Anda di halaman 1dari 2

a) Model Akibat Logikal Dreikurs.

Model ini telah diasaskan oleh Rudolf Dreikurs (1897-1972). Menurut Haliza
Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel di dalam bukunya yang bertajuk
Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, model yang telah diasaskan oleh
Rudolf

Dreikurs

telah

menekankan

kepentingan

guru

memberikan

kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama


menjaga displin di dalam bilik darjah. Malah, murid-murid juga harus diberi
autonomi untuk membincangkan salah laku di dalam bilik darjah serta
membantu menguatkuasakan peraturan di dalam bilik darjah. Selain itu,
murid-murid juga boleh dibimbing untuk saling mengingati antara satu sama
lain berkaitan peraturan yang telah ditetapkan. Ini adalah kerana jika mereka
mengamalkan peraturan tersebut, masalah displin di kalangan murid-murid
dapat dikurangkan.
Displin dapat dilihat melalui kawalan kendiri murid-murid itu sendiri
terhadap kepentingan persekitaran mereka. Oleh itu, displin yang berkualiti
terbentuk di dalam bilik darjah yang mengamalkan sistem demokrasi melalui
peranan guru dan murid itu sendiri iaitu adakah mereka dapat bekerjasama
untuk membuat keputusan dalam pengurusan bilik darjah. Oleh itu,
pengurusan displin yang baik tidak boleh terbentuk di dalam suasana yang
bersifat autokratik atau permisif. Bersifat autokratik bermaksud guru
membuat semua keputusan terhadap murid-murid tanpa memberikan ruang
kepada murid untuk memberikan pandangan mereka. Manakala suasana bilik
darjah yang bersifat permisif pula adalah guru gagal memastikan murid
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
Di samping itu, rasa kepunyaan murid-murid terhadap bilik darjah juga
merupakan matlamat utama kepada pembentukan tingkah laku seseorang
murid. Contohnya, seseorang murid akan berasa dipunyai apabila guru dan
rakan-rakan memberikan perhatian dan menghormati hak mereka dengan
melibatkan diri dalam melakukan aktiviti bilik darjah. Manakala seseorang
murid akan merasakan diri mereka gagal mendapat rasa kepunyaan apabila
guru dan rakan-rakan tidak memberikan perhatian kepada diri mereka. Oleh
itu mereka akan menggunakan cara yang salah untuk memenuhi keperluan
tersebut. Misalnya, mereka akan cuba menarik perhatian guru dan rakan,
mencabar tahap kesabaran guru, membalas dendam kepada rakan

dan

menunjukkan kelemahan diri mereka.


1

Menurut Haliza Hamzah dan Joy Nesamalar Samuel di dalam bukunya


yang bertajuk Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku, Dreikurs mendapati
bahawa tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif mendapatkan
perhatian,

mencabar

kuasa,

membalas

dendam

dan

mempamerkan

kekurangan. Tingkah laku yang berpunca daripada motif mendapatkan


perhatian adalah apabila murid sering membuat kesalahan yang menundang
kepada kemarahan guru. Antaranya adalah mengetuk meja tanpa sebab,
bercakap

dengan

memberikan

murid

tumpuan

lain

semasa

semasa
proses

guru

sedang

pengajaran

mengajar,

dan

tidak

pembelajaran

berlangsung, malas dan tidak membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.
Tidakan-tindakan ini akan mengundang kemarahan guru dan sakit hati guru
dan rakan sekelas. Oleh itu, bagi menangani masalah ini, guru perlu mencari
punca kepada salah laku murid tersebut.
Motif yang kedua yang menjadi punca kepada masalah tingkah laku
murid adalah mencabar kuasa iaitu perebutan kuasa diantara murid dan
guru.

Anda mungkin juga menyukai