Anda di halaman 1dari 5

PERATURAN PERTANDINGAN BADMINTON

MSSWPKL PERINGKAT PPD TAHUN 2020


1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton
Antarabangsa (BWF) dan Peraturan Am MSSWPKL / MSSM.
2. PENYERTAAN
2.1 Terbuka kepada semua murid sekolah di PPD berkenaan yang berkelayakan dan
berdaftar dengan MSSWPKL.
2.2 Murid sekolah swasta yang ingin mengambil bahagian dalam pertandingan ini
mestilah menunjukkan bukti ‘resit yuran’ menjadi ahli gabungan MSSWPKL.
3. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN
3.1.1 Perseorangan Lelaki 10 / 12 / 15 dan 18 tahun ke bawah
3.1.2 Perseorangan Perempuan 10 / 12 / 15 dan 18 tahun ke bawah
3.1.3 Beregu Lelaki 10 / 12 / 15 / dan 18 tahun ke bawah
3.1.4 Beregu Perempuan 10 / 12 / 15 / dan 18 tahun ke bawah
4. YURAN PENYERTAAN
4.1 Acara Perseorangan - RM 5.00
4.2 Acara Beregu - RM 10.00
5. PENDAFTARAN PEMAIN
5.1 Setiap sekolah dibenarkan mendaftar 2 orang pemain perseorangan lelaki dan
perempuan, dan 2 pasangan beregu lelaki dan perempuan.(pihak sekolah perlu
mendaftarkan pemain
simpanan jika berlaku sebarang gantian. Pertukaran pemain tidak akan dilayan kecuali ada surat
membuktikan kesakitan
dan kecederaan daripada doktor)
5.2 Pemain-pemain dikehendaki melaporkan diri kepada meja urusetia 15 minit
sebelum perlawanan berkenaan dimulakan.
5.3 Seorang pemain dibenarkan mengambil bahagian dalam satu acara perseorangan
dan
satu acara beregu sahaja.
5.4 Pemain yang berdaftar hanya boleh bertanding mengikut kelayakan kategori umur
sahaja.
6. KELAYAKAN UMUR
6.1 10 tahun ke bawah pada 01 Januari tahun semasa kejohanan.
6.2 12 tahun ke bawah pada 01 Januari tahun semasa kejohanan.
6.3 15 tahun ke bawah pada 01 Januari tahun semasa kejohanan.
6.4 18 tahun ke bawah pada 01 Januari tahun semasa kejohanan.
7. SISTEM PERTANDINGAN
7.1 Pertandingan ini dijalankan secara KALAH KELUAR, kecuali jika hanya ada 4
pemain sahaja yang berdaftar untuk bertanding maka sistem liga satu pusingan akan
digunakan.
7.2 Keutamaan pemain atau ‘seeding’ hendaklah diadakan.
7.3 Pada pusingan awal, pertandingan ini menggunakan sistem kiraan mata 30. Yakni
sesiapa pemain /
beregu yang pertama sampai ke mata kiraan 30 akan dikira menang. Tiada mata
tambahan akan
diberikan pada pusingan awal.
7.4 Mulai pusingan SUKU AKHIR / SEPARUH AKHIR dan AKHIR, pertandingan
akan
menggunakan kiraan 21 mata, iaitu ‘best of three game’.

8. GANTIAN
8.1 Gantian hanya boleh dibuat dari senarai pendaftaran asal dalam masa 30 minit
pertama sebelum pertandingan dijalankan dengan syarat ada bukti surat doktor.
8.2 Sebarang gantian tidak dibenarkan selepas perlawanan pertama telah dimulakan.

9. PAKAIAN
9.1 Pakaian sukan badminton atau kemeja –T berwarna yang melambangkan sekolah.
9.2 Pakaian kemeja – T yang tidak berlengan tidak dibenarkan sama sekali dipakai semasa
pertandingan.

10. KELEWATAN
Hanya 5 minit diberikan kepada pemain lewat, dan selepas itu lawannya yang melaporkan diri
di gelanggang badminton akan diberi kemenangan tanpa bertanding.

11. MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH


Sekiranya peserta itu menarik diri atau menyerah kalah, maka lawannya akan dikira menang
dan
semua keputusan perlawanan sebelum dengan sendirinya terbatal.

12. GELANGGANG DAN ALATAN


11.1 Gelanggang dan alatan yang diakui oleh BWF.
11.2 Bulu tangkis yang digunakan akan ditentukan oleh pihak Unit Sukan JPWPKL.

13. PENGADIL
13.1 Pengadil akan disediakan oleh pihak Jawatankuasa Pengelola.
13.2 Penjaga garisan minima 2 orang di pusingan awal dan boleh terdiri dari murid atau
pemain
berkecuali yang tidak terlibat dalam perlawanan tersebut.

14. BANTAHAN DAN RAYUAN


14.1 Bantahan secara bertulis beserta wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 kepada Pengerusi
Jawatankuasa Pengelola secara tunai dalam tempoh masa 15 minit pusingan awal dan 30
minit
bagi peringkat akhir setelah keputusan rasmi diumumkan.Wang pertaruhan tidak akan
dikembalikan sekiranya bantahan ditolak.
14.2 Keputusan Jawatankuasa Juri Rayuan adalah muktamad.

15. KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN


Keselamatan pelajar dan kehilangan harta benda adalah tanggungjawb guru pengiring
sekolah masing-masing. Walaubagaimanapun pihak Jawatankuasa Pengelola akan
mengambil langkah-langkah keselamatan di sepanjang kejohanan berlangsung.

16. GURU PENGIRING


Guru pengiring adalah DIWAJIBKAN untuk berada bersama dengan murid sekolah
dan bertanggungjawab terhadap penyertaan sekolah sepanjang kejohanan berlangsung.

17 KHIDMAT JURULATIH LUAR


Jurulatih luar tidak dibenarkan memberi tunjuk ajar dan berada di gelanggang semasa
pemain sedang bertanding.

18. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan. Pihak Jawatankuasa berhak membuat
sebarang pindaan dan keputusan adalah muktamad.
BORANG PENDAFTARAN PEMAIN
KEJOHANAN BADMINTON PERINGKAT PPD 2020
MAJLIS SUKAN SEKOLAH WILAYAH PERSEKUTUAN KL (MSSWPKL)

NYATAKN PPD : NYATAKAN KATEGORI UMUR : ….......

( L10 / L12 / L15 / L18 / P10 / P12 /P15 / P18 )

NAMA SEKOLAH : ……………………………………………………………………..


NAMA PENGURUS : ……………………………………………………………………..
NO TELEFON : (SEK) ……………………….. (H/P) ………………………….

ACARA PERSEORANGAN
BIL NAMA PENUH PEMAIN NO K/P ATAU SB TARIKH LAHIR
1

3 (simpanan)
4 (simpanan)
ACARA BEREGU
BIL NAMA PENUH PEMAIN NO K/P ATAU SB TARIKH LAHIR
1 a)

b)

2 a)

b)

3 (a simpanan)
(b simpanan)
4 (a simpanan)
(b simpanan)

 Sila catatkan mengikut “seeding” pemain terbaik.


 Borang pendaftaran ini hendaklah dihantar semasa mesyuarat pengurus pasukan.
 Borang ini boleh diperbanyakkan dan harus diisi mengikut kategori umur.
Tandatangan

………………………….. …………………………….. ……………


( ) Pengesahan Sekolah Cop Sekolah
Nama Pengurus Pasukan

Anda mungkin juga menyukai