Anda di halaman 1dari 7

Sejarah fahaman sekularisma dan hedonism

Fahaman sekularisma dan hedonisma merupakan salah satu Iahaman yang diwujudkan oleh
manusia atas dasar kepentingan hawa naIsu sendiri sehingga mengabaikan aturan hidup sebagai
seorang hamba kepada penciptaNya. Fahaman ini semakin tersebar meluas disebabkan
bertambahanya golongan manusia yang mengikut telunjuk syaitan dan iblis laknatullah. Seperti
yang telah diterangkan pada deIinisi sekularisma, ianya diwujudkan atas dasar pengasingan
kerajaan atau entiti lain daripada sistem institusi keagamaan. Dalam satu segi, sekularisma
mampu menyediakan atau memberikan hak kepada seseorang untuk mengecapi kehidupan bebas
dari peraturan dan landasan agama serta turut mendapat kebebasan daripada pengenaan agama
kerajaaan terhadap rakyat dalam sebuah negara. Selain daripada itu, ia berpandangan bahawa
aktiviti manusia serta keputusan khususnya yang berpolitik, harus berlandaskan pada bukti dan
Iakta yang tidak berat sebelah serta tiada unsur pengaruh keagamaan.
Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil "al-'Ilmaniyyah" diambil dari perkataan ilmu
(dalam bahasa arab 'ain, lam dan mim). Kononnya dari segi maIhum, ia bermaksud
mengangkat martabat ilmu, jadi ia tidak bercanggah dengan maIhum Islam yang juga
menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kepada ilmu sejak
wahyu pertama lagi. Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada "al-'Ilmaniyyah"
hanyalah satu tipu daya dan berselindung di sebalik slogan ilmu. Sebenarnya kalau diperhatikan
makna tersirat bagi sekular ialah "al-Ladiniyyah" yakni tanpa agama atau "al-La'aqidah" yakni
tanpa akidah. Tokoh pemikir Islam ProI. Dr. YusuI al-Qardhawi pernah menyebut perkara ini di
dalam penulisannya tentang sekularisme
1


1
http://sejarahstpm.blogspot.com/2008/11/hakikat-sekularisme-dan-kaedah.html
Istilah "al-'Ilmaniyyah" dipilih untuk mengaburi mata umat Islam agar menerimanya kerana jika
digunakan istilah "al-Ladiniyyah" atau "al-La'aqidah", sudah pasti umat Islam akan menolaknya.
Sebab itulah kita merasakan betapa kejinya penterjemahan sekular kepada istilah "al-
'Ilmaniyyah" dengan niat mengaburi mata malah betapa jijiknya golongan ini yang ingin
menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh umum. Bagi anak didik sistem sekular, mereka
tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka memang telah
diprogramkan untuk menyebarkan Iahaman sekularisme. Namun bagi ulama-ulama Islam yang
memahami hakikat sebenar makna Islam, mereka bermati-matian pula menentang penyebaran
Iahaman ini yang jelas bertentangan dengan hakikat Islam. Jestru, sudah tentu berlaku satu
pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama Islam dalam mempertahankan
"hakikat" masing-masing.
2

Sekularisma bertumbuh akar intelektualnya yang diilhamkan oleh ahli IalsaIah Greek dan Rom
seperti Marcus Aurelius dan Epicurus, polymath Islam zaman pertengahan seperti Ibn Rushd,
pemikir Kesedaran seperti Denis Diderot, Voltaire, John Locke, James Madison, Thomas
JeIIerson dan Thomas Paine serta pemikir bebas, agnostic dan ateis seperti Bertrand Russell dan
Robert Ingersoll.
3

Tujuan dan perdebatan pada sokongan berlainan secara lebar sebagai contoh di Laikisme Eropah,
ia telah didebatkan bahawa sekularisme adalah suatu gerakan terhadap modernisasi, dan jauh
dari nilai-bilai keagamaan tradisional (yang juga digelar "sekularisasi"). Di Amerika Syarikat,
sesetengah berdebat bahawa sekularisme negara telah berkhidmat pada setakat yang lebih besar

2
http://sejarahstpm.blogspot.com/2008/11/hakikat-sekularisme-dan-kaedah.html
3
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme

untuk melindungi agama dari gangguan kerajaan, sementara sekularisme pada suatu tahap sosial
adalah lebih prevalent.
4

Manakala, hedonisma juga merupakan salah satu Iahaman yang mampu memesongkan akidah
umat Islam dimana ia memperjuangkan nilai keseronokkan mutlak.Hedonisma secara ringkasnya
adalah satu Iahaman yang mementingkan kesukaan dan kemewahan dalam kehidupan tanpa
menghiraukan larangan agama dan tatasusila. Hedonismalah yang melanda pada generasi belia
kini sehinggakan mampu menimbulkan kebimbangan negara terutama ketika Malaysia berhasrat
menjadi negara maju. Ini berdasarkan pada sejarah hedonisma yang berasal dari Eropah selepas
zaman Ratu Victoria. Beliau yang begitu taksub pada ajaran Kristian sehinggakan melarang
segala perbuatan yang dianggap boleh menghina agama. Antara arahan yang dikeluarkannya
ialah mewajibkan penggunaan penutup meja bertujuan menutup kaki meja. Ianya disebabkan
kebanyakan kaki meja pada zaman tersebut mempunyai ukiran berbentuk kaki perempuan yang
mengghairahkan. Oleh kerana perbuatan itu dianggap menghina perempuan dan bertentangan
dengan agama, beliau mengeluarkan arahan supaya kaki meja ditutup menggunakan kain. Selain
itu, pelbagai arahan dikeluarkan bagi menyekat kebebasan rakyat seperti larangan mengenai seks
yang dianggap keterlaluan oleh masyarakatnya, hiburan dan sebagainya.
5

Selepas pemerintahan Ratu Victoria, keadaan mula berubah. Dengan itu bermulalah era dunia
moden yang membenarkan semula semua amalan yang dahulunya dilarang. Kebebasan itu
menular di kalangan masyarakat hingga melampaui batas susila dan agama seperti pergaulan
bebas, hiburan yang melampau dan seumpamanya. Selain daripada itu, pemerintah turut
menggalakkan pelbagai pesta secara besar-besaran dan hasilnya membuahkan masyarakat yang

4
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme
5
http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/51-isu2/680-hedonisme-satu-ancaman.html
hanyut dibuai hawa naIsu serta sanggup mengetepikan agama dalam kehidupan. Rakyat mula
mengejar kepuasan naIsu semata-mata serta sentiasa leka mencari kepuasan jasmani tanpa
didasari asas pemikiran dan batas susila yang seharusnya dipelihara. Melalui perkembangan
masa, pengaruh budaya itu kemudiannya menular ke negara lain di dunia termasuklah Malaysia.
6

iri- ciri Sekularisma
Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau Iahaman yang menganggap bahawa urusan
keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampur-adukkan dengan urusan negara,
politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu Iahaman yang memisahkan antara
urusan agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan
sebagainya. Yang jelas menurut Iahaman sekular, persoalan bernegara, berpolitik, berekonomi
dan sebagainya adalah tiada kaitan dengan soal agama atau gereja.
Fahaman ini berpunca dari pengongkongan gereja dan tindakannya menyekat pintu pemikiran
dan penemuan sains. Ia bertindak ganas lagi dengan menguasai akal dan hati manusia, dengan
erti kata lain segala keputusan adalah di tangan pihak gereja dengan mengambil kesempatan
mengaut keuntungan dari pengikutnya dengan cara yang salah. Sebagai contoh, sekularisma
sudah menular dalam masyarakat Islam sehingga orang Islam sudah tidak menghiraukan soal
halal haram dimana berdasarkan kajian yang dibuat berkenaan kaum paling aktiI terlibat dalam
urusan jual beli 4D (nombor ekor) adalah orang Melayu. Begitu juga dengan penglibatan orang
melayu dalam aktiviti meminum arak sehinggakan perbelanjaan arak yang hampir mencecah 1

6
http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/51-isu2/680-hedonisme-satu-ancaman.html
bilion malahan lebih buruk lagi adalah terhadap penglibatan yang semakin menular dalam orang
Islam.( Dato' Seri Harussani Zakaria )
7

iri-ciri hedonisma
Secara umumnya, konsep hedonisma itu boleh dianggap neokolonialisme yang dikhususkan
serangannya kepada generasi muda oleh Barat. Pelbagai konsep dan cara hidup seperti cara
hidup happy go lucky`, mengunjungi konsert hiburan, seks bebas dan sebagainya adalah
termasuk dalam tabiat ini. Secara jelas, konsep yang dikemukakan itu hanya mementingkan
kepuasan naIsu semata-mata. Budaya ini begitu cepat menular dalam kalangan remaja yang
terpengaruh dengan keseronokan dan aktiviti yang dianggap dapat menghilangkan rasa bosan
terutama remaja di Kota raya. Dengan kemunculan pelbagai pusat hiburan yang tidak dikawal
ketat, hedonisma merebak dengan pantas tanpa disedari mereka. Keadaan bertambah buruk
apabila penyalahgunaan dadah begitu berleluasa. Selain itu, peningkatan kelahiran anak luar
nikah dan kes pembuangan bayi adalah akibat gejala negatiI di kalangan remaja yang
terpengaruh dengan hedonisma.
8

Lebih ramai dalam kalangan kita yang terlampau keseronokkannya sehingga tidak sedarkan diri.
Golongan belia kita diserang budaya hedonisma yang melahirkan golongan seperti 'black metal',
'skin head' dimana ianya merosakkan akidah orang Islam khususnya. Sebagai contoh, jika dilihat
dahulu menggunakan nama Sure Heboh dan ianya hanya terdiri dari ramai belia. Akan tetapi

7
http://khaliIah03.harakahdaily.net/v2/index.php?optioncomcontent&viewarticle&id2682:umat-islam-malaysia-makin-ditekan-muIti-
perak&catid1:utama&Itemid50
8
http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/51-isu2/680-hedonisme-satu-ancaman.html
apabila namaya mula ditukar kepada Jom Heboh, lebih ramai golongan dewasa mengikuti serta
menyokongnya. Ditambah pula dengan program lain seperti Pesta Hurray.
9

Kita masih tidak belajar dengan peristiwa yang terjadi pada tahun 1967 di mana orang Arab
disibukkan dengan bola. Israel mula memasuki ke dalam tanah Arab dan menjajah sehinggakan
Senai jatuh ke tangan Israel. Begitu juga dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin. Ini berlaku
kerana dilalaikan dengan bola. Hanya dengan tayangan bola dan tidak perlu menunggu bom
diletupkan untuk melalaikan mereka yang mudah dipengaruhi. Negara tergadai, bangsa dihina,
agama runtuh. Perkara ini seharusnya menjadi pengajaran kepada kita kerana Iahaman tersebut
mampu mengganggu gugat akidah umat Islam pada era glokal ini.
10











9
http://khaliIah03.harakahdaily.net/v2/index.php?optioncomcontent&viewarticle&id2682:umat-islam-malaysia-makin-ditekan-muIti-
perak&catid1:utama&Itemid50
10
http://khaliIah03.harakahdaily.net/v2/index.php?optioncomcontent&viewarticle&id2682:umat-islam-malaysia-makin-ditekan-muIti-
perak&catid1:utama&Itemid50
Sumber rujukan
1. Hakikat sekularisma dan kaedah penyebarannya. Diambil pada 26/02/11 daripada
jaringan internet di http://sejarahstpm.blogspot.com/2008/11/hakikat-sekularisme-dan-
kaedah.html
2. Hedonism. Diambil pada 26/02/11 daripada jaringan internet di
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hedonism
3. Pedonlsme uan 8ella ul Malaysla SaLu 8enungan Serlbu 1lndakan Diambil pada
26/02/11 daripada jaringan internet di
http://pembinamelaka.com/v1/2010/01/02/hedonisme-dan-belia-di-malaysia-satu-
renungan-seribu-tindakan/
4. Hedonisma satu ancaman. Diambil pada 26/02/11 daripada jaringan internet di
http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/51-isu2/680-hedonisme-satu-
ancaman.html
5. Sekularisma. Diambil pada 26/02/11 daripada jaringan internet di
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekularisme
6. Sekularisma di Malaysia.Diambil pada 26/02/11 daripada jaringan internet di
http://mindarakyat0.tripod.com/2001mac/i2001-0742.htm
7. Umat islam Malaysia makin ditekan- muIti perak. Diambil pada 26/02/11 daripada
jaringan internet di
http://khaliIah03.harakahdaily.net/v2/index.php?optioncomcontent&viewarticle&id
2682:umat-islam-malaysia-makin-ditekan-muIti-perak&catid1:utama&Itemid50

Anda mungkin juga menyukai