Anda di halaman 1dari 30

BAB 7

BADAN PEMERINTAHAN 1 : EKSEKUTIF

PENGENALAN
• Dalam sistem demokrasi moden, kerajaan sesebuah negara
lazimnya terdiri daripada 3 badan pemerintah, iaitu eksekutif,
perundangan dan kehakiman.
Teori Pengasingan Kuasa
• Teori Pengasingan Kuasa yang dikemukakan oleh ahli fikir
Peranchis, Montesquie:
 Badan Eksekutif – bahagian pelaksana undang-undang
 Badan Perundangan – bahagian pengubal dan lulus undang-
undang
 Badan Kehakiman – bahagian penegak, pengadil dan penafsir
undang-undang demi keadilan.
• Cabang-cabang kuasa hanya boleh diberi satu jenis kuasa sahaja.
 Eksekutif umpamanya tidak boleh membuat undang-undang.
 Perlu dipisahkan dan tidak berhubung antara satu sama lain.
 Untuk mengelakkan berlakunya monopoli dan kezaliman.
E P

K
Teori Pembahagian kuasa dan semak dan imbang
• John Locke –
 menghalang kuasa mutlak pemerintahan berpusat pada satu
badan
 menjaga supaya kuasa tidak disalahgunakan oleh sesuatu
badan bagi kepentingan yang sempit.
• Pengasingan kuasa ini secara umumnya bertujuan untuk
mengelakkan wujudnya sebarang bentuk permuafakatan atau
komplot antara badan pemerintah dengan badan-badan lain dan
seterusnya dapat menghindar kezaliman dan salah guna kuasa
• Ia juga dapat mengelakkan berlakunya pemusatan kuasa
antara ketiga-tiga badan dan dapat memainkan peranan check
and balance
Praktiknya
• Dari segi praktiknya, pemisahan yang jelas
sebenarnya tidak berlaku.
Dalam system politik Westminster umpamanya
eksekutif (kerajaan yang memerintah) dan dewan
perundangan mempunyai hubungan.
• Kerajaan di bentuk di Parlimen
• PM, Menteri, MB, KM terdiri dari ahli parlimen
atau DUN.
Berbeza dengan system berpresiden di Amerika.
• Tetapi berlaku juga kekadang berlaku
campurtangan.
EKSEKUTIF
Erti Pembahagian Kuasa Eksekutif

• Kuasa dan cabang eksekutif tidak mudah untuk didefinisikan atau


dikenal pasti. Perlembagaan Persekutuan sendiri tidak
menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan kuasa atau cabang
eksekutif.
• Bagaimanapun, para sarjana dan mahkamah mentafsirkan kuasa
eksekutif sebagai kuasa yang tinggal setelah kuasa-kuasa yang
lain; yakni perundangan dan kehakiman diambil.
• Kabinet atau Jemaah Menteri :
 Sebuah badan pembuat dasar tertinggi negara yang
menjalankan kuasa eksekutif.
 Tugas : menggubal dasar-dasar kerajaan dan memberi arahan
kepada jentera kerajaan di peringkat Persekutuan untuk
melaksanakan dasar-dasar tersebut.
EKSEKUTIF
Erti Pembahagian Kuasa Eksekutif

• Sistem Kabinet (Jumaah Menteri) :


 Ditiru daripada sistem kabinet di England di mana jawatan
Perdana Menteri tidak bergantung kepada kesukaan Raja dan
kewujudan Perdana Menteri dan Kabinet bergantung kepada
majoriti di Parlimen.
• Sekali imbas, nampak kuasa eksekutif menjadi kecil dan terhad.
Bagaimanapun pada praktiknya ia terlalu luas, betapa kedua-
dua kuasa perundangan dan kehakiman yang nampak dominan
di segi teori menjadi terbatas dan sukar dilaksanakan.
• Mengapa cabang eksekutif menjadi dominan?
 Ia mungkin boleh dijelaskan berdasarkan sifat dan keadaan
kuasa eksekutif yang menyebabkan cabang eksekutif
menjadi begitu dominan.
 Bukan hanya berlaku dinegara yang mengamalkan system
Westminster sahaja, malah di US, Presiden sering dikatakan
sebagai ‘orang yang paling berkuasa di muka bumi ini’.
• Di Malaysia, kerajaan Persekutuan terdiri daripada 3 badan
utama :
 Eksekutif : 5 Perkara (Perkara 39-43)
 Perundangan : 25 Perkara (Perkara 44-68)
 Kehakiman : 11 Perkara (Perkara 121-131)
SEJARAH RINGKAS JEMAAH MENTERI

• Konsep Jemaah Menteri atau Kabinet boleh dirujuk kepada


model pemerintahan zaman Kesultanan Melayu Melaka
• Barisan ‘kabinet’ yang antaranya ialah Bendahara, Laksamana,
Temenggung , Syahbandar dan pembesar-pembesar lain
• Sejarah pengenalan Jemaah Menteri ini bermula dengan
penubuhan sebuah kabinet mini yang dinamakan Sistem Ahli
(Member System) pada tahun 1951.
 Hasil usaha Dato Onn – desak Inggeris supaya melibatkan
orang tempatan dalam pentadbiran, sebagai langkah menuju
kemerdekaan dan pemerintahan sendiri.
 Ibarat menteri kerana mainkan peranan yang sama.
 Beberapa jabatan kerajaan diletakkan di bawah jagaan
seorang Ahli.
 Bertangungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British
 Berakhir pada Ogos 1955 kerana pilihanraya persekutuan
1955 – bagi pilih kerajaan pertama melalui pilihanraya.
Menteri Jawatan
• Dalam usaha penjajah
membuat perubahan
Dato Onn Ahli Hal Ehwal Dalam
dasar ke arah
berkerajaan sendiri, Jaafar Negeri
pada tahun 1951, Sistem E.E.C Ahli Pelajaran
Ahli telah diperkenalkan. Thuraisingam
 British melantik Tunku Yaakob Ahli Pertanian dan
beberapa
Perhutanan
warganegara
Persekutuan menjadi Lee Ting Keng Ahli Kesihatan
ahli dalam Majlis
Mesyuarat Kerja Dato Mahmud Ahli Kerja Raya dan
Persekutuan – taraf Mat Perumahan
menteri.
J.D Mead Ahli Kerja Raya dan
 Beri peluang dan
latihan kepada Perumahan
pemimpin tempatan J.D Hodgkinson Ahli Perindustrian dan
bagi dapatkan Perhubungan Sosial
pengalaman
memerintah secara O.A Spencer Ahli Hal Ehwal Ekonomi
demokrasi
• Lanjutan dari perubahan dasar British ke arah berkerajaan sendiri,
beberapa siri pilihanraya telah diadakan.
 Pilihanraya pertama 1 Disember 1951 – Wakil dlm Majlis
Perbandaran Pulau Pinang
 UMNO dan MCA telah bergabung bentuk Perikatan –
menang semua 9 kerusi
 Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur
 Perikatan menang 9 / 12
• Ternyata pilihanraya tersebut telah memberikan pengalaman
berguna kepada rakyat dan pemimpin dalam mentadbir negara
melalui proses demokrasi.
• 1955 – Perikatan cadangkan kepada British supaya diadakan p/raya
untuk seluruh TM bagi mengisi kerusi Majlis Undangan Persekutuan
 Dalam pilihanraya umum 1955, parti perikatan mendapat
kejayaan besar dengan memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan.
 Kejayaan ini adalah berasaskan kepada sokongan daripada
semua kaum di TM, perjuangan kearah perpaduan yang
mencerminkan aspirasi rakyat ketika itu.
• Kerjasama yg lebih erat antara orang Melayu dengan bukan Melayu
terjalin apabila Inggeris telah mensyaratkan bahawa kemerdekaan
akan hanya diberikan sekiranya rakyat negara ini bersatu padu dan
boleh berkerjasama.
 Dibuktikan dalam beberapa pilihanraya yang diadakan.
 Apabila UMNO mempelawa MCA bergabung dan membentuk
Perikatan, tindakan tersebut memperlihatkan sikap terbuka
orang Melayu iaitu mereka sedia berkorban, rela berkongsi
kuasa dan toleransi dengan kaum bukan Melayu demi perpaduan
KABINET
• Merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa eksekutif
kerajaan Persekutuan atas nama YDPA.
 Artikel 39 PP :
Kuasa pemerintahan bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang
di Pertuan Agong dan, tertakluk kepada peruntukkan mana-mana
undang-undang persekutuan, dan peruntukan Jadual Kedua,
kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau
oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri,
tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-
tugas pemerintah kepada orang lain.
• Walaupun dari segi teori, eksekutif hanya boleh melaksanakan polisi
dan undang-undang, pada praktiknya ia turut memainkan peranan
memulakan inisiatif meluluskan undang-undang.
• Kabinet terdiri daripada YDPA, PM dan Jemaah Menteri.
 Saiz tidak ditetapkan oleh Perlembagaan.
 Diberi wibawa menentukan dasar dan arah pentadbiran negara.
KABINET MALAYSIA KINI

Ketua Negara
Yang Dipertuan Agong
• Secara formal apabila perlembagaan menyebut eksekutif, ia
turut merangkumi YDPA.
 Peruntukan yang menyebut tentang kuasa eksekutif
persekutuan meletakkan kuasa berkenaan di tangan
baginda.
 Bagaimanapun oleh kerana perlembagaan mengehendaki
kerajaan bertanggungjawab kepada Parlimen, ungkapan
eksekutif merujuk kepada kerajaan yang memerintah
(government of the day).
 Kerajaan yang memerintah pula pada hakikatnya merujuk
kepada kabinet selaku elemen yang dipilih dan boleh pula
dilucutkan kedudukannya melalui pilihanraya.
• Kedudukan YDPA dalam konteks perbincangan mengenai
eksekutif hanyalah sebagai simbol atau lambang buat
autoriti pemerintahan
 Teori disebalik mengapa tindakan-tindakan pihak berkuasa
dibuat di atas nama baginda.
 Penjelasan bagi Ungkapan “Seri Paduka Baginda “ yang
digunakan dalam surat-surat rasmi kerajaan.
• Mempunyai beberapa peranan penting berhubung dengan
badan eksekutif atau Jemaah Menteri.
 Baginda dibenarkan oleh Perlembagaan menggunakan budi
bicaranya, disamping dikehendaki mematuhi konvensyen
dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen dan
sistem raja berperlembagaan.
 Baginda dibenarkan oleh Perlembagaan menggunakan budi
bicaranya, disamping dikehendaki mematuhi konvensyen
dan kebiasaan yang mengelilingi demokrasi berparlimen dan
sistem raja berperlembagaan.
• YDPA memainkan 4 peranan penting dalam bidang kuasa
badan eksekutif:
 Kuasa eksekutif ditangan YDPA
• Perkara 39 - bermakna segala urusan kerajaan
dijalankan di atas nama baginda.
• Perkara 40 – mentafsirkan kuasa eksekutif sebenar
baginda.
– Perkara 40(1) – dikehendaki bertindak atas nasihat
– Perkara 40(1[a])(pindaan) – mesti bertindak di atas
nasihat yang diberikan
 Sebagai Ketua Negara
• Perkara 40(2[a]) - memperuntukkan kuasa kepada
Baginda untuk melantik Perdana Menteri.
– dikehendaki oleh konvensyen dan kebiasaan
Parlimen mematuhi amalan biasa
 Kuasa budi bicara melantik Jemaah Menteri atas nasihat
Perdana Menteri
• Perkara 43(2) – susunan yang patut diikuti baginda
– 43([a]) – lantik PM dahulu
– 43(2[a]) – lantik Jemaah Menteri atas nasihat PM
 Kuasa budi bicara mempersetujui atau tidak permintaan
untuk membubarkan Parlimen
• Perkara 40(2[b])

• Selain peranan-peranan yang bersifat simbolik dan fungsional,


YDPA, Raja-Raja dan Yang di Pertua Negeri juga turut
memainkan peranan sebagai penjaga (ultimate guardian)
terhadap perlembagaan dan negara.
 Istiharkan darurat
 Tidak bersifat rutin
 kekal dan tidak dipindahkan kepada sesiapa.
Kuasa ini tidak hancur atau lesap

• Juga ada kuasa-kuasa yang bersifat kuasa simpanan


 Perkenan kepada rang undang-undang
 Kuasa YDPA istihar darurat.
Ketua Kerajaan
• Perdana Menteri adalah merupakan Ketua Kerajaan.
• Perlembagaan menetapkan bahawa YDPA, pertamanya perlu melantik
PM selepas pilihanraya umum.
 Kerajaan perlu dilantik seberapa segera; ia tidak harus dilengah-
lengahkan – secepat yang boleh.
 Hak ketua negara untuk memanggil pemimpin parti yang menang
untuk membentuk kerajaan.
Kabinet :
• diketuai oleh Perdana Menteri –
 seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pandangan Yang di-Pertuan
Agung mendapat kepercayaan daripada sebahagian besar ahli-ahli
dewan
• Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan bahawa Jemaah
menteri adalah dilantik oleh YDPA untuk menasihati baginda dalam
menjalankan tugasnya
 dianggotai oleh semua menteri kabinet yang telah mengangkat
sumpah memegang jawatan
 boleh dilantik sama ada daripada kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat
atau Dewan Negara, tetapi Perdana Menteri mestilah dilantik
daripada kalangan ahli Dewan Rakyat sahaja
Perlantikan Kabinet Kini
• Perkara 43(1) : Perlantikan kabinet oleh YDPA untuk menasihati
Baginda dalam menjalankan tugasnya.
• Kuasa melantik PM, baginda dikehendaki oleh Perlembagaan:
 Perkara 43(2 (a) (b):
Kabinet terdiri daripada Perdana Menteri, yang merupakan ahli
Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan sebilangan besar
ahli-ahli Dewan itu, dan menteri-menteri yang dilantik di atas
nasihat Perdana Menteri di mana setiap menteri hendaklah
merupakan ahli salah satu daripada Majlis Parlimen.
 Hanya formaliti sahaja kerana hakikatnya ahli dewan yang
memberi sokongan majority.
 Senario politik, telah gariskan barisan kepimpinan parti secara
jelas.
# Jawatan TPM tidak diperuntukkan oleh PP tetapi berlandaskan
konvensyen.

Gaji Menteri
Bolehkah PM dipecat oleh YDPA
• Artikel 43 (4) :
 PM memegang jawatan selagi dia mendapat kepercayaan
sebilangan besar ahli-ahli Dewan Rakyat. Jadi apabila PM hilang
kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli DR, PM hendaklah
melakukan salah satu daripada perkara berikut:
1. Meletakkan jawatannya bersama-sama semua menteri-
menteri yang lain atau
2. Meminta YDPA membubarkan Parlimen (YDPA mempunyai
kuasa budibicara sama ada mempersetujui permintaan
membubarkan Parlimen).
 Apakah akibatnya jika PM enggan letak jawatan dan YDPA
enggan bubar Parlimen

 Usul undi tidak percaya - Kerajaan PAS di Kelantan 1977

• Bolehkah menteri-menteri dipecat dari jawatan mereka


 Artikel 43 (5)
Menteri-menteri selain daripada PM memegang jawatan atas
perkenan YDPA di mana menteri boleh dipecat dari jawatannya
oleh YDPA atas nasihat PM.
Tugas-tugas kabinet ialah:
• Menasihati YDPA dalam urusan pentadbiran Negara.
 Jemaah Menteri bertanggungjawab bersama kepada Parlimen.
 Bermaksud bahawa walaupun seorang menteri itu tidak bersetuju
dengan keputusan jemaah, beliau tetap dikehendaki oleh jawatan
yang dipegang itu membela sebarang tuduhan yang diajukan
kepada keputusan jemaah tersebut. Dan adalah melanggar etika
jawatannya sekiranya seorang ahli Jemaah itu membantah secara
terbuka.
 Kabinet memulakan langkah perundangan dan melaksanakan
fungsi-fungsi eksekutif yang lain
 Kabinet bukanlah satu badan dalam jentera pentadbiran tetapi
merupakan satu badan pemerintah
• Sebagai pembawa usul atau rang undang-undang kerajaan.
 Hanya boleh dikemukakan oleh Menteri di Parlimen.
 Alternatifnya, ia juga boleh dikemukakan oleh Timbalan Menteri
atau Setiausaha Parlimen jika diarahkan.
Tanggungjawab Menteri Kepada Parlimen
• Merupakan satu konvensyen yang penting dalam pemerintahan
demokrasi berparlimen di mana menteri-menteri hendaklah
menjadi ahli salah satu daripada Majlis Parlimen.
* Berdasarkan kepada Teori Pengasingan Kuasa, menteri tidak
sepatutnya menjadi ahli Parlimen. Tetapi oleh sebab
wujudnya demokrasi berparlimen dan tanggungjawab
menteri terhadap Parlimen di mana mereka terpaksa
menjawab soalan-soalan yang dibuat dalam Parlimen,
menteri-menteri hendaklah menjadi ahli salah satu daripada
Majlis Parlimen.
• Prinsip Tanggungjawab bersama :
 Tunjukkan imej bersatu dan sekata
• Tujuan:
 Membolehkan dan memudahkan rakyat, khususnya Parlimen
memantau tindak tanduk kabinet
a. Tanggunjawab menteri secara individu (individual responsibility)
i. Seseorang menteri bertanggungjawab atas tindakan
peribadinya
ii. Setiap menteri bertanggunjawab kepada Parlimen atas tiap-tiap
tindakan atau ketinggalan yang dilakukan oleh Kementeriannya
atau pegawai-pegawai atasan Kementeriannya.

b. Tanggungjawab kabinet secara kolektif (Collective Responsibiity) :


Semua menteri-menteri bersama-sama bertanggungjawab sebagai
satu pasukan kepada Parlimen
i. Seseorang menteri perlu bersetuju dengan semua keputusan
yang dibuat di dalam mesyuarat Kabinet:
Jika tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh
Kabinet, menteri itu hendaklah berhenti daripada menjadi
menteri.
Jadi setiap keputusan yang dibuat dan dijalankan oleh
seseorang menteri mestilah disokong oleh menteri-menteri lain
dalam kabinet

• Seseorang menteri boleh tidak bersetuju dengan


sesuatu keputusan kabinet, tetapi tidak boleh
meluahkan bantahan di khalayak ramai.
ii. Sekiranya undi tidak percaya dibawa terhadap Perdana Menteri
dan Perdana Menteri meletakkan jawatan, semua menteri-
menteri dalam kabinet mestilah bersama-sama meletakkan
jawatannya.

• Artikel 43 (3) : Kabinet bersama bertanggungjawab kepada


Parlimen
Bagaimana tanggungjawab Kabinet terhadap Parlimen
dilaksanakan:
a) Soal-jawab dalam Parlimen :
setiap ahli Parlimen boleh menyoal mana-mana menteri
tentang perjalanan kementeriannya
b) Perdebatan atas Titah Ucapan Diraja, atas belanjawan dan atas
laporan Jawatankuasa Akaun Umum
c) Satu usul boleh dikemukakan meminta supaya perbincangan
mengenai satu-satu hal ditangguhkan bagi maksud
membincangkan sesuatu hal tertentu mengenai kepentingan
orang ramai dan berkehendak disegerakan.
d) Ucapan penanguhan di akhir persidangan
• Setakat mana tanggungjawab Kabinet terhadap Parlimen berkesan
di Malaysia :

Faktor-faktor yang perlu diambil kira :

a) Kekuatan parti pemerintah dalam Parlimen


b) Kewujudan anggapan dalam masyarakat bahawa menteri yang
tidak bertindak secara betul mengenai kementeriannya
hendaklah meletakkan jawatannya
c) Kesediaan ahli-ahli politik untuk membahaskan perkara-perkara
kepentingan awam secara terbuka dan ikhlas
• Mesyuarat kabinet diadakan pada setiap hari rabu pagi. Semua
menteri diminta untuk hadir ke mesyuarat
 Boleh diwakilkan kepada Timbalan menteri atau Setiausaha
Parlimen
 Setiausaha Mesyuarat : Ketua Setiausaha Negara (KSN)
 Setiausaha tetap kepada JPM bertindak sebagai Ketua Sekretariat
Kabinet
• Bagi membantu menteri-menteri melaksanakan tugas masing-masing,
Perlembagaan Persekutuan juga memperuntukan bahawa YDPA akan
melantik :
 Timbalan-timbalan menteri atas nasihat PM (Perkara 43(A)
• Membantu menteri
• Sama ada dari Dewan Rakyat atau Dewan Negara
 Setiausaha Parlimen dilantik oleh PM mengikut Perkara 43(B[1])
• Membantu Menteri dan Timbalan Menteri
• Apabila jalankan tugas, punyai kuasa penuh seorang Menteri
dan Timbalan Menteri (Perkara 43(B[2]).
 Sebilangan setiausaha politik yang difikirkan perlu oleh PM
(Perkara 43(C).
• Sesiapa sahaja boleh dilantik.
Kementerian, Jabatan dan Badan-Badan Kerajaan

• Bagi melaksanakan tugas-tugas eksekutif kerajaan pusat, beberapa


buah kementerian, jabatan dan badan-badan kerajaan ditubuhkan.
 Bilangan bergantung kepada keadaan semasa dan kehendak PM
• Ada menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian, tetapi
diberi beberapa tanggungjawab tertentu, biasanya ditugaskan di JPM
dan dikenali sebagai Menteri Tanpa Berfortfolio
• Pada umumnya, terdapat dua jenis kementerian:
 Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan
 Kementerian Luar, Pertahanan, Kewangan
 Kementerian yang beroperasi di peringkat persekutuan dan negeri
 Kementerian Pelajaran, Kesihatan, Kerja Raya
• Setiap kementerian – bertanggungjawab mengubal dasar-dasar
kerajaan, merancang dan menyelaraskan rancangan pembangunan
ekonomi dan sosial.
Perkhidmatan Awam
• Ketua Setiausaha Negara – pegawai perkhidmatan awam tertinggi.
 Ketua semua kakitangan
 Penasihat dan pentadbir utama kepada PM.
• Ketua Setiausaha – ketuai Kementerian
 Penasihat utama menteri
 Dibantu oleh pegawai dan kakitangan awam pentadbiran.
• Jabatan-Jabatan Kerajaan – diketuai ketua Jabatan yang dikenali
sebagai Ketua Pengarah.
• Badan-Badan Berkanun – Pengerusi
 Agensi separuh kerajaan –
 Licinkan pentadbiran dan perlaksanaan program pembangunan
negara
 Miliki peruntukan kewangan sendiri dan kuasa autonomi tertentu
 DBP, MARA, FELDA, MARDI

Anda mungkin juga menyukai