Anda di halaman 1dari 6

BAB 4: PENGURUSAN DISIPLIN BILIK DARJAH

PENGENALAN

pengetahuan tentang model-model pengurusan disiplin dan cara-cara pelaksanaannya mungkin dapat
dijadikan panduan oleh guru-guru dalam menguruskan bilik darjah dengan berkesan

KONSEP DISIPLIN BILIK DARJAH

disiplin merupakan satu set peraturan yang dikenakan kepada murid-murid untuk mengawal dan
mendapatkan tingkahlaku yang diingini

MODEL PENGURUSAN DISIPLIN


MODEL MODIFIKASI TINGKAH LAKU oleh B.F.SKINNER
MODEL DISIPLIN ASERTIF oleh LEE CANTER
MODEL AKIBAT LOGIKAL oleh RUDOLF DREIKURS
MODEL PENGURUSAN KELOMPOK oleh JACOB S. KOUNIN
MODEL TERAPI REALITI oleh WILLIAM GLASSER

Model modifikasi tingkah laku B.F.Skinner


a. Menggunakan prinsip peneguhan yang menggunakan elemen-elemen luaran untuk meningkatkan
tingkah laku yang diingini
b. Terdapat dua jenis peneguhan
- peneguhan positi-hadiah, pujian, markah merit dsbg (meningkatkan tingkah laku murid yang diingini)

- peneguhan negatif-majalah, komik dikeluarkan supaya murid-murid kembali menunjukkan tingkah laku
yang diingini.
c. Peneguhan berbeza dengan dendaan
d. Peneguhan berkala

Kebaikan dan kelemahan model ini


hasil pantas tetapi tidak kekal lama
lebih memenuhi keperluan motivasi esentrik iaitu bergantung kepada elemen ganjaran
untuk jangka masa panjang ini boleh mengakibatkan motif murid bertukar
murid lebih teruja mendapat ganjaran daripa ilmu

Model disiplin asertif Canter


berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat
daripada tingkah laku yang ditunjukkan
Canter menekankan tentang hak guru dan murid dalam pengurusan bilik darjah. hak murid untuk belajar
dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif dan hak guru untuk mengajar tanpa gangguan. oleh itu
penguatkuasaan peraturan perlu untuk memastikan aktiviti bilik darjah berjalan lancar
pengurusan bilik darjah perlu dilakukan secara asertif (berkeyakinan dan tegas). beri peneguhan yang
sesuai untuk tingkah laku yang diingini.

Terdapat tiga jenis guru


guru yang agresif: lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur
guru tidak asertif: menggunakan pendekatan pasif, todak konsisten dan mengelirukan.
guru asertif: jelas dengan matlamat pengurusan, yakin dan tegas dalam menetapkan peraturan. pada
masa yang sama, guru asertif mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid

Langkah-langkah penerangan pelan pengurusan bilik darjah


penerangan peraturan
cara pelaksanaan peraturan
semak kefahaman murid
maklumkan tentang ganjaran
penerangan tentang tindakan pembetulan
cara tindakan pembetulan dikenakan

semak kefahaman murid

Cara mengenakan tindakan pembetulan kepada murid


bertindak dengan tenang
konsisten
berikan peneguhan untuk tingkah laku yang diingini
beri peluang kepada murid meluahkan perasaan
teguran secara langsung untuk murid peringkat rendah
tegur secara individu untuk murid yang lebih dewasa

Murid bermasalah
perlu ditangani dengan berhemah
paling sukar ditangani tetapi perlukan paling banyak perhatian
guru perlu dapatkan kepercayaan murid, beri perhatian dan berusaha untuk berinteraksi dengan murid

Model akibat logikal Dreikurs


menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada murid-murid
untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.
guru perlu mengenalpasti punca salah laku. murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam
bilik darjah
murid perlu dilatih untuk mendapatkan kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar
amalan demokrasi perlu diaplikasikan

Tingkah laku bermasalah berpunca daripada motif-motif berikut:


mendapatkan perhatian
mencabar kuasa
membalas dendam
mempamerkan kekurangan

Cara komunikasi guru yang berkesan untuk menangani salah laku


berkomunikasi perkara yang positif
galak peningkatan murid

kenal pasti kelemahan murid


belajar daripada kesilapan
percaya kebolehan murid
bekerjasama
rasa bangga pencapaian murid
optimis
beri galakan dan motivasi

Model pengurusan kelompok Kounin


menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah
guru perlu mempunyai withitness iaitu berupaya mengawal dan menyelia lebih daripada satu aktiviti bilik
darjah dalam satu masa. kebolehan guru melakuakan dua tindakan pada satu masa digelar pertindanan
kesan gelombang (ripple effect) kesan daripada teguran atau tidakan guru terhadap seseorang murid
yang melakukan salah laku. kesan gelombang akan lebih efektif sekiranya guru membuat tindakan
dengan jelas, tegas dan serius
guru perlu mengawasi persekitaran bilik darjah pada setiap masa
kelancaran dan pelaksanaan aktiviti perlu untuk pengurusan bilik darjah yang baik. guru harus elakkan
penerangan yang meleret, iaitu mengulang perkara-perkara yang tidak perlu dan melakukan fragmentasi
fragmentasi berlaku apabila guru memecahkan unit-unit kecil sedangkan pelajaran itu dapat dijalankan
secara menyeluruh
momentum pengajaran yang baik akan membantu murid untuk bersedia melibatkan diri dalam aktiviti
p&p
momentum merujuk kepada keadaan di mana guru memulakan pengajaran dengan lancar, melakukan
peralihan antara aktiviti p&p dengan cekap dan membuat penutup dengan menyimpulkan pengajaran
pada hari itu dengan berkesan

Model terapi realiti oleh William Glasser


a. Asas utama kepada model ini ialah setiap tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu berasaskan
pilihan yang dibuat
b. Pilihan yang dibuat oleh individu berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka
c. Menurut Glasser, masalah tingkah laku di dalam bilik darjah berlaku akibat daripada murid-murid bosan
atau tidak puas hati dengan jangkaan guru di dalam bilik darjah, keadan persekitaran yang menyebabkan
murid gagal memenuhi keperluan asas mereka di sekolah.

d. Keperluan-keperluan asas
- kasih sayang
- mempunyai kuasa dan kawalan
- kebebasan
- keseronokan
e. Model terapi realiti yang merupakan satu teknik kausenling untuk membantu individu meneroka
kemahuan diri, membuat refleksi tentang apa yang sedang dilakukan dan membuat perancangan
tent;ang kehendak sebenar mereka pada masa akan datang
f. Melalui terapi realiti, guru dapat:
- membantu murid kenal pasti akibat tingkah laku yang ditunjukkan
- pastikan akibat realiti atau dipilih oleh murid
- kemukakan pelan perancangan untuk membantu murid mengurus tingkah laku
- bertindak sebagai pembimbing murid
g. Terapi realiti membantu murid mengenal realiti kehidupan dalam memenuhi keperluan mereke
mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

Kurikulum yang berkualiti


akan meningkatkan mutu pendidikan
kurikulum ini bermula dengan perancangan yang berkesan, permulaan pengajaran yang memotivasikan
murid, perbincangan yang berpusatkan murid dan beri peluang kepada murid untuk memahami dan
meneroka yang diajar

Kualiti pengajaran
persekitaran bilikdarjah yang tenang dan kondusif
guru perlu lebih sifat sebagai pembimbing bukan pengarah
tugasan-tugasan p&p perlu yang berkaitan dengan kehidupan seharian murid
berikan galakan kepada murid untuk memberikan yang terbaik
beri peluang kepada murid untuk menilai kerja masing-masing dan memperbaikinya

Guru yang membimbing akan:


memahami murid
menyediakan aktiviti p&p yang menyeronokkan
berbincang dengan murid

menggalakkan murid meneroka p&p


menyediakan bahan bantu belajar yang berkesan
menunjukkan kaedah yang terbaik untuk mendapat hasil pembelajaran

Membina bilik darjah yang berkualiti


tabiat - elakkan mengamal tabiat buruk ganti dengan tabiat yang boleh kekalkan hubungan baik
mesej- sampaikan mesej kepada murid tentang hasrat dan pendirian
bina hubungan dengan guru murid
peraturan kelas
elakkan daripada menggunakan kawalan luaran seperti mendenda, mengarah atau mengancam murid
apabila timbul masalah
pengetahuan
kompentensi
kualiti
penilaian
kefahaman dan penggunaan

Anda mungkin juga menyukai