Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSM

1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Kesatuan Olahraga Malaysia ( KOM ) 2012-2013,
Peraturan – Peraturan AM Majlis Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM ) dan Peraturan Kejohanan Merentas Desa Majlis
Sukan Sekolah Malaysia ( MSSM )

2.0 JENIS PERTANDINGAN / KATEGORI / JARAK LALUAN

2.1. Pertandingan akan dijalankan secara Individu dan Berpasukan

2.2. Kumpulan Umur dan Kategori adalah seperti berikut:

Kategori Peringkat Umur Jarak

LA Lelaki bawah 18 tahun 8 km

PA Perempuan bawah 18 tahun 6 km

LA Lelaki bawah 15 tahun 6 km

PB Perempuan bawah 15 tahun 6 km


LC Lelaki bawah 12 tahun 4 km

LC

PC Perempuan bawah 12 tahun 4 km

3 KELAYAKAN PESERTA

3.1 Setiap pelajar yang didaftarkan hendaklah Warga Negara Malaysia dengan 8 peserta bagi tiap kategori.

3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh
Jawatankuasa Pengelola. Butir-butir tentang seseorang peserta hendaklah dilengkapkan dan disahkan oleh
Setiausaha Agung Majlis Sukan Sekolah Negeri masing-masing.

3.3 Borang penyertaan lengkap berserta salinan kad pengenalan hendaklah dikemukakan kepada pengelola
SEBELUM atau PADA hari kejohanan.

4 HADIAH – HADIAH

4.1 Bagi acara Individu

4.1.1 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ke sepuluh bagi setiap kategori.

5 NOMBOR BIB PESERTA

5.1 Setiap peserta hendaklah memakai nombor bib pengenalan yang disediakan oleh Pengelola dibahagian
hadapan dan belakang badan dan hendaklah disematkan pin pada keempat-empat sudut.
5.2 Penetapan bib peserta adalah seperti berikut:

6 MELAPORKAN DIRI PESERTA

6.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan
dijadualkan berlangsung.

6.2 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin
pada setiap penjuru di baju lari masing-masing.

7 MEMANASKAN BADAN

Peserta-peserta hanya dibenarkan memanaskan badan di tempat yang ditentukan.

8 PAKAIAN

8.1 Peserta hendaklah berpakain sesuai dan kemas serta DIGALAKKAN berkasut sewaktu mengambil bahagian
dan DIWAJIBKAN berkasut semasa majlis penyampaian hadiah.

8.2 Pakaian hendaklah tidak jarang walaupun basah dan tidak mencolok mata.

9 BANTAHAN

Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 146 KOAM, kecuali perkara berikut :
12.1. Segala masalah berkaitan dengan kelayakan ( status ) seseorang peserta yang tidak dapat diselesaikan
dengan memuaskan sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil bahagian di
bawah bantahan ( under protest ) dan perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSM kelak.

12.2. Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan hendaklah dilakukan dengan serta merta
dan tidak lewat daripada

12.1.1 Lima belas ( 15 ) minit setelah keputusan rasmi diumumkan

12.1.2 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan mesti disertai dengan wang pertaruhan sebanyak
RM 200.00 ( Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja )

13 HAK – HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

13.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti yang ditetapkan, tetapi Jawatankuasa

Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik dan Pembangunan Olahraga MSSM, berhak meminda

susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

13.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-Undang
Olahraga KOM terkini, Peraturan-Peraturan Am MSSM atau Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan
Olahraga MSSM. Termasuk TIDAK MEMBENARKAN penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan
ini

14 HAL – HAL LAIN

14.1. Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Individu yang tidak
berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.

14.1 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian,
TIDAK SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN
KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.

14.2 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kematian, kecacatan anggota, kehilangan
anggota badan / harta benda / sebarang kecederaan lain berlaku :
14.2.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari penginapan ke stadium

14.2.2 Semasa kejohanan dijalankan

14.2.3 Di dalam dan di luar kawasan stadium

14.2.4 Di tempat-tempat penginapan

14.4. Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk mengambil langkah-langkah bagi
memastikan keselamatan dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana yang munasabah

Anda mungkin juga menyukai