Anda di halaman 1dari 44

1 2 3 4 5 6 7

8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31 32 33 34 35
36 37 38 39 40
1 Hati Jasmin remuk __________
kerana permintaannya untuk
mencari kerja di Bandar Kuala
Lumpur ditentang oleh ayahnya.

A. seperti kaca jatuh ke batu


B. seperti cincin dengan permata
C. seperti si kudung mendapat cincin
D. seperti langit dengan bumi
2 Janganlah kita ambil balik
sesuatu barang yang telah kita
berikan kepada orang lain
kerana perbuatan itu dikatakan
__________.

A. berat hati
B. buruk siku
C. busuk hati
D. buruk sangka
3 Amir yang kelihatan seperti
__________ itu sebenarnya pintar
menyelesaikan masalah
Matematik yang sukar.

A. bodoh sepat
B. panjang akal
C. mulut murai
D. memerah otak
4 Kita tidak patut
__________ rakan di
hadapan orang lain.

A. buka jalan
B. buka pekong
C. buka tembelang
D. buka temberang
5 Projek kecemerlangan
olahraga sekolah itu
merupakan hasil __________
Encik Ismail.

A. buah hati
B. buah mulut
C. buah tangan
D. buah fikiran
6 Selepas pencen, Haji Hashim
tidak lagi bergaul dengan
masyarakat di kampungnya
__________.

A. seperti enau dalam belukar


B. seperti bulan dipagar
bintang
C. seperti kera sumbang
D. seperti lipas kudung
7 Pak Zaki sanggup menjadi
__________ apabila membeli hasil
pertanian orang kampung dengan
harga yang murah dan dijual dengan
harga yang mahal untuk mendapat
keuntungan yang banyak.

A. tali barut
B. lintah darat
C. berat tulang
D. pacat kenyang
8 Sulaiman berasa sangat
sedih dan kecewa kerana
lamarannya telah ditolak
oleh Faridah __________.

A. seperti kaca jatuh ke batu


B. seperti tikus jatuh ke beras
C. seperti langit dengan bumi
D. seperti kera mendapat
bunga
9 Terdapat beberapa orang
__________ dalam filem
arahan sulungnya itu.

A. muka baru
B. muka hadapan
C. muka tembok
D. muka surat
10 Anak bulan Syawal dilihat
dengan menggunakan
teropong dan bukan secara
__________.

A. mata hati
B. mata kasar
C. mata hitam
D. mata telinga
11 Janganlah buat tuduhan
secara __________ sehingga
menyebabkan orang yang
tidak bersalah menjadi
mangsa.

A. bidan terjun
B. adu domba
C. serkap jarang
D. hentam keromo
12 Zulkifli yang __________ itu
selalu menolong
ayahnya berkebun sayur

A. ringan tulang
B. berat tulang
C. curi tulang
D. putih tulang
13 Pasukan bola tampar Kampung
Limbat kalah teruk setelah
berlawan dengan pasukan
yang lebih kuat __________.

A. seperti mentimun dengan


durian
B. seperti orang mabuk gadung
C. seperti lipas kudung
D. seperti langit dengan bumi
14 Mak Teh menenun songket
asli seperti __________ kerana
beliau amat
berpengalaman.

A. naik angin
B. cakar ayam
C. berat tangan
D. lipas kudung
15 Rama langsung tidak
__________ setelah
dimarahi ibunya.

A. muka tembok
B. muka kuala
C. angkat muka
D. beri muka
16 Abang Hafiz sudah __________
akan gadis yang berlesung
pipit itu dan berhasrat untuk
meminangnya

A. sampai hati
B. kecil hati
C. jatuh hati
D. ada hati
17 Sikap jiran saya yang selalu
__________ menyebabkan
banyak orang tidak suka
kepadanya.

A. memberi muka
B. bermuka-muka
C. angkat muka
D. tebal muka
18. Nora suka membaca __________
sasterawan A. Samad Said.

A buah pena
B mata petai
C buah tangan
D nyiur gading
19 Jangan percaya kata-
katanya kerana dia
__________.

A. lidah bercabang
B. muka tembok
C. tangkai jering
D. ada hati
20 Tetamu yang menghadiri majlis
perkahwinan anak Datuk Mansur
itu memuji pasangan pengantin
yang sama cantik __________.

A. seperti langit dengan bumi


B. seperti bulan jatuh ke riba
C. seperti pinang dibelah dua
D. seperti kelip-kelip terbang malam
21. Ruslan ingin __________ dengan
abangnya setelah lama
berselisih faham.

A membuang yang keruh ambil


yang jernih
B seperti gunting makan di hujung
C seperti lintah menghisap darah
D seperti langit dengan bumi
22 Karim telah mengambil wang
Shamsul tanpa pengetahuannya,
sedangkan sebelum ini Shamsullah
yang menolong menjelaskan
hutangnya __________

A. seperti melepas batuk di tangga


B. seperti melepas anjing tersepit
C. seperti mentimun dengan durian
D. seperti kera mendapat bunga
23 Mak Leha gemar __________
ke seluruh kampung untuk
menceritakan keburukan
perangai Pak Uda.

A. isi mulut
B. bawa mulut
C. ringan mulut
D. mulut tempayan
24 Orang itu dikatakan
__________ kerana suka
mengeluarkan kata-kata
yang pedas.

A. mulut murai
B. mulut tajam
C. mulut manis
D. mulut tempayan
25 Kakak menjadi __________
apabila melihat pelbagai
corak kain di kedai Haji
Ahmad itu

A. mata keranjang
B. rambang mata
C. putih mata
D. sakit mata
26.Pengemis yang hidup
melarat __________ hanya
bergantung hidup pada
simpati orang ramai.
A seperti bertih digoreng
B seperti kacang lupakan
kulit
C seperti sampah hanyut
D seperti telinga kuali
27. Ahli sumo Amerika Syarikat itu
telah kalah teruk setelah
berlawan dengan ahli sumo dari
Jepun yang lebih kuat ______.

A. seperti mentimun dengan durian


B. seperti bulan dipagar bintang
C. seperti tikus jatuh ke beras
D. seperti enau dalam belukar
28 Mak Salamah yang suka
mengata orang dan bercakap
banyak __________ itu tidak
disukai oleh orang
kampungnya

A. seperti si kudung mendapat


cincin
B. seperti murai dicabut ekor
C. seperti kera sumbang
D. seperti kera mendapat bunga
29. Keluarga Mak Munah seolah-
olah __________ selepas
suaminya meninggal dunia.

A patah hati
B hilang akal
C gulung tikar
D patah kandar
30. Janganlah buat sesuatu
pekerjaan itu __________ sahaja
kerana setiap kerja mestilah
diselesaikan dengan sempurna.

A. setengah hati
B. hempas pulas
C. berpeluk tubuh
D. bermandi peluh
31 Sikap Amri yang suka
__________ menyebabkan
rakan-rakannya
membencinya

A. angkat topi
B. angkat bakul
C. angkat muka
D. angkat tangan
32. Pak Abu yang tinggal __________
itu telah ditempatkan di rumah
orang-orang tua, Pengkalan
Chepa sejak dua tahun yang
lalu.
A atas pagar
B patah kandar
C sebatang kara
D sekangkang kera
33. Puan Dila sangat sayang
kepada pembantu rumahnya
kerana dia cepat membuat
kerja __________.

A seperti anjing berebut tulang


B seperti ayam patuk anaknya
C seperti tikus jatuh ke beras
D seperti lipas kudung
34. Abang sanggup __________
kerana menonton perlawanan
Bola Sepak Piala Eropah.

A bertegang urat
B berpaling tadah
C bermandi peluh
D bersengkang mata
35. Penjual-penjual di Pasar Siti
Khatijah berhubung dengan
pelanggan mereka dengan
menggunakan __________.

A lidah pendeta
B bahasa pasar
C harga mati
D buah pena
36. Pak Halim _____________
mengerjakan sawahnya
untuk mencari rezeki untuk
keluarganya.

A bertegang urat
B bermandi peluh
C berpaling tadah
D berpatah arang
37. Mamat sudah acap kali gagal
dalam perniagaannya, tetapi
akhirnya dia berjaya menjadi
seorang peniaga yang berjaya. Itulah
yang dikatakan __________.

A laksana pohon kayu yang tidak


berbuah
B kalau hendak melentur buluh biarlah
dari rebungnya
C jika tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya
D seperti cincin dengan permata
38. Kita hendaklah berani
menyuarakan rasa tidak puas
hati kepada pihak majikan.
Janganlah menjadi __________.

A seperti tikus membaiki labu


B seperti lembu dicucuk hidung
C seperti kambing dihalau ke air
D seperti mendukung biawak
hidup
39. Puan Leha mempunyai banyak
pokok mangga tetapi dia tidak
pernah memberikan kepada
penduduk kampung kerana dia
seorang yang____________

A baik hati
B panjang tangan
C buah tangan
D tangkai jering
40. Sikap Mahiran yang selalu
__________ menyebabkan
ramai sahabatnya berasa
senang.

A kata hati
B kecil hati
C jatuh hati
D rendah hati
KEMBALI
SILA CUBA LAGI..

KEMBALI

Anda mungkin juga menyukai