Anda di halaman 1dari 10

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian A) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar

Konstruk : 8.2 Aras 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk Aras : Sederhana

Soalan 2 Tulis lima ayat yang lengkap tentang lawatan ke Muzium Negara berdasarkan rangkai kata yang diberikan.

1. leka melihat - _________________________________________________________________ 2. memberi penerangan - _________________________________________________________ 3. mengawasi - __________________________________________________________________ 4. melarang - ___________________________________________________________________ 5. membaca penerangan - _________________________________________________________ Skema pemarkahan: 1. Murid-murid sedang leka melihat barang-barang yang dipamerkan di Muzium Negara. 2. Cikgu Wong sedang memberi penerangan kepada seorang murid. 3. Cikgu Siti pula sedang mengawasi murid-murid di dalam muzium. 4. Seorang pekerja di dalam muzium itu melarang seorang murid yang ingin mengambil gambar. 5. Dua orang murid perempuan sedang membaca penerangan yang ditulis pada papan kenyataan berhampiran alat-alat muzik.

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian A) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar

Konstruk : 8.2 Aras 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk Aras : Sederhana

Soalan 2 Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi berdasarkan rangkai kata yang diberikan.

1. belajar- _____________________________________________________________________ 2. pendapat - __________________________________________________________________ 3. mendengar- _________________________________________________________________ 4. mencatatkan -________________________________________________________________ 5. membongkak -________________________________________________________________ Skema pemarkahan: 1. Alan dan kawan-kawannya sedang belajar di rumah secara berkumpulan. 2. Alan sedang memberi pendapat tentang topik yang dipelajari mereka. 3. Tiga orang daripada kawan-kawannya mendengar pendapatnya sambil memandang ke arahnya. 4. Salah seorang kawan Alan kelihatan sedang mencatatkan sesuatu di dalam buku nota. 5. Seorang kawannya lagi sedang membongkak untuk mengambil penselnya yang terjatuh di atas lantai.

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian A) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar

Konstruk : 8.2 Aras 1(i) Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk Aras : Rendah

Soalan 3 Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

1. tekun - ______________________________________________________________________ 2. berkongsi - ___________________________________________________________________ 3. membaca - ___________________________________________________________________ 4. menghargai - _________________________________________________________________ 5. mengulang kaji - ______________________________________________________________

Skema pemarkahan: 1. Ali seorang murid yang tekun belajar. 2. Ali selalu berkongsi pengetahuan dengan kawan karibnya. 3. Dia juga selalu membaca buku ketika sedang menunggu bas. 4. Dia menghargai masa dengan membaca buku cerita semasa menaiki bas. 5. Ali juga rajin mengulang kaji pelajaran pada masa lapang.

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian B) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar Konstruk : 8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. Aras : Sederhana Soalan 1: Arahan : Tulis sebuah karangan yang bertajuk Pengalaman Melawat ke Pusat Peranginan dengan berpandukan rangka karangan yang diberikan. Pengalaman Melawat ke Pusat Peranginan - mengadakan lawatan / pusat peranginan di Kampung Resort, Ulu Langat / 1 Jun 2011 / disertai /murid / guru pengiring -dibina berkonsepkan / berunsurkan / zaman dahulu / dikelilingi sawah padi / kebun getah/ yang menginap / ke sawah /mengerjakan sawah / kebun getah / berpeluang menoreh / bmbingan penoreh - sudah biasa / tinggal di kampung / bandar / sangat berharga / luar negeri / merasakan keperitan / memahami - mempelajari cara-cara bertani / menoreh getah / gembira / tidak dapat melupakan / berharap agar / diadakan pada masa depan. Skema Pemarkahan Pengalaman Melawat ke Pusat Peranginan Persatuan Rekreasi SJK (C) Klang Utara telah mengadakan lawatan ke pusat peranginan di Kampung Resort, Ulu Langat, pada 1 Jun 2011 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan empat orang guru pengiring. Pusat peranginan ini dibina berkonsepkan kampung. Seni bina rumahnya berunsurkan seni bina Melayu pada zaman dahulu. Selain itu, pusat peranginan ini dikelilingi sawah padi dan kebun getah. Setiap orang yang menginap di sini berpeluang untuk ke sawah dan mengerjakan sawah tersebut. Begitu juga di kebun getah, para pengunjung berpeluang menoreh getah dengan bmbingan penoreh di situ. Pengalaman ini memang sudah biasa bagi mereka yang tinggal di kampung. Bagi pengunjung dari bandar, pengalaman ini merupakan sesuatu yang sangat berharga. Apatah lagi bagi pengunjung dari luar negeri. Mereka dapat merasakan keperitan para petani dan penoreh memahami melakukan kerja itu. Melalui lawatan ini, kami mempelajari cara-cara bertani dan menoreh getah. Para peserta berasa gembira dan tidak dapat melupakan kesegaran udaranya. Para peserta berharap agar lawatan tersebut akan diadakan pada masa depan.

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian B) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar Konstruk : 8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan. Aras : Sederhana Soalan 2 : Arahan : Tulis sebuah laporan yang tentang lawatan ke pusat peranginan dengan berpandukan rangka karangan yang diberikan. - tajuk laporan - mengadakan lawatan / pusat peranginan di Kampung Resort, Ulu Langat / 1 Jun 2011 / disertai /murid / guru pengiring -dibina berkonsepkan / berunsurkan / zaman dahulu / dikelilingi sawah padi / kebun getah/ yang menginap / ke sawah /mengerjakan sawah / kebun getah / berpeluang menoreh / bmbingan penoreh - sudah biasa / tinggal di kampung / bandar / sangat berharga / luar negeri / merasakan keperitan / memahami - mempelajari cara-cara bertani / menoreh getah / gembira / tidak dapat melupakan / berharap agar / diadakan pada masa depan. - tandatangan oleh setiausaha persatuan dan tarikh menulis laporan tersebut Skema Pemarkahan LAPORAN LAWATAN KE PUSAT PERANGINAN Persatuan Rekreasi SJK (C) Klang Utara telah mengadakan lawatan ke pusat peranginan di Kampung Resort, Ulu Langat, pada 1 Jun 2011 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan empat orang guru pengiring. Pusat peranginan ini dibina berkonsepkan kampung. Seni bina rumahnya berunsurkan seni bina Melayu pada zaman dahulu. Selain itu, pusat peranginan ini dikelilingi sawah padi dan kebun getah. Setiap orang yang menginap di sini berpeluang untuk ke sawah dan mengerjakan sawah tersebut. Begitu juga di kebun getah, para pengunjung berpeluang menoreh getah dengan bmbingan penoreh di situ. Pengalaman ini memang sudah biasa bagi mereka yang tinggal di kampung. Bagi pengunjung dari bandar, pengalaman ini merupakan sesuatu yang sangat berharga. Apatah lagi bagi pengunjung dari luar negeri. Mereka dapat merasakan keperitan para petani dan penoreh memahami melakukan kerja itu. Melalui lawatan ini, kami mempelajari cara-cara bertani dan menoreh getah. Para peserta berasa gembira dan tidak dapat melupakan kesegaran udaranya. Para peserta berharap agar lawatan tersebut akan diadakan pada masa depan. Laporan disediakan oleh, Tan Mei Mei (TAN MEI MEI) Setiausaha, Persatuan Rekreasi, SJK (C) Klang Utara. 1 JUN 2011.

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian B) Konteks Konstruk : Unit 3 Seronoknya Belajar : 8.1 Aras 1(i) Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat berdasarkan topik yang diberikan.

Aras

: Sederhana

Soalan 3 Arahan : Tulis sebuah surat kepada untuk menceritakan pengalaman kamu tentang lawatan ke pusat peranginan dengan berpandukan rangka karangan yang diberikan. -alamat penulis dan tarikh menulis surat tersebut -Menemui sahabatku, -bertanya khabar kepada kawan -mengadakan lawatan / pusat peranginan di Kampung Resort, Ulu Langat / 1 Jun 2011 / disertai /murid / guru pengiring -dibina berkonsepkan / berunsurkan / zaman dahulu / dikelilingi sawah padi / kebun getah/ yang menginap / ke sawah /mengerjakan sawah / kebun getah / berpeluang menoreh / bmbingan penoreh - sudah biasa / tinggal di kampung / bandar / sangat berharga / luar negeri / merasakan keperitan / memahami - mempelajari cara-cara bertani / menoreh getah / gembira / tidak dapat melupakan / berharap agar / diadakan pada masa depan. -tandatangan penulis

Skema Pemarkahan No.22, Kampung Sinar, Jalan Durian Tembaga, 97000 Bintulu, Sarawak. 10 Jun 2011.

Menemui sahabatku, Lily yang kini berada di Kuala Lumpur dengan selamatnya. Saudari, Apa khabar? Sudah lama kita tidak berjumpa sejak saudari berpindah ke Kuala Lumpur. Tujuan saya menulis surat ini kepada saudari adalah ingin berkongsi pengalaman saya melawat ke pusat peranginan di Kuching. Sekolah saya telah mengadakan lawatan ke pusat peranginan di Kampung Resort, Ulu Langat, pada 1 Jun 2011 yang lalu. Lawatan ini disertai oleh 40 orang murid dan empat orang guru pengiring. Saya juga turur serta menyertai lawatan tersebut. Pusat peranginan ini dibina berkonsepkan kampung. Seni bina rumahnya berunsurkan seni bina Melayu pada zaman dahulu. Selain itu, pusat peranginan ini dikelilingi sawah padi dan kebun getah. Setiap orang yang menginap di sini berpeluang untuk ke sawah dan mengerjakan sawah tersebut. Begitu juga di kebun getah, para pengunjung berpeluang menoreh getah dengan bmbingan penoreh di situ. Pengalaman ini memang sudah biasa bagi mereka yang tinggal di kampung. Bagi pengunjung dari bandar, pengalaman ini merupakan sesuatu yang sangat berharga. Apatah lagi bagi pengunjung dari luar negeri. Mereka dapat merasakan keperitan para petani dan penoreh memahami melakukan kerja itu. Melalui lawatan ini, kami mempelajari cara-cara bertani dan menoreh getah. Para peserta berasa gembira dan tidak dapat melupakan kesegaran udaranya. Para peserta berharap agar lawatan tersebut akan diadakan pada masa depan.

Yang benar, Mary Tu

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian C) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar

Konstruk : 8.2 Aras 2(i) Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras : Sederhana

Soalan 1 :

Arahan : Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan berdasarkan kata kunci di bawah. Nilai-nilai murni: bersopan santun beramah mesra Skema Pemarkahan: Nilai murni yang boleh saya peroleh daripada petikan ialah kita haruslah menghormati ibu bapa dengan meminta keizinan daripada mereka sebelum keluar. Selain itu, kita patut bersopan santun agar disenangi oleh orang ramai. Seterusnya, kita patutlah beramah mesra kepada ahli keluarga kawan kita. Akhirnya, kita haruslah rajin belajar agar mencapai kejayaan pada masa depan. menghormati rajin belajar

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian C) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar

Konstruk : 8.2 Aras 2(i) Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras : Sederhana

Soalan 2 :

Arahan : Tulis empat nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan berdasarkan kata kunci di bawah. Nilai-nilai murni: menjaga keselamatan diri mendengar nasihat bersikap rasional berani bertindak

Skema Pemarkahan: Pengajaran yang dapat saya per oleh daripada petikan ialah kita patutlah berani bertindak untuk menyelamatkan kawan daripada mati lemas di dalam air. Selain itu, kita harus mendengar nasihat kawan kita untuk kebaikan kita sendiri. Seterusnya, kita perlulah menjaga keselamatan diri supaya tidak ditimpa kemalangan. Akhirnya, kita patut bersikap rasional ketika memberi pertolongan kepada kawan kita agar dapat menyelamatkan nyawa kawan kita.

Bahasa Malaysia Tahun 6 Kertas 2 (Bahagian C) Konteks : Unit 3 Seronoknya Belajar

Konstruk : 8.2 Aras 2(i) Membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk. Aras : Sederhana

Soalan 3 :

Arahan : Tulis empat pengajaran yang dapat kamu peroleh daripada petikan berdasarkan kata kunci di bawah. Nilai-nilai murni:kesihatan diri menjaga tanggungjawab Skema Pemarkahan: Pengajaran yang dapat saya peroleh daripada petikan ialah kita patutlah menjaga kesihatan diri dengan bersenam dan bersarapan setiap hari agar badan kita sentiasa sihat. Selain itu, kita harus sentiasa berdisiplin dan mematuhi arahan daripada ketua kumpulan kita. Seterusnya, kita perlulah bekerjasama dengan ahli kumpulan kita apabila menjalankan sesuatu tugas agar kerja lebih cepat siap. Akhirnya, kita patut bersikap tanggungjawab apabila menjalankan sesuatu kerja. mematuhi arahan bekerjasama

Anda mungkin juga menyukai