Anda di halaman 1dari 4

ALI BABA DENGAN 40 ORANG PENYAMUN Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Hakim yang Bijaksana, Guru

guru, hadirin, dan rakan- rakan sekalian. Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Apa khabar kawan kawan. Pada hari ini saya ada satu kisah menarik yang hendak diceritakan kepada kawan kawan sekalian..kawan kawan nak dengar tak. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Ali Baba dengan 40 orang penyamun. Dalam sebuah bandar di negeri Arab, ada dua orang adik-beradik. Si abang bernama Kassim Baba. Si adik pula bernama Ali Baba. Kassim Baba adalah seorang saudagar yang kaya-raya. Ali Baba pula bekerja sebagai pemotong kayu dan hidup miskin. Sungguhpun Kassim Baba tersangat kaya, namun dia sangat kedekut. Oleh sebab itu, Ali Baba jarang meminta pertolongan daripada abangnya. "Engkau seorang pemalas. Itulah sebabnya engkau hidup miskin," kata Kassim Baba, jika sekali-sekala Ali Baba datang meminjam wang. Ali Baba hanya berdiam diri. Dia tidak pandai melakukan pekerjaan lain lagi. Dia hanya mampu menjadi pemotong kayu dan menjual kayu api sahaja. Dia tidak mampu untuk berniaga kerana tidak mempunyai modal. Pada suatu hari, Ali Baba pergi jauh ke kawasan bukit-bukau. Tidak begitu banyak pokok tumbuh di situ kerana semuanya adalah bukit batu. Namun apa boleh buat? Dia harus pergi juga untuk mencari kayu. Ali Baba tahu tiada siapa pernah datang ke tempat itu. Oleh itu, timbul juga rasa takut dalam hatinya. Namun, dia tetap memberanikan diri. Ketika tiba di suatu tempat, Ali Baba terdengar bunyi suara orang. "Tidak mungkin ada orang di sini. Mungkin suara jin," fikir Ali Baba. Kecutlah hatinya. "Matilah aku sekali ini!" fikir Ali Baba lagi. Dia segera lari untuk bersembunyi. Dia memanjat sebatang pokok. Ali Baba ternampak sekumpulan manusia sedang memikul pelbagai jenis barangan. hoi hoi ya hoi Kita semua gembira hoi hoi ya pulang dapat harta Uang berjuta intan permata Uang berjuta intan permata Uang berjuta intan permata

"Mereka adalah penyamun," kata Ali Baba di dalam hatinya. Dia membilang jumlah penyamun itu. "Semuanya empat puluh orang," ujar Ali Baba lagi. Ketua penyamun itu berhenti di bawah pokok tempat Ali Baba bersembunyi. Menggigillah Ali Baba kerana sangat ketakutan. Ali Baba mendengar ketua penyamun itu berkata, "Terbukalah engkau, wahai pintu gua!" Tiba-tiba terbukalah sebuah pintu gua. "Wah, rupa-rupanya di sini ada sebuah gua!" kata Ali Baba dalam hatinya. Kumpulan penyamun itu masuk ke dalam gua tersebut. Tidak lama kemudian, mereka keluar semula. "Sekarang tibalah masanya untuk engkau tertutup semula, wahai pintu gua!" kata ketua penyamun. Pintu gua itu tertutup. Semua penyamun itu segera meninggalkan tempat tersebut. Ali Baba segera turun dari pokok. Dia pergi ke hadapan gua itu. "Terbukalah engkau, wahai pintu gua!" kata Ali Baba. Pintu gua itu terbuka. Ali Baba masuk ke dalam gua itu. Dilihatnya dalam gua itu terdapat pelbagai jenis harta kekayaan. "Kayalah aku!" ujar Ali Baba. Tanpa berlengah lagi, Ali Baba segera mengambil seguni wang emas. Dia cepat-cepat keluar dari gua itu. "Sekarang tibalah masanya untuk engkau tertutup semula, wahai pintu gua!" kata Ali Baba. Pintu gua itu tertutup. Guni itu sungguh berat, namun Ali Baba tetap berusaha memikulnya. Dia terus pulang ke rumahnya. Terkejutlah isteri Ali Baba apabila melihat suaminya membawa pulang seguni wang emas. "Kita sudah menjadi orang kaya!" kata Ali Baba. Ali Baba pergi ke rumah abangnya untuk meminjam cupak. Dia ingin menyukat jumlah wang emas itu. "Mengapa engkau hanya ingin meminjam cupak dan tidak ingin meminjam wang?" Kassim Baba berasa hairan. Ali Baba lalu menceritakan peristiwa sebenar. Walaupun Kassim Baba sudah kaya-raya, namun dia sungguh tamak. Dia ingin mendapatkan semua harta di dalam gua itu. Dia lalu pergi sendirian ke gua tersebut. "Terbukalah engkau, wahai pintu gua!" kata Kassim Baba. Pintu gua itu terbuka dan tertutup. Tanpa berlengah lagi, Kassim Baba segera mengumpul semua harta di dalam gua itu. "Aku tersangat kaya! Aku tersangat kaya!" Kassim Baba sangat gembira.

Tetapi Kassim Baba tidak dapat pulang lagi. Dia sudah terlupa ucapan yang betul untuk membuka pintu gua. "Terbukalah engkau, wahai gua!" katanya. "Terbukalah wahai gua!" katanya lagi. "Terbuka engkau, pintu gua!" dia terus berkata lagi. Tetapi semua ucapan itu salah. Pintu gua itu tidak terbuka. Tidak lama kemudian, kumpulan penyamun itu pulang semula. Terkejutlah mereka apabila mendapati Kassim Baba berada di dalam gua itu. Akhirnya, matilah Kassim Baba dibunuh oleh mereka. Ali Baba tersangat sedih kerana abangnya sudah meninggal dunia. Namun, apakan daya Ali Baba. Dia tidak menyangka abangnya berani pergi ke sana. Ali Baba sudah menjadi orang kaya. Dia berjaya menjadi seorang saudagar. Dia selalu membantu fakir miskin. Semua penduduk dalam bandar itu hormat dan sayang pada Ali Baba. Tidak lama kemudian, datanglah kumpulan penyamun itu ke rumah Ali Baba. Ali Baba masih kenal akan rupa ketua penyamun itu. Ketua penyamun itu menyamar sebagai saudagar. Dia membawa tiga puluh sembilan buah tempayan besar. "Saya membawa pelbagai jenis barang dagangan," kata ketua penyamun itu. "Saya ingin menumpang bermalam di rumah tuan hamba. Nanti untungnya, kita boleh berkongsi bersama," ujar ketua penyamun itu lagi. "Baiklah!" kata Ali Baba. Dia berpura-pura bersetuju. Pada sebelah malamnya, Ali Baba segera memberitahu perkara sebenar itu kepada isteri dan orang gajinya. Mereka membuka tempayan itu satu persatu. Mereka berjaya membunuh semua penyamun yang bersembunyi di dalam tempayan itu. Ketua penyamun itu pula berjaya mereka tangkap. Ketua penyamun itu dibawa ke hadapan raja. Raja menitahkan supaya ketua penyamun itu dihukum penjara seumur hidup. Semenjak itu, Ali Baba hidup aman dan bahagia.

hoi hoi ya hoi Kita semua gembira hoi hoi ya pulang dapat harta Uang berjuta intan permata Mari kita lekas ke gua bawa harta semua janganlah tunggu lama2 simpan lah segera hoi hoi ya hoi Kita semua gembira hoi hoi ya pulang dapat harta Uang berjuta intan permata Uang berjuta intan permata Uang berjuta intan permata

Anda mungkin juga menyukai