Anda di halaman 1dari 21

MPU3102 Pengenalan

kepada Pendidikan Moral


Nama: Chia Zhen Feng, Edeline Lo,
Lee Peiying, Lee Vun Leong
Tajuk: Tutorial Minggu 1
Definisi Moral
Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ -
bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar
dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral
merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri,
belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti
tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan,
undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana
masyarakat yang dimaksudkan.
 Contohnya, sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi
sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya.
Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10
tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel
itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan
undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur
bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa
bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut
peruntukan undang-undang yang ditentukan.
 Contoh kedua, Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia
mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan
dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan
ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah
seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat
demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada
akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang
lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak
merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia
memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu
meringankan bebanan orang lain.
Rumusannya ‘moral’ ada isi atau kandungannya. Moral
terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi
mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi
kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia
pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan
faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan
sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah
mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu
insan moral ialah insan yang seimbang dari segi
keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana
tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan
menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema
moral.
Definisi Etika

Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang


bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan
sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang
baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral
dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan
untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan
untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka
seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .
Cth:
Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan
kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan
rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan
adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang
mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan
jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima
orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami
tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama
ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau
sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang
perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar
daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita
lucu di sekolah.
Definisi Akhlak

 Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak


dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan
kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan
dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum
akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang
melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.
Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak
jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan
dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan
dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh
memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan
menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat
dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga.
Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan
mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh.
Definisi Nilai
Nilai ialah satu yang abstrak
Nilai hanya boleh difikirkan, difahami dan dihayati.
Nilai juga boleh dikaitkan dengan cita-cita harapan,
keyakinan dan hal-hal yang bersifat batiniah.
Menilai berereti menimbang, iaitu kegiatan manusia
yang menghubungkan sesuatu dengan sesuatu yang
lain untuk mengambil satu keputusan.
Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam
mempertimbangkan harga sesuatu benda. Nilai
merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan
sesuatu benda (manusia, objek, idea, tingkah laku dan
situasi) sebagai baik, berfaedah, diingini, atau
sebaliknya iaitu buruk, tidak berfaedah, dibenci atau di
antara kedua pola ini, iaitu sederhana. (Koo K.P, 1990:
ms 70)
Menilai sesuatu dengan perkataan, baik, buruk, cantik
dan lain-lain adalah suatu penilaian yang dibuat oleh
akal manusia mengikut piawaian mereka.
Individu menggunakan sesuatu nilai dalam
pelbagai konteks dan cara. Justeru, wujudlah
pelbagai kegunaan nilai:

Nilai instrumental (ekstrinsik) berbanding nilai


instrinsik.
Nilai subjektif berbanding nilai objektif.
Nilai relatif berbanding nilai mutlak (absolute).
Naturalis

Aliran
Emotivis Pemikiran Intuisionis
Moral

Rasionalis
Naturalis

Naturalisme ialah aliran pemikiran


yang menggambarkan sesuatu itu
dalam keadaannya yang sebenar.
Kecenderungan individu untuk
menerima sahaja keadaan yang
sebenarnya dapat dikatakan
berfikiran naturalis.
 Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan
peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar
tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan
memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.
 Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki
secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin
walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.
 Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan
penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri
iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan
kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan
kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh
keturunan berakhir.
Emotivis

Aliran pemikiran ini merujuk sikap


manusia yang bertindak mengikut
perasaan atau emosi. Perasaan ini
dilahirkan melalui air muka, kata-
kata, tingkah laku sama ada
perasaan gembira mahupun sedih.
 Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita
berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah
Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya
kepada perompak tersebut.
 Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami
tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau
membunuhnya.
 Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir
keturunan murid tersebut
 Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar
 Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan
 Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng
arang di muka keluarga.
 Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis
itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki
tersebut.
Intuisionis
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan
‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada kaitannya
dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah
mengalami 1001 pengalaman hidup oleh itu apabila
mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka
dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat.
Bak kata pepatah Melayu ‘terkilat ikan di air sudah tahu
jantan betina’. Gerak hati mereka ketika menilai bakal
menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan
pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor
usia.
 Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan
yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara
individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan
pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak
secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu
perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka
berkatalah Munsyi Abdullah, intelek Melayu dalam bahasa
indahnya, ‘lagi kutebas pohon di hutan, baru kutahu luasnya
bentara’.

 Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam,


maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja
yang mudah ditipu oleh lelaki ‘don juan’ atau ‘kasanova’
lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah
mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki
hidung belang.
Rasionalis

Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna


‘reason’ atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti
menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan
semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang
waras dan logik.
Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang
waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan,
membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah,
merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia
sejagat. Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk
mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran
rasional.
Walau bagaimanapun bukan semua
perkara boleh ditaakulkan. Perkara-
perkara yang berhubung dengan
ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak
dan tidak boleh dihujah dengan logik
akal biar pun 1000 orang cerdik pandai
berhimpun untuk mencari logiknya.
Contohnya perkara tentang Hari Kiamat,
kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan
sebagainya
Sekian, Terima Kasih!

Anda mungkin juga menyukai