Anda di halaman 1dari 6

Pemotong Kayu yang Jujur

Tersebutlah kisah nun jauh di pedalaman, tinggalnya seorang pemotong kayu yang
tua dan miskin. Adapun kemampuannya hanyalah mencari rezeki dengan menebang
pokok yang sederhana besarnya untuk dijual sebagai kayu api. Hanya isterinyalah
peneman hidup saban hari tanpa dikurniakan anak.

Dijadikan cerita, takdirnya pada suatu pagi.......


Pergilah si tua tersebut jauh ke hutan untuk menebang pokok untuk dibuat kayu api.
Tidak seperti kebiasaannya, kali ini si isteri tidak dapat menemani si suami kerana sakit.
Maka ke hutanlah si tua seorangan awal pagi sebelum terbit mentari untuk mencari
kayu api. Seharianlah si tua menebang pokok dengan kapak besinya yang telah uzur
seuzur usianya.... Sehinggalah kepenatan tidak jua dia berhenti.....

Tiba-tiba... genggamannya semakin lemah lalu terlepas kapak kesayangan dari


tangannya lalu tercebur kedalam sungai yg dalam. Menangis sayulah si tua kerana
kehilangan kapak yang menjadi punca rezeki... hendak terjun mencari takut disambar
arus... meratap lah ia mengenangkan nasib...

Maka...bersimpatilah pari-pari dilangit melihat kegundahan si tua tersebut.... lalu


turunlah ia bertanya... "wahai orang tua... kenapa bersedih hati"...
Dengan nada perasaan takut dan terkejut diperamati benar-benar, maka tahulah
dia si pari-pari telah turun kebumi menyapakan....lalu diceritakan apa yang berlaku...
"Baiklah..akan kubantu mencari kapak engkau yang tenggelam"... lalu dengan serta
merta terjunlah si pari-pari ke dalam sungai.... selang beberapa minit timbul lah kembali
si paripari sambil mebawa kapak emas lalu dihulur kepada situa.... Dengan sedih jawab
situa "..bukan..ini bukan kepunyaan hamba...tidak mampu hamba memiliki kapak emas
ini"....

Lalu terjunlah sekali lagi si pari-pari ke dalam sungai dan timbul kembali bersama
kapak perak. Tidak jua mengaku si tua kerana itu bukan kapak miliknya. Sekali lagi si pari-
pari terjun lalu membawa pula kapak gangsa. Tidak juga si tua itu menerimanya
sehinggalah si pari-pari membawakannya kapak besi yang uzur.

Maka apabila terpandang akan kapak itu...giranglah hatinya kerana itulah kapak
miliknya. Lalu si pari-pari menyerahkan kapak tersebut kepada si tua. Sebagai balasan
kejujuranya kapak emas, perak dan gangsa turut dihadiahkan.

Pulanglah si tua dengan hati yang gembira. Sesampainya ke rumah lalu diceritakan
kepada isterinya apa yang berlaku. Si isteri turut bergembira dengan kejujuran suaminya.
Keesokan harinya isteri si tua itupun sihat...
Tajuk : Rusa yang bongkak.
Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa
itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik.
”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang
kurus. ”Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala
hingga hujung kaki,” rungutnya.
Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing
menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat
hati.
Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok
yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu bertambah
cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat
menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.
Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini
menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.
Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu
juga tidak bongkak seperti dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa itu bahawa
kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.
Abu dan 100 Ekor Ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya. Untuk itu dia ke bandar untuk
membeli ayam di kedai Pak Ali.

Lelaki kaya: "Saya ingin memesan 100 ekor ayam untuk esok, ini alamat saya (seraya memberikan kadnya)."

Pak Ali: "Baik tuan,saya akan suruh anak buah saya untuk menghantarkannya ke rumah tuan."
Selepas itu, Pak Ali memanggil anak buahnya yang bernama Abu dan memberikan arahan...

Pak Ali: "Abu, tolong hantar 100 ekor ayam esok ke alamat ini (sambil memberikan kad lelaki kaya tadi)."
Abu : "hantar ayam? Beres Tuan !"

Esoknya dengan menunggang motor si Abu pergi menghantar100 ekor ayam tersebut. 50 ekor diletakkan di sebelah
kanan dan 50 ekor lagi diletakkan di sebelah kiri. Akan tetapi malangnya, di tengah perjalanan dia terjatuh dari
motornya..., ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari bertempiaran.

Orang ramai datang untuk mengetahui keadaan si Abu. Tetapi si Abu tidak apa2 malah ketawa terbahak-bahak.
Seseorang diantara meraka datang bertanya, mungkin dia merasa khuatir kerana melihat si Abu ketawa ...

Orang yang bertanya : "Bang, abang tak apa-apa kan... ? Kepalanya tak sakit kan?"
Abu : "Ha... ha... ha... !"
Orang yang bertanya : "Bang, kenapa bang ?"
Abu: "Ha... ha... ha..., dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku... Hua.. ha..
ha.. ha..."
Orang yang bertanya : ???????
Asal Usul Udang Galah Bongkok

Pada zaman dahulu, kononnya ada seekor udang galah. Udang galah ini adalah haiwan yang paling besar sekali di
lautan. Udang galah sangat suka bercakap besar.

"Tiada siapa yang lebih besar daripada ku," kata Udang Galah.

Burung laut yang ada di sekitar dan di pinggir pantai terkejut dan ketakutan menyebabkan burung laut merasa benci
akan keangkuhan Udang Galah.

"Ada yang lagi besar daripada kamu. Kalau kamu nak tahu, ikutlah aku," kata burung laut.

Burung laut pun terbang dan Udang Galah pun mengekorinya. Mereka sampai di laut selatan. Udang Galah keletihan
di sebabkan perjalanan yang amat jauh lalu ia mencari tempat untuk berehat. Ia ternampak sebuah gua dan segera
masuk kedalam.

"Dapatlah aku berteduh," kata Udang Galah. Tiba-tiba ...

"siapa pula yang mencucuk hidungku," kata ikan paus. Udang Galah tidak sedar ia telah masuk kedalam lubang
hidung ikan paus.

"Hei! Kamu masuk ke dalam lubang hudung ku," jerit ikan paus.
Barulah sedar ia telah masuk kedalam hidung ikan paus. Rupanya ada haiwan yang lebih besar daripadanya. Ikan
paus pun bersin. Udang Galah terlambung ke udara dan belakangnya terhempas ke batu karang.

"Aduh! Sakitnya," kata Udang Galah. Rupanya pinggangnya patah.

Semenjak itu udang Galah menjadi bongkok. Ianya tidak berani lagi bercakap besar. Semenjak itu, jalannya pun
mengundur.

Anda mungkin juga menyukai