Anda di halaman 1dari 6

PENGENALAN

Sekularisma bermaksud urusan dunia politik dan sosial sesebuah negara mesti berpisah
daripada urusan agama. Penjajahan Tanah Melayu berakhir selepas beberapa ratus tahun
dijajah oleh British. Oleh kerana tempoh masa yang lama Tanah Melayu berada dibawa jajahan
British, Tanah Melayu telah terdedah kepada pengaruh ideologi British. Hal ini boleh diteliti
melalui sains colonial (konsep dominasi dan hegemoni) yang telah direka oleh British dalam
usaha untuk belajar dan mengawal Tanah Melayu. Kesan kolonialisma telah mengubah pelbai
aspek hidup penduduk Tanah Melayu termasuklah urusan agama Islam. Salah satu bukti British
cuba menyebarkan pengaruh Barat dapat dilihat melalui pemisahan di antara Mahkamah
Syariah dan Mahkamah Sivil. Hal ini demikian kerana pihak British tidak menginginkan agama
Islam untuk berkembang. Manakala pandangan dunia menurut paradigma Barat pula
diterapkan ke dalam masyarakat pada masa itu. Hal ini terus-menerus dan masih lagi berlaku
di abad pasca-merdeka ini. Persoalannya di sini, apakah impak sekularisma yang telah dibawa
oleh British terhadap masyarakat Melayu?
KESAN SEKULARISME

Antara impak sekularisma terhadap masyarakat ialah perubahan yang berlaku kepada politik.
Sebelum tiba pengaruh British kepada Alam Melayu, Sultan mempunyai kuasa penuh terhadap
politik. Politik agama, tentu saja, berdasarkan falsafah ketuhanan dalam semua usaha. Ini
adalah dua falsafah hidup yang sangat berbeza, dan tidak ada yang boleh berpihak kepada satu
kerangka menolak kerangka yang lain. Mengalah bermakna mengakui kebenaran pihak yang
lain. Kerana menolak ajaran agama, falsafah politik agama tidak dapat mengiktiraf kebenaran
falsafah politik sekular moden. Jadi persoalannya ialah apakah politik agama juga harus
mencari kekuatan politik dan, sebagai hasilnya, memerintah menggunakan kerangka politik
sekular moden. Ini bermaksud bahawa kuasa diperoleh melalui penggunaan kaedah
mengesahkan matlamat. Bolehkah berkat Tuhan dimenangkan untuk kejayaan duniawi dan
yang lebih penting, kejayaan ukhrawi jika sesuatu berjaya memaparkan kekuatan? Inilah mesej
yang pernah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW. Suatu ketika di Makkah, dia menolak
tawaran takhta, harta benda, dan wanita dari pemimpin Quraisy. Sedangkan politik yang
menggunakan kerangka secular-moden hanya memfokuskan kepada matlamat, harta dan kuasa
dan mengabaikan sensasi amanah kepada tuhan. Politik moden-sekular amat kekurangan dari
segi kerohanian. Dalam kegiatan politik sekular moden, tidak ada rasa dosa dan pahala, tidak
juga akan keredhaan dan kemurkaan Tuhan. Ini adalah kerangka politik yang ditanamkan oleh
Inggeris di seluruh dunia, dan khususnya di bekas jajahannya.
Selain itu, aspek pendidikan juga terkesan oleh pengaruh sekularisme kerana Pendidikan
merupakan salah satu medium yang amat sesuai untuk menyebar dan menenam sesebuah
ideologi kepada sesebuah masyarakat. Sekularisme membuka pintu kepada fahaman atheist.
Hal ini demikian kerana fahaman sekularisme dalam Pendidikan tidak menitikberatkan aspek
kerohanian dan kebergantung kepada Tuhan Yang Maha Esa. Salah satu teori yang membawa
kepada fahaman atheism ialah teori evolusi Darwin yang mengandungi isi bahawa manusia
berasal daripada beruk dan tidak mempunyai sebarang hubungan dengan Pencipta. Ilmu-ilmu
sam’iyat (perkara ghaib) dianggap sebagai dongeng dan olahan semata-mata hanya kerana
perkara ghaib tidak dapat dikesan oleh deria pancaindera. Fahaman sekularisme dalam
pendidikan juga membuka pintu kepada kerosakan akhlak. Hal ini demikian perkara-perkara
seperti akhlak dipandang remeh. Perkara seperti gosip, membuka aib serta pergaulan bebas
antara lelaki dan perempuan adalah normal dari pandangan sekularisme. Bahkan jenayah yang
berat seperti zina dan arak adalah normal dan amat berleluasa di negara-negara yang
mengamalkan sekularisasi secara menyeluruh. Sebahagian daripada masyarakat tempatan
sedar akan kesan negative ini dan mengambil tindakan seperti membina institu madrasah dan
sebagainya. Nur Azuki Yusuf menegaskan “corak pentadbiran dan pengurusan British benar-
benar menguji arus perkembangan Islam di Kelantan. Oleh itu, terdapat kesedaran masyarakat
yang tinggi Kelantan untuk memperkukuhkan sistem dan institusi Pendidikan Islam dalam
menghadapi persaingan dengan institusi ditaja secara konvensional oleh penjajah.” 1
Seter=usnya, pemikiran masyarakat juga dipengaruhi oleh fahaman sekularisme. Pemikiran
yang telah terjejas ini mengakibatkan masyarakat mempunyai faham agama yang sempit
menyebabkan lahirnya golongan-golongan yang menentang agam Islam daripada masyarakat
itu sendiri. Contohnya, seperti golongan orang berada yang mementingkan materialisme dan
menolak hukum-hukum yang telah ditetapkan islam seperti menutup aurat, rasuah, riba, dan
perkara lain yang dipandang sebagai trivial dan kolot. Daripada golongan ini jugalah lahir
golongan liberalisme yang menafsir hukum menurut kemahuan mereka untuk
menjustifikasikan perbuatan mereka yang jelas bertentangan dengan hukum syarak. Selain itu,
pemikiran sekularisme yang telah diterapkan oleh barat mengajar supaya menjadikan mereka
sebagai contoh. World-view barat dan paradigma barat diajarkan kepada masyarakat tempatan
manakala segala pandangan dan pegangan yang sedia ada ditolak sepenuhnya. Hal ini
merangkumi beberapa perkara seperti :

1. Negara yang ingin maju perlu mencontohi negara barat


2. Penolakan kuasa politik berdasarkan agama
3. Penurunan taraf ilmu agama (menampakkan ilmu agama sebagai tidak penting
dalam hidup)
4. Memperkenal konsep kebenaran yang mengelirukan mengikut fahaman
sekularisme.
PENUTUP

Terdapat pelbagai impak sekularisma yang boleh diperhatikan daripada pertembungan antara
agama dan sekularisme pada masyarakat. Terdapat banyak lagi impak negatif terhadap
masyarakat kita yang dapat dibincangkan secara lebih teliti. Kesimpulan yang kita dapati
daripada perbincangan ini pasti akan menimbulkan rasa sedar akan situasi masyarakat di
sekeliling. Sama ada kita sedar atuapun tidak, kesan jajahan telah meninggalkanparut yang
amat dalam di dalam masyrakat kita. Hal ini demikian, penjajahan tanah dapat dilihat secara
fizikal sedangkan penjajahan budaya tidak dapat dilihat secara fizikal dan ianya menembus ke
dalam hidup kita secara halus. Tanpa jati diri yang kukuh dan pemikiran yang matang, pasti
kita akan dihanyutkan oleh arus massa. Oleh itu, falsafah perlu dipelajari dan difahami supaya
kita dapat mengenalpasti ancaman yang datang dalam bentuk ideologi-ideologi baharu yang
bertentangan dengan syarak.
Nota kaki

1
Rahim, R.A.A., Jalal, A.F.A., Ismail, A.H., Ismail, H., Kadir, N.A.A., Rosele, M.I. and
Kamaruddin, N.K., 2017. Ilmu Kolonial dan Impaknya pada Pengajian Islam di Malaysia. Jurnal
Ulwan, 2(1), pp.97-124.

Anda mungkin juga menyukai