Anda di halaman 1dari 5

HEDONISME

Pengertian & Istilah

Hedonisme menurut pengertian kamus dewan ialah pegangan atau pandangan hidup
yang mementingkan keseronokan atau kesenangan hidup. Manakala Drs Sudarsono
dalam bukunya ‘Etika Islam Tentang Kenakalan Remaja’ terbitan Bina Aksara pula
mengatakan Hedonisme merupakan sebagai doktrin yang memandang kesenangan
sebagai kebaikan yang paling utama dan kewajipan seseorang untuk mencari
kesenangan bagi tujuan kehidupan. Ia beranggapan bahawa sesuatu perbuatan yang
baik adalah mendatangkan kelazatan atau nikmat. Dalam erti kata lain, mereka
beranggapan bahawa kesenangan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan akhir
hidup.

Sejarah perkembangan hedonisme

Fahaman ini didokong oleh Aristipus (433-355 B.C), salah seorang murid ahli falsafah
Yunani yang terkenal iaitu Socrates. Hal ini merujuk kepada pertanyaan Socrates
kepada beliau tentang tujuan terakhir bagi kehidupan manusia atau apa yang terbaik
untuk manusia. Aristipus kemudiannya mengatakan bahawa yang terbaik untuk
manusia adalah kesenangan. Idea ini kemudiannya dikembangkan oleh Epicurus
dengan mengatakan tujuan hidup untuk kesenangan dan kedamaian. Dalam fahaman
ini, Epicurus menekankan bahawa kebaikan tidak mungkin akan difahami seandainya
kita menolak unsur kelazatan dalam hidup kita termasuk kelazatan indera rasa, cinta
serta kelazatan lain yang dapat dilihat dan didengar oleh penglihatan dan
pendengaran.

Tokoh gerakan

Dalam pemikiran terkini berkaitan Hedonisme, G.E Moore dilihat sebagai tokoh
kontemporari hedonisme. Beliau dilihat masih berpegang kepada konsep baik yang
bertitik tolak kepada keseronokan dan menegaskan tidak ada yang baik kecuali
keseronokan dan keseronokan sahaja yang menjadikan kebaikan sebagai satu
matlamat.

Islam dan hedonisme

Islam sangat memandang berat pemikiran-pemikiran yang cuba menganggu umat


Islam. Hal ini kerana sekiranya pemikiran-pemikiran ini tidak dikawal, ia mampu
merosakkan aqidah umat Islam. Sedangkan aqidah berfungsi sebagai tonggak
kepada seluruh perancangan hidup manusia khususnya yang menyentuh aspek
perancangan ummah. Lazimnya, perbincangan mengenai akidah akan turut
melibatkan persoalan Iman. Konsep keimanan adalah mengenai individu yang
mempunyai akidah yang benar dan mempunyai tiga elemen penting merangkumi
pegangan kuat berasaskan keyakinan, wujudnya unsur ketundukkan yang ikhlas
dalam sanubari manusia terhadap apa yang diimaninya dan yang terakhir adanya
unsur cetusan atau ransangan dalaman dalam diri individu tersebut untuk
menterjemahkan seluruh prinsip keimanannya di dalam diri individu tersebut dan
dalam kenyataan dengan berusaha untuk menyelaraskan seluruh aktiviti hidup
sehariannya berasaskan kepada nilai-nilai keimanan tersebut. Hal ini kerana individu
tersebut tidak boleh bersabar melihat segala aktiviti hidup dilangsungkan berasaskan
bentuk dan kaedah yang bertentangan dengan asas-asas keimanan yang terpendam
jauh dan kental dalam hati sanubarinya.

Mengapa ia dikatakan sesat

Hedonisme adalah wabak yang memaksa dan membawa kita meninggalkan agama
kita yang paling agung (Islam) tanpa sedar sedikit demi sedikit. Menukar amal ibadat
kepada adat dan budaya masyarakat turun-temurun tanpa dihayati, difahami dan
dihargai.

Berhati-hatilah dengan penyusupan hedonisme pada trend yang menggabungkan


hedonisme dengan agama samawi ini atas nama konsert amal, malam sayembara
puisi air mata negara tertindas sana-sini, demonstrasi aman, hatta nasyid Islami
sekalipun. Sedarilah bahawa kebenaran tidak diukur dengan majoriti, petua itu-ini,
selebriti, atlet, politikus bahkan radio-tv dan internet. Ayuh kita timba ilmu daripada
ahlinya yang turut mendapatkannya daripada ahli yang sebelumnya. Sebelum kita
terlantar parah ke penyakit seterusnya iaitu bid'áh dan syirik. Hedonisme inilah
penyambut tetamu kepada 2 penyakit tersebut.

Cara penyusupan

Hedonisme menawarkan manisnya pendustaan lagi mengkhayalkan. Ia lebih


memabukkan daripada khamr. Jauh lebih berbisa dari racun. Namun tetap saja jiwa
manusia yang kontang menagih akan belaian keasyikannya. Pendek kata, kepalsuan
yang ditawarkan memang tampak indah indah belaka. Impresi hedonisme terpapar
sebagai wadah ekspresi dunia khayal penganutnya. Di sinilah juga dapat ditemukan
istilah ikut hati mati dan ikut nafsu lesu. Betapa tidak, ritualnya asasnya begitu mudah
walau bergenerasi cuba mengakademikkannya supaya kelihatan bermanfaat. Namun
tetaplah ia susah dan menyusahkan sebelum mengantarkan kepada sesat dan
menyesatkan. Lafaz-lafaz zikirnya terungkap mengikut lantunan eksplorasi bunyi.
Dari lantunan irama yang mendayu-dayu kepada kerancakan yang terkinja-kinja
hinggalah huru-hara yang membingitkan. Ditokok tambah lagi sesudahnya dengan
penampilan sebagai syiar ugama ini. Fesyen, baik trend evergreen, terkini atau
peminat setia tersendiri. Kesemuanya menyeret manusia untuk berevolusi, berputar
ke lubang biawak. Walaupun ia terdapat diskriminasi ke atas tiap kewarganegaraan,
bangsa, bahasa dan warna kulit oleh beberapa perbezaan. Namun tetaplah
sepertimana kata tadi, manisnya pendustaan nan lagi mengkhayalkan ini senantiasa
melambai-lambai manusia untuk terus datang mendekat.

Punca berlaku budaya hedonisme dan cara mengatasi

i. Pengaruh Media Massa

Melalui perkembangan media massa, pengaruh budaya hedonisme ini telah menular
ke negara ini dengan begitu mudah. Secara umumnya, hedonisme itu boleh dianggap
neokolonialisme yang dikhususkan serangannya kepada generasi muda oleh pihak
barat. Pelbagai konsep dan cara hidup bebas tanpa sekatan telah diperkenalkan
seperti minum arak, melepak, mengunjungi pesta hiburan, seks bebas, parti liar dan
sebagainya. Secara jelasnya, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan
kepuasan nafsu semata-mata tanpa wujudnya sebarang panduan atau batasan
tertentu terutamanya ajaran agama. Melihat kepada situasi masyarakat pada hari ini,
dapat disimpulkan bahawa budaya ini telah berjaya mempengaruhi kehidupan
masyarakat pada hari ini terutamanya gelongan remaja.

ii. Wujudnya Pelbagai Pusat Hiburan Dan Pusat Perjudian

Budaya hedonisme ini begitu cepat menular di kalangan remaja yang mudah
terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan
rasa bosan terutama remaja di bandar besar. Dengan kemunculan pelbagai pusat
hiburan dan pusat perjudian di seluruh pelusuk negara bagai cendawan yang tumbuh
selepas hujan telah menyebabkan budaya hedonisme merebak dengan pantas tanpa
disedari. Pihak berkuasa telah memainkan peranan yang penting dalam membanteras
gejala ini tetapi tidak dinafikan bahawa masih banyak lagi diluar sana pusat hiburan
seperti ini. Keadaan bertambah buruk apabila penyalahgunaan dadah begitu
berleluasa sekarang.

iii. Keruntuhan Institusi Kekeluargaan

Keruntuhan institusi keluarga dan permasalahan rumahtangga yang berpunca daripada


perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa para remaja
dan anak-anak. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di
luar rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang
memahami perasaan dan masalah mereka. Para remaja berpendapat bahawa
ibubapa mereka sudah tidak mempedulikan mereka dan mengambil keputusan untuk
tidak lagi menghabiskan masa bersama. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan
masalah yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama
kawan-kawan.

iv. Kurang Pengawalan atau Pengawasan Ibubapa

Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga
memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar bersiar-siar dan
menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat yang boleh
merosakkan akhlak para remaja. Kebanyakan ibu bapa pada hari ini lebih mengejar
kemewahan duniawi dan kepentingan materialistik semata-mata sehingga
mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran daripada sikap ibu bapa tersebut,
anak-anak pastinya terbiar, tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang
sepenuhnya. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan bahawa diri
mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari ketenangan
serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang mengalami nasib
yang sama.

v. Kurang Pegangan Agama

Apabila pegangan agama masyarakat khususnya golongan muda tidak teguh, mereka
tidak akan mendapat ketenangan jiwa dan inilah menyebabkan mereka mudah
terjerumus dalam kancah budaya hedonisme ini. Kesan globalissasi dunia tanpa
sempadan menjadi punca kepada budaya keterlaluan hedonisme sehingga ada yang
menghalalkan cara hidup barat yang sekali gus bertentangan dengan ajaran agama
islam. Oleh itu, para remaja haruslah memupuk nilai-nilai murni agar mendapat
ketenangan hidup dalam usaha mengelakkan diri daripada budaya hedonisme .

Dalil & Tafsiran

Surah Ali-Imran 196-197

Maksudnya kelancaran dan kemajuan dalam perdagangan dan perusahaan mereka


jangan sampai memperdayakan kamu kerana mereka itu hanya sedikit mendapat
kenikmatan duniawi. Oleh itu Allah telah mengancam kepada orang-orang kafir
dengan firmanNya “sesungguhnya orang-orang kafir baik harta mereka ataupun
anak-anak mereka, sekali-kali tidak akan dapat menolak azab Allah daripada mereka
walau sedikitpun. Dan mereka kekal di dalamnya” (Ali-Imran : 116)

Anda mungkin juga menyukai