Anda di halaman 1dari 10

PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA
PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU
SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA BARAM II, MIRI

1.0 PENDAHULUAN

Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk


memberi pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam
masyarakat Melayu, tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok
Selampit merupakan penglipur lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan
mereka banyak bergantung kepada cara persembahan yang mampu mempengaruhi
malah memukau audiens.

Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang
sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan
pelaporan turut dicapai melalui aktiviti membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan
perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini, aktiviti bercerita sangat sesuai
untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa Melayu Sekolah
Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di peringkat
sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan
menyakinkan.

2.2 Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-


penulis tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.

2.3 Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing
dalam kalangan murid.

2.4 Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan


menulis dalam bahasa Melayu.

2.5 Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan


berdasarkan bahan rangsangan.

2.6 Mencungkil bakat dan kretiviti murid bercerita secara spontan dan
meyakinkan.

2.7 Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan


bahan rangsangan.

PANITIA BAHASA MELAYU


SK KUALA BARAM II, MIRI 1
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

3.0 PENGELOLAAN

Pertandingan ini dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu. Pertandingan akan


diadakan seperti tetapan berikut:

Tarikh : 20 April 2016


Hari : Rabu
Masa : 1.00 – 4.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka, SK Kuala Baram 2

4.0 PENYERTAAN

Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 1, 2
dan 3) dan Kategori Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6). Setiap kelas Tahap 1 dan Tahap 2
perlu menghantar seorang wakil sahaja. Guru mata pelajaran Bahasa Melayu kelas
tersebut adalah bertanggungjawab untuk mengurus dan melatih peserta yang
terlibat.

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:

4.1 Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh peserta.


4.2 Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan
bergambar berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu yang disediakan oleh pihak penganjur.

5.0 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU

5.1.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 1, 2 dan


3) dan Tahap Dua (Tahun 4, 5 dan 6)

5.1.2 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :

5.1.2.1 Buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.

5.1.2.2 Cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.

5.1.2.3 Cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.

5.1.2.4 Hasil karya sendiri.

PANITIA BAHASA MELAYU


SK KUALA BARAM II, MIRI 2
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

5.2.1 Kualiti cerita

5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan


nilai-nilai murni sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik,
ras dan agama.

5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur


murid.

5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak
tertumpu kepada cerita-cerita rakyat sahaja.

5.3.4.4 Untuk cerita Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu


sahaja yang dibenarkan membawa cerita haiwan.

5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang


diperuntukkan. Setiap peserta diberi masa untuk bercerita antara 6
minit hingga 8 minit.

5.3.6 Loceng akan dibunyikan 2 kali pada minit ke-8, menandakan masa
persembahan telah tamat.

5.3.7 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

5.3.8 Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.

5.3.9 Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan
penceritaan tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan.
(Tidak melebihi satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk
kedua-dua unsur tersebut).

5.3.10 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta
perlu bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan
memikat penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan
anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki
hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke
hadapan dan setapak ke belakang.

5.3.11 Peserta digalakkan memakai kostum.

5.3.12 Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau
semasa pendaftaran.
PANITIA BAHASA MELAYU
SK KUALA BARAM II, MIRI 3
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

5.3.13 Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat


persembahan cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi
lapan (08 ) minit.

* kurang daripada 6.00 minit dipotong 10 markah

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


05.59 05.30 1 markah
05.29 05.30 2 markah
04.59 04.30 3 markah
04.29 04.00 4 markah
< 04.00 ke bawah 5 markah

* Lebih daripada 08 minit

Dari (minit) Hingga (minit) Markah Dipotong


08.01 08.29 1 markah
08.30 08.59 2 markah
09.01 09.29 3 markah
09.30 09.59 4 markah
>10.00 ke atas 5 markah

 Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.

5.3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :

5.3.14.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;

5.3.14.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus


menerus;

5.3.14.3 dibantu oleh orang lain;

5.3.14.4 menggunakan ‘props’, ‘back-drops’, muzik atau kesan bunyi.

5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.

5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk
menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
PANITIA BAHASA MELAYU
SK KUALA BARAM II, MIRI 4
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

iii) penghayatan cerita

5.3.17 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan
diumumkan.

6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

6.1 Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan


rangsangan yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui
cabutan undi. Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita
Bahagian Pertama.

6.2 Peserta perlu dikuarantin.

6.3 Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak
melebihi tiga (03) minit untuk persembahan.

6.4 Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan
tamat.

6.5 Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.

6.6 Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi
satu (01) minit daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur
tersebut).

6.7 Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu
bercerita dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat
penonton. Pergerakan yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan,
tangan, kepala dan mimik muka. Pergerakan kaki hanya dibenarkan
setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke hadapan dan setapak ke
belakang.

PANITIA BAHASA MELAYU


SK KUALA BARAM II, MIRI 5
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU

7.1 Teknik Persembahan 20 markah


7.2 Bahasa dan pertuturan 20 markah
7.3 Penghayatan cerita 20 markah
7.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
7.5 Mesej/nilai dalam cerita 05 markah
7.6 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita10 markah
7.7 Kawalan suara 10 markah
Jumlah 100 markah

8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)

8.1 Persembahan dan kreativiti 25 markah


8.2 Bahasa dan Pertuturan 25 markah
8.3 Penghayatan cerita 20 markah
8.4 Interaksi dengan audiens 15 markah
8.5 Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah
Jumlah 100 markah

PANITIA BAHASA MELAYU


SK KUALA BARAM II, MIRI 6
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

9.0 ANGGARAN BELANJAWAN/KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN.

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH


Makanan / Minuman Peserta
24 orang
1 - Air Kotak RM 72.00
x RM 3.00
- Kuih-muih ( 2 jenis )

Pertama
Hadiah 6 orang RM 120.00
X RM20.00
1. Pertama Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6
Kedua
2 6 orang RM 90.00
2. Kedua Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 X RM15.00

Ketiga
3. Ketiga Tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6 6 orang RM 60.00
X RM10.00

3 Banner Pertandingan 1 x RM 50.00 RM 50.00

4 Loceng 2 buah -

5 Jam Randik / Stop Watch 6 buah -

6 PA Sistem 1 set -

JUMLAH RM392.00

PANITIA BAHASA MELAYU


SK KUALA BARAM II, MIRI 7
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

10.0 JAWATANKUASA KERJA

PENGERUSI 1 : En. Roslan Bin Muhammad Yunus


(Guru Besar SK Kuala Baram II)

: En. Saili Bin Sait


(Penolong Kanan Kurikulum)

PENGERUSI 2 : En. Maleki Bin Hanapi


(Ketua Panitia Bahasa Melayu)

TIMBALAN PENGERUSI : Pn. Rosyati Binti Durani


(Penolong Ketua Panitia Bahasa Melayu)

SETIAUSAHA : Pn. Siti Syahirah Binti Mohamad

BENDAHARI : Cik Corina Ak Mandi

PENYELARAS PERTANDINGAN :

1. En. Mohamad Azhar Bin Jabri (K)


2. En. Muhammad Faris Bin Mustafa

HAKIM PERTANDINGAN

1. Pn. Rosyati Binti Durani (K)


2. En. Maleki Bin Hanapi
3. Pn. Gonesiah Binti Sepidi
4. Pn. Hatiah Binti Buda (Jurukira)

PENGACARA MAJLIS : Cik Juhairiah Binti Dzolkipli

PENJAGA MASA : Pn. Alexandra Anak Bakin

PENDAFTARAN/PENYELIAAN PESERTA

1. En. Muhammad Faris Bin Mustafa


PANITIA BAHASA MELAYU
SK KUALA BARAM II, MIRI 8
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

HADIAH & SIJIL

1. Pn. Dayang Haslin Binti Awang Hashim


2. Pn. Coniella Joseph

DOKUMENTASI / FOTOGRAFI

1. Cik Nur Atikah Binti Mat Zin

PERSEDIAAN TEMPAT/ HIASAN

1. En. Muhammad Aliff Shah Bin Idris


2. Pn. Siti Syahirah Binti Mohamad
3. Cik Masrani Bin Jabri

SIAR RAYA
1. En. Abang Redzuan bin Juli

DISIPLIN DAN KAWALAN MURID

1. En. Mohamad Azhar Bin Jabri


2. Pn. Corina Anak Mandi

11.0 PENUTUP

Diharap Pertandingan Bercerita anjuran Panitia Bahasa Melayu dapat dijalankan


seperti yang dirancang dalam kertas kerja ini sekaligus mencapai objektif utama
penganjuran pertandingan ini iaitu untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam
bercerita serta memupuk minat membaca dalam diri murid-murid SK Kuala Baram II.

Disediakan Oleh, Disemak oleh,

……………………………….............. ....................................................
(EN. MOHAMAD AZHAR BIN JABRI) (ENCIK MALEKI BIN HANAPI)
PENYELARAS KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
PERTANDINGAN BERCERITA 2016 SK KUALA BARAM II, MIRI
PANITIA BAHASA MELAYU

PANITIA BAHASA MELAYU


SK KUALA BARAM II, MIRI 9
2016
PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH RENDAH
KERTAS KERJA

Disahkan Oleh,

……………………………..
(EN. ROSLAN BIN MUHAMMAD YUNUS)
GURU BESAR
SK KUALA BARAM II, MIRI

PANITIA BAHASA MELAYU


SK KUALA BARAM II, MIRI 10
2016

Anda mungkin juga menyukai