Anda di halaman 1dari 2

Si Monyet yang tidak mendengar nasihat

Hai kawan kawan! Apa khabar? Pernah dengar cerita kisah si monyet yang tidak
mendengar nasihat? Ya, saya tahu! Saya tahu cerita menarik mengenainya. Nak
dengar tak? Ceritanya bermula begini.

Pada suatu hari, ada seekor monyet ingin menyeberangi sebatang sungai. Monyet ini
hendak pergi ke seberang kerana di situ terdapat banyak pokok buah buahan. Dari
jauh lagi dia dapat melihat buah buah rambutan yang sedang masak ranum. Air
liurnya sudah mula meleleh.

Aku Nampak buah rambutan,

Ia ia o.

Petik buah makan kenyang

Ia ia o

Kikiki. Kikiki. ki ki ki ki.

Keinginan monyet itu dibantah oleh ibunya. Bukankah arus sungai itu amat
deras. Tambahan pula terdapat beberapa ekor buaya di dalam sungai itu, kata ibu
mengingatkan.

Si Monyet tidak bersetuju. Katanya Ahhhibu ni takut sangatlah. Ibu belum


kenal siapa aku lagi. Buaya itu takkan dapat kejar aku!. Ki ki ki.

Ibunya amat berkecil hati dengan kata kata angkuh Si Monyet tersebut. Dia
hanya membiarkan sahaja anak Monyet pergi menyeberangi sungai. Si Monyet pandai
berenang.

Hu ah hu ah.. hu ah.

Sekejap sahaja dia sudah sampai ke seberang. Ha handal tak aku


berenang? jerit Si Monyet dengan angkuhnya kepada ibunya itu.
Tanpa membuang masa, Si Monyet terus memanjat pokok rambutan di situ dan
terus makan dengan gembira. Dia melompat dari satu dahan ke dahan lain dengan
gembira. Yahoo..

Dia sengaja berbuat begitu untuk menunjuk nunjuk kepada ibunya yang
sedang memerhati dari seberang sungai.

Erb.. Setelah kenyang, Si Monyet mahu kembali menyeberangi sungai. Oleh


kerana perutnya terlalu kenyang, Si Monyet sudah tidak boleh berenang dengan pantas
lagi. Hu.Hu.Ha..HaHu.

Nasibnya amat malang kerana seekor buaya telah menerkamnya secara tiba
tiba. Tolong tolong. Ibu.. ibu..

Ibunya di seberang tidak dapat berbuat apa apa. Dia hanya memerhatikan
kejadian yang berlaku di depan matanya itu dengan sedih.

Ya kawan kawan, nilai murni yang kita perolehi daripada cerita ini ialah kita
hendaklah mendengar nasihat yang disampaikan oleh orang tua kita dan kita tidak
sepatutnya mempunyai sikap suka menunjuk nunjuk sesuatu kebolehan yang ada
pada diri kita. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai