Anda di halaman 1dari 3

Ali Baba Dengan Empat Puluh Orang Penyamun

Terima kasih dan selamat sejahtera diucapkan kepada pengerusi majlis, yang
saya sanjungi para hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang setia dengan
masanya, sidang hadirin dan rakan-rakan yang saya hormati sekalian. Pada pagi yang
berbahagia ini saya akan menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Ali Baba Dengan
Empat Puluh Orang Penyamun.

Pada zaman dahulu, tedapat dua orang adik- beradik bernama Kassim dan Ali
Baba. Kassim, Si Abang, berkahwin dengan wanita kaya. Oleh itu dia tidak perlu
bekerja untuk mencari rezeki. Ali Baba pula berkahwin dengan wanita yang miskin. Dia
terpaksa pergi ke dalam hutan setiap hari untuk mencari kayu api. Kayu api itu akan
dijual di pasar.

Pada suatu hari ketika berada di dalam hutan, Ali Baba tedengar bunyi daripada
sekumpulan kuda. Dia berasa amat takut lalu memanjat pokok untuk bersembunyi. Dia
membilang penyamun-penyamun itu. Satu,dua,tiga sehnggalah penyamun yang
terakhir. Terdapat empat puluh orang kesemuanya !Setiap orang penyamun mengambil
karung di belakang kuda lalu dibawa ke sebuah pintu gua yang besar. Ketua penyamun
itu berkata, “Bukalah Wahai Pintu Ajaib!”

Ali baba Nampak pintu pada gua itu terbuka. Seorang demi seorang penyamun
itu masuk ke dalam gua. Ali Baba menunggu di atas pokok itu seketika. Dia berasa
takut kalau-kalau penyamun-penyamun itu keluar semula.

Sangkaan Ali Baba itu benar! Penyamun-penyamun itu keluar semula. Ketua
penyamun berkata, “ Tutuplah Wahai Pintu Ajaib!”. Pintu pada batuan tertutup dan
mereka menunggang kuda lalu pergi dari situ.

Ali Baba cepat-cepat berlari ke pintu gua itu lalu berkata, “Bukalah Wahai Pintu
Ajaib!”. Pintu itu terbuka dan dia pun masuk ke dalam gua itu. Wah banyaknya barang
berharga di dalam gua ini! kata Ali Baba di dalam hati. Ali Baba mengambil sekarung
wang emas lalu cepat-cepat keluar dari gua itu.

Apabila sampai di rumah, Ali Baba menyuruh isterinya ke rumah Kassim untuk
meminjam penyukat. Dia mahu menggunakan penyukat itu untuk mengira syiling emas
yang dibawa pulang olehnya.
Isteri Kassim kehairanan apabila isteri Ali Baba mahu meminjam penyukat
daripadanya. Dia pun menampal getah pelekat di bawah tapak penyukat. Apabila
penyukat itu dipulangkan, Kassim dan isterinya amat terkejut kerana terdapat sekeping
wang emas terlekat pada tapak penyukat. Timbul perasaan iri hati dan tamak dalam
hati Kassim Baba. “Nampaknya Ali Baba sudah lebih kaya daripada aku, aku mesti
berbuat sesuatu untuk mengetahui rahsia kekayaan Ali Baba,” kata Kassim dalam
hatinya.

Pada keesokan harinya, Kassim Baba mengikut Ali Baba ke dalam hutan secara
senyap-senyap. Dia melihat Ali Baba masuk ke dalam gua dan membawa keluar
sekarung wang emas dan batu permata.

Apabila Ali Baba sudah pergi, Kassim cepat-cepat pergi ke hadapan pintu gua itu
lalu berkata, “Bukalah Wahai Pintu Ajaib”. Dia masuk ke dalam gua itu lalu mengambil
berguni-guni wang emas. Akibat terlalu asyik mengambil wang emas, Kassim Baba
tidak sedar penyamun-penyamun itu sudah pulang. Mereka berasa sangat marah
kepada Kassim Baba lalu membunuhnya.

Hari sudah lewat malam, Kassim masih tidak pulang ke rumah. Isteri Kassim
berasa amat risau lalu pergi ke rumah Ali Baba untuk meminta pertolongan. Isteri
Kassim menceritakan kesemua rancangan suaminya itu kepada Ali Baba. Ali Baba
sangat terkejut lalu cepat-cepat pergi ke gua itu dan menemui mayat abangnya. Dia
berasa sungguh sedih. Ali Baba membawa pulang mayat abangnya itu untuk
dikebumikan.

Tidak lama selepas itu, kumpulan penyamun itu pulang. Mereka terkejut dan
sangat marah apabila mendapati mayat Kassim sudah tiada. Ketua mereka berkata,
“kita mesti cari orang yang mengambil mayat itu dan membunuhnya!”.

Seorang daripada ahli penyamun itu terdengar berita yang seseorang telah mati.
Dia menandakan rumah itu dengan tanda pangkah. Kemudian, ketua penyamun itu
menyamar sebagai seorang saudagar minyak. Dia pergi ke rumah Ali Baba lalu
meminta kebenaran daripada Ali Baba untuk menumpang tidur di rumahnya.

Ketua penyamun itu membawa empat puluh buah tempayan yang besar. Hanya
sebuah tempayan yang berisi minyak. Di dalam tempayan-tempayan lain
disembunyikan penyamun-penyamun. Mereka bersedia untuk membunuh keluarga Ali
Baba ketika mereka sedang tidur.

Rancangan ketua penyamun itu diketahui oleh orang suruhan Ali Baba. Orang
suruhan Ali Baba cepat-cepat memanaskan minyak di dalam sebuah periuk yang besar
lalu menuangkan minyak panas ke dalam setiap buah tempayan. Kesemua penyamun
itu mati kerana melecur.
Sementara itu, Ali Baba pula sedang menikmati hidangan makan malam
bersama ketua penyamun. Orang suruhan itu keluar lalu menari untuk menghiburkan
mereka. Dia menari dengan membawa sebilah pisau.

Secara tiba-tiba, orang suruhan Ali Baba menikam ketua penyamun itu. Ali Baba
sangat terkejut dengan perbuatan orang suruhannya itu. Kemudian, dia mendapat tahu
bahawa orang suruhannya telah menyelamatkan dia dan ahli keluarganya. Dia berkata,
“aku akan membalas budi baikmu dengan membebaskan kamu”. Akhirnya orang
suruhan itu berkahwin dengan anak Ali Baba dan hidup dengan aman dan bahagia
selama-lamanya.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Sikap tamak dan haloba boleh mendatangkan kemudaratan kepada kita. Oleh
yang demikian, kita haruslah bersyukur dengan apa yang telah kita miliki. Sekian,
terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai