Anda di halaman 1dari 43

PERSONALITI

PERSONALITI / SAHSIAH
1.Personaliti
2.Konsep dan Klasifikasi Personaliti
3.Peranan Guru Dalam Membentuk
Personaliti Baik dalam Diri Murid
4.Faktor-faktor Mempengaruhi Personaliti

a. Al-Ghazali
b. Freud
DEFINISI PERSONALITI
Cara karektor seseorang untuk
bertindak balas sering dirujuk
sebagai personalitinya.

Ciri-ciri personaliti adalah ciri-


ciri yang menggambarkan
perilaku individu. Mereka
menjadikan kita unik dan kekal
stabil untuk hidup.

Gaya personaliti boleh menjadi


maladaptif jika seseorang itu
tidak dapat mengubah tingkah
lakunya apabila alam sekitar
mengalami perubahan penting
yang memerlukan pendekatan
yang berbeza.
ISTILAH PERSONALITI

Perkataan Memainkan
Latin Yunani TOPENG Peranan/
‘PERSONA’ Watak
DEFINISI PERSONALITI
• Perkaitan antara pemiiran, emosi dan perasaan
dengan tingkah lau individu
1 (Habibah Elias & Rahil Mahyuddin, 2007)

• Personaliti mempunyai perkaitan yang rapat


dengan konsep kendiri
2 (Carl Rogers,1951).

• Susunan pola-pola tingkah laku manusia yang


digunakan dalam kehidupan
3 (Mischel,1981).

• Personaliti menghuraikan perawakan fizikal


seseorang, corak pertuturan/daya penarik yang
4 dimilikinya
(Crow dan Crow, 1983)
Konsep Personaliti
Sahsiah seseorang yang agak stabil, agak kekal,
perangai intelek dan fizikal yang menentukan
penyesuaian diri yang unik dengan persekitaran.

Corak tingkah laku yang distingtif (dilihat),


pemikiran, emosi individu yang mengadaptasikan
dirinya dengan kehidupan.

Temperamen-sifat yang berkaitan dengan


bawaan emosi (diwaris & persekitaran).

Perwatakan merujuk pada tret-tret sikap dan


nilai.
Pandangan Tokoh Psikologi
Tentang Personaliti
Personaliti adalah Pola Tingkah Laku
individu yang dijelmakan dalam
kehidupan seharian. Segala kerja @
kegiatan yang dilakukan oleh seseorang
dapat menggambarkan personaliti
individu yang sebenar
(Mischel, 1968)

Pesonaliti ialah organisasi watak,


perangai, intelek,bentuk badan
yang agak stabil dan yang
menentukan penyesuaiannya yang
unik terhadap persekitaran
(Eysenk, 1967)
Pandangan Tokoh Psikologi
Tentang Personaliti
Personaliti adalahcorak eseluruhan
individu yang merangumi pelbagai
aspek termasuk cara berfiir, rasa,
tingah lau dan interaksi dengan
persekitaran.
(Kagan, 1989)

Pesonaliti ialah organisasi


dinamik sistem psikofizikal (TL &
kognitif) kepada individu yang
menentuan tingkah lau dan
fiirannya yang khusus.
(Eysenk, 1967)
Organisasi watak, perangai,
intelek, bentuk badan, gaya
kognitif, emosi dan tingkah
laku yang dijelmakan dalam PERSONALITI
kehidupan

Satu bentuk penilaian yang


WATAK
dilakukan oleh masyarakat
berdasarkan nilaitara
budaya masyarakat. Watak
merangkumi tret seperti
kejujuran, toleraansi, belas
kasihan dsb TRET

Tret ialah ciri personaliti


yang tekal.Tret merupakan
Struktur mental untuk arah
tingkah laku.
Klasifikasi personaliti (Carl Jung)
Ekstrovert
 Minat yang tinggi dengan dunia luar, suka bercakap, mudah
bergaul, suka bersosial..

Introvert
 Mempunyai minat dan keupayaan meneroka pemikiran,
perasaan dan pengalaman seseorang (sukakan aktiviti solo,
tekun, tegas, pandangan hidup yang pesismistik)

Ambivert
 Gabungan ekstrovert dan ambivert
 Mempunyai sahsiah keterlaluan
 Aktif vs Sensitif, optimistik vs individualistik.
Peranan guru dalam membentuk
personaliti baik dalam diri murid
 Pastikan murid mengambil bahagian aktif dalam
semua aktiviti b/drj.
 Kaedah, aktiviti dan bahan-bahan p&p harus
dirancang berdasarkan kebolehan dan potensi
murid.
 Adakan banyak aktiviti kumpulan.
 Adakan sesi kaunseling dengan murid introvert.
 Dedahkan murid-murid dengan aktiviti luar
TEORI PERSONALITI

 Teori Psikoseksual Freud

sifat-sifat yang menggambarkan diri


seseorang individu, iaitu merujuk kepada
tingkah laku yang boleh diperhatikan oleh
orang lain atau merujuk kepada perasaan-
perasaan yang dialami oleh seseorang dalam
dirinya sendiri.
Menurut Freud
1. Id (aras tidak sedar)
 Berdasarkan desakan naluri biologi yang merangsang
(dalaman dan luaran) tingkah laku.
 Bertindak mencapai kepuasan tanpa mengira kesan/akibat.

2. Ego (aras sedar)


 Berupaya mengawal kehendak / pemikiran logik.
 Matang dan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran.

3. Super ego (aras prasedar)


 Perkembangan mental yang sudah matang.
 Menghalang tingkah laku yang salah
 Sukar mengingati peristiwa yang telah berlaku.
ID (Prinsip Kenikmatan -
Pleasure Principle)
 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Id adalah bahagian
minda berhubungan dengan naluri dan dorongan bawah
sedar.
 Id juga merupakan dorongan fisiologikal yang terletak di
peringkat pemikiran bawah sedar.
 Ciri id seseorang itu telah wujud sejak dilahirkan.
 Melalui id, naluri asas seseorang terbentuk dan ini
merupakan tenaga untuk memotivasikan individu atas
prinsip kelazatan atau keseronokkan.
 Ia dianggap sebagai satu elemen struktur yang semula
jadi, diwarisi, sedia ada dalam diri manusia.
 Id tidak dapat membuat penilaian dan tidak
mementingkan logik, nilai, moral atau etika dan
objektif atau tujuan keseluruhannya adalah lebih
kepada kepuasan tanpa mengambil kira akibatnya,
undang-undang, dapat sosial atau keperluan orang
lain.
 Id dapat dilihat dengan jelas melalui kelakuan kanak-
kanak kecil yang suka berkelakuan sesuka hati.
Ego (Prinsip Realiti – Reality Principle)
 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, Ego adalah persepsi seseorang
tentang harga dirinya yang seterusnya mempengaruhi kepada keyakinan
dirinya.
 Ego adalah komponen personaliti yang terbentuk melalui pengalaman
dalam alam realiti dan tidak wujud semasa kelahiran.
 Ego adalah berbeza dengan Id kerana ego merupakan komponen
psikologikal yang mengutamakan realiti dan pemikiran logik.
 Jika id tidak dapat memenuhi sesuatu keperluan, ego mula wujud untuk
mencari cara yang rasional untuk mengatasi kekecewaan tetapi secara
rasional dan munasabah.
 Contohnya: Id memberitahu badan ingin tidur, oleh itu, ego akan mencari
tempat yang sesuai untuk tidur.
Super Ego (Prinsip Moral - Moral Principle)
 Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, super ego adalah
bahagian fikiran bawah sedar yang sentiasa menyedarkan
kita tentang kebaikan dan keburukan sesuatu.
 Super ego merupakan struktur personaliti yang beroperasi
atas prinsip kesempurnaan dan akan terbentuk serta
berkembang sepanjang hidup kanak-kanak dengan
menggabungkan moral dan nilai-nilai masyarakat.
 Super ego berfungsi berlandaskan prinsip moral, keagamaan
atau prinsip ideal.
 Super ego akan mengawal kehendak ego dan memberi
penilaian sama ada tingkah laku yang ditunjuk ego benar atau
salah.
 Ia juga mengawal segala kehendak id, mempengaruhi ego
dalam usaha mencari jalan memenuhi kehendak id dengan
cara yang terbaik bersesuaian dengan cara, nilai, budaya,
kepercayaan, dan agama sesebuah masyarakat.
Perkembangan psikoseksual mengikut Sigmund Freud

 Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu telah ditentukan.


 Setiap kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu
peringkat:

i) Oral

ii) Anal

iii) Falik

iv) Latensi

v) Genital
Peringkat Oral (0 – 18 bulan)
 Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id.
 Bayi dikawal oleh impuls biologi dan secara asasnya mementingkan diri
sendiri.
 Mereka dikuasai sepenuhnya oleh naluri mereka.
 Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka adalah makanan.
 Zon yang berkaitan dengan kehendak ini ialah mulut.
 Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut
kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap,
mengunyah dan menelan.
 Apabila bayi menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi.
 Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan
yang keras akan terlekat pada peringkat mengigit.
 Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah
individu yang bercakap kasar, agresif dan suka
menggigit objek seperti kuku, pen dan sebagainya.
Peringkat Anal (18 bulan – 3 tahun)
 Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat dubul.
 Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan
daripada aktiviti mengawal pembuangan najis.
 Pada tahap ini, sikap ibu bapa terhadap latihan ke tandas amat
penting dan mempengaruhi perkembangan personaliti apabila
dewasa.
 Ibu bapa yang tegas terhadap latihan ini akan membentuk personaliti
kanak-kanak yang dinamakan sebagai anal agresive oleh Freud.
 Orang dewasa yang mengalami lekatan pada peringkat ini akan
menjadi seorang yang degil, terlalu pembersih dan kedekut.
Peringkat Falik (3 – 6
tahun)
 Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat kubul.
 Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mengetahui tentang kejantinaan
sama ada dirinya lelaki atau perempuan.
 Sember kepuasan libido berpindah kepada organ kejantinaan dan
mendapat kepuasan dengan memegang kawasan kemaluannya.
 Pada tahap ini, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan
mengalami Oedipus kompleks, di mana kanak-kanak lelaki menumpukan
kasih sayang pada ibunya.
 Manakala bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan mengalami Elektra
kompleks, di mana berlakunya persaingan dengan ibu untuk
mendapatkan kasih sayang bapa dan bersikap menentang ibu.
Peringkat Latensi (6 – 12
tahun)
 Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula bersosial.
 Mereka mula mengalihkan perhatian kepada orang lain selain daripada
ibu bapa dan keluarga.
 Pada tahap ini, semua perasaan seksual dipendamkan dan diletakkan di
aras bawah sedar.
 Kanak-kanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan
aktiviti-aktiviti lain.
 Mereka mempelajari tentang peranan jantina dan kanak-kanak lebih
gemar berkawan dengan rakan yang sama jantina.
 Secara tidak sedar keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian
pada kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak
perempuan.
Peringkat genital (12 tahun hingga dewasa)

 Tahap kejantinaan ini menampakkan kemunculan semula


kecenderungan seks yang dialami semasa individu itu berada pada
zaman kanak-kanak.
 Pada peringkat ini, remaja mula mengambil tahu dan menaruh minat
terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.
 Pada waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan,
perkahwinan, dan masa depan.
 Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu
di luar keluarga yang berlainan jantina.
 Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan
melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber
kenikmatan dan kepuasan.
 Perasaan cinta kepada diri sendiri dan kepada orang
lain mula wujud.
 Individu pada peringkat ini akan cuba memuaskan
segala apa yang tidak dapat dicapai pada zaman
kanak-kanak.
Faktor Yang Mempengaruhi
Personaliti
 Faktor kebakaan
 Faktor pengalaman awal individu
 Latar belakang sekolah
 Pengaruh keluarga
 Peranan media
 Pemakanan
 Pengaruh sosio budaya
a. Faktor Kebakaan
 Ia dihubungkaitkan dengan kecerdasan
dan bentuk tubuh.
 Pola genetik semasa persenyawaan
mempengaruhi personaliti individu.
 Ini termasuk faktor yang berhubung
dengan bentuk tubuh
b. Faktor Pengalaman awal
Individu
 Pengalaman unik kepada individu itu sahaja.
 Disokong oleh Freud yang menekankan
kepentingan pengalaman awal dalam
perkembangan personaliti.
 Persekitaran individu seperti budaya, adat
resam, nilai dan cara hidup juga mempengaruhi
personaliti
c. Latar Belakang Sekolah
 Suasana sekolah yang kondusif
menyumbang kepada perkembangan
personaliti yang positif.
 Sekolah merupakan tempat bimbingan
dan pembentukan personaliti
d. Pengaruh Keluarga
 Sangat mempengaruhi personaliti
seseorang individu.
 Ibu bapa seharusnya memberi kebebasan
kepada anak-anak untuk bercakap,
bermain dan memilih sesuatu yang
diminati.
e. Peranan Media
 Menyumbang kepada perkembangan personaliti
individu.
 Ini kerana menerusi media berbagai maklumat
disampaikan secara terus yang mana ianya
mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
 Oleh itu, ibu bapa hendaklah memainkan
peranan dalam menapis maklumat yang
disampaikan.
f. Pemakanan

 Individu digalakkan memakan makanan


yang berzat, bersih dan halal.
 Minuman keras yang beralkohol boleh
menyebabkan individu itu berubah
personaliti.
g. Pengaruh Sosio Budaya

 Gaya hidup bebas menyebabkan individu


terpengaruh dengan gejala negatif.
 Agama memainkan peranan dalam
membentuk personaliti yang positif.
IMPLIKASI TERHADAP PdPc
 Guru memahami tingkah laku murid.
 Sensitif dengan potensi murid
 Menerima hakikat bahawa setiap individu
berbeza dan unik.
 Memahami keperluan murid mengikut
peringkat umur.
 Membina imej kendiri yang positif.
KONSEP KENDIRI

 Pengertian
 Jenis-jenis konsep kendiri
 Cara guru membantu pembentukan
konsep kendiri positif
 Jenis helah bela diri positif dan negatif
PENGERTIAN
Atkinson & Atkinson, 1979
 Cara kita melihat dan menerangkan diri kita kepada diri
sendiri yang menguruskan penanggapan, perasaan dan
sikap

Mead,1934
 Himpunan gambaran pendapat yang diperkatakan oleh
orang yang rapat kepada individu itu.

Hall dan Lindsey, 1963


 Konsep kendiri dapat dilihat melalui dua cara iaitu;

a.tanggapan diri seseorang individu.


b.proses-proses yang menentukan tingkah laku.
JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri positif


 Dapat menyesuaikan diri dengan orang
lain dan persekitaran.

Konsep kendiri negatif


 Mempunyai masalah dengan dirinya serta
tidak boleh menyesuaikan diri dengan
orang lain dan persekitaran dengan baik.
Cara Guru Membantu Pembentukan Konsep
Kendiri Yang Positif

 Menerima murid sebagai manusia biasa.


 Sentiasa membuatkan murid itu rasa dihargai.
 Mengelakkan persaingan yang tidak sihat dalam
kalangan murid.
 Tidak menggunakan perkataan negatif kepada
murid.
 Tidak mendiskriminasi murid-murid.
 Menghargai kebolehan murid-murid.
CARA GURU MEMBENTUK
PERSONALITI POSITIF MURID
1. Mengenal pasti tingkah laku positif murid.
2. Beri banyak peneguhan agar murid
meneruskan TL positifnya.
3. Guna Prinsip Premack: mengaitkan
dengan aktiviti yang diminati murid.
4. Memberi amaran/ isyarat untuk
mengekalkan tingkah laku baik.
5. Guru tidak mengamalkan ‘Labeling’
murid.
IMPLIKASI PdPc
 Murid perlu diberi peluang untuk
meneroka kebolehan masing2
 Guru perlulah peka terhadap kebolehan
dan minat murid.
 Apabila murid sedar akan keupayaan diri
mereka maka keyakinan diri akan
meningkat.

Anda mungkin juga menyukai