian, bujang Terboyoi menggosok-gosok cincin saktinya. Tiba-tiba terdiri sebuah istana yang amat cantik. Kedua-dua orang tua itu amat terperanjat. Dengan segera Bujang Terboyoi melutut di kaki mereka. Sayalah anak ayah dan ibu. Sayalah Bujang Terboyoi. Ampunkanlah saya ibu dan ayah, kata Bujang Terboyoi dengan terharu. Kedua-dua ibu bapanya amat gembira. Mereka menangis kegembiraan. Sultan menjodohkan Bujang Terboyoi dengan puterinya. Apabila sultan mangkat, Bujang Terboyoi di tabalkan menjadi raja.

Anda mungkin juga menyukai