Anda di halaman 1dari 18

BAHASA MELAYU

TAHUN 4

TEMA 6
Unit 16, 17 & 18

NAMA : ______________________________________
KELAS : ______________________________________

CIKGU NAZIHAH
MENDENGAR & BERTUTUR

Meluncur di udara

: Rujuk buku teks MS 110. Pilih salah satu rekaan di bawah,


hasilkan satu kapal terbang kertas dan jawab soalan berikut.

JOM HASILKAN KAPAL TERBANG KERTAS !

Berdasarkan kapal terbang kertas yang telah dihasilkan lengkapkan soalan


di bawah :
• NAMA KAPAL TERBANG KERTAS ANDA :
• JENIS :
• CIRI-CIRI / BENTUK :

• MASA PENERBANGAN :
• JARAK PENERBANGAN :
TATABAHASA

Kata Nama Am

Kucing Roshini telah hilang. Namun, dia bernasib baik kerana kucingnya telah
dipakaikan alat pengesan sistem kedudukan sejagat atau GPS. Dia telah
menggunakan telefon bimbit untuk mencari kucingnya. Semasa mencari kucingnya,
Roshini telah menemukan...

DIMANAKAH KUCINGKU?

Senaraikan Kata Nama Am yang telah berjaya kamu temui.


TATABAHASA

Kata Nama

Baca petikan dan kenalpasti kata nama am, kata nama khas, kata ganti
nama serta penjodoh bilangan. Tuliskan jawapan tersebut di dalam
kotak yang disediakan.

Ibu: Mari kita ke bahagian makanan. Ibu ingin membeli dua peket gula, sekampit beras
jenama Kejora, dua botol sos cili Delima dan tiga tin susu cair.
Zara: Baiklah, ibu. Bolehkah saya dan Fika membeli sebuku roti? Kami mahu bersarapan roti
bakar pada pagi esok.
Ibu: Boleh, Zara. Ayah akan membayarnya menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.
Zara: Apakah maksud pembayaran tanpa tunai, ayah?
Ayah: Maksudnya, kita melakukan pembayaran menggunakan kad debit. Pembayaran akan
dipotong daripada akaun bank.
Fika: Ibu, Puan Khoo akan berkunjung ke rumah kita petang nanti. Beliau akan datang
bersama-sama dengan anaknya. Apakah yang akan kita hidangkan?
Ibu: Kita belikan mereka sebiji kek dan sesikat pisang.
Fika: Ibu, boleh saya membeli sekotak coklat untuk Li Yen? Dia akan menyambut ulang tahun
kelahirannya esok.
Ibu: Ya, boleh, Fika. Selepas ini, ibu ingin membeli seekor ayam, seikat sawi dan beberapa
tongkol jagung.
Sejam kemudian, mereka pun menuju ke kaunter pembayaran.
Zara: Wah, mudahnya ayah membuat pembayaran tanpa tunai! Kita akan lebih selamat
kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.

KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS KATA GANTI NAMA PENJODOH BILANGAN
MEMBACA

Balai Cerap di Rumah

Baca petikan dan lengkapkan ruangan kosong di bawah dengan


AKTIVITI
idea utama.

Minat yang tinggi dalam bidang astronomi telah mendorong seorang penduduk kampung membuka balai cerap
mini di rumahnya. Kedengaran agak pelik, bukan? Namun, begitulah yang dilakukan oleh Profesor Dr.
Mahamarowi Omar, pemilik balai cerap di Kubang Rawa, Salor, Kota Bharu, Kelantan. Balai cerap tersebut
dibina di pekarangan rumahnya.

Balai cerap mini yang dibina lengkap dengan binokular dan teleskop serta peralatan berteknologi tinggi. Sebanyak
15 buah teleskop pelbagai saiz telah ditempatkan di balai cerap mini tersebut. Kini, usaha tersebut telah
mendapat pengiktirafan daripada Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) melalui projek Inovasi Sosial Kementerian
Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC).

Impian Profesor Dr. Mahamarowi adalah agar usahanya ini mampu memupuk kesedaran dan minat masyarakat
dalam ilmu astronomi dan angkasa. Selain itu, beliau juga berhasrat untuk mengembangkan ilmu astronomi ini
kepada segenap lapisan masyarakat.

BALAI CERAP
DI RUMAH

Lokasi Peralatan Impian


Pemilik
TATABAHASA
Ayat Majmuk

Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Contoh:
(a) Zara mengemas rumah.
(b) Ibu Zara mengemas rumah. (dan)
AYAT : Zara dan ibunya mengemas rumah

AKTIVITI Bina ayat majmuk berdasarkan ayat-ayat yang diberikan.

1. 1. Puan Zurah menggunakan pelocok. tetapi


2. Singki di dapur Puan Zurah masih tersumbat.
CONTOH : Puan Zurah menggunakan pelocok TETAPI singki di dapurnya masih tersumbat

2. 1. Zara melayari Internet menggunakan tablet. dan


2. Ibu Zara melayari Internet menggunakan tablet.

3. 1. Zara mengajak ibunya. untuk


2. Zara mencuba kaedah daripada Internet.

4. 1. Zara berjalan ke arah singki. sambil


2. Zara membawa serbuk penaik.

5. 1. Zara memasukkan serbuk penaik ke dalam lubang singki.


2. Ibu Zara mencurahkan cuka1. Zara memasukkan serbuk manakala
penaik ke dalam lubang singki.
TATABAHASA
Ayat Penyata

Ayat Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu pernyataan.

Baca dialog di bawah, kenalpasti ayat tanya dan ayat penyata. Tuliskan
AKTIVITI
semual ayat tersebut di dalam kotak yang disediakan.

AYAT TANYA
1.

2.

3.

4.

AYAT PENYATA
1.

2.

3.

4.
KEMAHIRAN MEMBACA

Oh, Telefonku!

AKTIVITI 2
AKTIVITI 1
Jelaskan maksud setiap
Deklamasikan sajak ini
rangkai pantun.

Maksud rangkap pertama ialah


Oh, telefonku! teknologi telefon cepat berkembang
Teknologimu pantas meluas maju. Dahulunya, telefon hanya
tiada lagi setia melekat berada di rumah. Pada masa
menjadi penunggu dinding sekarang telefon bimbit boleh
kini dikau berkaki
dibawa ke mana-mana untuk
mampu ke mana-mana
memudahkan pemiliknya.
menabur bakti.

Oh, telefonku! ____________________


murninya jasamu
saat aku kerinduan ____________________
ibu bapa yang berjauhan
kau menghulurkan tanganmu ____________________
memperdengarkan pesanan
buat mewarnai kehidupan.
____________________

Oh, telefonku!
Beruntung sungguh nasibmu ____________________
dibawa mengharungi dunia
berswafoto sini sana ____________________
merakam saat indah ____________________
buat tatapan mata
jadikan kenangan. ____________________
MENULIS

Memurnikan Teks

AKTIVITI 2 AKTIVITI 2
Baca, dan kenalpasti Salin semula semua petikan
kesalahan di dalam petikan. dalam perenggan (dimurnikan).

TIDAK BASAH LAGI KASUTKU TIDAK BASAH LAGI KASUTKU


“Encik, kami sedang mencari kasut sekolah yang kalis _______________________________________
air. Adakah encik menjualnya?” tanya Puan Zurah. _______________________________________
_______________________________________
“Ada, kasut tersebut diperbuat daripada getah _______________________________________
Namun, tidak selesa terpakai. Saya cadangkan puan _______________________________________
dibeli kasut sekolah biasa yang diperbuat daripada _______________________________________
kanvas. Kasut tersebut lebeh selesa dipakai,” terang _______________________________________
jurujual. _______________________________________
_______________________________________
Memang selesa, encik tetapi mudah basah apabila _______________________________________
mengkena air hujan, balas Puan Zurah. _______________________________________
_______________________________________
“Jika begitu, saya mengesyurkan puan membeli _______________________________________
penyembur kalis air ini. penyembur ini dapat melindungi _______________________________________
kasut daripada basah ketika hujan,” kata jurujual. _______________________________________
_______________________________________
“Wah, bagusnya penyembur ini Bagaimanakah _______________________________________
menggunakannya ” tanya Zara. _______________________________________
_______________________________________
“Kamu hanya perlu menggoncangkannya dan _______________________________________
menyemborkannya pada kasut. Jarak semburan ialah _______________________________________
15 cm dari kasut. Biarkan selama sepuloh minit di _______________________________________
bawah pancaran matahari. Bagi medapatkan hasil yang _______________________________________
lebih baik, kamu boleh menyemburkannya untuk lapisan _______________________________________
kedua. Selepas itu, kamu boleh menmakainya seperti _______________________________________
biasa, jelas jurujual. _______________________________________
_______________________________________
“Oh, begitu cara menggunakannya! Mudah sahaja. Saya _______________________________________
berharap kasut saya berseh dan tidak basah lagi jika _______________________________________
hari hujan,” kata Zara. _______________________________________
______________________________________
SENI BAHASA
Robot Impian

AKTIVITI
Mengubahsuai cerita. Lengkapkan
tempat kosong dengan ayat yang sesuai.

Hai, kawan-kawan! Nama saya


Hai, kawan-kawan! Nama saya Robot Robot ___________. Saya dicipta
Vakum. Saya dicipta dengan teknologi dengan teknologi moden. Saya
terkini. Saya mampu meringankan mampu ________________________
tugas membersihkan rumah. ________________________________
________________________________

Saya mampu ___________


Saya mampu membersihkan rumah ____________________
setiap hari. Saya berupaya menyedut
segala kotoran. Tuan saya hanya perlu ____________________
menekan suis untuk menggerakkan
saya. ____________________
____________________

Saya akan bergerak ____


Saya akan bergerak secara ____________________
automatik ke setiap sudut di dalam ____________________
rumah. Apabila pergerakan saya
terhalang, saya akan bertukar arah.. ____________________
____________________

Badan saya berbentuk____


Badan saya berbentuk bulat dan ____________________
nipis. Bentuk ini memudahkan saya
membersihkan kotoran di ruang ____________________
yang sempit seperti di bawah kerusi ____________________
dan meja..
____________________
TATABAHASA

Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk tujuan menanyakan sesuatu hal berdasarkan
nada suara dan penggunaan perkataan tertentu.

Baca dialog di bawah. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Seterusnya
kenalpasti kata tanya dan bulatkan perkataan tersebut

MUDAHNYA MENYIRAM
Alif, kawan Zara, berbual-bual dengan ayahnya yang sedang memasang alat pemasa siraman.

Alif: Ayah sedang buat apa?


Ayah: Ayah sedang memasang alat pemasa siraman.
Alif: Di manakah ayah hendak memasang alat ini?
Ayah: Ayah hendak memasang alat pemasa siraman di sebelah paip air
penjuru sana.
Alif: Mengapakah ayah memasang alat ini?
Ayah: Ayah memasang alat ini untuk memudahkan kerja siraman tanaman.
Alif: Bagaimanakah alat ini berfungsi, ayah?
Ayah: Alat ini berfungsi secara automatik.
Alif: Wah, bagusnya alat ini! ____________________________?
Ayah: Alat ini berfungsi untuk menyemburkan air mengikut masa yang telah
kita tetapkan.
Alif: Berapa lamakah tempoh siramannya, ayah?
Ayah: Tempoh siramannya ayah tetapkan selama dua minit sahaja.
Alif: ___________________________________?
Ayah: Alat ini akan menyiram tanaman sebanyak dua kali sehari.
Alif: __________________________________?
Ayah: Alat siraman ini akan mula menyiram tanaman kita pada pukul 8:00
pagi dan 7:00 petang.
Alif: Terima kasih, ayah, kerana memberikan penerangan.
MEMBACA

Berita

Baca teks berita di bawah dengan gaya penyampaian yang betul. Rakam bacaan anda
dan hantarkan pada guru.

CONTOH BACAAN BERITA


MENULIS

Ayat

Bina dan tulis ayat serta perenggan berdasarkan gambar

• Zara menggunakan telefon pintar. Zara menggunakan telefon pintar.


• Zara memesan nasi goreng dan Dia memesan nasi goreng dan
minuman. minuman kegemarannya menggunakan
• Zara menggunakan media sosial. media sosial. Tidak lama kemudian,
• Zara menerima makanan yang Zara menerima makanan yang dipesan
dipesan di hadapan rumahnya. di hadapan rumahnya.

• . ____________________________________
_______________________________________
• . _______________________________________
• . _______________________________________
_______________________________________
• . _______________________________________

____________________________________
• .
_______________________________________
• . _______________________________________
_______________________________________
• .
_______________________________________
• . _______________________________________
TATABAHASA

AYAT SONGSANG

Ayat songsang ialah ayat yang susunannya berlawanan dengan ayat susunan biasa, iaitu
predikat mendahului subjek.
Contoh:
1. Kek itu sangat enak. (ayat susunan biasa)
2. Sangat enak kek itu. (ayat songsang)

AKTIVITI 1 : Tukarkan ayat susunan biasa kepada ayat songsang


AYAT SUSUNAN BIASA AYAT SONGSANG
1. Puan Zurah pembuat pelbagai jenis Pembuat pelbagai jenis kuih Puan
kuih Zurah
2. Kuih-muih itu di atas meja.
3. Kuih-muih dibungkus dengan
pembungkus istimewa.
4. Pembungkus istimewa boleh
dimakan.
5. Pembungkus tersebut akan
cair di dalam mulut.
6. Inovasi pembungkus ini
sungguh hebat.

AKTIVITI 2 : Tukarkan ayat songsang kepada ayat susunan biasa.


AYAT SONGSANG AYAT BIASA
1. Sangat mahir membuat kek Puan Puan Zurah sangat mahir
Zurah. membuat kek
2. Dengan foto Zara kek sangat
cantic.
3. Dicetak di atas filem nipis foto
Zara.
4. Daripada rumpai laut filem nipis
itu.
5. Boleh dimakan semua hiasan
pada kek.
TATABAHASA

Kata Nama

Baca petikan dan kenalpasti kata nama am, kata nama khas, kata ganti
nama serta penjodoh bilangan. Tuliskan jawapan tersebut di dalam
kotak yang disediakan.

Ibu: Mari kita ke bahagian makanan. Ibu ingin membeli dua peket gula, sekampit beras
jenama Kejora, dua botol sos cili Delima dan tiga tin susu cair.
Zara: Baiklah, ibu. Bolehkah saya dan Fika membeli sebuku roti? Kami mahu bersarapan roti
bakar pada pagi esok.
Ibu: Boleh, Zara. Ayah akan membayarnya menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai.
Zara: Apakah maksud pembayaran tanpa tunai, ayah?
Ayah: Maksudnya, kita melakukan pembayaran menggunakan kad debit. Pembayaran akan
dipotong daripada akaun bank.
Fika: Ibu, Puan Khoo akan berkunjung ke rumah kita petang nanti. Beliau akan datang
bersama-sama dengan anaknya. Apakah yang akan kita hidangkan?
Ibu: Kita belikan mereka sebiji kek dan sesikat pisang.
Fika: Ibu, boleh saya membeli sekotak coklat untuk Li Yen? Dia akan menyambut ulang tahun
kelahirannya esok.
Ibu: Ya, boleh, Fika. Selepas ini, ibu ingin membeli seekor ayam, seikat sawi dan beberapa
tongkol jagung.
Sejam kemudian, mereka pun menuju ke kaunter pembayaran.
Zara: Wah, mudahnya ayah membuat pembayaran tanpa tunai! Kita akan lebih selamat
kerana tidak perlu membawa wang tunai yang banyak.

KATA NAMA AM KATA NAMA KHAS KATA GANTI NAMA PENJODOH BILANGAN
TATABAHASA

Kata Nama Am

Kucing Roshini telah hilang. Namun, dia bernasib baik kerana kucingnya telah
dipakaikan alat pengesan sistem kedudukan sejagat atau GPS. Dia telah
menggunakan telefon bimbit untuk mencari kucingnya. Semasa mencari kucingnya,
Roshini telah menemukan...

DIMANAKAH KUCINGKU?

Senaraikan Kata Nama Am yang telah berjaya kamu temui.


BAHASA MELAYU
TAHUN 4

TAHNIAH !

Kerana berjaya
melengkapkan modul ini ☺

Teruskan usaha, dan selamat maju jaya!

NOT FOR SALE

Anda mungkin juga menyukai