Anda di halaman 1dari 7

Simpulan Bahasa 3

Latihan berformat KBSR ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran para pelajar
dalam menjawab soalan-soalan peribahasa.

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pekerja syarikat itu menerima ______ setelah dibayar bonus selama enam bulan
oelh majikan mereka.
A durian runtuh C mata duitan
B mahkota hati D buah fikiran

2 Charles memang pandai bercakap, tetapi ibarat _____ sahaja kerana dia tidak
tahu membuat apa-apa kerja pun.
A perut kosong C gelap mata
B tulang hitam D tin kosong

3 Remaja itu gelisah bagai _____ apabila rahsianya yang merokok telah diketahui
oleh keluarga.
A cacing kepanasan C gila bayang
B kaki bangku D otak udang

4 Walaupun hidup sederhana, Nadia _______ dan sering membantu orang miskin
dan fakir.
A mulut tempayan C murah hati
B baik sangka D pilih kasih

5 Mangsa-mangsa kebakaran itu hanya tinggal ____ kerana harta benda mereka
semua musnah dalam kebakaran itu.
A sehelai sepinggang C kacang hantu
B saudara kandung D kata putus

6 Setiap bulan Muirah akan ______ untuk mencantikkan dan mewangikan tubuh
badannya.
A mandi bunga C pasang tangan
B mandi peluh D cuci tangan

7 Amiah dan ibunya berkebun sayur di atas tanah yang _____ di belakang rumah
mereka.
A sekangkang kera C setengah tiang
B kucing bertanduk D jalan tengah

8 Encik Jaya sudah mengenal pasti pekerjanya yang selalu makan _____ semasa di
pejabat.
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
A banyak akal C gaji pokok
B lintah darat D gaji buta

9 Dia _______ apabila semua rakannya pulang ke kampung semasa cuti sekolah.
A berpeluk tubuh C putih tulang
B makan suap D mati kuku

10 Sarimah sudah pandai ______ apabila keluar rumah.


A pasang badan C naik minyak
B perang mulut D berat tulang

11 Maria ______ apabila mendapati bajunya yang dijemur di ampaian telah hilang.
A separuh mati C naik angin
B putih tulang D ada angin

12 Encik Rahman selalu memuji ______nya yang pandai memasak pelbagai jenis
makanan.
A orang dalam C ibu angkat
B orang dapur D ibu keladi

13 Kelvin sanggup menjadi ______ dalam kes pecah amanah itu kerana dia dibayar
dengan sejumlah wang yang sangat lumayan.
A kambing hitam C lintah darat
B pekak badak D mata petai

14 Suhana berasa sangat gembira kerana ditemukan dengan ______ yang


bertanggungjawab.
A bunga dedap C buaya darat
B teman hidup D kaki bangku

15 Penangih dadah ibarat ______ yang tidak membawa sebarang faedah kepada
masyarakat.
A patung bernyawa C kerang busuk
B kera sumbang D telinga kuali

16 ______ itu tidur di stesen bas dengan botol-botol arak yang bergelimpangan
sehingga mengganggu orang yang lalu-lalang di situ.
A Kaki bangku C Kaki botol
B Kaki ayam D Kaki lima

17 Wong Chai mahu mengikut _______ ibu dan ayahnya untuk menjadi seorang
peguam yang berdedikasi dan bertanggungjawab.
A jejak langkah C jalan buntu
B jalan tengah D jejak bara
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
18 Ali dan Ramu membuka ________ apabila dikejar anjing liar dalam perjalanan
pulang ke rumah.
A langkah seribu C serkap jarang
B cangkul angin D lintah darat

19 Kami merasa lega mendengar berita tentang kemalangan yang menimpa


keluarga Sarah cuma _____ sahaja.
A lidah pendeta C cakap besar
B khabar angin D kata putus

20 Maria dikatakan ______ kerana tidak tahan cuaca yang panas.


A keras hati C mulut tempayan
B batu api D puteri lilin

21 Ramli _______ pada guru wanita yang baru bertugas di sekolahnya.


A Separuh mati C jatuh hati
B jatuh sakit D tali barut

22 Mangsa kemalangan itu tinggal ______ dan dikejarkan ke hospital untuk


mendapatkan rawatan.
A nyawa-nyawa ikan C darah daging
B malu-malu kucing D mandi darah

23 _______ penduduk kampung itu ialah dengan menangkap hasil laut.


A Mata pencarian C mta duitan
B Titik peluh D Mata keranjang

24 “maaf puan, semua barang dijual di sini ______, tidak boleh dikurangkan lagi,”
kata peniaga itu.
A emas putih C harga diri
B harga mati D duit kopi

25 Banyak sungguh bangunan ______ yang dibina di kawasan Kuala lumpur ini.
A sekangkang kera C dalam tangan
B pencakar langit D cari makan

26 Gadis manis itu ibarat _____ kerana tidak berbudi bahasa dan sombong.
A lidah pendeta C lipas kudung
B bunga dedap D batu api

27 Penagih dadah ibarat ______ dan tidak mendatangkan faedah kepada negara.
A ayam tambatan C kambing hitam
B orang bawahan D bangkai bernyawa
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
28 Puan Chong ______ melihat anak-anaknya bermain hujan dan tidak mendengar
nasihatnya.
A lepas tangan C panas hati
B melut murai D minta diri

29 Aini mengambil kursus penulis itu sebagai _____ untuk menjadi seorang penulis.
A bekas tangan C batu loncatan
B durian runtuh D buah fikiran

30 Peragut itu menerima ______ daripada Ah Chong semasa cuba melarikan diri.
A mandi kerbau C buku lima
B mandi peluh D kaki lima

31 Walaupun ______ Mona kecil, tetapi elaun bulanan yang diterimanya sangat
lumayan.
A mulut tempayan C gaji pokok
B mulut mandi D gaji buta

32 Janganlah mudah berputus asa jika gagal dalam peperiksaan kerana masih
_____ untuk mendapat kejayaan.
A cangkul angin C ada jalan
B berat tulang D ada hati

33 Sherry dikatakan _____ setelah meminta semula baju yang diberikannya kepada
Zila.
A omong kosong C buruk siku
B iri hati D bidan terjun

34 Adik tidak berani pergi ke tengah sungai, tetapi hanya bermain di ______ sahaja.
A mulut tempayan C kaki lika
B perigi buta D gigi air

35 Encik Kamal sanggup ______ menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam


sungai itu.
A berputih mata C bergadai nyawa
B makan diri D bidan terjun

36 Janganlah kita suka menyalahkan orang lain kerana sikap begitu hanya akan
me_____ sendiri.
A makan suap C tajam akal
B makan diri D cari akal

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
37 Walaupun tidak memenangi hadiah utama dalam pertandingan melukis itu,
Amirul tetap mendapat hadiah ______.
A durian runtuh C ganti tikar
B telinga kuali D sagu hati

38 Mak Limah _____ kerana tidak tahu untuk membuat apa apabila dudduk di
rumah anaknya di bandar.
A telinga lintah C mulut murai
B hisap darah D mati kutu

39 Murad ______ apabila pergaduhan antara Karim dan Dolah semakin mendarat.
A kaki botol C kaki ayam
B kaki bangku D angkat kaki

40 Amran tidak sedar apabila rumahnya dipecah masuk oleh pencuri semalam
kerana dia _______
A lidah bercabang C tidur ayam
B lintah darat D tidur mati

41 Malim sering menghalang aktiviti-aktiviti kemasyarakatan di kampung itu,


sikapnya seperti _______
A Mat Jenin C Abu Nawas
B Abu Jahal D Pak Pandir

42 Sikap Dayah yang suka _______ itu menyebabkan Era dan Julie bergaduh.
A alim kucing C buruk siku
B adu domba D bidan terjun

43 Firdaus berjaya melepaskan diri daripada dihukum oleh guru disiplin kerana dia
mempunyai ______
A alim kucing C hati tikus
B akal kancil D geli hati

44 Kebanyakan _______ terlibat dengan perusahaan desa itu.


A anak gahara C anak negeri
B anak kandung D anak air

45 Walaupun ______, nenek masih kuat berjalan.


A mongkok udang C berat tulang
B bidan terjun D besar kepala

46 Gadis yang jelita di kampung itu telah berjaya men______ Azman.


A curi hati C dalam tangan
B cuci tangan D cakap besar
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
47 Kadir ______ berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan.
A gaji buta C cakap besar
B cuci mata D bulat hati

48 “Kamu haruslah membuat latihan itu bersungguh-sungguh, jangan ______,” kata


Cikgu Yap.
A cuci mata C cuci tangan
B isi hati D hentam keromo

49 Suraya ______ dan tidak mahu mengaku kesalahannya selepas memecahkan


pasu bunga milik ibunya.
A lepas tangan C angkat diri
B kepala batu D ganti tikar

50 Mak Limah bergaya seperti _____ apabila memakai kebaya ketat.


A ibu kandung C ibu keladi
B ibu angkat D ibu tiri

Jawapan
1A
2D
3A
4C
5A
6A
7A
8D
9D
10A
11C
12B
13A
14B
15A
16C
17A
18A
19B
20D
21C
22A
23A
24B
WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020
E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A
25B
26B
27D
28C
29C
30C
31C
32C
33C
34D
35C
36B
37D
38D
39D
40D
41B
42B
43B
44C
45A
46A
47D
48D
49A
50C

WADAH KETERAMPILAN BAHASA MELAYU PT3 & SPM 2020


E-mail : izzathakim74@gmail.com Blog : www.kkomsas.blogspot.com
Telegram : http://t.me/joinchat/GWYICUlDrYiAiv1FB2Z54A

Anda mungkin juga menyukai