Anda di halaman 1dari 4

PERATURAN KEJOHANAN MERENTAS DESA

MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (MSSD) SABAK BERNAM


TAHUN 2023

1. KUMPULAN UMUR ( Lelaki dan Perempuan )


1.1 Kelas Satu
18 tahun dan ke bawah (lahir pada 01.01.2005 atau selepasnya)
1.2 Kelas Dua
15 tahun dan ke bawah (lahir pada 01.01.2008 atau selepasnya)
1.3 Kelas Tiga
12 tahun dan ke bawah (lahir pada 01.01.2011 atau selepasnya)

2. PERATURAN PERTANDINGAN
Pertandingan ini adalah berdasarkan Undang-Undang Kesatuan Olahraga
Amatur Malaysia (K.O.A.M) dan Peraturan Am M.S.S.M / M.S.S.S / M.S.S.D

3. JENIS PERTANDINGAN
3.1 Individu
3.2 Berpasukan ( 4 peserta terbaik )

4. SPESIFIKASI JARAK LALUAN / TREK MERENTAS DESA

Kelas Jantina Kumpulan Umur Jarak


L1 Lelaki 18 tahun & ke bawah 8km
P1 Perempuan 18 tahun & ke bawah 6km
L2 Lelaki 15 tahun & ke bawah 6km
P2 Perempuan 15 tahun & ke bawah 6km
L3 Lelaki 12 tahun & ke bawah 4km
P3 Perempuan 12 tahun & ke bawah 4km

4.1 Alat Pengukur Perbatuan / Jarak atau speedometer kenderaan digalakkan


untuk menetukan jarak sebenar dalam ukuran kilometer.

5. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA
5.1 Peserta yang bertanding mestilah Warganegara Malaysia
5.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat pada tarikh yang ditetapkan oleh
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Merentas Desa MSSD dengan
menggunakan borang yang telah disediakan dan butir-butir tentang atlet
hendaklah lengkap dan disahkan oleh Pengetua masing-masing.
5.3 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar SATU ( 1 ) PASUKAN bagi setiap
kategori yang dipertandingkan.
5.4 Setiap pasukan akan mengandungi enam (6) orang peserta bagi tiap-tiap
pasukan atau empat (4) orang peserta minima.

1
5.5 Setiap peserta akan dianggap memasuki acara perseorangan secara
automatik.
5.6 Peserta-peserta WAJIB membawa kad pengenalan asal atau salinan sijil
lahir atau setaraf dengannya sebagai pengesahan rasmi. Surat Akuan, Surat
Sumpah dan sebagainya TIDAK AKAN DITERIMA.
(Sila rujuk Peraturan Am 4 MSSM)

6 NOMBOR PESERTA
6.1 Nombor peserta dan pin disediakan oleh sekolah masing-masing.
6.2 Setiap peserta hendaklah memakai sepasang kain bernombor pengenalan
yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan. Nombor ini
hendaklah dipakai di depan dan di belakang dan disematkan dengan pin
pada keempat-empat sudut kain.
6.3 Semua nombor peserta akan ditulis huruf abjad di awal nombor mengikut
sekolah masing-masing seperti berikut.
6.4 Abjad Sekolah. *Rujuk Lampiran*

7 KAEDAH MENDAPATKAN MATA / KEDUDUKAN PASUKAN


7.1 Daripada 6 orang peserta yang berlari, prestasi / pencapaian terbaik 4 orang
peserta yang menamatkan larian akan diambil kira untuk menentukan
kedudukan pasukan. ( Peraturan 250 / 8A & B K.O.A.M.)
7.2 Pasukan yang mengumpul jumlah mata terendah akan diiktiraf sebagai
pemenang.
7.3 Jika SERI, Peraturan 250 – Perkara 8 (c) KOAM hendaklah digunapakai iaitu
kemenangan akan diberikan kepada pasukan yang peserta terakhirnya
mempunyai kedudukan yang lebih baik daripada peserta terakhir pasukan
yang seri dengannya.
7.4 Jika seri, pasukan yang mendapat Johan yang terbanyak dalam semua
kategori diambil kira dan seterusnya.

8 PEMBATALAN
8.1 Peserta tidak harus mendapat sebarang bantuan dari mana-mana pihak
sepanjang perlumbaan, sekiranya berlaku maka penyertaannya akan
dibatalkan.
8.2 Jika peserta didapati mengganggu atau memintas peserta lain dengan
maksud melengahkan kederasan lawan maka peserta tersebut akan
dibatalkan haknya untuk memenangi pertandingan ini, walaupun dia
mendapat tempat kedudukan.

9 PENGENALAN TREK ATAU LALUAN


9.1 Pengenalan trek adalah disyorkan sehari atau 24 jam sebelum perlumbaan
atau kejohanan sebenar diadakan.

10 KESELAMATAN DAN TEKNIKAL


10.1 Semua peserta Merentas Desa mestilah sihat dari aspek kecergasan
fizikal dan disahkan sihat untuk menyertai pertandingan.
10.2 Jawatankuasa Pengelola tidak akan bertanggungjawab atas kemalangan,
kecederaan yang disebabkan oleh kesihatan yang kurang baik.
10.3 Semua peserta digalakkan memakai kasut yang sesuai.
10.4 Ukuran kayu pancang untuk carong (laluan) penamat mestilah sekurang-
kurangnya 1.5 meter tinggi untuk mengelakkan kecederaan.
2
10.5 Stesen minuman mestilah disediakan dan ditempatkan tidak jauh dari
garisan penamat / hakim penamat.

11 LAKARAN PETA LALUAN MERENTAS DESA


11.1 Lakaran yang lengkap dengan semua panduan yang penting termasuk
pandu arah dan “check point” perlu disediakan.

12 PAKAIAN
12.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan kemas sewaktu
mengambilbahagian dan semasa Majlis Penyampaian Hadiah.
12.2 Peserta digalakkan memakai kasut semasa pertandingan.
12.3 Pakaian hendaklah yang tidak menjolok mata dan jarang walaupun basah.

13 HADIAH
13.1 Dua Puluh Lima (25) hadiah individu dan sijil pencapaian akan disediakan
untuk pemenang perseorangan lelaki dan perempuan bagi setiap
kumpulan umur.
13.2 Hadiah-hadiah berpasukan akan disediakan sebanyak enam (6) buah
untuk Johan, Naib Johan, tempat ketiga dan keempat sahaja bagi setiap
kelas.
13.3 Piala pusingan disediakan untuk pasukan terbaik keseluruhan bagi
kategori Sekolah Menengah dan Sekolah Rendah.

14 BANTAHAN
14.1 Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut peraturan 146 KOAM
kecuali perkara di bawah;
i) Segala masalah berkaitan dengan kelayakan seseorang peserta
yang tidak dapat di selesaikan dengan memuaskan sebelum
pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh mengambil
bahagian di bawah bantahan (under protest) dan perkara tersebut
akan dikemukakan kepada MSSD kelak.
14.2 Bantahan mengenai keputusan pertandingan hendaklah dilakukan dalam
masa 15 minit selepas keputusan rasmi diumumkan.
14.3 Sebarang bantahan bertulis kepada Juri Rayuan melalui Setiausaha
Kejohanan mestilah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM
200.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Sahaja)
14.4 Keputusan juri rayuan adalah muktamad.

15 JURI RAYUAN
Ahli-ahli Juri Rayuan terdiri dari:
1. Pengerusi Kejohanan Menengah / Rendah
2. Pengerusi Teknik Merentas Desa MSSD
3. Pengerusi Kepegawaian Kejohanan
4. Penyelia Sukan PPD
5. Setiausaha Kejohanan (selaku Setiausaha panel juri rayuan)
6. Dua (2) orang wakil sekolah yang tidak membuat bantahan.

16 HAL-HAL LAIN

3
16.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-
pegawai. Orang yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-
tempat khas tersebut.
16.2 Selain dari Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta
yang mengambil bahagian, TIDAK ADA SESIAPA PUN DIBENARKAN
MASUK KE ARENA PERTANDINGAN (TREK) KECUALI DENGAN
KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
16.3 Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,
kematian, kecederaan anggota / harta benda atau kecederaan lain
berlaku;
i) Semasa perjalanan pergi dan balik ke tempat pertandingan dan
sebaliknya
ii) Semasa kejohanan dilangsungkan
16.4 Walau bagaimanapun, pihak Pengelola Kejohanan akan berusaha untuk
mengambil langkah-langkah bagi memastikan keselamatan dan
kesejahteraan peserta dan pegawai-pegawai terjamin setakat mana yang
munasabah.

Sebarang kemusykilan dan pertanyaan yang berkaitan, sila hubungi;

SURIA MURTHI A/L PENTIAH 012-2142746


SJK(T) LADANG SABAK BERNAM
Pengerusi Teknik & Pembangunan Sukan
Merentas Desa
MSSD Sabak Bernam

Anda mungkin juga menyukai