Anda di halaman 1dari 5

KHIDMAT KOMUNITI

1.0 Definisi
Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap
individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri
2.0 Komponen utama
Terdapat lima komponen utama di dalam khidmat komuniti iaitu, kemudahan awam,
kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan juga penempatan di jabatan.
3.0 Tujuan Khidmat Komuniti
Diantara tujuannya ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin,
bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia
menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan
perpaduan dikalangan pelbagai kaum di Negara ini. Selain itu, ia juga memberi
peluang menikmati kehidupan bermasyarakat, memahami masalah masyarakat dan
mengambil bahagian dalam proses pembangunan sosial masyarakat. Tambahan
lagi, khidmat komuniti ini juga dapat membangunkan kemahiran, pengetahuan dan
nilai mengenai kesukarelaan. Manakala, bagi para peserta pula, mereka dapat
membina kebolehan menabur khidmat untuk komuniti sebagai generasi

yang

mempunyai kesedaran terhadap tanggung jawab sosial, berkesedaran sivik dan


mengutamakan

kehidupan

bermasyarakat

dan

seterusnya

menggalakkan

penglibatan para remaja dalam pertubuhan sosial khususnya pertubuhanpertubuhan belia.

4.0 Pelaksanaan & Laporan


4.1 Pendidikan Kekeluargaan

4.1.1 Pengertian Keluarga


Unit sosial terkecil dalam masyarakat, dimana anggota keluarga berkait
dalam suatu ikatan khusus untuk hidup bersama dalam ikatan perkawinan
dan saling menjaga keharmonisan hubungan satu dengan yang lain atau
hubungan silaturrahim.
4.1.2 Pengurusan diri
Pengurusan diri dapat membentuk jati diri, kecerdasan emosi dan
memahami

kepentingan

aspek-aspek

perhubungan

sesama

manusia yang dapat dipratikkan dalam tugas-tugas penyeliaan. Ia


juga dapat membentuk sahsiah diri serta keperibadian yang baik
dan telus.
4.1.3 Penampilan fizikal
Penampilan fizikal daripada raut wajah, pemakaian hinggalah kepada
pergerakan badan memberi pelbagai gambaran mengenai imej dan
personaliti seseorang. Untuk melihat pelbagai gambaran mengenai imej
dan personaliti seseorang itu, kita boleh melihatnya dari sudut air muka,
bibir, mata, pemakaian dan juga pergerakan anggota badan iaitu samada
berdiri, duduk dan berjalan.
4.1.4 Penampilan Peribadi
Penampilan peribadi merupakan perangai seseorang yang boleh dibaca
daripada luaran. Mempunyai hati dan budi bicara yang baik akan
mencerminkan kecantikan luaran. Amalan senyum selalu juga dapat
memberi pandangan yang baik terhadap masyarakat.

4.2 Pemakanan
Pemakanan ialah jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan. Makanan yang
seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kumpulan zat makanan
pada kadar yang cukup dan sesuai untuk menjalankan fungsi badan dengan

teratur. Makanan seimbang perlu kerana jika kekurangan atau berlebihan


sebarang jenis zat makanan boleh mengakibatkan kesihatan badan terganggu.
Bagi mendapatkan makanan yang dapat membekalkan semua zat yang
diperlukan, makanan yang diambil perlulah berpandukan Piramid Makanan
Malaysia. Berpandukan kepada piramid makanan kita boleh merancang
hidangan yang membekalkan zat makanan yang diperlukan dalam pemakanan
harian.

4.2.1 PIRAMID MAKANAN


Piramid makanan mengambarkan tentang jenis dan jumlah makanan yang
perlu diambil oleh seseorang individu .Terdapat 4 aras dalam Piramid
Makanan iaitu ARAS 1, ARAS 2, ARAS 3, ARAS 4 dan terdapat 5
kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang iaitu :

Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi (ARAS 1)


Kumpulan sayur-sayuran & buah-buahan (ARAS 2)
Kumpulan susu dan hasil tenusu (ARAS 3)
Kumpulan daging,ayam.telur,ikan & kekacang (ARAS 3)
Kumpulan minyak, lemak dan gula (ARAS 4)

4.3 Keselamatan Di Rumah Dan Di Pejabat


4.3.1 Pengertian keselamatan
Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan.
Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah
fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran
dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang
tidak diingini.
4.3.2 Keselamatan Di Rumah

Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari


kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanakkanak dan warga tua. Ramai rakyat di Malaysia yang tidak prihatin dan
tidak mengendahkan soal keselamatan di rumah. Mereka perlu menyedari
bahawa kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa membawa
kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.
4.3.3 Panduan
Terdapat pelbagai panduan yang boleh diikuti dan diamalkan untuk
mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diindini daripada
berlaku. Antaranya ialah, peralatan rumah yang tajam dan berbahaya mesti
dijauhkan daripada kanak-kanak. Selain tiu, perabot yang berbucu tajam
tidak sesuai bagi rumah yang mempunyai anak kecil kerana mereka
mungkin tercedera jika terjatuh atau terlanggar perabot berkenaan.
Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan
sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai. Para penghuni juga [erlu
memastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat
menyimpan makanan. Bekas berkunci juga boleh digunakan sebagai
tempat simpanan kerana ini dapat menyukarkan kanak-kanak untuk
membukanya. Selain itu, pastikan terdapatnya jalan keluar dari rumah
selain daripada pintu utama dan juga perlu mengelakkan memasang gril
yang sukar dibuka.
4.3.4 Keselamatan Di Tempat Kerja
Keselamatan di tempat kerja merujuk kepada keselamatan para pekerja
yang bekerja di dalam sesebuah premis atau syarikat. Persekitaran kerja
yang sihat dan selamat membantu pekerja dapat melakukan kerja-kerja
dengan betul dan meningkatkan produktiviti.
1. Jenis Kemalangan
a. Terjatuh dari tempat tinggi
(semasa menyusun atau menurunkan fail dari rak yang tinggi)
b. Terjatuh pada aras yang sama

tergelincir atau tersangkut pada halangan seperti wayar elektrik


atau permaidani rosak di lantai )
c. Kebakaran
(litar pintas, puntung rokok)
d. Terkena dengan permukaan panas atau arus elektrik
(wayar terdedah)
e. Terdedah pada bahan kimia
(gam, pelarut)
f. Terdedah pada sinaran [ultra ungu (Ultra Violet), cahaya
matahari yang berlebihan dan Unit Paparan Visual (Video Display
Unit)]
2. Langkah Keselamatan
Mempertingkatkan kekemasan (housekeeping) tempat kerja
Menyusunatur kelengkapan pejabat dengan baik
Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan

penguatkuasaan (contoh: larangan merokok)


Menyediakan laluan yang mencukupi

serta

Anda mungkin juga menyukai