Anda di halaman 1dari 1

Semangat patriotik mestilah dipupuk sejak kecil.

Usaha ini penting agar kita dapat melahirkan rakyat


yang cinta akan negara.

Sebenarnya, Kementerian Pendidikan mestilah mewajibkan mata pelajaran Sejarah. Usaha ini
seyogianya dimulakan sejak peringkat tadika lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Hal
ini penting agar kita dapat memahami sejarah negara.

Selain itu, pihak media massa haruslah menjalankan kempen patriotik. Pihak stesen televisyen bolehlah
menyiarkan rancangan bertemakan semangat cinta akan negara. Saya percaya bahawa usaha ini dapat
menaikkan semangat rakyat.

Sementara itu, pihak sekolah haruslah melibatkan remaja dalam Program Bulan Kemerdekaan. Murid-
murid mestilah menyertai acara perarakan Hari Kebangsaan. Dengan ini, kita dapat memupuk semangat
patriotik.

Di rumah, ibu bapa pula memainkan peranan sebagai pemupuk semangat cinta akan negara. Mereka
haruslah mendidik anak-anak supaya setia kepada negara. Anak-anak juga harus diajar untuk
menghormati lagu kebangsaan dan Jalur Gemilang.

Ijmalnya, Semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum haruslah menghayati semangat patriotik Kita
mestilah melahirkan rakyat Malaysia yang berpegang pada prinsip“biar putih tulang, jangan putih
mata” demi kedaulatan dan keamanan negara tercinta.

Anda mungkin juga menyukai