Anda di halaman 1dari 2

SEJARAH BOLA KERANJANG DI MALAYSIA

Seperti kebanyakan permainan, bola keranjang juga


adalah satu lagi sukan yang di bawa masuk dari negara luar ke negara kita.
Bagaimanapun tidak ada catatan atau rekod yang kukuh atau nyata untuk membuktikan
tarikh kedatangan permainan ini ke sini. Bagaimanapun adalah dipercayai bahawa bola
keranjang diperkenalkan ke negara kita pada awal abad ke-20 oleh orang Inggeris.
Penduduk tempatan yang melihat permainan ini kali pertama kurang berminat untuk
bermain permainan ini. Namun begitu, ahli-ahli beberapa kelab rekreasi di beberapa
bandar utama seperti Kuala Lumpur, Singapura, Ipoh, dan Pulau Pinang bermain
permainan ini. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada orang Inggeris dan orang Cina.
Sambutan dingin dalam beberapa dekad awal bola keranjang diperkenalkan sehingga
Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun selepas itu bola keranjang mula diperkenalkan ke
sekolah-sekolah terutamanya sekolah Cina. Bagi memudahkan usaha
mengembangkan permainan ini ke merata tempat di negara ini, telah ditubuhkan
persatuan khususnya untuk permainan ini di peringkat kebangsaan. Penubuhan
persatuan ini bermula pada awal tahun 1960-an. Persatuan ini dinamakan sebagai
Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA). Persatuan ini di tubuhkan dengan tujuan
memudahkan usaha untuk mempopularkan permainan ini ke negeri-negeri di seluruh
negara dan lebih-lebih lagi menarik peminat di kalangan masyarakat bukan Cina.
Langkah awal MABA ialah menganjurkan pertandingan bola keranjang antara negeri.
Untuk menarik minat lebih ramai ahli sukan mengambil bahagian, sebuah piala
dihadiahkan oleh Yang Dipertuan Agong dinamakan sebagai Piala Agong menjadi piala
rebutan. Pertandingan ini dimulakan pada pertengahan 1960-an.
Jika dilihat sambutan terhadap sukan ini secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan
bahawa bola keranjang merupakan satu lagi permainan yang berjaya menarik
sebilangan besar penduduk negara ini. Walau bagaimanapun kebanyakan daripada
mereka yang menunjukkan minat pada sukan ini adalah merupakan kaum Cina.

Anda mungkin juga menyukai