Anda di halaman 1dari 3

Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK AU KERAMAT, KUALA LUMPUR Kod Sekolah:

1. Nama Guru
NUR NADIYAH INDRA GUNAWAN

Buku Guru Sebagai Pakar : Strategi


2. Judul 3. Bidang:PENDIDIKAN
Pengajaran dan Pembelajaran Abad
21 (416 M/S)

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 3 HARI

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
James Ang Jit Eng, ED.D, Lim Siew Ngen, M, SC
Buku ini merupakan satu buku panduan pedagogi yang bertujuan untuk melengkapkan para guru
dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran abad 21. Ini selaras dengan hasrat dan
kehendak pendidikan semasa yang menuntut agar para pelajar dilengkapi bukan sahaja dengan
ilmu pengetahuan tetapi kemahiran-kemahiran yang membolehkan mereka berfungsi dengan
berkesan di peringkat pengajian yang lebih tinggi dan dia alam pekerjaan.
Berbeza dengan buku-buku pedagogi yang lain, buku ini mengaitkan kedua-dua aspek teori
pendidikan dan strategi pengajaran melalui empat orientasi pengajaran utama. Setiap model dan
strategi pengajaran dan pembelajaran disampaikan dalam bentuk dan bahasa yang mudah
dibaca, difahami dan diamalkan dalam bilik darjah yang dinyatakan latarbelakang, tujuan, cara
perlaksanaan, contoh aktiviti dan limitasi penggunaannya.
Buku ini amat sesuai untuk semua lapisan pendidik yang cintakan kepelbagaian dalam cara
penyampaian pengajaran baik di peringkat sekolah rendah, menengah, institut perguruan,
mahupun di peringkat universiti.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini sebagai nilai tambah kepada guru-guru, dengan pengalaman mengajar yang telah
sedia ada, disertakan panduan terkini Pak21 ini, sudah pastilah akan terhasilnya sesi PdPc
yang berkesan dan mantap. Buku ini membantu guru dalam mendalami strategi-strategi
pengajaran dan pembelajaran abad 21 untuk di aplikasi dalam kelas

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Buku ini memberi panduan kepada guru bagaimana cara untuk mengaplikasi pengajaran dan
pembelajaran abad ke 21 di dalam kelas.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NADIYAH INDRA GUNAWAN ) ( MARINA BINTI ABU )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK AU KERAMAT, KUALA LUMPUR Kod Sekolah: WBA OO53

1. Nama Guru
NUR NADIYAH INDRA GUNAWAN

2. Judul Guru Berkesan: Petua dan Panduan 3. Bidang:PENDIDIKAN

(110 M/S)
4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 3 HARI

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis

Abdull Sukor Shaari, 2008


Bidang pendidikan amat memerlukan guru-guru yang berkualiti. Penghasilan guru-guru yang
berkualiti dapat menjamin keberkesanan pengajaran. Buku “Guru Berkesan: Petua dan Panduan”
ini telah diterbitkan untuk kegunaan institusi-institusi pengajian berkaitan pendidikan khususnya
untuk para pensyarah, pendidik dan bakal pendidik serta pengamal pendidikan.
Buku ini membincangkan unsur-unsur yang penting dalam proses penyediaan seorang guru yang
berkesan terutama dari segi pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Antara perbincangan yang
diberi penekanan dalam buku ini ialah dari segi pengajaran yang berkesan, kualiti peribadi guru
berkesan, komunikasi guru berkesan, motivasi guru berkesan, guru berkesan dari aspek ilmu
pengetahuan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini memberikan pengetahuan kepada guru dalam menjadi seorang guru yang berkesan
dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

Membantu guru meningkatkan kemahiran dan kecekapan mereka dalam menjadi pemimpin yang
berkesan dalam bilik darjah bagi memastikan kejayaan murid-murid.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NADIYAH INDRA GUNAWAN ) ( MARINA BINTI ABU )
Lampiran C

BORANG SINOPSIS BUKU

Nama Sekolah: SK AU KERAMAT, KUALA LUMPUR Kod Sekolah: WBA OO53

1. Nama Guru
NUR NADIYAH INDRA GUNAWAN

2. Judul KBAT Dalam Pendidikan di Malaysia 3. Bidang:Pendidikan


(UM Press)

4. Tarikh Pembentangan - 5. Masa: 3 HARI

6. Tempat Pembentangan
-
7. Sinopsis
Vishalache Balakrishnan
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) termasuklah aspek kritikal, kreatif, logikal,
metakognisi dan refleksi yang mendalam. KBAT diaktifkan apabila individu berhadapan
dengan masalah yang luar biasa, ketidaktentuan seperti pandemik COVID-19, pelbagai soalan
yang tidak terjawab dan dilema moral harian yang berterusan. Kejayaan KBAT bergantung
kepada kebolehan seseorang individu mengaplikasi, menstruktur semula dan mengguna
pakai pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam konteks pemikiran. Buku ini bertujuan untuk
membantu semua pihak yang berminat dalam pengajaran KBAT secara formal dan informal.
Sehubungan itu, pelbagai strategi pengajaran dan persekitaran pembelajaran yang
membantu pertumbuhan KBAT dibincangkan dalam buku ini.

8. Nilai Pengetahuan / Pengajaran


Buku ini membantu guru dalam memahami KBAT iaitu kemahiran berfikri aras tinggi yang
diterapkan di dalam kelas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Menerusi pembacaan buku
ini dapat membantu guru dalam mengajar KBAT kepada murid-murid

9. Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi / P&P

KBAT boleh diaplikasikan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk penaakulan,
penyelesaian masalah, pembelajaran inkuiri dan projek serta lain-lain. Melalui perancangan
aktiviti sebegini, bimbingan daripada guru mampu menggalakkan murid meningkatkan amalan
berfikir menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran serta penyoalan aras tinggi di dalam
dan di luar bilik darjah. Murid akan lebih bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................................ ........................................................
(NUR NADIYAH INDRA GUNAWAN ) ( MARINA BINTI ABU )

Anda mungkin juga menyukai