Anda di halaman 1dari 20

1.

0 Pengenalan

Teori nilai (Aksiologi) ialah untuk menganalisis, meneliti dan menghurai prinsip dan kaedah
pengukuran segala ilmu pengetahuan serta segala objek yang didukungi oleh ilmu
pengetahuan dari segi harga, kegunaan dan manfaatnya. Dalam teori tersebut terdapat empat
elemen utama iaitu nilai, moral, etika dan akhlak. Elemen yang akan dibincangkan dalam
tugasan ini adalah elemen nilai dan moral.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan moral membawa maksud
ajaran atau pegangan tentang buruk baik sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan
yang berasaskan atau yang diukur dari segi baik buruk sesuatu akhlak. Secara amnya,
perkataan “moral” berasal daripada perkataan Latin “mores” yang membawa maksud tingkah
laku yang sesuai dengan tatasusila atau peraturan masyarakat setempat di mana masyarakat
bertindak sebagai penentu (Abdul Rahman Md Aroff,1999). Justeru, boleh dirumuskan
bahawa moral merupakan ajaran tentang buruk baik sesuatu perbuatan yang sesuai dengan
peraturan masyarakat setempat. Maka standard moral akan berubah jika seseorang itu
berada pada masyarakat yang berbeza. Sebagai contoh, standard moral bagi masyarakat
asia jauh beza dengan standard moral bagi masyarakat barat. Jika sepasang suami isteri
bercium di tepi jalan merupakan perkara yang normal di masyarakat barat dan tidak bersalah
dari segi moral manakala ia merupakan perkara yang jarang berlaku di asia disebabkan
standard moral yang berbeza. Di samping itu, Moral juga dapat diertikan sebagai sikap,
perilaku, tindakan, kelakuan yang dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan
pengalaman, tafsiran dan suara hati. Komponen yang perlu ada dalam diri seorang insan
bermoral dikategorikan sebagai konsep iaitu peraturan dan prinsip yang difikirkan perlu
digunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong kepercayaan
bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan (John Wilson, 1973). Lickona (1991)
pula menyatakan untuk menjadi seorang yang bermoral, seseorang itu perlu mengetahui
kebaikan, menginginkan kebaikan dan melakukan kebaikan. Oleh itu, seseorang indivdu perlu
mempunyai kedua-dua komponen tersebut pada diri sendiri dan mematuhi komponen
tersebut serta sering mengingikan kebaikan dan melakukan kebaikan, maka individu tersebut
boleh dikatakan individu yang bermoral.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan nilai pula membawa maksud
penilaian, perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran. Nilai juga boleh didefinisikan sebagai
standard atau ukur tara dan prinsip yang digunakan untuk mempertimbangkan harga sesuatu
benda, perkara, perbuatan, tingkah laku, kejadian dan keadaan sama ada benar, baik,
berguna, diingini ataupun sebaliknya (Nik Rosila Bt Nik Yaacob, 2014). Terdapat 3 jenis nilai
iaitu nilai estetik yang berkaitan dengan ukuran keindahan dan kecantikan, nilai instrumental

1
iaitu secara tersendiri tidak penting tetapi membantu dalam pencapaian sesuatu matlamat
serta nilai moral, etika dan akhlak yang merupakan standard atau prinsip untuk mengukur dan
menghakim sama ada sesuatu perlakuan, tujuan atau maksud itu wajar atau tidak. (Nik Rosila
Bt Nik Yaacob, 2014). Nilai yang baik hendaklah disemai dalam diri seseorang individu. Nilai-
nilai baik yang dinyatakan merangkumi aspek tingkah-laku yang baik, peradaban dan
tatasusila seseorang individu dalam hubungan sesama manusia, alam sekitar, dan Tuhan.
Noordin (1994), mengatakan nilai-nilai murni boleh ditakrifkan sebagai satu tanggapan
berkenaan perkara-perkara yang dihajati dan pada masa yang sama juga menjadi kriteria atau
ukuran dalam kehidupan seseorang bagi membentuk akhlak yang mulia.

2.0 Ulasan Kritis Filem “Gunting”

Gambar 1: Gambar yang menunjukkan filem “Gunting”

Filem “Gunting” merupakan sebuah filem pendek bercerita tentang konflik yang berlaku antara
watak-watak utamanya iaitu Taufik, Salihin (bapa kepada Taufik) serta Hisyam. Salihin yang
berhasrat untuk menjadikan anaknya sebagai seorang jurutera tetapi Taufik tetap bercita-cita
untuk mengikut jejak bapanya iaitu menjadi seorang tukang rambut. Perkara ini telah
menimbulkan konflik yang serius antara pasangan bapa anak ini. Taufik telah meninggalkan
bapanya dan pergi ke Los Angeles untuk menjadi seorang hairstylist (tukang rambut)
walaupun dia memegang ijazah kejuruteraan. Sewaktu Taufik meninggalkan bapanya, dia
telah meminta sahabatnya, Hisyam Huzairi untuk menjaga bapa yang uzur. Selepas Taufik
mengetahui bapanya dijangkiti penyakit kencing manis, Taufik meletakkan jawatan hairstylist
di Los Angeles dan balik ke Singapura untuk menjaga bapanya. Sebenarnya Salihin berasa
gembira tetapi dia tidak menunjukkan emosi sebenarnya terhadap Taufik. Salihin
menggunakan muka yang garang semasa mengahadapi Taufik. Climax filem ini berlaku
apabila konflik antara Salihin, Taufik dan Hisyam ditimbulkan dalam kemalangan yang di
hadapi oleh Salihin. Namun, konflik tersebut dapat diselesaikan apabila Hisyam menjelaskan
kesemua sebabnya. Di samping itu, konflik antara Salihin dengan Taufik juga telah
diselesaikan apabila Taufik mengeluarkan kata-kata hatinya kepada bapanya. Filem ini

2
berakhiri dalam suasana yang gembira iaitu Taufik menolong bapanya untuk mengunting
rambut dan mengcukur jangut.

2.1 Aliran Pemikiran Moral Watak-watak Penting dalam Filem “Gunting”

Aliran
Naturalis

Aliran Jenis Aliran Aliran


Rasionalis Pemikiran Emotivis

Aliran
Intuitionis

Rajah 1: Jenis Aliran Pemikiran

Dalam filem “Gunting” ini, watak-watak pentingnya telah menunjukkan pelbagai jenis aliran
pemikiran dalam kehidupan seharian mereka. Anatranya adalah aliran naturalis, aliran
emotivis, aliran rasionalis dan aliran intuitionis.

Aliran naturalis ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam


keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan
yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Aliran emotivis pula merujuk kepada sikap
individu yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Menurut pandangan emotivis,
pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang
istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Ini adalah kerana pertimbangan moral
bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah
mengikut emosi, sikap atau perasaan. Seterusnya, aliran rasionalis merupakan aliran
pemikiran yang merujuk kepada individu yang mempunyai keupayaan untuk mengetahui
dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat diberikan oleh
pacaindera semata-mata. Bagi golongan rasionalis, pengetahuan itu diperoleh daripada
konsep-konsep, prinsip-prinsip dan hukum-hukum, bukan daripada deria fizikal sahaja.
Misalnya, konsep tambahan iaitu satu tambah satu jadi dua dan konsep ini tidak akan berubah.
Akhir sekali ialah aliran intuitionis. Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan
‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada kaitan dengan gerak hati. Dengan itu, tindakan
seseorang individu yang berfikiran intuisionis adalah berlandaskan perasaan dalam hatinya.

3
Biasanya orang tua lebih berfikiran aliran intuisionnis. Hal ini demikian kerana mereka kaya
dengan pengalaman bersosial dan mereka sudah mahir untuk membaca perkara-perkara
tersirat dalam tersurat. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan
celik akal.

Gambar 2: Gambar yang menunjukkan Taufik baru balik dari luar negara

Taufik merupakan salah satu watak penting dalam filem tersebut. Taufik merupakan
individu yang mengamalkan pemikiran aliran emotivis. Dalam filem tersebut, Salihin iaitu bapa
Taufik mengharapkan Taufik bekerja sebagai seorang jurutera. Oleh yang demikian, Salihin
telah bekerja bersungguh-sungguh bagi menampung yuran pembelajaran Taufik. Namun
begitu, Taufik tetap hendak menjadi seorang tukang gunting rambut kerana dia berhasrat
untuk mengikut jejak bapanya. Dalam perkara ini, Taufik bertindak mengikut kehendak dan
emosi diri sendiri sahaja. Dia tidak bertimbang rasa bapanya. Ciri pemikiran emotivis sangat
ketara. Selain itu, apabila Salihin menentang hasrat Taufik untuk bekerja sebagai tukang
gunting rambut maka Taufik berasa marah dan dia telah meninggalkan bapanya. Dia telah
bekerja sebagai hairstylist di Los Angeles (LA) di USA. Bapanya pula ditinggalkan
berseorangan di Singapura. Perbuatan ini dapat membukti Taufik seorang yang berfikiran
aliran emotivis kerana dia bertindak mengikut emosinya sendiri. Taufik juga telah
menunjukkan emotivisnya semasa berlakunya konflik dengan kawan baiknya, Hisyam. Dia
berasa marah kerana dia beranggap bahawa Hisyam hendak menggantikan tempatnya
sebagai anak Salihin walaupun Hisyam tidak berniat demikian. Taufik tidak bertanya sebab-
sebab sesuatu perkara dan terus bertindak mengikut emosinya sendiri. Di samping itu, Taufik
juga merupakan individu yang berfikiran rasionalis. Hal ini dapat dibuktikan apabila Taufik
meminta tolong Hisyam untuk menjaga bapanya yang telah uzur sebelum dia bertolak ke LA.
Walaupun Taufik mengalami konflik dengan bapanya namun dia masih dapat bertindak

4
dengan rasional. Dia masih ingat untuk menjaga kebajikan bapanya. Taufik yang sangat
berminat untuk membuka kedai gunting telah bekerjasama dengan Hisyam dalam perniagaan
mereka. Dia telah mengambil kira kepentingan semua pihak, mempunyai strategi yang
mantap, serta membuka kedai dengan berorganisasi. Semua perbuatan ini telah berjaya
menunjukkan Taufik mempunyai pemikiran yang mantap, berfikir secara rasional dan
mengambil tindakan berdasarkan bukti yang nyata. Selain itu, Taufik juga menunjukkan
pemikiran beraliran intuitionis. Buktinya, Taufik telah berjaya memujuk Adi untuk bekerjasama
dengan mereka akibat masalah kewangan yang ada pada Adi kerana Taufik ternampak bil
hutang Adi. Taufik pandai membuat pemerhatian serta memahami situasi Adi dan dia telah
menggunakan manfaat ini untuk memujuk Adi supaya bekerjasama dengan mereka.

Gambar 3: gamabr yang menunjukkan Salihin menunjukkan emosinya.

Salihin iaitu bapa Taufik juga merupakan watak yang penting dalam filem tersebut.
Salihin juga sama dengan anaknya, iaitu bertindak mengikut perasaan, emosi dan sikap.
Ketika Salihin mengetahui bahawa kepulangan anak dari Los Angeles, dia berbuat tidak ambil
kisah dengan kepulangan anaknya tetapi sebenarnya dia sangat gembira. Hal ini demikian
kerana dia masih marah kerana Taufik tidak mengikut cakapnya. Dia kurang bercakap dengan
Taufik walaupun mereka sudah lama tidak jumpa. Perlakuan Salihin ini telah menyakitkan hati
Taufik yang berhasrat untuk memikul tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Kadangkala
Salihin juga berfikir mengikut aliran naturalis. Salihin terima sahaja hakikat kepulangan Taufik
tetapi dia tidak bertindak apa-apa pun untuk menyelesaikan masalah antara mereka. Dia
beranggap kepulangan Taufik ini bukan demi dia, Salihin masih berfikiran bahawa Taufik tidak
kisah dengan bapanya. Walaupun Salihin yang berpenyakit kencing manis, namun dia tetap

5
menerima sahaja hakikat tersebut. Hal-hal demikian dapat membuktikan Salihin ini berfikiran
aliran naturalis iaitu dia bakal menerima sahaja apa yang telah berlaku. Di samping itu, Salihin
juga berfikir mengikut aliran rasionalis. Apabila dia mengetahui dirinya menghidap penyakit
kencing manis, dia menjaga kesihatan badannya dengan mulai bersenam, mengawal tabiat
pemakanan seperti minum kopi tanpa gula serta makan ubat. Salihin juga mengambil berat
terhadap kesihatan anaknya Taufik dengan menasihati Taufik menjalankan pemeriksaan
badan walaupun dia masih bermarah dengan Taufik. Dia tahu bahawa apa perkara yang patut
dia buat walaupun dia masih mempunyai emosi yang negatif. Pimikiran rasional Salihin telah
berjaya mengawal emosi negatifnya. Hal ini patut dicontohi.

Gambar 4: Gambar yang menunjukkan Hisyam sedang menasihati Salihin

Hisyam merupakan sahabat baik Taufik, dia telah membantu Taufik untuk menjaga
bapanya Taufik bekerja di luar negara. Hisyam juga tergolong dalam golongan aliran
rasionalis. Hal ini demikian kerana Hisyam rela hati untuk menolong Taufik tanpa berharap
menerima apa balasan daripada Taufik. Hisyam tahu kesusahan yang akan dihadapi oleh
Salihin apabila Taufik bekerja di luar negara. Oleh itu, dia telah memikul tanggungjawab untuk
menjaga orang tua tersebut demi persahabatannya dengan Taufik dan menjaga kabajikan
orang tua. Setelah Taufik pulang ke Singapura, Hisyam ingin bekerjasama dengan Taufik
untuk membuka kedai gunting baru bernama “Salihin & Sons”. Hisyam berpendapat bahawa
mereka mampu berbuat demikian kerana Taufik merupakan Hollywood Stylist dan Hisyam
berkemampuan menggunting rambut. Tambahan pula, Hisyam telah mengambil kira segala
aspek dalam usaha pembukaan kedai gunting seperti memberi idea nama kedai dan lokasi
kedai. Pembukaan kedai gunting rambut yang mampu diterima oleh semua lapis masyarakat

6
ini bukan sahaja merealisasikan hasrat Taufik menjadi tukang gunting, tetapi juga berusaha
mengecapi impian Hisyam yang ingin maju seperti orang lain. Tambahan pula, Hisyam juga
merupakan individu yang mengamalkan pemikiran aliran intuitionis. Hisyam berkemahiran
untuk memerhati dan memahami pemikiran dan perasaan dalaman Taufik apabila Taufik
marah akibat Taufik menggangap Hisyam ingin mengganti tempatnya sebagai anak Salihin.
Walaupun Taufik tidak mengeluarkan pemikirannya namun Hisyam tetap boleh perasan
dengan pemerhatiannya dan kefahamannay terhadap Taufik. Oleh itu, Hisyam telah bertindak
untuk menyelesaikan konflik antara mereka dengan meminta maaf dan menjelaskan semua
perkara dengan teliti supaya Taufik tidak salah faham dengan niat baiknya untuk menolong
Taufik dan demi menjaga kebajikan Salihin yang sudah uzur.

Gambar 5: Gambar yang menunjukka Huda sedang berkongsi ideanya dgn Taufik

Selain itu, Huda iaitu adik kepada Hisyam juga merupakan watak penting dalam filem
ini. Dia juga merupakan salah satu pekerja dalam kedai gunting “Salihin & Sons”. Huda adalah
seorang wanita yang berfikir mengikut aliran rasionalis. Hal ini dapat dibuktikan dengan
pendapat Huda ingin mengusahakan “Mobile barber” dengan rakannya Emilia. Sebelum
“Barberellas” diperkenalkan kepada orang awam, Huda bertindak secara rasional iaitu
membuat segala persiapan dengan langkah demi langkah untuk pembukaan “Barberellas”.
Contohnya, Huda sedang mencari seorang “investor” yang mampu menolong dalam
“Barberellas” dan telah dijanji oleh Taufik yang rela membantunya. Huda ialah seorang wanita
yang bijaksana, cekap dalam pengurusan urus niaga, dan berhasrat untuk
memperkembangkan kerjaya kedai gunting “Salihin & Sons”. Bukan itu sahaja, Huda juga
berfikiran aliran intuitionis seperti abangnya. Dia tahu bahawa Taufik berkemampuan dan

7
berhasrat untuk memajukan lagi perniagaannya dan dia telah memperkenalkan cadangan
berkaitan dengan “Mobile barber” itu kepada Taufik dengan harapan Taufik dapat menyokong
cadangannya.

Gambar 6: Gambar yang menunjukkan Adi tidak mahu menerima tawaran Taufik dan
Hisyam

Watak penting yang terakhir dalam filem ‘Gunting’ adalah Adi. Adi merupakan seorang
kontraktor di workshop ‘Hashim Contractors’. Taufik dan Hisyam telah berjumpa dengan Adi
dengan hasrat untuk bekerjasama dengan Adi dalam usaha membuka kedai gunting rambut
baharu. Mereka telah menawarkan harga yang rendah sebab badget mereka kurang untuk
pembukaan kedai baharu. Pada mulanya, Adi bersikap berdasarkan aliran naturalis, iaitu
menerima harga yang tinggi sahaja dan tidak ingin membuat pertimbangan atas permintaan
Taufik dan Hisyam. Adi hanya menerima tawaran harga yang tinggi baru bekerjasama dengan
Taufik dan Hisyam. Perlakuan ini telah membuktikan bahawa Adi merupakan golongan
individu aliran naturalis, iaitu menentukan sesuatu perkara secara langsung dengan
berdasarkan sesuatu situasi sahaja. Dia tidak pandai untuk mengubah pemikirannya
walaupun dia telah menghadapi kesukaran dalam wang. Dia sudah berbulan-bulan tidak
mampun untuk membayar hutang bil elektrik dan air.

Begitulah pemikiran aliran yang telah diamalkan oleh watak-watak penting dalam filem
‘Gunting’. Pemikiran aliran yang berbeza telah menjadikan perbezaan individu. Pemikiran
aliran yang sesuai harus dipertimbangkan berdasarkan situasi supaya dapat menjaga
kepentingan diri dan orang lain.

8
2.2 Jenis-jenis Nilai Berdasarkan Cerita Filem “Gunting”

Nilai
Subjektif

Nilai Nilai
Mutlak Objektif

Jenis-
jenis
Nilai
Nilai
Nilai
instrume
Relatif
ntal

Nilai
Intrinsik

Rajah 2: Jenis-Jenis Nilai

Jenis-jenis nilai di atas merupakan nilai yang tersirat dalam kehidupan seharian watak-watak
penting dalam filem “Gunting”. Jenis-jenis nilai tersebut adalah menjadi satu kriteria atau
piawai (standard) yang konsisten dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk
bertindak supaya berkelakuan baik, betul dan sesuai dengan norma masyarakat. Walaupun
pelbagai perubahan nnilai berlaku terhadap masyarakat, namun nilai baik dan buruk adalah
tetap sama. Dengan adanya nilai-nilai tersebut sebagai satu petunjuk arah, rujukan dan
panduan untuk menyelesaikan apa jua masalah dalam kehidupan seharian. Selain itu, jenis-
jenis nilai dapat menjadi penghalang atau batasan perlakuan atau niat untuk menlakukan
perkara yang negatif. Tingkah laku seseorang adalah tertakluk pada nilai yang dipegangnya.
Sekiranya seseorang itu memiliki nilai yang baik, maka dia tidak akan melakukan perbuatan
yang buruk. Sebaliknya tanpa kehadiran nilai yang murni, seseorang akan melakukan
perkara-perkara yang bertentangan dengan nilai moral.

Yang pertama, nilai subjektif bermaksud tiada satu pandangan yang dianggap betul
atau salah sama sekali. Setiap pihak mempunyai sebab sendiri dalam memberikan
pandangan masing-masing kepada sesuatu perkara dan mereka akan menerima tindakan itu
sekiranya mereka mempunyai pandangan yang positif terhadap tindakan berkenaan.
Sebaliknya tindakan itu akan ditolak sekiranya dinilai dengan pandangan yang negatif. Nilai
subjektif ini dapat ditunjukkan dalam peristiwa Taufik dengan Salihin dalam filem “Gunting”.
Taufik yang telah meninggalkan Salihin dan bekerja di Los Angeles telah menimbulkan
kemarahan Salihin. Di sini lahirnya konflik antara Taufik dengan bapanya. Taufik berbuat
demikian kerana dia hendak merealisasikan cita-citanya sebagai seorang tukang gunting

9
rambut yang berjaya seperti bapanya tetapi bukan menjadi seorang jurutera seperti yang
dihasratkan oleh Salihin. Keinginan Taufik meninggalkan Singapura semakin kuat setelah
ibunya meninggal dunia. Perbualan antara Taufik dan Salihin pun semakin berkurang selepas
ibu Taufik meninggal dunia. Selepas itu, Taufik telah mengambil keputusan untuk pergi ke Los
Angeles supaya dapat mengelakkan pertengkaran dan kesalahan faham yang lebih sirus di
antara Taufik dengan Salihin. Sebaliknya, Salihin berasa marah dan sedih apabila Taufik tidak
mengikut cakapnya yang berharap anaknya bekerja sebagai seorang jurutera dan anaknya
sanggup meninggalkan Salihin, seorang orang tua yang uzur untuk berhidup seorangan di
Singapura dan Taufik sendiri bekerja di luar negara. Dia menganggap Taufik tidak prihatin
terhadapnya. Contoh ini telah menjelaskan dua pihak yang melihat nilai dari dua sudut yang
berbeza. Kita tidak boleh mengatakan sama ada Taufik atau Salihin yang betul. Kedua-dua
pihak ini mengunakan pandangan yang berbeza untuk menganalisiskan perkara ini.

Yang kedua ialah nilai objektif. Nilai ini adalah bebas daripada pilihan peribadi.
Sesuatu tindakan yang betul dan baik tetap akan diterima. (Husna Mohammad, 2016).
Sebaliknya tindakan ganas dan tidak bermoral akan ditolak orang ramai. Nilai ini merupakan
nilai yang dibentuk berdasarkan satu set kriteria yang dipersetujui oleh masyarakat. Sebagai
contoh, Taufik balik dari luar negara demi memikul tanggungjawabnya untuk menjaga Salihin
merupakan perkara yang betul. Hal ini demikian kerana menjaga ibu bapa merupakan
tanggungjawab anak-anak dan ia telah menjadi satu norma masyarakat yang tetap. Selain itu,
kehadiran Taufik bersama kawannya ke hospital untuk menjalankan pemeriksaan badan bagi
mengesan penyakit kencing manis adalah perbuatan yang betul. Ia telah dipersetujui dan
diterima oleh ramai orang kerana masyarakat digalakkan supaya selalu mengambil berat
dengan kesihatan diri sendiri. Di samping itu, usaha Taufik, Hisyam, Huda dan tukang gunting
rambut yang lain dalam mengusahakan Kedai Gunting “Salihin & Sons” telah dipersetujui dan
dikagumi oleh masyarakat mahupun di peringkat kebangsaan. Kedai “Salihin & Sons” telah
menerima lawatan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Prof Madya Dr Yaacob Ibrahim
apabila Taufik dan Hisyam berjaya meluaskan perkhidmatan ke alam media iaitu memberi
perkhidmatan melalui teknologi. Sikap kegigihan dan kebijaksanaan mencipta sesuatu yang
baharu oleh Taufik dan Hisyam patutlah dicontohi oleh orang masyarakat. Usaha yang
berterusan mereka merupakan perkara yang betul dijak dinilai melalui nilai objektif. Hal ini
demikian kerana usaha tersebut amat digalakkan oleh orang ramai.

Selain itu, nilai instrumental atau nilai ekstrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang
memerlukan nilai lain unutk mencapai sesuatu matlamat. Kualiti yang diterima atau ditolak
sebagai alat mencapai sesuatu matlamat. Nilai ini boleh dikategorikan dalam nilai peringkat
kedua. Justeru dapat dirumuskan bahawa perbuatan perkara pertama adalah untuk mencapai
matlamat perkara yang seterusnnya. Sebagai contoh dalam filem, tujuan Hisyam untuk

10
membuka kedai gunting “Salihin & Sons” adalah untuk memajukan diri dalam urus niaga diri
sendiri. Hisyam mahu mengecapi kejayaan seperti orang lain. Namun, sebenarnya Hisyam
ingin menolong Taufik dalam usaha meneruskan cita-cita Taufik dalam terus menjadi seorang
tukang gunting rambut. Di samping itu, Salihin mengharapkan Taufik bekerja sebagai seorang
jurutera bukan semata-mata untuk merealisasikan hasratnya, tetapi disebabkan dia tidak
mahu Taufik berhidup susah menjadi seorang tukang gunting rambut seperti Salihin dulu. Dia
nak Taufik kerja senang dan dapat duit yang banyak supaya Taufik boleh hidup dengan selesa.

Gambar 7: Gambar yang menunjukkan Hisyam dan Taufik sedang melakukan perlakuan
yang tidak sempurna dengan nilai instrinsik.

Nilai instrinsik juga dapat dikesan dalam jalan cerita filem “Gunting”. Nilai instrinsik
merujuk kepada nilai yang tidak bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya.
Nilai ini sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata
ia berniat baik atau buruk dan tanpa bertimbang dengan kesan tindakan. Sebagai contoh,
apabila Hisyam dan Huda menyambut kepulangan Taufik di lapangan terbang Singapura,
Hisyam asyik berbual dengan Taufik dan Hisyam tidak berniat untuk menolong Taufik
mengangkat bagasi. Hisyam mengarah adiknya, Huda untuk menolak troli yang berat dan
Huda terpaksa menolongnya. Perlakuan Hisyam ini bukan kerana hendak menyusahkan
adiknya, Huda tetapi kerana dia ingin berbual dengan kawan baiknya yang sudah lama tidak
berjumpa. Taufik meninggalkan Salihin dan bekerja di luar negara demi merealisasikan cita-
citanya sebagai tukang gunting rambut. Dia tidak peduli dengan perasaan bapanya yang sedi
dan marah kerana ditinggal berseorangan. Di samping itu, tindakan Taufik dengan Hisyam
yang hendak mengambil balik papan tanda nama kedai bapanya di kedai pada waktu malam

11
merupakan nilai instrinsik. Hal ini demikian kerana mereka tidak peduli dengan kesan jika
mereka dianggap oleh orang lain sebagai pencuri.

Gambar 8: Gambar yang menunjukkan Kamsani sedang menceritakan kejadiannya.

Selain itu, terdapat juga nilai relatif dalam filem tersebut. Nilai relatif merupakan nilai
yang diterima atau ditolak berdasarkan peraturan ataupun norma masyarakat untuk mencapai
matlamat masyarakat. Nilai relatif ini adalah tidak tentu, ia akan berubah di antara masyarakat
yang berlainan. Setiap masyarakat akan mempunyai alasan masing-masing untuk menerima
atau menolak sesuatu nilai. Antara sebabnya termasuklah norma masyarakat dan faktor
kemajuan. Nilai yang diterima oleh sesuatu masyarakat tidak semestinya akan diterima oleh
masyarakat yang lain. Nilai ini dapat dilihat daripada kisah Kamsani Aris. Dia merupakan
seorang pekerja di scrapyard selama 25 tahun. Namun begitu, Kamsani telah dibuang kerja
kerana dia tidak lagi sesuai dengan kerja itu kerana dia sudah semakin tua. Selepas itu, anak
Kamsani memberi cadangan kepada Kamsani untuk mengambil kursus melalui SkillsFuture
untuk menguasai kemahiran baru supaya boleh mendapat kerja yang lain. Namun demikian,
Kamsani berasa susah dan kecewa untuk mendapat kerja baru pada masa ini walaupun telah
mendapat ijazah dari hairdressing school. Apabila dia hampir putus asa, dia ternampak
interview Taufik melalui berita. Kamsani bercuba untuk mendapat peluang pekerjaan di kedai
gunting “Salihin & Sons”. Pada mulanya, Taufik menolak tawaran Kamsani kerana dia berasa
Kamsani sudah tua dan tidak berupaya menangani kerja tersebut. Perlakuan ini sama seperti
majikan lama scrapyard yang memecat Kamsani atas sebab usianya yang tua. Pada akhirnya,
Kamsani telah diupah oleh Taufik selepas Kamsani berpeluang untuk membuktikan
kelebihannya dan kemahiran gunting rambut. Situasi ini telah menjelaskan bahawa terdapat

12
dua nilai relatif iaitu penerimaan pekerja yang uzur dan penolakan pekerja yang uzur.
Keadaan ini dilihat sebagai nilai relatif yang diamalkan oleh masyarakat tersebut. Di samping
itu, Salihin yang menghadapai penyakit kencing manis telah bermula untuk menjaga
kesihatan diri dengan melakukan senaman, mengawal pemakanan dan mengambil ubat yang
diberi oleh doktor pada masa yang ditetapkan. Hal ini telah menunjukkan nilai relatif yang
diterima oleh masyarakat iaitu menjaga kesihatan diri sendiri. Masyarakat di Singapura sangat
mementingkan kesihatan diri sendiri.

Nilai yang terakhir dalam filem “Gunting” ini ialah nilai mutlak. Nilai mutlak adalah nilai
yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi sesebuah masyarakat. Segala
idea atau fakta dapat diterima secara umum dan diuji atau terbukti sama ada ianya adalah
baik atau buruk. Nilai ini berkekal sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir semua
bagi semua situasi masyarakat. Sebagai contoh, kegigihan, sikap berani untuk mencuba,
tidak mudah berputus asa yang ditunjukkan oleh Taufik, Hisyam dan Huda dalam usaha
menjayakan kedai gunting “Salihin & Sons” patutlah dicontohi oleh generasi muda pada hari
ini. Dalam mana-mana budaya masyarakat, nilai mutlak ini telah kekal sepanjang zaman,
merupakan salah satu nilai yang sangat baik dan diperlukan oleh semua masyarakat yang
ingin mencapai kejayaan dalam apa-apa jua bidang. Jelaslah di sini nilai mutlak ini telah
diterima umum tentang kebaikannya. Tambahan pula, Taufik yang telah berhasrat untuk
memikul tanggungjawabnya sebagai seorang anak untuk menjaga Salihin yang semakin uzur
dan berpenyakit kencing manis merupakan nilai yang baik yang diterima dan diamalkan dalam
semua masyarakat. Hampir semua masyarakat bersetuju bahawa menjaga orang tua
merupakan tanggungjawab anak-anak. Seterusnya, persahabatan yang telus antara Hisyam
dan Taufik juga merupakan nilai mutlak yang diamalkan oleh semua masyarakat. Hisyam
yang sanggup menolong Taufik untuk menjaga Salihin dan tidak mengharapkan balasa
merupakan perbuatan yang amat baik. Hisyam juga berusaha untuk menolong Taufik dalam
merealisasikan cita-citanya dengan membuka kedai gunting bersama dengan Taufik.
Persahatan yang telus ini merupakan norma masyarakat hampir di semua tempat.

13
3.0 Faktor-faktor Pembentukan Individu Yang Bermoral

Pemikiran dan
Penaakulan Moral
Pertimbangan

Emosi dan
Dimensi Moral Perasaan Moral
Perasaan

Tingkah laku dan


Perlakuan Moral
Tindakan

Rajah 3: Dimensi Moral

Pembentukan seseorang individu yang bermoral adalah disebabkan oleh pelbagai jenis faktor
seperti faktor keluarga, faktor rakan sebaya dan faktor persekitaran. Faktor-faktor tersebut
akan menjejaskan seseorang individu untuk melakukan tindak balas berdasarkan tiga jenis
dimensi moral iaitu penaakulan moral, perasaan moral serta perlakuan moral. (Abdullah Zhidi
Omar, et.al., 2014).

Pertama sekali adalah faktor rakan sebaya. Rakan sebaya merujuk kepada remaja
yang sama umurnya, yang menjadi pendengar setia, bersedia untuk membantu, dan
bersama-sama tatkala ketika sedih mahupun gembira. (Pinvader, 2011). Rakan sebaya
merupakan faktot yang penting dalam mempengaruhi penaakulan moral, perasaan moral dan
perlakuan moral individu. Sebagai contohnya, pemikiran dan personaliti yang gigih, berusaha,
sanggup tolong menolong dan berfikiran positif Taufik banyak dipengarui oleh sahabat
karibnya iaitu Hisyam. Hisyam telah menolong Taufik untuk menjaga Salihin semasa Taufik
berada di luar negara tanpa mengharapkan balasan daripada Taufik. Hisyam juga berusaha
untuk menguruskan kedai gunting mereka. Dia juga berusaha untuk mencapai kejayaan
seperti mana yang dia harapkan. Bukan itu sahaja, Hisyam juga selalu berfikiran positif dalam
semua perkara. Dia berpendapat positif dalam menasihatkan Salihin untuk menerima usaha
Taufik dalam menjadi seorang tukang gunting rambut. Taufik telah mempamerkan kesemua
pemikiran dan personaliti yang sama dengan Hisyam dalam filem ini. Taufik menolong Huda
dalam peniagaan mobile barber yang dirancangakan oleh Huda dan kawannya, dia bekerja
bersungguh-sungguh dan menggunakan pandangan positif untuk menghadapi cabaran
dalam kehidupan harian. Di sini, dibuktikan bahawa pengaruh rakan sebaya boleh menjadikan
individu sebagai seorang yang berguna dan berbudi pekerti yang baik sekiranya mereka
memilih untuk bergaul dan mendapatkan rakan-rakan yang mempunyai etika yang baik.

14
Seterusnya adalah faktor keluarga. Faktor ini juga menyebabkan pemikiran, emosi dan
perlakuan Taufik sama seperti bapanya Salini yang berfikiran aliran emotivis. Keluarga
merupakan satu institusi yang sangat rapat antara seseorang individu dengan individu yang
lain. Ia boleh menjadi pemangkin untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berlaku di
dalam kehidupan seharian. Perkembangan personaliti remaja dibentuk sejak kecil lagi
bersama keluarga seterusnya memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku,
emosi dan pemikirannya. Faktor ini dapat dikesan dalam filem “Gunting”. Taufik telah
bertindak mengikut emosinya yang marah kerana Salihin tidak bersetuju dengan cita-citanya
yang ingin menjadi seorang tukang gunting rambut seperti bapanya. Taufik telah
meninggalkan bapanya dan bekerja di luar negara. Dia berbuat demikian semata-mata
bertindak mengikut emosi marah dan kecewa kerana tidak mendapat sokongan daripada
bapanya. Perbuatan ini merupakan pengaruh daripada Salihin kerana Salihin juga merupakan
seorang yang bertindak berdasarkan emosi. Ini dapat dibuktikan semasa dia kurang bercakap
dengan Taufik walaupun Taufik balik ke Sinagapura untuk menjaga dia. Dia masih marah dan
sedih kerana ditinggalkan oleh Taufik. Sebenarnya, mereka harus mencontohi keluarga
Kamsani Aris. Semasa Kamsani dipecatkan jawatan, Kamsani mendapat galakan daripada
anaknya supaya tidak berputus asa dan sedih. Apabila Kamsani mempunyai masalah, ia akan
dikongsikan dan berbincang bersama dengan ahli-ahli keluarga supaya boleh mendapat cara
penyelesaian yang paling sesuai supaya tidak menimbul salah faham. Selain itu, nilai
kerajinan, tabah, berani dan sanggup berkorban Salihin telah diwarisi oleh Taufik. Taufik juga
bekerja dengan bersungguh-sunggu seperti bapanya. Hal ini disebabkan dia sentiasa melihat
bapanya bekerja dengan rajin dan sanggup berkorban untuk keluarga. Taufik telah berbuat
seperti apa yang bapanya lakukan. Tindakan ibu bapa adalah amat penting dalam
mencorakkan anak-anak. Bak kata pepatah anak merupakan kain putih, ibu bapalah yang
akan mewarnakannya. Pemikiran, emosi dan tindakan ibu bapa akan medatangkan kesan
yang dalam kepada anak-anak.

Faktor masyarakat juga merupakan faktor yang mempengaruhi pembentukan


insdividu. Faktor masyarakat yang dimaksudkan di sini ialah pendangan dan norma
masyarakat yang telah mempengaruhi pemikiran, emosi dan tindakan individu yang berada
dalam masyarakat tersebut. Salihin yang bekerja sebagai tukang gunting rambut pada zaman
dahulu telah dipandang rendah oleh orang ramai. Hal ini demikian kerana tukang gunting
rambut tidak mampu untuk mendapat jumlah keuntungan yang banyak pada zaman dahulu.
Kebanyakan masyarakat dahulu memandang tinggi terhadap kerjaya-kerjaya yang mampu
memberi keuntungan yang lumayan seperti jurutera, doktor dan sebagainya. Pekerjaan
seperti tukang gunting rambut dan tukang masak merupakan kerja yang dipandang rendah
pada zaman dahulu. Oleh itu, Salihin telah disemai dengan pemikiran sebegini walaupun dia

15
sendiri bekerja sebagai seorang tukang gunting rambut. Dia mengharapkan anaknya untuk
menjadi seorang jurutera yang dipandang tinggi oleh masyarakat dan bukan seperti tukang
gunting rambut yang kena bekerja susah untuk mengkhidmatkan pelanggan. Minda tersebut
dipengaruhi oleh norma-norma masyarakat pada zaman dahulu. Hal ini telah menyebabkan
Salihin marah apabila anaknya Taufik tidak mahu bekerja sebagai jurutera tetapi hendak
mengikut jejaknya sebagai seorang tukang gunting rambut. Dengan ini, dapat membukti
bahawa faktor masyarakat mampu untuk mempengaruhi pemikiran ,emosi dan tindakan
seseorang. Salihin berfikiran aliran naturalis dalam situasi ini dan beremosi dan bertindak
secara negatif apabila anaknya tidak mengikut cakapnya.

Akhir sekali ialah faktor situasi. Menurut Mahmood Nizar Muhammad (1993), faktor
situasi boleh didefinisikan sebagai suasana atau kedudukan individu dalam keluarga,
masyarakat atau komuniti, dan tempat kerja yang boleh membawa kepada tingkah laku positif
atau negatif yang bergantung kepada situasi tersebut. Faktor situasi memainkan peranan
penting dalam membentuk penaakulan, perasaan dan perlakuan seseorang individu sama
ada baik atau buruk. Dalam filem tersebut, situasi kemiskinana dan kesusahan yang ada pada
keluarga Salihin bekerja keras supaya dapat mencari rezeki yang lebih banyak untuk
menampung pembayaran pelajaran Taufik di universiti. Oleh itu, faktor situasi menyebabkan
Salihin berfikir secara tepat, bermotivasi tinggi, dan bekerja bersungguh-sunggu untuk
mendapat rezeki yang berlebihan supaya dapat menampung kos hidup seharian. Walaupun
faktor situasi ini yang membentukan individu Salihin namun yang dilahirkan dalam diri Salihin
patut dicontohi.

Faktor-faktor tersebut dapat membentuk individu yang bermoral dan semua faktor
tersebut dapat dikesan dalam filem “Gunting” melalui kehidupan seharian watak-watak
penting dalam filem.

4.0 Rumusan

Sebagai rumusan, filem “Gunting” ini telah menunjukkan pelbagai unsur moral yang dapat
diperkajikan. Filem ini telah mempamerkan perkara yang sering berlaku dalam kehidupan
sebenar kita. Dalam filem ini terdapat banyak fikiran aliran moral yang berbeza antara individu.
Perbezaan inilah yang selalu mengayakan kehidupan kita. Pemikiran aliran emotivis yang
merupakan pemikiran utama yang ada dalam filem ini iaitu pada Taufik dan Shalihin. Konflik
antara bapa anak ditimbul juga disebabkan oleh pemikiran aliran emotivis. Maka dapatlah kita
mengambil pengajaran daripada kejadiaan ini. Kita haruslah mengawasi pemikiran aliran kita
supaya tidak melakukan perkara yang tidak baik dan membuatkan kita menyesal terutamanya
pemikiran aliran emotivis seperti Taufik dengan Salihin.

16
Dalam kehidupan seharian kita, enam jenis nilai yang dibincangkan di atas merupakan
nilai yang selalu mendorong dan mempengaruhi kehidupan kita. Maka kita hendaklah sering
menjaga agen moral dan pengkritik moral dalam kehidupan seharian supaya boleh menjadi
insan yang bermoral. Kita hendaklah sering menilai kemoralan diri sendiri dan juga orang lain.
Dalam pada itu, terdapat juga faktor-faktor seperti fator keluarga, faktor rakan sebaya, faktor
situasi dan faktor masyarakat yang akan mempengaruhi pembentukan moral individu. Maka
faktor tersebut perlu dititk beratkan agar dapat membentuk moral diri dan orang lain yang baik
dan berpatuh dengan noma masyarakat.

Selepas menonton filem ini, banyak unsur moral yang telah saya pelajari. Saya akan
mencontohi mana-mana unsur moral yang baik dan patut dicontohi dan mengambil mana
yang kurang sempurna sebagai pengajaran dalam kehidupan seharian saya.

17
Senarai Rujukan

Abd Majid Mohd Isa & Rahil Mahyuddin (1997). Psikologi Pendidikan : Pertumbuhan dan
Perkembangan. Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Md Aroff. (1999). Pendidikan Moral. Teori Etika Dan Amalan Moral.
Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.
Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Binshuid Mazlan Aris, Mohd Fu,ad Sam & Roslina Suratnu.
(2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn Bhd..
Eow, B.H. (2000). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd

Husna Mohammad. (2016). Konsep Asas Etika Dan Jenis Nilai Moral.
Diakses pada 17 Februari 2018, dari
https://www.scribd.com/document/324307661/Kuliah-2-Etika-Moral-Konsep-Asas-
Etika-Dan-Jenis-Nilai-Moral-pdf

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mackinnon, P. (1995). Ethnics : Theory and contemporary issues. USA : Wadsworth
Publishing Company.

Mahmood Nizar Muhammad. (1993). Penghantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas


Kepada Jiwa Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan. PEnerbitan Multimedia Sdn.Bhd

Nik Rosila Bt Nik Yaacob. (2014). Nilai Dan Etika Menolong. Pusat Pengajian Ilmu
Pendidikan USM, Diakses pada 16 Februari 2018, dari nikrusila@usm.my.
Pengertian Moral Menurut Para Ahli. (2013). Diakses pada 16 Februari 2018, dari
http://www.e-jurnal.com/2013/12/pengertian-moral-menurut-para-ahli.html.
Pinvader. (March, 2011). Kemahiran Penting Dalam Mengatasi Pengaruh Rakan Sebaya.
Diakses pada 19 Februari 2018, dari http://utusan-malaysia-
online.com/kemahiran-penting-dalam-mengatasi-pengaruh-rakan-sebaya-kata- taib

Tam, Y.K. (1996). Pendidikan Moral, Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.

Wong Kai Nung et.al (2011). Pendidikan Moral. Cengage Learning Asia Pte.Ltd.

18
Lampiran

Gambar 1: Filem “Gunting”

Gambar 2: Cadangan Hisyam untuk Gambar 3: Pembukaan Kedai Gunitng telah


pembukaan “Salihin & Sons” dikagumi dan dipuji oleh Menteri.

Gambar 4 & 5: Perselisihan faham antara Taufik dan Hisyam akibat dipengaruhi oleh
pemikiran emotivis.

19
20

Anda mungkin juga menyukai