Anda di halaman 1dari 3

N.

THEVAMALAR 4263201001 BOCT 7

1. Jelaskan apakah tujuan Sekularisme mengasingkan peranan politik dari agama dalam
menguruskan masyarakat dan bagaimanakah agama boleh berperanandalam sebuah negara
sekular (10 markah)

Perkataan sekularisme berasal daripada perkataan ‘saeculum’ bermaksud masa dan


tempat. Sekularisme adalah merujuk kepada sistem politik yang diamalkan di sesebuah
negara. Sekularisme adalah fahaman falsafah yang memisahkan urusan-urusan keduniaan
dari urusan-urusan agama. Menurut A.S Hornby, secular bermaksud sesuatu yang tidak
bersangkutan dengan rohani atau keagamaan. Sekularisme pula adalah daripada perkataan
bahasa Inggeris, yang ertinya kepercayaan bahawa akhlak, pendidikan dan sebagainya yang
tidak didasarkan kepada agama. Dapatlah disimpulkan sekularisme adalah sesuatu perkara
yang dilakukan yang tidak dikaitkan dengan agama dan manusia. Di Malaysia, ideologi
sekularisme mula menyerap masuk ke negara apabila British memperkenalkan Sistem
Residen selepas Perjanjian Pangkor 1874.

Tujuan sekularisme adalah untuk institusi politik bergerak dengan sendiri tanpa
campur tangan mana-mana pihak politik. Sekularisme berasal dari Eropah di mana ahli
falsafah seperti Machiaveli dan Michael Mountaigne yang menolak hegemoni agama dan
gereja Katolik, mereka mengambil jalan tengah iaitu tetap mengakui agama tetapi tidak boleh
menganggu pengaturan urusan masyarakat atau sistem politik. Pihak pemerintah di negara
itu bebas beragama contohnya, boleh memeluk mana-mana agama tetapi tidak boleh campur
tangan dalam menguruskan masyarakat. Perkara ini amat penting pada sebuah negara agar
menghentikan perselisihan faham antar umat beragama dan sistem pemerintahan negara
tersebut.

Selain tiu, sekularisme ialah bertujuan untuk menggantikan undang-undang


berasaskan kitab suci dengan undang-undang sivil. Sekular boleh menerima agama sebagai
anutan umat semata-mata. Oleh itu, sekular tetap menolak Islam kerana syariah dan akidah
Islam dijadikan sebagai asas dalam perundangan. Mereka menghukum pesalah dengan
menggunakan kitab suci Islam. Syariah Islam banyak bertentangan dengan undang-undang
dan falsafah perundangan sekular. Sebagai contoh, gerakan Kamalisme di Turki adalah
merupakan manifestasi terpenting menunjukkan realiti ini yang berdasarkan sekularisme,
materialisme, nasionalisme, peoplisme, republikanisme, revolusi dan menjuruskan kepada de-
Islamisme yang mana gerakan ini melakukan pembaharuan undang-undang iaitu undang-

1
N.THEVAMALAR 4263201001 BOCT 7

undang Barat menggantikan al-Quran dan al-Sunnah. Undang-undang sivil dari Itali, undang-
undang perniagaan dari Jerman manakala undang-undang jenayah dari Swiss.

Bukan itu sahaja, sekularisme juga bertujuan untuk menghapuskan perselisihan pada
asas agama. Sebagai contoh, Gereja tetap memainkan peranan dan mengekalkan kepercayaan
kepada tuhan dan agamanya. Tetapi pihak politik tidak akan masuk campur dalam hal-hal
agama dan sebaliknya. Kebebasan beragama adalah salah satu prinsip sekularisme.
Sekularisme menjauhkan agama daripada landasan penting sebagai panduan dan hala tuju
hidup manusia dalam pelbagai bidang seperti kesenian, pendidikan dan moral. Hal ini
demikian kerana corak pemerintahan negara perlu dibezakan agar tidak ada perselisihan pada
asas agama.

Negara sekular merujuk kepada sebuah negara yang menganut fahaman pemisahan
secara tegas antara agama dan negara. Fahaman sekularisme diperkenalkan demi desakan
keperluan sejarah dan bukan untuk melenyapkan agama dan bukannya niat untuk menentang
kewujudan Tuhan. Konsep agama masih kekal dan kepercayaan kepada Tuhan masih
bertahan. Selepas wujudnya fahaman sekularisme, Gereja masih tetap memainkan peranan
sebagai tempat ibadat manakala fungsi-fungsi yang lain diambil alih oleh institus-institusi
bersifat sekular. Jelaslah bahawa fahaman sekularisme ini tidak disasarkan untuk memerangi
agama. Ia bertujuan untuk mengatur cara hidup yang tertib dan mengelakkan konflik agama.
Contoh yang lain ialah mereka dari Amerika Syarikat mempunyai kehidupan
beragama yang kuat,, walaupun ada arus sekularisme datang ke negara mereka. Mereka tetap
mempertahankan kepercayaan agama mereka dan kepercayaan kepada tuhan. Hal ini adalah
untuk mengelakkan perpecahan masyarakat Kristian yang mempunyai pelbagai kelompok
denominasi.
Seterusnya, di Singapura sistem pemerintahannya berbentuk sekular tetapi pemerintah
mempunyai peranan untuk mengatur dasar-dasar yang berkaitan isu keharmonian agama dan
kaum di negara tersebut. Hal ini demikian kerana kestabilan negara tergantung kepada
keharmonian agama dapat dikekalkan dengan peraturan dan undang-undang yang teratur. Ini
bukan maksud bahawa pengamalan agama di sini tersekat dan terbatas, malah dalam urusan
pengamalan ritual agama, pemerintahan tidak campur tangan. Setiap kumpulan dapat
mengamalkan agama masing-masing tanpa berlaku sebarang konflik dan ketegangan di
antara kumpulan-kumpulan agama di sini.

2
N.THEVAMALAR 4263201001 BOCT 7

Berdasarkan hakikat ini peranan agama dalam kehidupan adalah utama dan penting
yang berbeza dari sekular. Pada pandangan Islam gologang sekular yang melihat agama
sebagai sesuatu yang bersifat peribadi nampaknya Berjaya mendominasi pemikiran manusia.
Sebenarnya, sekularisme bukan membuangkan konsep agama tetapi mengasingkan politik
dari agama untuk menguruskan masyarakat majmuk. Di barat sekularisme berwujud kerana
pergolakan yang terjadi di Gereja, mereka ingin menjauhkan nilai-nilai agama dari aspek
kehidupan.
Kesimpulanya, fahaman sekularisme adalah agenda barat untuk mengasingkan sistem
politik dari agama. Agama dikekalkan di negara sekular untuk mengharmonikan
masyarakarat dan mengekalkan kedaulatan negara. Masyarakat progresif perlu tahu manfaat
fahaman sekularisme. Hal ini demikian kerana globalisasi membawa masyarakat kepada
unsur-unsur modenisasi. Oleh itu, Pendidikan merupakan salah satu alat utama dalam
menyebarkan ideologi ini. Pendidikan sekular dalam menyebarkan sekularisme akan
memberi kesan yang positif ke atas individu, masyarakat dan negara itu sendiri. Golongan
masyarakat progresif perlu berusaha untuk memahami sekularisme agar memajukan negara
dari pelbagai aspek.

Anda mungkin juga menyukai