Anda di halaman 1dari 25

SKSJ 1033: PENGANTAR FALSAFAH POLITIK

TAJUK: PEMIKIRAN FALSAFAH, ALIRAN DAN CIRI-CIRI POLITIK JEAN JACQUES ROUSSEAU

DISEDIAKAN OLEH: MUHAMMAD ZAREQ BIN MOHAMMAD ZAINAL A140847

DISEDIAKAN UNTUK: EN. RUSSLI BIN KAMARUDIN

ISI KANDUNGAN

BIL

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0

PENGENALAN

2.0

LATAR BELAKANG

3.0

KARYA

4.0

PERSOALAN POKOK

10

5.0

ALIRAN FALSAFAH POLITIK

20

6.0

CIRI-CIRI FALSAFAH POLITIK

23

7.0

KESIMPULAN

24

RUJUKAN

25

1.0 PENGENALAN Sepanjang abad ke-18, martabat dan kedudukan tinggi yang dicapai oleh Perancis dalam bidang politik, diplomasi, militer, ekonomi dan budaya di bawah naungan Raja Henry, Richelieu, Mazarin dan Raja Suria Louis ke-14 merosot. Kemerosotan itu ada kaitannya dengan cara pentadbiran dan urusan hal ehwal negeri yang semakin buruk, dan kegagalan pasukan tenteranya di medan perang pada abad itu, khususnya selepas tahun 1715. Penghinaan dan kekalahan Perancis yang dialaminya di luar negeri adalah sebab utama mengapa kerajaan Perancis tidak lagi diberikan penghormatan dan kesetian oleh rakyatnya sendiri. Kelemahan ini mengkibatkan lahirnya bantahan dan bangkangan daripada orang ramai, yang semakin meningkat dari sehari ke sehari hinggakan merebak ke seluruh negara. Perkembangan ini merupakan satu cabaran yang hebat kepada kerajaan. Dalam suasana demikian yang penuh dengan rasa kekecewaan dan kemunduran di kalangan rakyat Perancis itu, maka berkembanglah satu gerakan intelek yang menentang dan mengancam kedudukan gereja dan bentuk masyarakat dan negara Perancis ketika itu. Keduadua badan itu dilihat sebagai bertanggungjawab bagi kemunduran Perancis. Gerakan itu menolak ajaran dan amalan lama, khususnya yang datang dari zaman pertengahan. Antara yang dibenci ialah sifat keindividuan, aristokrasi dan kelas pengusaha dan peniaga baharu yang telah dikatakan telah merosakan orde lama itu. Apa yang dianggap penting ialah apa yang berlaku semasa dan ini termasuklah setiap idea rasional dan juga sesuatu yang mempercepatkan proses penginsanan fikiran dan tindakan manusia. Cara rasionalisme yang telah diperkenalkan dan dimajukan oleh Rene Descartes dan Bacon, dipuji dan diterima dalam segala hal. Yang banyak disanjung ialah bentuk pemikiran dan kebudayaan yang ditinggalkan oleh zaman purba Yunani dan Rom, kerana ia dianggap suatu tradisi kemanusiaan dan kemasyarakatan yang harus dihidupkan semula dan dijadikan asas bagi sistem politik baharu yang dicadangkan bagi Perancis. Salah satu aspek penting dalam gerakan ini ialah aliran romantik. Aliran ini memberi tekanan kepada perasaan dan emosi(sensibilite) berbanding pemikiran dan perancangan dalam hidup manusia; memuji keindahan dan kesucian desa, dan membenci industry yang sedang berkembang ketika itu di beberapa bandar Perancis. Antara idea yang mendapat tempat istimewa dalam gerakan itu ialah idea keinsanan atau kemanusiaan, diikuti pula oleh kecenderungan untuk menghormati orang miskin. Dari satu segi idea ini menjadi suara penentangan dan bantahan terhadap keadaan ketidakadilan,
3

keganasan, kezaliman, penindasan dan sebagainya yang terdapat dalam masyarakat ketika itu. Dari sudut yang lain pula idea ini merupakan alat untuk menghitung sama ada sesebuah institusi negara yang dipertimbangkan itu masih lagi sesuai atau sebaliknya, untuk mengisi kehendak dan matlamat sosial yang diingini itu. Kalau tidak, institusi itu mestilah dimusnahkan. Ia sekurang-kurangnya harus diubah atau digantikan dengan institusi baharu yang boleh mencapai tujuan-tujuan yang diidamkan. Akhir sekali, perkara yang dikesan dalam sistem sosial dan politik ternyata sudah rosak dan tidak dapat dipertahankan lagi. Ia harus digantikan dengan sistem baharu yang berpandukan prinsip kemerdekaan, kesamaan dan persaudaraan umat manusia. Rakyat Perancis yang telah jauh ketinggalan, khususnya kelas menengah(bourgeoisie), di bawah order lama( ancienregime) itu memang tertarik dengan idea-idea in, dan akhirnya menjadi penyebar revolusi di seluruh negara. Ahli-ahli falsafah Perancis yang menjadi penganjur gerakan humanisme ialah rousseau, Voltaire, dan Diderot. Revolusi Perancis yang tercetus pada tahun 1789 akibat perkembanganlanjut gerakan itu menunjukkan satu tanda kemajuan dan kejayaan pemikiran mereka, khususnya yang dikemukan oleh Rousseau dan Voltaire. Tetapi Rousseau dianggap lebih berpengaruh daripada Voltaire sebagai seorang pemikir dan ahli falsafah politik. Beliau juga merupakan penganjur aliran romantik yang disebutkan tadi.

2.0 LATAR BELAKANG Jean Jacques Rousseau (1712-1778) merupakan seorang ahli falsafah Perancis dalam abad ke-18 dan dilahirkan pada 28 Jun 1712 di Geneva, Switzerland. Ibunya meninggal dunia ketika beliau masih kecil dan diasuh selama beberapa tahun oleh ayahnya yang

kemudiannya menyerahkan Rousseau kepada pakciknya. Beliau hidupbila mana Perancis menjadi salah satu centre of civilization Eropah. Ayah Rousseau, Isaac Rousseau merupakan seorang tukang jam, suka berburu dan meminati muzik. Dalam karya beliau bertajukConfessions,menyatakan bahawa ayahnya banyak mempengaruhi kehidupan Rousseau terutama terhadap pembentukan watak dan pemikirannya. Zaman kanak-kanaknya banyak dihabiskan dengan membaca pelbagai karya klasik Plutarch, seorang tokoh di zaman Romawi kuno. Beliau sangat mengagumi tokoh ini sehinggakan pada suatu masa beliau pernah mengatakan bahawa beliau telah menjadi seorang Romawi ketika berusia dua belas tahun.Kebiasaan membaca buku bersama ayahnya ini diceritakan di dalam karyanya antaranya; Kita biasa membaca bergantian tanpa henti, dan menghabiskan sepanjang malam melakukan aktiviti ini. Kami tidak dapat berhenti sehingga buku tersebut habis dibaca. Sehinggakan ayah saya mendengar burung layang-layang mulai berkicau dipagi hari, dan berkata dengan sedikit malu, marilah kita tidur, saya lebih kanak-kanak daripada kamu. Ayahnya juga merupakan seorang yang terlalu mengagumi peradaban

Romawi,terutama ketika mencapai puncak kejayaannya. Kekagumannya ini selalu diceritakan kepada Rousseau. Misalnya, beliau menyatakan menginginkan hidup di negaranegarakota Romawi kuno yang menurutnya aman, sejahtera, adil dan tidak seorang punpenduduk merasakan dirinya mengatasi undang-undang serta adanya jalinan yang akrab di antara anggota masyarakat. Negara kota Romawi kuno dibayangkan seperti sebuah keluarga yang bahagia. Didikan ayahnya jugalah yang membuatkan Rousseau mengagumi Geneva, sebuah kota kecil di Switzerland, yang diibaratkan oleh ayahnya sebagai sebuah negara kota Romawi moden. Geneva adalah kota yang sejahtera,aman dan damai, dikelilingi gunung-ganang, lembah-lembah dengan hutan-hutannya yang menghijau. Keadaan ekologinya bersih, belum tercemar. Penduduknya mematuhi undang-undang. Rousseau dan ayahnya sememangnya berbangga menjadi warga kota kecil ini.Sosialisasi di zaman kanak-kanaknya di Geneva amat mempengaruhi jiwa dan perkembangan intelektualnya. Dalam karyanya, Rousseau menyatakan bahawa beliau merasa beruntung dibesarkan oleh seorang ayah yang romantis dan emosional.Didikan ayahnya membuat dirinya memiliki kepekaan perasaan dan jiwa
5

romantis yang tinggi. Maka, tidak menghairankan jika sejak kecil beliau terbiasa melatih emosi dan jiwanya berbanding untuk berfikir secara rasional. Didikan itu memberikan kesan sehingga Rousseau dewasa yang mana beliau lebih mementingkan kepekaan emosi dan kehalusan jiwa daripada pertimbangan rasional dan logika.Sejak kecil sehingga usia remaja, Rousseau merupakan pengikut Protestan,tetapi ketika tinggal di Turin telah bertukar menjadi penganut Katolik. Beliau pernah menjadi guru muzik dan mengunjungi daerah-daerah di sekitar Swirzerland dan Perancis. Tahun 1932, di Chambery beliau diangkat menjadi anak asuhan Madam deWarren, seorang janda kaya dan cantik. Janda ini ternyata jatuh hati dengan keperibadian Rousseau yang kemudiannya menjadikannya kekasih hatinya. Pada usia yang ke-20, Rousseau mengatakan bahawa Madam de Warren treats me as a man.Madam deWarren amat berjasa membentuk keperibadian dan watak pemikiran Rousseau. Wanita inilah yang telah membiayai pendidikannya, menyediakan perpustakaan peribadinya serta membentuknya menjadi seorang penulis yang hebat.Beliau banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang mana ramai beranggapan tulisannya merupakan faktor penting bagi pertumbuhan sosialisme, romantisme,totalitersme, anti-rasionalisme serta dikatakan mengilhamkan Revolusi Perancis padatahun 1789 dan merupakan penyumbang kepada idea-idea moden yang menuju kepada kebebasan, kesamaan dan keadilan. Antara penulisan beliau yang terkenal adalah Discourse On The Origin of Inequality (1755),La Nouvelle Heloise(1761),The Social Contract [Du Contrat Social] (1762),Emile(1762) dan Confessions(1770).Rousseau juga dikenali sebagai pemikir politik yang radikal kerana di samping mengemukakan pendapat mengenai sejarah manusia yang agak idealistik, beliau juga mencadangkan beberapa perkara yang perlu diperkenalkan supaya manusia dapat mengekalkan sifat-sifat semulajadi. Contohnya, beliau mencadangkan satu cara pendidikan dan pengasuhan yang beliau yakin akan menghasilkan manusia yang tidak dicemari sifat-sifat buruk malahan sudah pasti mewujudkan manusia yang mempunyai sifat yang serba lengkap. Beliau meninggal dunia pada tahun 1778 di desa Ermenonville.

3.0 KARYA Sistem pemikiran Rousseau agak rumit dan terdapat sedikit sebanyak kekeliruan. Beberapa konsep pula kurang bersesuai antara satu sama lain. Sebabnya, pada dasarnya Rousseau adalah seorang yang romantik dan idealis. Walaupun begitu, beliau masih kekal seluruh alam pemikiran barat. Beliau berjaya menghasilkan pelbagai karya dalam bidang pemikiran dan persuratan yang dianggap tinggi nilainya. Antaranya yang termasyhur ialah Les Confessions, LEmile, Discours Sur les origins de Linegalite, Du Contract Social dan lain-lain. Tetapi dalam perbincangan esei ini hanya melibatkan Du Contract Social sahaja yang penting. Konsep-konsep pokok politik Rousseau adalah berkaitan keadaan alamiah, kemahuan sosial dan perjanjian kemasyarakatan, kerana semuanya memberikan penjelasan yang cukup baik terhadap asal usul serta perkembangan lanjut masyarakat dan negara. Kontrak Sosial [Du Contrat Social] (1762) Karya Rousseau,Du Contrat Social ( The Social Contract, 1762),dikatakan amat berpengaruh dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789.Teori Kotrak Sosial Rousseau adalah satu konsep yang kerap dilihat di dalam sejarah pemikiran liberal.Beliau menekankan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosialadalah satu perkara yang semulajadi dan seseorang individual itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya. Masyarakat beraja di zaman Rousseau kurang senang dengan teori Rousseau yang mengatakan setiap manusia itu dilahirkan bebas tetapi pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan perilaku manusia itu di dalam masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara. Sekali lagi, idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di Perancis pada masa itu.Dalam penulisan beliau ini, Rousseau mencadangkan corak komuniti atau Negara yang sesuai untuk menjaga kepentingan manusia yang tidak terikat. Seperti teori-teori kontrak lain, Rousseau memulakan teori asal mula negara dari tahap keadaan semula jadi. Menurut beliau manusia ialah makhluk istimewa kerana bukan sahaja mereka baik dan bersifat simpati terhadap manusia lain, tetapi lebih penting lagi adalah keramahanya mereka sahaja yang dapat mambuat pelbagai pilihan.Dua isu penting yang dibincangkan di dalam teori Kontrak Sosial ini ialah Institusi yang baik dan berkesan untuk menjaga kepentingan rakyat ialah Negara di mana setiap individu melepaskan dirinya dan kuasanyakepada kehendak umum Negara diwujudkan ekoran dari sebuah perjanjian. Walaupun pada
7

prinsipnya manusia itu sama, tetapi alam, fizik dan moral menciptakan ketidaksamaan. Muncul hak-hak istimewa yang dimiliki oleh beberapa orang tertentu kerana mereka ini lebih kaya, lebih dihormati, lebih berkuasa dan sebagainya. Organisasi sosial digunakan oleh mereka sebagai tempat untuk menambahkan kuasa dan menekan yang lain. Keadaan ini menunjukkan ianya lebih cenderung kepada potensi kekuasaan tunggal. Sebenarnya, terdapat dua draf buku The Social contract itu. Draf yang pertama dipercayai musnah yang menampakkan terdapat banyaknya pengaruh daripada ajaran John Locke. Apa yang menarik dalam hal ini ialah kedua-dua draf terbabit bermula dengan ayat seperti ini Man is born free; however he is everywhere in chains ( manusia dilahirkan bebas; namun di mana-mana ia terikat) tetapi kalimah ini diberikan tafsiran yang berbezabeza dalam kedua-dua draf terbabit. Dalam draf pertama Rousseau, seperti Locke, menggambarkan keadaan alamiah sebagai satu keadaan alam yang baik, bermoral dan ideal. Menurut gambaran beliau, manusia dilahirkan bebas dan seterusnya hidup secara bebas, merdeka dan berasingan. Bagaimanapun keadaan yang sempurna ini tamat dengan terbentuknya masyarakat. Keadaan adat dan kebiasaan masyarakat serta keperluan ekonomi dan penyusunan masyarakat melahirkan keadaan ketidaksamaan dalam seluruh masyarakat. Perkembangan ini seterusnya merosakkan kebebasan manusia, menghambaabdikan manusia untuk mengikut adat dan kebiasaan dan menjatuhkan manusia daripada keadaan bahagia, kesejahteraan dan kemerdekaan ke suatu keadaan kehidupan yang terlalu keras dan buruk. Oleh itu, kehidupan bermasyarakat dibayangkan tidak baik dan tidak selaras dengan perangai semula jadi manusia. Kehidupan bermasyarakat sebenarnya bererti kemerosotan keadaan pramasyarakat yang ideal itu. Kebebasan yang dinikmati manusia dalam masyarakat bukanlah kemerdekaan sebenar tetapi adalah kehambaan. Sebaliknya, keadaan alamiah

dianggap baik, selalu seimbang dan sesuai dengan perangai dan kepentingan manusia sebenarnya, dan sentiasa menjamin kebebasan yang benar. Demikianlah perbandingan antara konsep keadaan pramasyarakat dengan keadaan bermasyarakat Rousseau menurut versi pertama bukunya Du Contract Social. Dalam versi yang keduanya ini dianggap sebagai draf yang sah oleh semua sarjana dalam bidang pemikiran politik, pandangan Rousseau berubah menjadi suatu pembelaan (dan sokongan) terhadap kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, kerantaian masyarakat menjadi kemerdekaan manusia. Karya itu mengemukakan beberapa hujah yang menyokong penubuhan masyarakat sebagai ganti keadaan alamiah. Ia mengutarakan suatu pembelaan yang lebih sistematik daripada draf yang pertama terhadap kewujudan masyarakat dan
8

negara. Menurutnya, masyarakat dibentuk kerana ia membawa kebaikan dalam bentuk kemerdekaan dan kehidupan yang bermoral dan aman sentosa, di samping menjamin hak-hak asasi manusia. Begitulah caranya Rousseau menyifatkan masyarakat dan negara sebagai suatu kebaikan (satu keadaan baik), dan semua manusia patut menjadi anggota negara. Dengan ini, Rousseau menjauhkan diri daripada Locke, dan mendekati falsafah Aristotles dan Plato. Dengan demikianlah manusia diakui sebagai haiwan bermasyarakat dan

berpolitik. Oleh itu, ia tetap berhubung dan bekerjasama dengan orang lain supaya dapat mencapai dan menyempurnakan kebaikan diri. Selain daripada itu, kehidupan baik seseorang dapat dilihat sebagai berkait pula dengan (kebergantungan kepada) kehidupan baik keseluruhan manusia, dan masyarakat disifatkan sebagai penjamin kehidupan seumpama itu. Pandangan ini merupakan suatu pandangan organik(beranggota) terhadap masyarakat dan negara yang telah dikemukan buat pertama kalinya oleh Aristotle. .

4.0 PERSOALAN POKOK Pada umumnuya, setiap falsafah politik itu mempunyai andaian-andaian masingmasing dalam membahaskan serta membincangkan pelbagai persoalan pokok falsafah politik atau yang berkaitan dengannya. Tinder( 1979:9-11) menyarankan satu soalan yang boleh dipertanyakan apabila kita berhadapan dengan satu-satu falsafah politik. Tokoh terbabit pastinya membawa andaian-andaian tersendiri, malah mungkin sama atau berbeza dengan satu-satu falsafah politik yang dibawa oleh tokoh-tokoh lain. Oleh itu, perbincangan berkaitan persoalan pokok bagi tokoh Jean Jacques Rousseau merangkumi beberapa persoalan, seperti: (A) Sifat semula jadi manusia Menurut Rousseau, sifat semulajadi atau fitrah manusia yang dilahirkan sebagai individu-individu yang bebas tetapi terbelenggunya bermula daripada keahliannya dalam sebuah keluarga. Yang dimaksudkan terbelenggu ini ialah di mana individu itu harus dari mula lagi mentaati atau patuh kepada peraturan berkeluarga. Hal ini kemudiannya meluas kepada masyarakat luar. Yakni dia kemudiannya harus mematuhi pelbagai peraturan, norma dan undang-undang yang kompleks yang bukan sahaja bertindan lapis, malah kadang kala bertentangan. Dari segi naluri semula jadi manusia yang dianggap sebagai haiwan berpolitik dan bermasyarakat ini memperlihatkan bahawa setiap orang terpaksa bergerak ke arah suatu kehidupan bermasyarakat, yang membolehkan seseorang berinteraksi dan berhubungan dengan orang-orang lain. Bagaimanapun setelah masyarakat itu ditubuhkan, naluri semula jadi itu digantikan dengan kemahuan am. Jadi, kesedaran bermasyarakat timbul bukan secara spontan tetapi secara sengaja demi untuk kebaikan dan kebajikan keseluruhan. Tambahan pula kehidupan bermasyarakat yang diwujudkan itu tidak akan kekal dan maju, kecuali semua anggotanya bersama-sama menyertai dan mematuhinya melalui kemahuan am. Dengan kata lain, sesebuah masyarakat yang sihat dan kuat hendaklah wujud secara teratur dan tersusun sebagai sebuah badan organik, yang sentisa berpandukan kepada kemahuan am. Hal ini yang kemudiannya membawa kesan kepada perubahan sistem politik mereka yang permuafakatan bersama untuk membentuk undang-undang mereka sendiri dan kesahan dan punca kepada kuasa legislatif dan eksekutif adalah pada individu-individu yang menjadi warga masyarakat berkenaan melalui permuafakatan yang disebut sebelum ini.

10

(B) Asal-usul masyarakat dan kerajaan atau negara. Mengapa masyarakat itu berkembang adalah disebabkan oleh perjanjian sosial yang dimeterai bersama dan perjanjian sosial ini menjadi punca kepada kewujudan masyarakat dan segala kewibawannya bersama. Keseluruhan itu terdiri daripada individu yang telah keluar daripada keadaan alamiah. Dengan itu kehidupan individu sebagai individu yang berasingan berakhir, dan sebagai gantinya, lahirlah suatu penyatuan di antara individu dengan individu, iaitu satu kehidupan bermasyarakat yang bersifat kolektif. Kemahuan am menjadi asas kepada penyatuan masyarakat ini. seterusnya penyatuan ini mestilah bertindak sebagai satu badan(negara) yang bersifat moral-politik. Dan kerana badan itu ditubuhkan oleh keseluruhan individu dengan satu perjanjian bersama, maka melalui perjanjian itu ditentukan pula identiti, corak kehidupan dan kewibawaan badan itu yang menjadikan masyarakat itu sama rata darjatnya. Rousseau menyifatkan badan(negara) itu sebagai satu kepribadian awam (public person) kerana ia dihasilkan oleh suatu gabungan( penyatuan) antara individu dengan individu yang lain. Dari segi sejrah, perkembangan kepribadian awam atau badan politik itu, dahulunya diberi nama city( polis/kota) tetapi sekarang ini dipanggil republik atau badan politik. Anggotanya memanggil badan politik itu sebagai negara ketika ia pasif, sebagai pihak berdaulat( souveirgn) bila ia aktif, dan sebagai kuasa apabila dibandingkan dengan institusi-institusi politik yang lain. Semua anggotanya secara kolektif dipanggil penduduk. Apabila mereka menyertai kewibawaan berdaulat, ( iaitu apabila mereka berdaulat dan berkuasa) maka mereka itu dinamakan golongan warganegara( citizens). Tetapi apabila mereka patuh kepada undang-undang negara (iaitu apabila meraka dikuasai) maka pada ketika itu mereka dipanggil rakyat ( subjects).

(c) kewajipan politik( tugas, tangungjawab, undang-undang) Obligasi politik iaitu kewajipan seseorang individu yang menyertai perjanjian sosial untuk membina kemahuan awam ini menghasilkan kepatuhan kepada negara. Hal ini bermaksud apabila manusia mengikat diri mereka kepada keseluruhan, mereka harus patuh kepada keseluruhan, yakni negara itu kerana bagi Rousseau mematuhi negara bermaksud mereka hanya mematuhi diri mereka sendiri secara tidak langsung kerana mereka memerlukan kebebasan untuk mematuhinya. Kebebasan di sini bermaksud manusia perlu
11

dipaksa untuk bebas kerana sesuatu perkara yang dwujudkan dalam konsep kemahuan am haruslah dipatuhi oleh semua pihak, minoriti seharusnya mematuhi majoriti untuk mengekalkan kebebasan yang dipersetujui bersama walaupun ada suara-suara

ketidakpuashatian berlaku. Hal ini kerana bagi memelihara kedaulatan yang dipersetujui bersama dan sekiranya berlaku perlanggaran dalam kemahuan am ini, maka manusia akan kembali kepada sifat semula jadi asal yang besifat primitif itu. Apa yang dimaksudkan dengan kata patuh kepada kemahuan merupakan kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar, sebagai contohnya apabila adanya undang-undang lalu lintas. Undang-undang ini membataskan kebebasan kita dalam menggunakan jalan raya, namun sebenarnya ianya membebaskan kita daripda kemungkinan kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecedaraan dan kematian. kebebesan inilah sebenarnya yang dianngap Rousseau sebagai selaras dengan kemahuan am yang mengawal sifat kebuasahan mansia yang tidak terkawal. Di sini, Rousseau nampaknya bertujuan untuk mengesahkan dan mengukuhkan kewujudan badan politik yang teratur yang telah pun diwujudkan dan dipelihara dalam kemahuan am. Menentang pemerintahan samalah seperti menentang diri sendiri, kerana apa yang ditentang ialah perkara yang telah disepakati bersama dan terbina melalui kemahuan am. Apalagi apabila hendak melakukan revolusi itu sendiri yang mahu mengguling kerajaan, hal ini sama sekali tidak bertepatan dengan aliran kemahuan am. Sekali sekala Rosseau menegaskan konsep despotism politik mampu menyelesaikan kemelut ini pada

akhirnya.Mana mungkin kita bersetuju dengan sesuatu perkara namun kita sendiri yang akan melanggarnya kemudian. Oleh itu, bagi mengelakkan berlakunya permasalahan ini, Rousseau menggalakkan penggunaan kekerasan walaupun beliau sendiri tidak menyukai cara ini untuk memajukan kemahuan yang baginya dianggap benar, baik dan adil di samping mengandungi keinginan daripada keseluruha atau seluruh masyarakat sesutau kawasan. Oleh itu, masyarakat wajib dipaksa mematuhi kemahuan am ini untuk mendapat manfaat, keuntungan diri dan seterusnya memperoleh kebebasan sebenar.

12

(D) kebebasan( hak-substantif dan prosedural) Seperti yang telah kita ketahui, Rousseau telah menghasilkan ungkapan yang berpengaruh sehingga ke hari ini iaitu man is born free but everywhere he is in chain di dalam karyanya bertajuk The Social Contract .Rousseau berpendapat bahawa manusia ini perlulah diasuh untuk menikmati kebebasan. Manusia diasuh adalah melalui pendidikan. Dalam pendidikan, beliau mengesyorkan sistem pendidikan yang berkesan perlu diwujudkan untuk mewujud kanmanusia yang akan menghormati kebebasan yang telah diberikan. Rousseau juga mengatakan kita akan mematuhi peraturan tersebut kerana kita sendiri yang telah menciptakan peraturan tersebut.Dalam keadaan alamiah atau semulajadi, manusia menurut Rousseau- mirip dengan pandangan Hobbes- memiliki kebebasan mutlak. Mereka bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Kebebasan merupakan penemuan yang membuatkan manusia menjadi manusia alamiah. Dalam konsep kembali ke alam,Rousseau, seperti ditulis Magnis,

mengidealisasikan manusia yang liar tetapi baik. Iaadalah manusia yang dalam hidupnya selalu mementingkan keutamaan seperti orang-orang di zaman Romawi kuno. Manusia alamiah menurutnya adalah makhluk yang belum mengerti nilai-nilai bail dan buruk dalam pengertian moraliti yang kita fahami,kerana mereka tidak terdidik dalam struktur sosial yang didominasi oleh moraliti.Manusia menjadi buruk perilakunya, tidak lagi menjadi manusia alamiah adalah kerana masyarakat sekitarnya serta peradaban modennya telah membuatnya demikian.Peradaban dan masyarakat moden secara perlahan menghakis sifat-sifat luhur manusia. Inilah kejahatan peradaban moden yang mungkin tidak disedari oleh para perintis dunia moden. Untuk menjadi manusia alamiah dalam konteks moden,Rousseau mencuba untuk merungkai masalah tersebut. Manusia menurutnya harus dididik seawal usia kanak-kanak. Mereka harus dibiarkan bebas menentukan watak dan keperibadiannya sesuai dengan kehendak alam. Dalam karyanya Emile: Ou leducation, karya yang sarat dengan falsafah pendidikan, Rousseau mengemukakan bahawa pendidikan yang baik bukanlah membuat anak-anak

belajar segala tatasusiladan kesopanan, terikat dengan norma-norma atau nilai-nilai etika, tetapi seharusnya membiarkan sepenuhnya berkembang sesuai dengan naluri kemanusiaan dan instinct kemanusiaannya.Dalam Du Contrat Social,Rousseau menegaskan bahawa dasarnya semua manusia menurut kudrat alaminya bebas, tetapi kemudian terbelenggu setelah terlepas dari kudrat alaminya. Man,kata Rousseau, was born free and he is
13

everywhere in chains. Kata-kata beliau ini sebenarnya menegaskan bahawa manusia itu merdeka,tetapi kemerdekaan itu terampas dari dirinya kerana adanya berbagai konvensi, adat istiadat, sekatan-sekatan yang melibatkan institusi ekonomi dan politik.Rousseau menolak pemikiran Hobbes bahawa hanya ada dua pilihan bagi manusia; kebebasan atau menjadi objek kekuasaan atau dikuasai. Hobbes tidak membuka peluang kemungkinan manusia dapat bebas tetapi pada masa yang sama berada dalam dominasi kekuasaan negara. Dengan kata lain, manusia tidak dapat hidup dalam negara bila ia tetap menuntut kebebasan sejati seperti yang dimilikisebelum terbentuknya negara. Pandangan ini berbeza dengan Rousseau di mana menurut beliau seperti yang dinyatakan sebelum ini, pada dasarnya manusia bebas merdeka. Kebebasan itu tetap dapat dimilikinya meskipun dalam situasi yang berbeza,walaupun ia berada menjadi sebahagian daripada political society atau berada dalam kekuasaan negara, kebebasan itu masih boleh diraih oleh manusia. Rousseau mengingatkan bahawa meskipun telah terbentuk negara, tidak bererti kebebasan dan kebaikan-kebaikan tertentu yang terdapat dalam keadaan alamiah atau semulajadi menjadi lenyap.

(E) Persamaan Pelbagai sudut dan perspektif dapat dilihat daripada falsafah politik persamaan yang dibawa Rousseau. Salah satunya ialah kesamaan dari segi layanan( Equality of treatment), pemberian datau penerimaan peluang( Equality of opportunity), implikasi perundangan( Legal Equality), kesamaan dari segi ekonomi( Economics Equality), dan yang terakhir ialah persamaan dari segi politik (political Equality).Melihat kepada konsep kesamaan, Rousseau juga mempunyai pendapat tersendiri terhadap konsep tersebut. Konsep kesamaan bagi pandangan Rousseau adalah manusia ini mempunyai keupayaan yang sama iaitu menikmati kesusahan dan kesenangan serta kemewahan. Manusia terpaksa berkongsi segala kemudahan dan sumber-sumber secara bersama. Maka pengagihan sumber ekonomi perlulah diwujudkan untuk memperseimbangankan kuasa politik di kalangan rakyat. Maka, beliau

mengesyorkannya kepada negara yang kecil kerana ianya boleh melakukan proses desentralisasi kuasa. Institusi keluarga juga perlulah wujud kerana keperluan semulajadi manusia adalah untuk hidup berkeluarga. Wanita akan dianggap sebagai isteri dan juga ibu. Beliau menyatakan bahawa kaum wanita adalah kurang berupaya kerana kurangnya kefahaman terhadap sifat demokrasi

14

(F) komuniti( kelompok Kekitaan) Menurut Rousseau, kemahuan am seharusnya mengatasi kemahuan masyarakat. Hal ini kerana pada akhirnya sesuatu individu yang pada asalnya hidup secara primitif itu akan membentuk masyarakat yang berbilang kemahuan. Untuk menjamin kesepakatan bersama tanpa mengurangkan kebesasan pada keadaan alamiah itu, maka kehendak individu tadi dikumpul dan membentuk suatu kehendak umumnya yang tersendiri. Amat wajar apabila mengatakan kehendak sesuatu individu tertentu seharusnya dikekang kerana ianya dipengaruhi oleh nafsu dan dorangan mementingkan diri sendiri sahaja. Namun hal ini dikekang dengan mewujudkan tanggungjawab dalam melaksanakan kemahuan am itu berbanding kemahuan individual terbabit. Manusia pada alamiahnya bebas dan boleh melaksanakan apa-apa sahaja tanpa menimbulkan konflik peribadi sesama mereka, maka apabila hidup bermasyarakat perlunya ada Kewibawaan Agung yang mengawal sifat tersebut bagi mencapai maksud sebenar erti kebebasan. Hal ini kerana manusia yang hidup bermasyarakat terbukti menimbulkan konflik kerana kemahuan material dan mencari keagungan diri, bagi menyama ratakan kehendak ini, wujudlah kemahuan am yang

datangnya sendiri daripada suara individu majoriti akan sesuatu kemahuan mereka untuk diadakan dan dianggap sah bagi mengelakkan konflik yang membawa kemusnahan. Hal ini dirasakan baik kerana melalui persetujuan dalam kemahuan am, manusia dapat hidup secara aman dan bebas dalam bermasyarakat tanpa ada kerisauan berkaitan harta dan nyawa mereka dirampas kerana adanya kemahuan am terbabit.

(G) Kuasa( kuasa yang sah) Dalam menentukan siapakah yang berkuasa terhadap menentukan dan mengarahkan tingkah laku orang lain, Rousseau menerangkan bahawa perluanya ada suatu kuasa yang berbuat demikian, iaitu kemahuan am itu sendiri yang berperanan sedemikian. Hal ini diterangkan Rousseu secara mendalam dengan mengatakan bahawa, kehendak umum sahaja yang boleh mentadbir kuasa negara mengikut matlamat penubuhann yayang sudah tentunya untuk kebaikan umum kerana kehendak individu cenderung mengikut selera semula jadinya, sementara kehendak umum pula cenderung ke arah kesamaan ( Rousseau 1991: bab 1, h 33)
15

Berdasarkan

teori ini, kerajaan atau pemerintah adalah menjalankan kemahuan

umum. kerajaan tidak mempunyai kuasa ke atas warganya melainkan apa yang diamanahkan oleh kehendak umum. Ini adalah batas dalam menjalankan sesuatu kuasa itu. Kerajaan atau organisasi penyelaras kepada keperluan mengatur kehidupan bermasyarakat adalah sesuau keperluan. Bagaimana pun menurutnya, kita hendaklah membezakan dengan jelas hak-hak warganegara dan hak-hak pemerintah, dan kewajipan yang perlu dijalankan oleh warganegara sebagai rakyat dan hakhak asasi semula jadi yang mereka patut nikmati sebagai manusia ( Rousseau 1991: bab 6 h.60) Hal ini penting kerana dalam sistem demokrasi secara langsng yang dianjurkan Rousseau, aktornya adalah sama, iaitu individu itu sendiri. Untuk mengatasi dilemma inilah Rousseau mencadangkan konsep yang popular dikenali sebagai demokrasi secara langsung. Konsep ini lebih praktik bagi komuniti yang tidak besar yang sekitar 8.000 orang paling maksima. terdapat dalam mana-mana badan politik, suatu had maksimum kuasa perlu dipatuhi,..umumnya sebuah negara yang kecil adalah berpadanan lebih teguh daripada sebuah negara yang besar ( Rousseau1991:bab 6 h.60)

( H) Keadilan Konsep keadilan pada umumnya mempunyai tiga bidang yang penting iaitu konsep keadilan yang berkaitan dengan distribusi , keduanya konsep keadilan yangberkaitan dengan keadilan moral dan yang terakhir konsep keadilan yang berkaitan dengan undang-undang atau keadilan legalis. Keadilan ditetapkan sebagai satu keadaan di mana pemerintah politik digunakan untuk mewujudkan suatu keadaan dimana individu-individu dan juga kumpulankumpulan diberi layanan yang adil ataupun yang sama mengikut keadaan masing-masing. Umpamanya dari segi hak, seorang raja mempunyai hak yang agak berlainan daripada seorang rakyat biasa. Oleh itu, di sini kita menerima,pertama, bahawa masyarakat yang dimaksudkan selalunya merupakan masyarakat berlapis yang distruturkan melalaui pangkat, kuasa, harta dan pengikut.. Kedua, kita juga menerima bahawa tiap-tiap satu kumpulan mempunyai kehendak-kehendak berlainan seperti kemahuan masyarakat yang berbeza.
16

Ketiga, kedudukan sosio-eknomi sesebuah kumpulan itu ada implikasi pentingnya ke atas penerimaan benda ataupun penerimaan hak suatu individu itu. Ini berubah dari situasi ke situasi. Jika kita menerima masyarakat dan manusia itu bukan satu masyarakat ataupun keadaan yang sama maka kita menerima bahawa keadilan yang dimaksudkan adalah keadilan yang mengambil kira: Manusia mempunyai kebolehan-kebolehan dan kehendakkehendak yang berlainan.Manusia juga mempunyai kehendak-kehendak yang tidak terkira tetapi kebolehan pemimpin ataupun kebolehan sistem itu untuk membekal sesuatu adalah kebolehan yang terhad.Keadilan yang dimaksudkan di sini adalah satu keadilan yang hanya mempunyai makna untuk realiti jika kita menerima bahawa masyarakat yang dimaksudkan merupakan masyarakat yang berlapis ataupun stratified society .Ketiga-tiga komponen ini telah diterima oleh semua pemikir politik. Oleh kerana itu, jarang sekali kita mendengar tentang seorang pemikir politik yang berbicara tentang keadilan secara mutlak. Apabila mereka menggunakan perkatan keadilan, apayang mereka maksudkan adalah keadilan ataupun satu sistem pembahagian melalui sistem kuasa yang mempunyai kewibawaan yang menukar daripada keadaan ke keadaan. Kedua, konsep keadilan mengikut pembahagian yang adil adalah satu konsep yang memberitahu kita tentang apakah standard-standard yang digunakan dalam suatu sistem kepimpinan dan apakah sistem perundangan yang digunakan dalam suatu sistem politik untuk menentukan bahawa keadilan itu akan dibahagikan secara adil. Kita harus membuat dua perbezaan di antara dua jenis kehendak. Satu kehendak adalah mengikut apa yang kita berkehendakan ataupun to each according to his need dan kedua adalah kehendak-kehendak yang harus dibahagikan kepada manusia secara adil mengikut apa yang manusia itu patut terima ekoran sumbangannya pada masyarakat atau each according to his merit Konsep kedua adalah satu konsep yang ada kaitannya dengan keadilan moral.Keadilan moral adalah satu sistem keadilan di mana setiap individu itu mempunyai hakuntuk mendapat pertimbangan yang sama dari pihak berkuasa. Pihak pemerintah mempunyai satu tanggungjawab moral untuk membahagikan benda ataupun nilai secara adil. Pengasas teori kontrak sosial mengatakan bahawa negara itu timbul akibat satu kehendak am daripada manusia untuk mengumpulkan tenaganya dalam satu struktur politik yang tertentu untuk menentukan bahawa suatu asas pentadbiran kuasa diwujudkan dan dengan ini manusia dapat hidup secara harmoni. Oleh itu, manusia mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan ataupun membangkitkan satu sistem yangdinamakan negara maka pemerintah mempunyai satu tanggungjawab moral untuk memerintah secara adil.Kuasa yang diberikan kepadanya
17

adalah kuasa perwakilan, ia tidak boleh menyalahgunakan kuasa ini dan suatu daripada cara untuk mengelakkan diri daripada menyalahgunakan kuasa adalah melalui satu sistem pentadbiran kuasa yang adil.Keadilan juga bermakna tingkahlaku daripada kacamata pemerintah yang adil, bukan sahaja dari segi kebendaan tetapi dari segi moral mereka yang memegang kuasa tahubahawa kuasa itu diberikan kepada mereka oleh rakyat dengan harapan bahawa pemerintah akan memerintah secara adil. Aspek ketiga konsep keadilan adalah satu aspek yang ada pertalian dengan sistem

perundangan.Ianya ada kaitan dengan sistem perundangan ataupun sistem perlembagaan. Perundangan tidak semestinya dikhaskan kepada perundangan ataupun daripada rang undang-undang yang dikeluarkan daripada mahkamah. Oleh itu,selain daripada keadilan moral, keadilan distribusi, hak-hak rakyat dari segi perlembagaan atau sistem kehakiman memainkan peranan penting sekiranya setiap satu perundangan mempunyai implikasiimplikasi yang penting untuk perlembagaan.Dalam perlembagaan telah menetapkan bahawa kerajaan mempunyai tanggungjawabyang tertentu yang dinamakan public accountability.Bagi Rousseau pula, beliau tidak menyentuh dalam aspek tersebut kerana ianya telah wujud dalam konsep kesamaan. Namun begitu secara umumnya, keadilan adalah apabila masyarakat memerlukan satu sistem ketertiban iaitu masyarakat yang baikadalah masyarakat yang adil. Di dalam memberi hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan, tiga syarat perlulah dipatuhi bagi mencapai keadilan. Antara syaratnya adalah hanya menghukum orang yang melakukan sesuatu yang dilarang dan yang kedua adalah hukuman tersebut mestilah setimpal dengan kesalahan yakni ianya tidaklah terlalu ringan dan tidaklah terlalu berat. Hukuman tersebut pula adala hbertujuan untuk mencegah daripada ianya berlaku sekali lagi atau bersifat pembalasan dengan sewajarnya. Jikalau 3 syarat tadi tidak dipatuhi, maka akan berlakunya ketidakadilan. Konsep keadilan ini dibina atas asas peraturan semulajadi dan untuk melindungi serta memelihara ketertiban masyarakat.

18

(I) Matlamat masyarakat dan negara Untuk menjawab persoalan berkaitan apakah matlamat sesebuah kerajaan, rakyatnya yang penggubal sendiri kemahuan am itu merupakan penentu kepada matlamat yang iniin dicapai oleh sesebuah kerajaan. Memandangkan tiadanya kumpulan menengah atas yang menggubal undang-undang mahupun dasar bagi negara ideal Rousseau ini, maka tidanya bentuk berat sebelah, penindasan dan ketidaksamarataan berlaku dalam kehidupan masyarakat ini. masyarakat melalui kemahuan am bebas menggariskan kemahuan mereka asalkan ianya merupakan kehendak majoriti dan mendapat sambutan dan galakan daripada orang ramai. Matlamat bagi kemahuan ini semestinya melihat ketertinggian kemahuan itu, maka rakyat bagi pandangan Rousseau yang menggubal kemahuan am itu merupakan seorang yang pastinya sedar akan kepentingan kemahuan am itu, rasional, waras, sempurna akal dan bermoral kepada masyarakat. Masakan sesuatu penggubal itu jahil terhadap perkara berkaitan tetapi mahu menggubal dasar dan undang-undang berkaitan hidup mati mereka semua. Oleh itu, matlamat negara bebas dibincang dan dipersetujui bersama dan jauh sekali berlaku provokasi dan revolusi kerana rakyat sendiri yang bersetuju dengan undang-undang itu, tetapi mahu melanggarnya pula. Secara logik akalnya, ia tidak masuk akal sama sekali.

(J) Struktur Kerajaan Bentuk pemerintahan atau kerajaan yang baik mengikut Rousseau adalah apabila setiap anggota masyarakat mengambil inisiatif atau kesempatan dalam proses pengubalan kemahuan am yang menjadi penggerak utama dalam sistem berkerajaan yang diidamkan Rousseau. Mengikut pandangan Rousseau, sistem kerajaan yang baik ialah sistem kerajaan yang sedikit rakyatnya, hal ini kerana memudahkan penyertaan masyarakat dalam pembuatan kemahuan am ini. hal ini selari dengan kemahuan Rousseau yang menyatakan bahawa aktor dalam pentadbiran kerajaan itu sendiri merupakan individu yang akan menggubalkan kemahuan am itu. Oleh itu, struktur kerajaan yang dicadangkan oleh Rousseau merupakan kerajaan yang kecil komunitinya, sekitar 8000 orang paling maksimum, warganya seorang yang rasional, tinggi moral, waras, cukup kemampuan akalnya, serta menghormati kepentingan umum untuk melaksanakan sistem Demokrasi secara langsung. Rousseau juga memberikan beberapa pilihan dalam menentukan struktur kerajaan yang ideal, yang pada pandangannya melihat kepada populasi penduduk yang berkadar
19

songsang bilangan

majistetnya( iaitu ahli-ahli pentadbirnya). Mengikut Rousseau,

pemerintah boleh, pada mulanya menyerahkan tampuk pemerintahan kepada semua rakyat atau kepada kebanykan rakyat dengan cara supaya terdapat lebih majistret warganegara daripada warganegara biasa, yakni bentuk kerajaan demokrasi. Selain itu, ia juga boleh mengecilkan pentadbiran kerajaan ke dalam genggaman beberapa orang sahaja, dengan cara menambahkan lagi bilangan warganegara biasa berbanding mengecilkan bilangan golongan majistret, yakni bentuk pemerintahan aristokrasi. Akhirnya, ia boleh memusatkan keseluruhan pentadbiran kerajaan dalam tangan seorang majistret yang daripadanya

majistret-majistret lain mendapat kuasa mereka. Bentuk pemerintahan ini ialah monarki atau beraja. Maka dengan itu, kerajaan demokrasi sesuai dengan negara kecil, aristokrasi untuk negara sederhana penduduknya, dan monarki sesuai dengan rakyatnya yang banyak

20

5.0 ALIRAN FALSAFAH POLITIK Aliran falsafah politik Rousseau merupakan jalan baginya mengembangkan pemikirannya agar idea-ideanya mampu diguna pakai dan disesuaiankan mengikut zamannya dan yang akan datang. Aliran pemikiran lebih cenderung melihat kepada keburukan sistem feudal di zaman pertengahan dan sentralisasi kuasa oleh pihak geraja dan penyalahguanaan kuasa yang mengakibatkan rakyat Perancis hidup dalam keadaan trauma dan tiadanya perkembangan intelektual. Rousseau merupakan salah satu pemikir yang tertarik dengan kepada soal untuk menyelesaikan masalah asal usul masyarakat manusia. Kerana itu, mereka menumpukan perhatian kepada soal bagaimana manusia hidup bermasyarakat dan bernegara, dan beliau membentuk teorinya sebagai jawapan kepada permasalahan itu. A. ROMANTIK Rousseau dikatakan seorang yang menganut aliran romantis ini memberikan tekanan kepada perasaan dan emosi( sensibilte) berbanding dengan pemikiran dan perancangan dalam hidup manusi; memuji keindahan dan kesucian desa, dan membenci industri yang sedang berkembang ketika itu di beberapa bandar Perancis. Antara idea yang mendapat tempat istimewa dalam gerakan itu ialah idea keinsanan atau kemanusiaan, diikuti pula oleh kecenderungan untuk menghormati orang miskin. Dari satu segi, idea ini menjadi suara penentangan dan bantahan terhadap keadaan ketidakadilan, keganasan, kezaliman, penindasan dan sebagainya yang terdapat dalam masyarakat Perancis ketika itu. Dari sudut yang lain pula, idea ini merupakan alat untuk menghitung sama ada sesebuah institusi negara yang dipertimbangkan itu masih sesuai lagi ataupun tidak. Kalau tidak, institusi itu seharusnya dimusnahkan. Ia sekurang-kurangnya harus diubah atau digantikan dengan institusi lain yang mampu mencapai matlamat yang diingini.

B. LIBERALISME Rousseau dikatakan seorang yang beraliran liberal kerana memperjuangkan hak-hak asasi melalui persetujuan kemahuan am yang dimetarai oleh rakyat. Rousseau kerap kali memandang keadaan alamiah manusia itu yang sentiasa bebas dan apabila masuk kepada kehidupan bermasyarakat merka juga seharusnya bebas tetapi ada had-hadnya yang tertentu. Hal ini seperti yang dikatakan beliau, Man is born Free; however he is everywhere is in chains. Kebebasan seseorang itu tidak boleh dipaksa malah diugut, masalah perhambaan amat ditentang keras oleh Rousseau yang berpendapat manusia
21

yang menyerahkan kebebasannya kepada manusia lain hanya kerana mahu keperluan hidup dan tidak mahu terancam adalah tidak masuk akal. Oleh itu, manusia seharusnya sama rata, mereka tidak boleh memperhambakan seseorang atas kerana mereka mempunyai kelebihan dari segi kuasa dan kekayaan.

C. HUMANISME Aliran ini menjadi tunjang kepada pemikiran Rousseau di tanadun Eropah yang ketika itu dihantui oleh dogma-dogma agama yang disalah guna oleh pihak gereja. Atas alas an bahawa ketika dahulu hal untuk menyelesaikan masalah kehidupan masalah negara melibatkan wahyu daripada Tuhan, melalui kitab-kitab yang menjadi perantaraan, timbulnya masalah apabila hal itu tidak menjadi relevan lagi akibat permasalahan pada zaman kegelapan yang mengakibatkan timbulnya unsure skeptik dalam keberkesanan wahyu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Oleh itu, para pendukung aliran humanisme ini menumpukan kepada kala manusia itu sendiri sebagai pusat cakerawala dan bukannya kepada kitab-kitab yang telah dianggap tahyul dan tidak dapat menemukan jalan penyelesaian, malah hanya menimbulkan permasalahan yang tiada kesudahan. Akal manusia mampu berfikir jauh melalui kaedah saintifik dalam memahami kejadia alam sekeliling dan mampu mencari jalan keluar dalam masalah yang mereka hadapi ketika itu.

D. IDEALISME Rousseau dalam karyanya banyak memberikan idea-idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah berdasarkan kepada pengamatan terhadap masalah yang dihadapinya ketika itu. Beliau mengemukan ubat bagi penyakit yang dihadapi melalui idea yang dihasilkan melalui penaakulan dan pembelajaran yang berpanjangan dalam mengkaji Sesutu permasalahan itu. Dalam soal negara, Rousseau berpendapat kemahuan am dan kebajikan am merupakan matlamat penting bagi sesebuah negara yang mahu mencapai tahap kebebasan yang berkesan dan mampu memelihara hak-hak asasi mereka melalu persepakatan secara sedar untuk bersama-sama memberikan kebebsan mereka kepada kemahuan am untuk menjamin kebebsan mereka sentiasa terpelihara.

22

6.0 CIRI-CIRI FALSAFAH POLITIK Cirri-ciri falsafah politik Rousseau dilihat lebih ke arah preskriptif , dan teoritik. Beliau menyediakan jalan penyelesaian bagi masalah pemerintahan di Perancis ketika itu yang tidak sesuai lagi bagi mencapai matlamat yang masyarakat impikan akibat berlakunya penindasan hak dan penyelewangan besar bagi sistem yang dipegang oleh seorang individu, iaitu monarki. Rousseau menyarankan bentuk pemerintahan yang dapat membela nasib rakyat dan memperjuangkan hak mereka sendiri, iaitu pemerintahan oleh rakyat itu sendiri. Rakyat mampu dan berkemampuan dalam membimbing diri sendiri dan membuka jalan dalam mencapai matlamat negara hanya dengan menyertai perjanjian sosial dipanggil kemahuan am. Melaluinya, rakayat dapat berpatisipasi secara langsung dan menngubal undang-ndang dan dasar mengikut kemampuan mereka memandangkan Rousseau menyifatkan masyarakat itu mempunyai akal yang bijaksana, melalui akal sahaja mereka mapu mencari jalan penyelesaian bagi menjalani kehidupan seharian. Rousseau secara

teoritiknya berpeandapat manusia secara alamiahnya bebas, yakni ketika primitif dan menyifatkan berlakunya konflik apabila bermasayarakat. Mengikut sudut pendirian dan pengamatan Rousseau,masyarakat hanya akan memuaskan hawa nafsu mereka dan mencari keagungan diri sekiranya tiadanya bentuk kuasa yang akan menyekat mereka daripada berleluasa ke atas hak orang lain. Oleh itu, masyarakat perlu secara teorinya dipaksa untuk bebas, dalam kata lainnya sebenar-benar bebas untuk melindungi harta benda mereka dan nyawa mereka.

23

7.0 KESIMPULAN Karya-karya Rousseau mengandungi beberapa istilah dan kenyataan am yang digunnakan secara betul dan kadang-kadang disalahgunakan oleh orang ramai untuk menyiarkan dan memajukan ideology masing-masing. Ideologi-ideologi itu termasuklah demokrasi, sosialisme, totalirianisme, revolusi dan lain-lain lagi. Di samping itu, pemiiran Rousseau juga telah memberi dorongan yang kuat kepada pemahaman liberalisme dan kelas menengah yang cuba memusnahkan sistem pemerintahan lama, atau ancient regime di Perancis pada zaman itu. Di negaranya sendiri, pemikiran Rousseau membawa kesan kepada gerakan revolusi pada tahun 1789, yang akhirnya berjaya menggulingkan sistem pemerintahan beraja yang telah lama bertapak dan digantikan dengan sistem pemerintahan republik baharu. Dengan itu, beliau diangap pemberi dorongan kepada kelahiran satu republic yang bersatu padu. Sebaliknya, musuh-musuh revolusi juga pernah menganggapnya sebagai pencipta bagi segala keburukan dan kerosakan yang dialami oleh masyarakat perancis ketika itu. Rousseau mengemukan idea berkaitan bagaimana hak asasi manusia ditekankan dan dipelihara apabila hidup secara bermasyarakat dengan wujudnya kemahuan am yang dilihat sangat ampuh dalam melindungi hak asasi tersebut. Bezanya ialah pendekatan ini semacam mengambil kira pandangan masyarakat sahaja tanpa mengira sama ada sesuatu kemahuan itu merupakan kemahuan yang dinilai dari sego moral yang universal, yakni diterima umum. Hal ini kerana masyarakat itu sendiri yang menentukan hala tuju hidup, negara dan hidup mati mereka hanya melalui penaakulan dan nilai yang dipersetujui bersama dan bukanlah bersandarkan kepada nilai agama yang telah dipegang lama sejak berazaman lagi. Tamadun moden mengikut Tocqueville yang merupakan seorang ahli politik dan sejarah Perancis mengatakan dalam karyannya, Democracy in Amerika(1835) bahawa prinsip kesamaan yang menghapuskan perbezaan status sosial adalah prinsip asas dalam tamadun moden.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

24

RUJUKAN . K. Ramanathan, 2003. Asas Sains Politik, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Berhad, Kuala Lumpur,

K. Ramanathan, 2000. Konsep Asas Politik, ALMS Digital Enterprise , Pulau Pinang,

Latif Kamaludin,2008. Falsafah Politik, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti

Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Macfarlane, 1970. Modern Political Theory, Fletcher and Son Limited, Norwich.

Plamenatz, 1965. Man and Society, Vol. 1, Longmans Green and Co. Limited, London.

J.J Rousseau,1953. Confessions (edited by J.M. Cohen), Panguin Books, England.

J.J Rousseau.1992. Darihal Perjanjian Sosial, terjemahan Puteri Rashidah Megat Ramli.

ZIZI PRESS SDN BHD Kuala Lumpur

Saliha Hasan, 1999. Pengantar Falsafah Politik MJ 2264. Pusat Pengajian Jarak Jauh, UKM,

Bangi

Muhammad Kamlin, 1986. Pengantar Pemikiran Politik Barat, Bangi UKM, Selangor.

25

Anda mungkin juga menyukai