Anda di halaman 1dari 6

Undang-undang dan Peraturan Kejohanan Badminton Tertutup

SJK(C) THIAN CHIN 2017


1. Nama Pertandingan/ Penganjur

Kejohanan Badminton Tertutup SJK(C) THIAN CHIN 2017 ini dianjurkan oleh

2. Tarikh dan Tempat

Tempat : Dewan Serbaguna SJK(C) Thian Chin


Tarikh : 18 Mac (Sabtu) – 19 Mac (Ahad) 2017
Masa : 18 MAC 2017 (Sabtu) -- 8:15 pagi-- 6.30 petang
19 MAC 2017 (Ahad) -- 8.00 pagi – 6.00 petang

3. Objektif

3.1 Semangat kesukanan dan kerjasama dapat dipupuk

3.2 Meningkatkan kemahiran murid dalam permainan badminton serta menimba


pengalaman

3.3 Mencungkil bakat baru yang terpendam dalam kalangan murid.

3.4 Untuk melantik wakil permain badminton peringkat sekolah.

4. Peraturan dan Syarat-syarat Pertandingan

4.1 Peraturan Am
Kejohanan ini akan dijalankan mengikut Undang-Undang Persekutuan
Badminton Antarabangsa (IBF) serta yang telah diputuskan dan diluluskan oleh
pihak pengajur pertandingan.

4.2 Jenis Pertandingan


4.2.1 Perseorangan Lelaki (10-12 Tahun)
4.2.2 Perseorangan Perempuan (10-12 Tahun)
4.2.3 Beregu Lelaki (10-12 Tahun)
4.2.4 Beregu Perempuan (10-12 Tahun)

4.3 Format Pertandingan


4.3.1 Sistem Kiraan 21 mata (rally point system) akan digunakan dalam semua
jenis pertandingan.
4.3.2 Pusingan pertama hanya terdapat satu perlawanan sahaja untuk semua
jenis pertandingan dan mana-mana pihak yang mendapat mata yang ke-
21 dahulu dikira menang dalam perlawanan.
4.3.3 Setelah mana-mana pemain mencapai mata yang ke-11 , kedua-dua
pemain akan bertukar petak gelanggang dalam pusingan pertama semua
jenis pertandingan.
4.3.4 Pusingan suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk semua jenis
pertandingan perlu memenagi 2 daripada 3 perlawanan.
4.3.5 Kedua-dua permain akan bertukar peta gelanggang apabila satu
perlawanan tamat.
4.3.6 Tiada mata tambahan / duce dijalankan sekiranya mata terikat 29 sama.
Pemain yang mencapai mata 30 terlebih dahulu dikira dikira pemenang.
4.3.7 Kejohanan ini menggunakan sistem “Kalah Mati”.

5. Pendaftaran Pemain

5.1 Setiap kelas hanya dibenarkan menghantar bilangan wakil yang ditentukan untuk
ditanding.
5.1.1 Perseorangan lelaki – 1 orang
5.1.2 Perseorangan perempuan – 1 orang
5.1.3 Beregu Lelaki – 2 orang
5.1.4 Beregu Perempuan – 2 orang
5.2 Seorang Peserta hanya dibenarkan menyertai dalam satu kategori sahaja.
5.3 Semua peserta mestilah berumur 10-12 tahun.

6. Tarikh Tutup Penyertaan dan Undian

6.1 Tarikh tutup penyertaan adalah 1 Mac 2017 (Rabu)


6.2 Peserta/wakil pasukan dijemput untuk taklimat pertandingan dan juga proses
undian pertandingan pada 10 Mac 2017 (Jumaat) pada jam 10.00 pagi bertempat
di Perpustakaan SJK(c) Thian Chin. Sekiranya tiada wakil pasukan, pihak
penganjur berhak menjalankan undian bagi pihak pasukan berkenaan.
7. Yuran

7.1 Peserta dikehendaki menghantar borang penyertaan bersertakan yuran


pendaftaran RM15.00 bagi kategori perseorangan atau RM30.00 bagi
kategori kumpulan kepada pihak penganjur.

8. Pakaian

8.1 Pakaian peserta hendaklah bersesuaian.


8.2 Lukisan dan iklan yang ada di pakaian adalah tidak dibenarkan.
8.3 Hanya kasut sukan dibenarkan.

Contoh pemakaian

Contoh kasut sukan


9. Menarik diri atau Menyerah Kalah

9.1 Sekiranya seseorang pemain menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja
daripada permainan, maka lawannya akan diberikan kemenangan.
9.2 Sebarang kecederaan pemain semasa perlawanan berlangsung akan diberi
masa rawatan tidak lebih 5 minit. Selepas 5 minit pemain mesti membuat
keputusan sama ada perlawanan boleh diteruskan atau menarik diri.

10. Gelanggan dan alatan

10.1 Bulu Tangkis akan disediakan sepanjang Kejohanan.


10.2 Jenama bulu tangkis yang akan digunakan akan ditentukan oleh pengajur
Pertandingan
10.3 Gelanggan dan jaring yang berukuran standard akan disediakan oleh pihak
Pengajur.

Ukuran Standard Gelanggan dan Jaring


11. Kelewatan
11.1 Hanya 5 minit sahaja akan diberikan kepada seseorang pemain yang lewat
dan selepas itu pihak lawan akan diberikan kemenangan percuma dengan
21-0.
12. Bantahan

12.1 Sebarang bantahan hendaklah dibuat dalam masa 30 minit selepas


perlawanan berkenaan tamat dengan wang cagaran sebanyak RM50.00
secara bertulis.
12.2 Bukti yang ditunjuk akan dipertimbangkan.
12.3 Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.
12.4 Wang cagaran akan menjadi hak pihak penganjur sekiranya rayuan atau
bantahan ditolak.
12.5 Panel bantahan akan di diwakili oleh Jawatankuasa Penganjur, Ketua
Pengadil dan tiga (3) orang Pengurus pasukan yang tidak terlibat dengan
bantahan.
12.6 Segala keputusan akhir yang diputuskan adalah MUKTAMAD.

13. Rayuan

13.1 Semua keputusan pertandingan diputuskan oleh Pengadil Pertandingan


dan keputusan adalah MUKTAMAD.

14. Hadiah

14.1 Perseorangan lelaki dan perempuan


14.1.1 Johan – pingat dan wang tunai RM50
14.1.2 Naib Johan – pingat dan wang tunai RM30

14.2 Beregu lelaki dan perempuan


14.2.1 Johan – pingat dan wang tunai RM 100
14.2.2 Naib Johan – pingat dan wang tunai rm 60

15. Kuasa Mutlak

15.1 Pihak Penganjur Kejohanan mempunyai kuasa mutlak bagi memutuskan


sesuatu perselisihan atau perlanggaran undang-undang. Segala keputusan
Pihak Penganjur Kejohanan adalah MUKTAMAD.

Anda mungkin juga menyukai