Anda di halaman 1dari 32

KATA

TERBITAN
KATA TERBITAN
01
Sejak kematian suaminya, Puan Sofea
menyara anak-anaknya dengan _________
songket.

A. tenunan
B. bertenun
C. bertenunan
D. bertenunkan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
02
Adik _________ sebuah beg sekolah yang
berat ke sekolah setiap hari.

A. teralas
B. bergalas
C. penggalas
D. menggalas

JAWAPAN D
KATA TERBITAN
03
Sejak Pak Mat hilang di lautan, isterinya
sering _________ memikirkan nasib anak-
anaknya yang masih bersekolah lagi.

A. menenung
B. termenung
C. bermenung
D. memenungkan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
04
Salman ___________ beberapa biji rambutan
yang masak ranum itu untuk dijual kepada
rakan-rakannya di sekolah.

A. dikait
B. pengait
C. mengait
D. diperkaitkan

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
05
Hanif berguru dengan Ustaz Halim sejak
beberapa bulan yang lalu bagi ___________
ilmu agama.

A. dalam
B. didalami
C. mendalami
D. pendalaman

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
06
Kai Meng terpaksa meminjam wang daripada
rakannya untuk melunaskan yuran
pengajiannya kerana _____________ hidup.

A. disepit
B. kesempitan
C. penyempitan
D. menyempitkan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
07
Azmil tidak dapat menamatkan larian
marathon sejauh 5 kilometer itu kerana
__________.

A. letih
B. keletihan
C. diletihkan
D. meletihkan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
08
Encik Amir seharusnya _____________ anak-
anaknya nilai-nilai murni dan adab sopan
agar tidak dikatakan biadab.

A. diajar
B. diajarkan
C. mengajar
D. mempelajari

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
09
Nenek Senah membenarkan saya ___________
di pangkin rumahnya sementara menunggu
hujan reda.

A. diteduhi
B. meneduh
C. berteduh
D. perteduhan

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
10
Orang ramai perpusu-pusu mengisi minyak di
stesen minyak apabila mengetahui ________
harga minyak bermula esok.

A. dinaiki
B. menaiki
C. kenaikan
D. penaikan

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
11
Syarif ____________ tikar di ruang tamu
rumahnya sebagai persiapan untuk kenduri
yang akan berlangsung pada malam ini.

A. dihampari
B. berhampar
C. dihamparkan
D. menghamparkan

JAWAPAN D
KATA TERBITAN
12
Kemalangan jalan raya melibatkan lima buah
kereta di Lebuh Raya PLUS itu telah
mengakibatkan _________ lalu lintas.

A. tersesak
B. kesesakan
C. persesakan
D. menyesakkan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
13
Melalui hasil penyelidikannya yang terkini,
Dr. Teoh berhasrat untuk _________ nama
Malaysia di persada antarabangsa.

A. keharuman
B. mengharumi
C. mengharumkan
D. memperharumkan

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
14
Aisyah menangis teresak-esak apabila
_________ oleh guru disiplin sekolahnya
sewaktu perhimpunan pagi.

A. dimarah
B. dimarahi
C. memarahi
D. kemarahan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
15
Adik segera meminta bantuan kakak apabila
__________ secawan Milo di atas katil abang.

A. tertumpah
B. menumpahi
C. bertumpahan
D. tertumpahkan

JAWAPAN D
KATA TERBITAN
16
Fariz yang telah menjaringkan 21 gol
sepanjang musim ini telah dinobatkan
sebagai _________ terbanyak.

A. perjaring
B. penjaring
C. menjaring
D. penjaringan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
17
Irfan melemparkan _____________ manis ke
arah kedua-dua orang tuanya sebelum
manaiki bas ke Kuala Lipis.

A. senyum
B. senyuman
C. tersenyum
D. bersenyum

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
18
Pak Arif ____________ rancangan untuk
membaik pulih rumahnya disebabkan musim
tengkujuh yang melanda.

A. bertangguh
B. menangguh
C. ditangguhkan
D. menangguhkan

JAWAPAN D
KATA TERBITAN
19
Pengambilan makanan segera yang tidak
__________ merupakan punca pelbagai
penyakit kronik di negara kita.

A. terkawal
B. berkawal
C. pengawal
D. mengawal

JAWAPAN A
KATA TERBITAN
20
Ibu bapa ___________ peranan penting dalam
memastikan anak-anak diberikan didikan
agama yang mencukupi.

A. pemain
B. bermain
C. dimainkan
D. memainkan

JAWAPAN D
KATA TERBITAN
21 Pak Cik Cheong sekeluarga terpaksa
_________ setelah bekalan elektrik di
rumahnya dipotong sejak beberapa hari
yang lalu.

A. gelap
B. bergelap
C. digelapan
D. menggelap

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
22
Satu _________ akan diadakan dalam
kalangan ahli kelab Bahasa Malaysia bagi
merancang aktiviti Bulan Bahasa.

A. dijumpai
B. berjumpa
C. menjumpai
D. perjumpaan

JAWAPAN D
KATA TERBITAN
23
Kesemua dokumen __________ke dalam
sepucuk sampul surat sebelum diposkan.

A. dimasuki
B. kemasukan
C. dimasukkan
D. dipermasukkan

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
24 Rumah Maria dimasuki sekumpulan
__________ ketika dia pergi bercuti ke Bali
selama dua minggu.

A. dicuri
B. pencuri
C. mencuri
D. kecurian

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
25
Fariz __________ sekolahnya dalam
pertandingan mendeklamasi sajak sejak tiga
tahun yang lalu.

A. diwakili
B. mewakili
C. diwakilkan
D. perwakilan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
26
Sarah ___________ idea untuk menyiapkan
tugasan buku skrap yang diberikan oleh
gurunya.

A. buntu
B. kebuntuan
C. membuntu
D. pembuntuan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
27
Pihak kerajaan ___________ agar orang ramai
mengurangkan penggunaan kenderaan bagi
mengatasi masalah pencemaran udara.

A. saranan
B. disarankan
C. menyarankan
D. mempersarankan

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
28
___________ kaca yang disusun rapi di dalam
kabinet itu adalah hasil koleksi Puan Rani
sejak 20 tahun yang lalu.

A. Hiasan
B. Dihiasi
C. Perhiasan
D. Menghiasi

JAWAPAN C
KATA TERBITAN
29
Hutang Encik Amri yang telah lama _________
telahpun dilangsaikan oleh anak sulungnya.

A. ditunggak
B. tertunggak
C. menunggak
D. penunggakan

JAWAPAN B
KATA TERBITAN
30
Kejayaan Ain dalam peperiksaan UPSR
adalah hasil __________ abangnya yang
sering membantunya mengulang kaji
pelajaran.

A. didorong
B. dorongan
C. pendorong
D. mendorong

JAWAPAN B
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai