Anda di halaman 1dari 2

Pilih dua strategi KPM yang berkaitan dengan kursus ini,dan huraikan dengan lebih lanjut bagaimana

peranan guru untuk mengurus ke arah pelaksanaannya.

Dalam meniti arus kemodenan ini, telah banyak perubahan yang telah dicapai oleh negara Malaysia
dalam bidang pendidikan. Malaysia berusaha untuk mendepani realiti baharu dunia yang pantas
berkembang dengan cara membangunkan modal insan anak bangsa melalui pendidikan.

Berikut adalah dua strategi KPM dalam anjakan PPPM:

Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Guru harus terus memartabatkan Bahasa Malaysia demi menjunjung semangat perpaduan dan jati diri
kebangsaan yang kukuh dalam kalangan masyarakat. Pada masa sama untuk guru berperanan penting
untuk melahirkan generasi global. Di samping itu, mata pelajaran Bahasa Inggeris turut diberikan
perhatian utama dan seperti yang telah diumumkan awal tahun ini akan dijadikan mata pelajaran SPM
wajib lulus. Dalam memastikan pelaksanaan hasrat ini, Kementerian juga sedang dalam usaha
menambah masa ataupun 'contact hours' di dalam kelas agar pendedahan/immersion murid-murid
yang lebih dalam Bahasa Inggeris dapat dilaksanakan. Selain itu, guru juga harus menggalakkan
setiap murid mempelajari bahasa tambahan. Para guru juga boleh meningkatkan kemahiran Bahasa
Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris

Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia

Bagi strategi ini guru boleh menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan terbaik
bermula dengan perpustakaan video guru terbaik bagi menyampaikan pengajaran dalam Sains,
Matematik,Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris .Guru boleh mengakses lebih banyakcontoh sumber
pengajaran terbaik secara dalam talian. Mata pelajaran lain akan ditambah dalam perpustakaan video
dari semasa ke semasa. Guru boleh menggunakan sumber ini bagi mendapatkan idea, dan murid pula
dapat menjadikannya sebagai alat ulang kaji.Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran
jarak jauh dan pembelajaran kadarkendiri untuk memperluas akses kepada pengajaran berkualiti
tinggi tanpa mengira lokasiatau tahap kemahiran murid.Sebagai alternative kepada kemudahan ICT
sedia ada (makmal komputer), Kementerian juga telah membekalkan kepada para guru telefon
bimbit,tablet dan pelbagai kemudahan ICT bagi melancarkan pengaksesan dan selaras dengan
pembelajaran abad ke 21.

https://www.academia.edu/18374114/Strategi_kerajaan_untuk_meningkatkan_profesion_perguruan_
melalui_enam_transformasi_yang_terkandung_dalam_anjakan_keempat_PPPM_2013-2025

http://www.moe.gov.my/images/dasar-kpm/PPP/Preliminary-Blueprint-BM.pdf

https://www.academia.edu/15068230/Anjakan_7_Memanfaatkan_ICT_bagi_meningkatkan_kualiti

Anda mungkin juga menyukai