Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENDAHULUAN

Dewasa ini, dunia telah dilakari oleh pelbagai trend dan paradigma kehidupan bentuk baru.
Arus kemodenan dan globalisasi ini telah memberi impak yang cukup besar dalam
kehidupan moral masyarakat Malaysia. Masyarakat menjadi materialistik di mana manusia
sanggup menjadi hamba kepada wang dan bertindak mengikut nafsu semata-mata. Hal
yang serupa turut meresap ke dalam jati diri masyarakat Malaysia langsung menerima citra
dan model kehidupan barat. Hal ini diperkukuhkan oleh pandangan Ahli Lembaga
Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye (2013).

“Kemerosotan moral bertambah serius terutamanya dalam golongan muda Malaysia


termasuk bercakap kasar kepada pelanggan, merokok di kawasan larangan merokok,
meludah di tempat awam dan tidak memberikan tempat duduk kepada warga tua, orang
kelainan upaya dan wanita mengandung. perbuatan membuang sampah di tempat-
tempat awam, merosakkan harta awam, memotong barisan dan tidak "meminta maaf"
apabila melakukan kesalahan.”

Sehubungan itu, modenisasi amat berbahaya sekiranya idea, pemikiran dan falsafah
modenisasi itu ditiru bulat-bulat.

Ashmore (1987) mengatakan bahawa semua perkara dalam alam semula jadi bertindak
mengikut peraturan atau hukum yang tertentu. Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa
manusia memerlukan peraturan-peraturan yang dapat membatasi kelakuan dan kebanyakan
perbuatan manusia sendiri supaya manusia tidak terlalu bebas sehingga mengancam
keselamatan dan hak asasi orang lain. Kamus Dewan (1994) mendefinisikan moral sebagai
ajaran atau pegangan berkenaan baik buruk sesuatu perbuatan. Dalam erti kata lain, moral
merupakan nilai-nilai dan norma-norma yang menjadi pegangan bagi seseorang atau suatu
kelompok dalam mengatur tingkah lakunya. Ia berkait rapat dengan kehidupan seharian kita,
Setiap tingkah laku atau amalan yang dilakukan seperti bagaimana kita berpakaian,
percakapan dan pemikiran serta perasaan adalah berkaitan dengan moral.

2.0 LATAR BELAKANG

Momentum kemodenan ternyata begitu cepat menular dan menjalar ke seluruh urat saraf
dan nadi kehidupan bermasyarakat, khususnya institusi keluarga. Uthman el-Muhammady
dalam Rumaizuddin (2000) menegaskan dari segi sosial dan kekeluargaan, nilai-nilai
modenisme akan menghuruharakan dan menimbulkan konflik yang tidak berkesudahan.
Begitulah situasi yang berlaku dalam filem Gunting di mana mencerminkan masalah moral
yang turut akan kita hadapi dalam kehidupan seharian.

1
Telefilem berjudul “Gunting” merupakan telefilem berbahasa Melayu yang dikarya dan
dihasilkan oleh pengarah filem kreatif tempatan, M.Raihan Halim. Filem ini dibintangi
Hisyam Hamid, Taufik Batisah, J.A. Halim, Yuslina Yussof, Najib Soiman, Shane Mardjuki
dan Adlina Adil. File mini pertama disiarkan di Suria pada 25 Jun 2017 (VK Team, 2017).
Gunting merupakan sebuah telemovie yang mengisahkan tentang ketegangan hubungan
antara bapa, Salihin dengan anaknya, Taufik. Salihin terpaksa menutup kedai gunting
rambutnya selepas penyakit diabetes yang dihadapi semakin serius. Anaknya, Taufik yang
bekerja di LA sebagai hairstylist pulang ke Singapura untuk menjaga ayahnya. Tidak mahu
kedai gunting rambut ayahnya hilang begitu saja, Taufik dan kawan baiknya Hisyam
membuat keputusan untuk membuka Salihin & Sons sebuah barber shop.

3.0 ALIRAN PEMIKIRAN MORAL

3.1 ALIRAN PEMIKIRAN NATURALIS

Menurut Abdullah Zhidi Omar et al.(2014), pemikiran naturalis merupakan aliran pemikiran
yang menggambarkan sesuatu yang sebenar. Seseorang individu yang dikatakan naturalis
akan menerima apa sahaja keadaan yang sebenar. Seseorang yang naturalis suka
merendah diri iaitu lebih suka memencil diri dan tidak mudah untuk berinteraksi. Mereka
jarang untuk mengeluarkan pendapatnya kerana hidup yang berada dalam keadaan yang
tertekan. Mereka biasanya lemah jiwa, tiada motivasi dan kurang berusaha untuk melakukan
sesuatu. Mereka membiarkan halangan merentangi matlamat hidup yang ingin dicapai.
Mereka ini juga merupakan pengikut yang setia dan kurang membantah atas arahan serta
mudah juga berpuas hati.

Dalam filem Gunting, Salihin, bapa kepada watak utama, Taufik menunjukkan aliran
pemikiran naturalis. Beliau menegaskan pendiriannya supaya Taufiik menjadi seorang
jurutera sementara Taufik ingin menjadi seorang penggunting rambut seperti bapanya.
Beliau berpegang kepada kepercayaan bahawa kerja tukang gunting tidak mendapat
kejayaan dalam kehidupan di mana kepercayan itu berdasarkan pengalamnya sebgai
tukang gunting selama 40 tahun. Sebaliknya, beliau berpendapat bahawa seorang jurutera
mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dan gaji yang lebih tinggi. Secara logiknya,
sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.
Dalam situasi ini, masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.
Salihin sepatutnya memberi kebebasan kepada Taufik untuk memilih kerjaya yang diminati
dan bertanggugjawab atas kerjaya yang dipilih.

3.2 ALIRAN PEMIKIRAN EMOTIVISM

2
Menurut Encyclopaedia Britannica (2013), pemikiran emotivism merujuk kepada sikap
manusia yang bertindak mengikut perasaan dan emosi. Golongan emotivisme akan
meluahkan perasaan mereka dan mungkin menimbulkan perasaan yang sama dalam
kalangan orang yang mendengar pada masa yang sama. Ciri-ciri atau sifat seseorang yang
emotivisme yang paling jelas ialah mereka ini bertindak mengikut perasaan atau emosi.
Ekspresi mereka ini ditunjukkan melalui perlakuan mereka iaitu dari air muka atau kata-
katanya. Golongan ini sangat pendiam, cepat tersinggung dan sentiasa tertekan dengan
emosi. Walau bagaimanapun, mereka ini kadang-kadang agresif dan kuat cemburu.

Dalam filem Guntng, Taufik seorang watak yang memaparkan pemikiran emotivism. Dia
segera membuat keputusan untuk pergi ke L.A semasa menerima tawaran menjadi
assistant hairstylist. Hal ini demikian dia sedang berada dalam perang dingin dengan
bapanya, Salihin mengenai kerjaya. Taufik berpendapat bahawa dia tidak dapat
berkomunikasi dengan bapa mengenai isu tersebut kerana mereka mempunyai idea
bercanggah. Tanpa menyelesaikan ketegangan ini, dia tergesa-gesa bergerak ke L.A.
walaupun tidak mendapat restu bapa menjadi seorang penggunting rambut. Tindakan Taufik
boleh dikatakan mengikut semata-mata emosi dan perasaan. Dia tidak pernah berfikir
tentang kesan atau akibat di sebalik tindakan tersebut. Secara kesannya, ketegangan
antara bapa dengan anak bertambah serius dan bapanya, Salihin ditinggalkan seorang di
rumah.

Pemikiran emotivism juga dipaparkan melalui watak Taufik apabila bapanya Salihin yang
terjatuh masuk ke hospital menelefon Hisyam tetapi bukan anak sendirinya. Taufik
memarahi ayahnya yang tidak cuba memahami pilihannya sebagai tukang gunting rambut
walaupun dia berusaha bersungguh-sungguh untuk membuktikan kejayaan kepada bapanya.
Sepanjang masa dia balik dari L.A, bapanya Salihin masih menunjukkan sikap dingin
terhadap Taufik. Dia kembali ke Singapura untuk menjaga bapanya namun dia tetap rasa
seperti bapanya tidak menghiraukannya langsung. Orang sekeliling Salihin juga salah faham
bahawa Hisyam ialah anak kandungnya tetapi bukan Taufik. Peristiwa-peristiwa ini
menimbullkan kemarahan Taufik dan mencetuskan pertelingkahan antaranya dengan bapa,
Salihin.

3.3 ALIRAN PEMIKIRAN INTUITIONIS

Aliran pemikiran intuitionis ini berkait rapat dengan gerak hati seseorang. Pemikiran ini juga
melibatkan proses melihat dan memahami secara spontan (Muscato, n.d.). Aliran pemikiran
ini memerlukan ilmu, kematangan fikiran dan timbunan pengalaman hidup. Seseorang akan
bertindak berlandaskan apa yang dirasai di dalam hatinya tanpa memikirkan akibat, kualiti
dan kesannya. Ia dikaitkan dengan pemikiran spontan yang celik akal dan kemunculan idea

3
yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara. Oleh
itu, mereka ini cepat dalam membuat keputusan.

Watak filem Gunting yang memaparkan aliran pemikiran intuitionis ialah Hisyam, iaitu rakan
baik kepada Taufik. Dengan kepulangan Taufik, idea untuk berpakat bersama dan
menghidupkan semula kedai gunting muncul dan bermula mencari tempat kedai yang
sesuai pada keesokan hari walaupun tiada modal untuk membuka sebuah kedai. Hal ini
boleh dibuktikan semasa dia berdua-dua bertawaran harga dengan Adi supaya dapat
membeli kedai padaa harga rendah. Dia sanggup meninggalkan pekerjaan semasa yang
gajinya tinggi dan memulakan sesuatu perniagaan sebegitu sahaja. Hisyam mengatakan
bahawa, “Aku dah ada idea apa yang kita perlu buat. Kita buka sebuah kedai gunting…Aku
dan bosan dengan sewa dan jual beli rumah…Aku nak jadi seorang yang
berjaya…membuat sesuatu yang different. ” Melalui dialog ini, kita mendapati bahawa
tukang gunting rambut merupakan impian sebenar dalam Hisyam. Dia berasa sudah tiba
masa untuk dia menunaikan impian yang didukung selama ini supaya tidak berasa
menyesal dalam kehidupannya.

3.4 ALIRAN PEMIKIRAN RASIONALIS

Menurut Abdullah Zhidi Omar et al. (2014) dalam pemikiran rasionalis, penaakulan atau
pemikiran merupakan faktor perdana sebelum sesuatu tingkah laku. Manusia mendapat
pengalaman melalui pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa
dan pengalaman yang diperoleh disusun oleh pemikiran supaya membentuk satu sistem
yang bermakan sebelum ia menjadi pengetahuan. Manusia mempunyai keupayaan untuk
mengetahui dengan pasti, pelbagai kebenaran mengenai kebenaran bumi yang tidak dapat
diberikan oleh pacaindera semata-mata.

Dalam filem Gunting, Kamsani Aris memaparkan perwatakan yang mempunyai pemikiran
rasionalis. Kamsani yang sebelum ini bekerja keras sebagai scrapyard selama 25 tahun
telah dilucutkan. Namun demikian, Kamsani tidak mencari alasan-alasan yang
menyebabkan dia kehilangan pekerjaan. Sebaliknya, beliau berbincang dengan ahli
keluarganya dan melalui anak perempuannya mendapat tahu bahawa SkillsFuture. Beliau
mendapat sokongan ahli keluarga dan berusaha mempelajari kemahiran yang baru iaitu
kemahiran gunting rambut dan bersedia untuk mencari pekerjaan yang baru. Namun
demikian, Kamsani Aris tidak mempunyai pengalaman yang banyak dalam menggunting
rambut. Hal ini dibuktikan semasa sesi temu duga dengan Taufik, dia menerangkan bahawa
dia baru mendapat ijazah dari sekolah menggunting. Beliau tidak dapat mencari pekerjaan
berkenaan kerana situasi ekonomi yang tidak baik. Walaupun menemui kegagalan beberapa
kali, dia tetap tidak berputus asa dan akhirnya mendapat pengiktirafan daripada Taufik dan

4
bekerja sebagai penggunting rambut. Tindakan Kamsani ini menunjukkan pemikiran
rasionalis apabila dia menerima kegagalan kehidupan dan redha kepada takdir Tuhan tanpa
rungutan. Seterusnya, dia segera membuat keputusan untuk mempelajari sesuatu untuk
mencari nafkah kehidupan. Beliau mengetahui bahawa rungutan tidak akan mengubah
situasi dialami tetapi hanya dengan usaha sendiri, dia dapat mencari jalan penyelesaian.

Taufik dan Hisyam juga menunjukkan pemikiran rasionalis apabila mereka membuat
keputusan untuk mengupah Kamsani Aris sebagai penggunting rambut selepas Kamsani
membuktikan kemahiran menggunting rambut. Kamsani berjaya memuaskan hati seorang
pelanggan dengan kemahiran menggunting rambut. Mereka tidak membuat keputusan
secara tergesa-gesa. Sebaliknya, mereka juga sudi memberi peluang kepada Kamsani
untuk membuktikan diri dan menaruh kepercayaannya kepada Kamsani untuk melayan
pelanggannya. Melalui peristiwa ini, Taufik dan Hisyam merupakan majikan yang
bertanggungjawab terhadap pekerja lain dan pelanggan kedai gunting di mana mereka
mengambil pekerja yang layak dan menjamin perkhidmatan yang terbaik.

Salihin juga memaparkan pemikiran rasionalis apabila beliau sudi mengiktiraf dan menerima
pilihan kerjaya Taufik sebagai penggunting rambut. Beliau sedar bahawa Taufik memilih
untuk menjadi seorang tukang gunting akibat mendapat inspirasi daripadanya dalam satu
pertelingkahan dengan anaknya. Beliau mengambil inisiatif untuk mengakui kesalahannya
dan membaikpulih hubungan tegang yang selama ini antaranya dengan anak dengan
melawat ke kedai gunting Taufik dan memberi Taufik menggunting rambutnya. Tindakan
Salihin dikatakan rasional kerana ketegangan yang berterusan hanya akan memburukkan
lagi hubungan kekeluargaan.

4.0 JENIS-JENIS NILAI


4.1 Nilai instrumental

Nilai instrumental juga diirujuk sebagai nilai ekstrinsik yang membawa maksud satu kualiti
yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat (Brahm, n.d.). Dalam
erti kata lain, nilai ini bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Nilai
instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan, membantu dalam
menunjukkan arah dan menjadi penentu dalam membuat pilihan.

Dalam filem Gunting, watak Taufik telah memaparkan nilai instrumental. Dia berusaha
bersungguh-sungguh sehingga berjaya menjadi seorang penggunting rambut di L.A adalah
untuk membuktikan kepada bapanya bahawa pilihannya untuk menjadi sebagai seorang
penggunting rambut adalah tidak salah. Nilai “membuktikan pilihan sendiri adalah betul”
bergantung kepada nilai “rajin berusaha”.

5
Seterusnya, Salihin juga menunjukkan nilai instrumental. Bapa Taufik telah berkerja
bertungkus lumus sebagai seorang tukang gunting rambut. Matlamatnya adalah untuk
membesarkan Taufik dengan baik dan sempurna serta dapat memberi pendidikan yang
terbaik kepada anaknya. Jelaslah di sini bahawa kehidupan keluarga dan masa depan
Taufik yang selesa dijadikan sebagai nilai ektrinsik atau pendorong kepada bapa Taufik
untuk berkerja keras.

4.2 Nilai intrinsik

Nilai intrinsik merupakan nilai peringkat pertama di mana ia tidak perlu bergantung kepada
nilai lain untuk mencapai matlamatnya kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir.
Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa
mengira kesannya (Westacott, 2017). Nilai ini dijadikan sebagai alat penentuan dalam
membuat pilihan atau tindakan dan menegaskan penyempurnaan tugas serta
tanggungjawab dan keadilan dalam setiap perbuatan.

Watak Hisyam dalam filem Gunting menunjukkan nilai intrinsik iaitu nilai baik hati. Taufik dan
Hisyam merupakan kawan yang amat rapat. Hisyam merupakan seorang rakan baik yang
sentiasa ikhlas kepada Salihin dan anaknya, Taufik. Dia sedia menolong apabila Salihin
dalam kesusahan tanpa meminta balasan. Sebagai contoh, sepanjang masa Taufik di L.A,
kawan baiknya iaitu Hisyam yang menjaga bapanya yang juga mempunyai masalah
kesihatan iaitu kencing manis. Walaupun Hisyam bukan anak kandung kepada Salihin, dia
tetap sudi bertolong untuk menjaga bapa kepada Taufik dengan sepenuh hati tanpa
mengharapkan apa-apa daripada keluarga Taufik. Kita mendapat tahu bahawa Hisyam amat
menghargai persahabatan sejati dengan Taufik sehingga meluangkan masa untuk menjaga
bapanya yang sakit. Selain itu, Hisyam turut meminta maaf kepada Taufik sebab berasa
serba salah kerana dia menjadikan Taufik berasa dia “mengganti” tempatnya. Dia tidak
berharap sendiri akan menjadi batu api antara Taufik dan Salihin sehingga menjejaskan
hubungan kekeluargaan mereka. Melalui contoh ini, kita mendapati bahawa tindakan
Hisyam ini bukan kerana untuk mendapat sesuatu daripada keluarga Taufik tetapi niat untuk
menunaikan tanggungjawab sebagai rakan baik Taufik secara ikhlas.

4.3 Nilai subjektif

Definisi bagi nilai subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang
individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau
perkara (Rolston, 1982). Punca nilai ini berasal daripada dunia dalaman seserang individu
seperti kegemaran, minat atau perasaan seseorang. Nilai iini berbeza bagi setiap indivivu

6
kerana kita mempunyai fikiran yang berbeza. Fungsi nilai subjektif ialah membayangkan
perasaan gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.

Dalam filem Gunting, peristiwa yang membawa kepada nilai subjektif ialah apabila Taufik
membuat pilihan antara bidang kejuruteraan yang gajinya tinggi dengan penggunting rambut
yang diminati selama ini. Taufik membuat keputusan untuk mengejar impianny dengan
sanggup meninggalkan bapa Salihin selepas ditawarkan menjadi assistant hairstylist di L.A.
Taufik berpendapat bahawa keputusan untuk meninggalkan segala dan mengingkari arahan
bapa adalah tidak salah kerana inilah impian dan keinginan. Sebaliknya, bapanya, Salihin
bekerja keras supaya Taufik mendapat peluang pekerjaan baik dan berharap dia menjadi
seorang jurutera. Contoh ini menjelaskan dua pihak yang melihat nilai dari dua sudut yang
berbeza. Satu pihak melihat dari sudut tujuan jaminan masa depan yang baik manakala satu
pihak melihat dari aspek minat sendiri dalam pemilihan kerjaya. Jelaslah di sini bahawa nilai
subjektif yang diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada
pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.

4.4 Nilai objektif

Definisi bagi nilai objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang
diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari
aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakan orang (Rolston, 1982). Dalam nilai objektif,
setiap barangan atau objek telah diberi kegunaan tersendirinya. Dengan mengenalpasti
kegunaan objek, kita membuat pertimbangan yang selanjutnya.

Contoh dalam filem Gunting yang memaparkan nilai objektif ialah nilai menjaga kesihatan
diri. Nilai menjaga kesihatan diri merupakan sesuatu yang dipersetujui oleh semua atau
kebanyakan orang. Salihin yang menghidapi penyakit kencing manis menerima rawatan
dialysis supaya keadaan kesihatan stabil. Beliau bertanggungjawab atas kesihatan tubuh
badan dengan menjaga tabiat pemakanan dan bersenam setiap hari. Selain itu, Salihin turut
menggesa anaknya Taufik untuk mendapatkan screening seawal-awalnya untuk penyakit
kencing manis kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. Sekiranya dianalisis dari
contoh ini, semua orang bersetuju bahawa kriteria nilai menjaga kesihatan diri adalah
tindakan yang sepatutnya.

4.5 Nilai relatif

Schilgen (2013) mendefinisikan nilai relatif sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan
berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai ini bersifat
arbitrary. Dalam erti kata lain, ia tidak tertentu dan berubah mengikut masyarakat berlainan.

7
Sebagai contoh, masyarakat Barat boleh memandang isu pergaulan bebas sebagai sesuatu
yang boleh diterima tetapi bagi masyarakat Timur, isu ini dipandang serius. Oleh hal
demikian, nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat
yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai norma
masyarakat akan berubah bergantung kepada masalah yang dihadapi dan pemikiran
manusia serta perubahan zaman.

Dalam filem Gunting, watak yang memaparkan nilai relatif ialah Adi Hashim. Adi bekerja
sendiri untuk mencari rezeki kehidupan. Dalam masyarakat Melayu lama, perempuan
sepatutnya duduk di rumah dan mengurus rumah tangga. Namun demikaan, dengan
perubahan zaman, status perempuan telah berubah di mana mereka juga dapat berdikari
mencari rezeki kehidupan tanpa bergantung semata-mata kepada golongan lelaki. Selain itu,
kita juga mendapati Adi yang berani menceburi bidang pekerjaan yang selama ini dibuat
oleh golongan lelaki seperti bidang pertukangan kayu. Di samping itu, Huda juga berazam
untuk memulakan perniagaan sendiri dengan menawarkan perkhidmatan Barbebellas aka
mobile barber. Huda juga berusaha mencari pelabur-pelabur untuk menjayakan perniagaan
baru ini. Contoh ini menunjukkan pandangan masyarakat terhadap golongan wanita telah
berubah di mana mereka juga medapat peluang bersama golongan lelaki terutamanya
peluang pekerjaan.

4.6 Nilai mutlak

Nilai mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi
sesebuah masyarakat (Abdullah Zhidi Omar, 2014). Dalam nilai ini, segala idea atau fakta
telah diterima umum dan terbukti sama ada sesuatu nilai baik atau buruk. Impaknya, nilai
mutlak adalah berkekalan sepanjang masa dan konsisten bagi setiap tempat atau
masyarakat yang berlainan. Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsisten dan
kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya seseorang dapat
bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.

Contoh yang berkaitan dengan nilai mutlak dalam filem Gunting ialah nilai menghormati ibu
bapa dan orang tua-tua. Seorang anak dituntut menghormati ibu bapa. Anak yang tidak
menghormati ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka dan dipandang keji oleh orang lain.
Namun demikian, Taufik tetap mengingkari nasihat bapa yang berharap dia menjadi seorang
jurutera tetapi menjadi seorang tukang gunting. Taufik meninggalkan tanggungjawab
seorang anak yang patut menjaga bapanya yang menghidapi kencing manis dan pergi ke
L.A. nyatalah di sini bahawa nilai menghormati ibu apa atau orang tua tidak akan berubah
dengan perubahan zaman tetapi akan berkekalan untuk sepanjang hayat.

8
5.0 FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN INDIVIDU BERMORAL

Melalui filem Gunting, kita dapat membuat kesimpulan bahawa keluarga merupakan faktor
perdana pembentukan individu bermoral. Peranan ibu bapa tidak hanya menyediakan
keperluan-keperluan bersifat material semata-mata, namun lebih daripada itu, ibu bapa
berkewajipan memenuhi keperluan rohani anak (Madya Aziziz Yahaya, n.d.). Sememangnya,
untuk membina sebuah keluarga yang bahagia, keluarga itu harus mempunyai disiplin-
disiplin yang tertentu dan ini adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa memberi penekanan
dan perhatian yang tinggi supaya kes-kes yang tidak bermoral tidak berlaku. Jelaslah di sini
bahawa kasih saying dan perhatiaan yang mencukupi memastikan anak-anak dibesarkan
dalam keadaan yang sihat. Dalam fiilem Gunting, kita dapat melihat betapa bahagia dalam
keluarga Taufik semasa dia masih kecil. Salihin meluangkan masa dan mencurahkan kasih
sayang yang tidak terhingga nilainya kepada Taufik. Beliau turut bekerja keras untuk
memastikan Taufik mempunyai masa depan yang cerah. Sebagai balasan, walaupun Taufik
mengingkari harapan beliau menjadi seorang jurutera, dia tetap mengenang jasa bapa
selama ini. Taufik balik ke Singapura untuk menjaga bapanya yang menghidapi kencing
manis. Di samping itu, Salihin juga menjadi inspirasi kepada anaknya Taufik. Taufik
berusaha untuk menjadi penggunting rambut yang baik seperti bapa dan akhirnya menjadi
seorang penggunting rambut yang berjaya seperti Salihin.

Dalam memberikan didikan moral, ibu bapa harus menggunakan pendekatan yang fleksibel,
di mana mereka mesti bijak dalam menimbangkan perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan oleh anak-anak mereka. Ibu bapa perlu mentaksirkan atau mengaplikasikan gaya
keibubapaan mengikut kesesuaian, keadaan atau kes kebebasan yang dibenarkan. Dalam
kes filem Gunting, bapa Salihin mengambil stail autokratik semasa Taufik memilih kerjaya.
Salihin tidak memberi peluang untuk Taufik menuruti keinginannya untuk menentukan
haluan hidup sendiri. Peristiwa ini meyebabkan timbulnya perasaan ingin memberontak dan
melawan dalam Taufik. Sememangnya, ibu bapa perlu mengamalkan sikap toleransi dalam
berbagai perkara yang ingin dilakukan oleh anak mereka. Kongkongan yang berlebihan pula
akan menimbulkan pertelingkahan dan perselisihan faham yang tidak diingini. Ibu bapa
seharusnya memberi kelonggaran dan menghormati hak kanak-kanak di samping memberi
dorongan dan pandangan yang sesuai dengan nilai moral dan agama. Oleh hal demikian,
Salihin seharusnya memberi peluang Taufik menuruti keinginannya selagi tidak bertentang
dengan nilai-nilai mulia dan akhlak yang baik.

Di samping itu, rakan sebaya juga menjadi faktor penting pembentukan individu bermoral.
Seorang sahabat sejati merupakan seorang yang sanggup bersusah payah bersama kita
dan membimbing kita ke landasan betul dan saling mengingatkan apabila terlupa. Dia tidak

9
akan melihat kita menderita malah turut bersama-sama merasai penderitaan itu. Hisyam,
rakan baik kepada Taufik merupakan suri teladan kepada Taufik selama ini. Dia menolong
Taufik menjaga bapanya dan melayan Salihin sebagai ayah kandungnya. Hisyam amat
berharap hubungan antara Taufik dan Salihin akan baik semula. Akhirnya, Taufik berasa
insaf akan ketidakpedulian terhadap bapanya dan menyesal bahawa dirinya tidak
menunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak dan membanggakan bapa dengan
pencapaiannya. Jelaslah di sini bahawa rakan yang berakhlak mulia dan memiliki nilai-nilai
perbadi luhur mempunyai pengaruh positif dalam seseorang semasa membuat sesuatu
keputusan moral. Sahabat sejati adalah orang yang membimbing sahabatnya ke landasan
betul dan saling mengingatkan apabila terlupa.

6.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, peristiwa-peristiwa dalam filem Gunting jelas memaparkan masalah-


masalah moral yang akan kita hadapi dalam kehidupan sebenar. Tambahan pula, masalah
mral ini bukan sahaja wujud dalam institusi keluarga malah seluruh komuniti Malaysia.
Selaras dengan kemajuan dan modenisasi yang dicapai negara Malaysia, kita juga
megalami krisis pada masa yang sama iaitu kelunturan nilai-nilai budaya, kelonggaran nilai-
nilai moral dan keterasingan nilai-nilai agama. Ketinggian dan kemajuan tamadun sesuatu
bangsa boleh diukur dari segi kualiti manusianya dan pencapaiannya – merangkumi
dimensi-dimensi kebendaan, agama, keintelektualan, sains dan teknologi, kebudayaan,
sistem ekonomi, sistem politik, sistem sosial, sistem pertahanan, sistem perundangan dan
adat istiadat. Namun demikian, nilai-nilai kerohanian dan moral yang menjadi asas keutuhan
sesuatu budaya. Oleh itu, kita harus menyedari bahawa kesan kegawatan moral dalam
kalangan masyarakat Malaysia dan mencari jalan penyelesaian untuk mencegah krisis
sosial bertambah serius.

10
7.0 RUJUKAN

____________(2013). Kemajuan teknologi punca keruntuhan moral. Sinar Online.


Diperolehi pada 1 Mac 2018, from
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kemajuan-teknologi-punca-kerunt
moral- 1.182477

Abdullah Zhidibin Omar, Mahdibin Shuid, Dr. Mazlanbin Aris, Mohd Fu’ad bin Sam dan Dr.
Roslina binti Suratnu. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Selangor DarulEhsan:
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Ashmore, R.B. (1987). Building a moral system. Indiana University: Prentice-Hall.

Brahm, J. (n.d.). The value of human life: intrinsic or instrumental. Diperolehi pada 28
Februari 2018, daripada http://www.grtl.org/docs/intrinsicorinstrumental.pdf

Encyclopaedia Britannica. (2013). Emotivism. Diperolehi pada 1 Mrch 2018, daripada


https://www.britannica.com/topic/emotivism

Kamus Dewan. (1994). Edisi keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Madya Azizi Yahaya. (n.d.). Keluarga dalam pembentukan moral. Diperolehi pada 26
Februari 2108, daripada http://eprints.utm.my/6035/1/aziziyahmoral.pdf

Mohd. Rumaizuddin Ghazali (2000). “Pascamodenisme: Kesan Kepada Akidah Umat


Islam dalam Risalah. Bil. 3/2000.

Muscato, C. (n.d.). What is intuitionism? – Characteristics, strengths & weaknesses.


Diperolehi pada 1 March 2018, daripada https://study.com/academy/lesson/what-is-
intuitionism-characteristics-strengths-weaknesses.html

Rolston, H. (1982). Are Values in Nature Subjective or Objective? Environmental Ethics,


4(1982), 125–151. https://doi.org/10.5840/enviroethics19824218

Schilgen, O. (2013). Value – is it relative or absolute. Diperolehi pada 28 Februari 2018,


daripada https://www.researchgate.net/post/Value-is_it_relative_or_absolute

VK Team. (2017). First Malay Movie to explain governmet initiatives. Diperolehi pada 28
Februari 2018, daripada https://www.mci.gov.sg/pressroom/news-and-
stories/pressroom/2017/6/first-malay-telemovie-to-explain-government-initiatives

Westacott, E. (2017). Intrinsic and instrumental value. Diperolehi pada 28 Februari 2018,
daripada https://www.thoughtco.com/intrinsic-and-instrumental-value-2670651

11

Anda mungkin juga menyukai