Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN BERCERITA BAHASA MELAYU


SEKOLAH RENDAH MALAYSIA
1.0 PENDAHULUAN
Bercerita telah menjadi tradisi budaya manusia sejak zaman-berzaman untuk memberi
pengajaran, pengetahuan, hiburan dan berkongsi pengalaman. Dalam masyarakat Melayu,
tokoh-tokoh Tok Tubang, Awang Batil, Awang Belanga dan Tok Selampit merupakan penglipur
lara yang terkenal dalam tradisi bercerita. Kehebatan mereka banyak bergantung kepada cara
persembahan yang mampu mempengaruhi malah memukau audiens.
Aktiviti cerita dalam pengajaran bahasa adalah salah satu pendekatan yang sesuai digunakan
untuk membina kecekapan berbahasa murid iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca
dan menulis. Seterusnya, kemahiran kefahaman dan pelaporan turut dicapai melalui aktiviti
membaca dan bercerita ini. Aktiviti bacaan perlu dibudayakan kepada murid-murid. Dengan ini,
aktiviti bercerita sangat sesuai untuk dipertandingkan. Justeru, Pertandingan Cerita Bahasa
Melayu Sekolah Rendah (Kategori Tahap 1 & 2) wajar dijadikan aktiviti pertandingan di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan.
2.0 OBJEKTIF
2.1
Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara bersahaja dan menyakinkan.
2.2
Menggalakkan murid-murid membaca dan menghayati karya kreatif penulis-penulis
tempatan, karya tradisional dan hasil karya sendiri.
2.3
Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dalam
kalangan murid.
2.4
Meningkatkan kemahiran berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis
dalam bahasa Melayu.
2.5
Menggalakkan murid-murid menjana idea secara spontan, meyakinkan berdasarkan
bahan rangsangan.
2.6
Mencungkil bakat dan kreativiti murid bercerita secara spontan dan meyakinkan.
2.7
Menggalakkkan murid-murid menjana idea secara spontan berdasarkan bahan
rangsangan.
3.0 PENGELOLAAN
Pertandingan ini dianjurkan oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pertandingan peringkat kebangsaan dikelolakan oleh Jabatan Pelajaran Negeri yang
dilantik sebagai tuan rumah manakala pertandingan peringkat negeri oleh Jabatan Pelajaran
Negeri masing-masing. Seterusnya, pertandingan peringkat daerah dikelolakan oleh Pejabat
Pelajaran Daerah dan pertandingan peringkat sekolah oleh sekolah masing-masing.
4.0 PENYERTAAN
Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu Kategori Tahap 1 (Tahun 3) dan Kategori
Tahap 2 (Tahun 4, 5 dan 6) Sekolah Rendah. Penyertaan terbuka kepada semua murid
warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan
dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian iaitu:


4.1
Bahagian Pertama : Tajuk yang telah disediakan oleh sekolah
4.2
Bahagian Kedua : Tajuk spontan berdasarkan bahan rangsangan bergambar
berdasarkan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 1 - 6 yang disediakan oleh
PPD/JPN/KPM
5.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN
5.1 PERINGKAT DAERAH
5.1.1 Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan ini di
peringkat daerah masing-masing.
5.1.2 Pegawai PPD akan mempengerusikan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat
Daerah.
5.1.3 Pertandingan di peringkat daerah mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan
peringkat negeri.
5.1.4 Peserta yang menjadi johan daerah akan mewakili daerah ke peringkat negeri.
5.2 PERINGKAT NEGERI
5.2.1 Semua Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bertanggungjawab mengelolakan pertandingan
ini di peringkat negeri masing-masing.
5.2.2 Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Peringkat Negeri akan diketuai oleh Pengarah
Pelajaran Negeri.
5.2.3 Pertandingan di peringkat negeri mesti dilaksanakan sebulan sebelum pertandingan
peringkat kebangsaan.
5.2.4 Peserta yang menjadi johan negeri akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
5.3 SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN BAHAGIAN SATU
5.3.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid Tahap Satu (Tahun 3) dan Tahap Dua(Tahun
4,5 dan 6) Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK).
5.3.2 Hanya seorang peserta sahaja mewakili tahap masing-masing dibenarkan mengambil
bahagian bagi setiap sekolah ke daerah, daerah ke negeri dan negeri ke peringkat
kebangsaan.
5.3.3 Sumber bahan cerita hendaklah dipilih daripada medium berikut :
5.3.3.1 buku-buku cerita yang terdapat dalam pasaran.
5.3.3.2 cerita-cerita dari majalah dan media massa lain.
5.3.3.3 cerita-cerita daripada bahan elektronik / internet.
5.3.3.4 hasil karya sendiri.
5.3.4 Kualiti cerita
5.3.4.1 Isi cerita mestilah mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nilai-nilai murni
sejagat yang tidak menyentuh isu-isu politik, ras dan agama.
5.3.4.2 Cerita yang dipilih perlulah bersesuaian dengan tahap umur murid.
5.3.4.3 Cerita tersebut perlu pelbagai jenis dan skopnya serta tidak tertumpu kepada
cerita-cerita rakyat sahaja.
5.3.4.4 Untuk cerita Bahagian Pertama, hanya peserta Tahap Satu sahaja yang
dibenarkan membawa cerita haiwan.
5.3.5 Panjang cerita hendaklah bersesuaian dengan masa yang diperuntukkan. Setiap
peserta diberi masa untuk bercerita antara 6 minit hingga 8 minit.

5.3.6
5.3.7
5.3.8
5.3.9

5.3.10

5.3.11
5.3.12
5.3.13

Loceng akan dibunyikan 2 kali pada ke-8, menandakan masa persembahan telah tamat.
Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
Pelajar perlu dikuarantin untuk cerita Bahagian Dua.
Unsur puisi, nyanyian dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan
tetapi tidak keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit
daripada keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan
yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka.
Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke
hadapan dan setapak ke belakang.
Peserta digalakkan memakai kostum.
Teks cerita hendaklah dihantar kepada pihak pengelola sebelum atau semasa
pendaftaran.
Sepuluh markah maksimum akan dipotong sekiranya peserta membuat persembahan
cerita kurang daripada enam (06) minit atau melebihi lapan (08 ) minit.

* kurang daripada 6.00 minit dipotong 10 markah


Dari (minit)
Hingga (minit)
05.59
05.30
05.29
05.30
04.59
04.30
04.29
04.00
< 04.00 ke bawah

Markah Dipotong
1 markah
2 markah
3 markah
4 markah
5 markah

* Lebih daripada 08 minit


Dari (minit)
08.01
08.30
09.01
09.30
>10.00 ke atas

Markah Dipotong
1 markah
2 markah
3 markah
4 markah
5 markah

Hingga (minit)
08.29
08.59
09.29
09.59

v Pemotongan markah hanya dilakukan oleh Ketua Hakim sahaja.


5.3.14 Penyertaan akan dibatalkan sekiranya peserta :
5.3.14.1 menyentuh isu-isu sensitif tentang politik,ras dan agama;
5.3.14.2 membaca teks cerita atau bahan rujukan secara terus menerus;
5.3.14.3 dibantu oleh orang lain;
5.3.14.4 menggunakan props, back-drops, muzik atau kesan bunyi.
5.3.15 Pemenang akan ditentukan melalui kiraan markah dan juri hakim.
5.3.16 Sekiranya berlaku seri, kriteria berikut harus diambil kira untuk menentukan pemenang:
i) teknik persembahan
ii) bahasa dan pertuturan
iii) penghayatan cerita
5.3.17 Setiap peserta dikehendaki mengisi dan menghantar borang penyertaan yang disahkan
oleh Guru Besar/Pegawai PPD/ Pengarah Pelajaran Negeri berserta salinan sijil
kelahiran.

5.3.18 Bilangan panel hakim di peringkat kebangsaan ialah tujuh (07) orang manakala di
peringkat negeri ialah tiga atau lima (03 atau 05) orang. Di peringkat daerah pula
sekurang-kurangnya tiga (03) orang menghakimi pertandingan.
5.3.19 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan markah tidak akan diumumkan.
5.3.20 Sebarang pindaan tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.0 SYARAT-SYARAT BERCERITA BAHAGIAN DUA (SPONTAN)
6.1
Peserta akan menyampaikan cerita secara spontan berdasarkan bahan rangsangan
yang akan dikemukakan oleh Pengerusi Pertandingan melalui cabutan undi.
Pertandingan ini diadakan selepas pertandingan cerita Bahagian Pertama.
6.2
Peserta perlu dikuarantin.
6.3
Peserta diberi masa selama satu (01) minit untuk persediaan dan tidak melebihi tiga (03)
minit untuk persembahan.
6.4
Loceng akan dibunyikan pada minit ketiga menandakan masa persembahan tamat.
6.5
Props,muzik dan kesan bunyi semasa bercerita tidak dibenarkan.
6.6
Unsur puisi dan cakap ajuk dibenarkan untuk mengukuhkan penceritaan tetapi tidak
keterlaluan hingga menjejaskan penceritaan. (Tidak melebihi satu (01) minit daripada
keseluruhan cerita untuk kedua-dua unsur tersebut).
6.7
Unsur lakonan dan main peranan / watak tidak dibenarkan. Peserta perlu bercerita
dengan gaya penceritaan yang bersahaja, menarik dan memikat penonton. Pergerakan
yang dibenarkan ialah pergerakan anggota badan, tangan, kepala dan mimik muka.
Pergerakan kaki hanya dibenarkan setapak ke kiri, setapak ke kanan, setapak ke
hadapan dan setapak ke belakang.
7.0 KRITERIA PENGHAKIMAN PERTANDINGAN CERITA BAHAGIAN SATU
7.1
Teknik Persembahan
20 markah
7.2
Bahasa dan pertuturan
20 markah
7.3
Penghayatan cerita
20 markah
7.4
Interaksi dengan audiens
15 markah
7.5
Mesej/nilai dalam cerita
05 markah
7.6
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 10 markah
7.7
Kawalan suara
10 markah
Jumlah
100 markah
8.0 KRITERIA PENGHAKIMAN BAHAGIAN DUA (SPONTAN)
8.1
Persembahan dan kreativiti
25 markah
8.2
Bahasa dan Pertuturan
25 markah
8.3
Penghayatan cerita
20 markah
8.4
Interaksi dengan audiens
15 markah
8.5
Tempo penceritaan/Perkembangan cerita 15 markah
Jumlah
100 markah

9.0 AM
Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia

10.0 PANDUAN PENCERITA YANG BAIK


10.1 Memilih cerita yang sesuai dengan tahap pelajar
10.2 Cerita yang dipilih dipetik daripada buku/media cetak/ hasil karya dan sumber internet
10.3 Dapat merumuskan / membuat kesimpulan di hujung cerita
10.4 Berkemahiran menggunakan suara semasa menyampaikan cerita
10.5 Suara yang jelas dan sedap di dengar seta mempengaruhi pendengar
10.6 Bercerita dengan pergerakan mata. Mimic muka dan gerakan bibir
10.7 Berdiri tegak dan hanya menggunakan bahasa badan aras pinggang ke atas
10.8 Dapat mengawal emosi dengan cara bersahaja dan tidak dibuat-buat
10.9 Dapat menyampaikan mesej cerita dengan jelas , tepat dan bermakna
10.10 Bercerita dalam keadaan suara, nada , sebutan dan intonasi sebenar (natural) serta
dalam keadaan bersahaja
10.11 Akur kepada semua syarat dan peraturan bercerita
11.0 PERKARA YANG MENGURANGKAN MARKAH
11.1 Tidak berdiri dengan tertib, banyak gerakan ataupun gerakan yang melampau
11.2 Ada tanda-tanda berlakon atau berteater
11.3 Lebih memberatkan pada nyanyian, sajak, syair ataupun berseloka (aktiviti ini tidak
digalakkan)
11.4 Memulakan cerita sambil berjalan atau berjalan-jalan
11.5 Tidak membuat rumusan dan kesimpulan
12.0 PENGURUSAN
12.1 Persediaan tempat
12.2 Pelan lokasi hakim
12.3 Persediaan siaraya
12.4 Senarai semak
- borang hakim
- borang penjaga masa
- borang hakim (sistem juri)
- fail / alat tulis
- borang pendaftaran (sertakan no akaun bank murid)
12.5 Taklimat bengkel penghakiman
12.6 Juruacara tidak boleh mengulas persembahan peserta
12.7 Peserta duduk di bahagian hadapan dan guru pengiring tidak dibenarkan mengganggu
konsentrasi peserta

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA MELAYU
SEKOLAH RENDAH PERINGKAT PKG SUNGAI ULAR 2013

NAMA PKG

: PKG SUNGAI ULAR

TAHAP

: TAHAP 1

PESERTA

CERITA

GURU
PENGIRING

TAHAP 2

NAMA PESERTA
TARIKH LAHIR
UMUR
NO. SIJIL LAHIR
(sertakan satu salinan )
TAHUN / DARJAH
SEKOLAH
TAJUK

MADIHAH BINTI ARMAN


22 SEPTMEBER 2002
11 TAHUN
BA 41604

PENGARANG
PENERBIT
SUMBER BUKU /
MEDIA
NAMA
NO. KAD
PENGENALAN
NO. TEL SEKOLAH
NO. FAX SEKOLAH
NO. TEL BIMBIT

MOHD RAFIY
CEREKA ASUH
MAJALAH ASUH/MEI 2007

5 GELIGA
SK. LADANG BUKIT SIDIM
MENANGKAP PENCURI

NOR SALMIZA BINTI HARUN


791011-03-5422
019 475 8206

NOTA : POTONG MANA YANG TIDAK BERKENAAN


DISAHKAN OLEH .
(NAMA, JAWATAN DAN COP)

TARIKH :

Anda mungkin juga menyukai