Anda di halaman 1dari 12

1.

0 PENDAHULUAN

Teknologi dan sukan bukan lagi satu perkara yang asing bagi kita di Negara ini .
Malah teknologi merupakan satu elemen yang penting dalam membantu
manusia menjadikan sukan menjadi lebih seronok serta menarik.

Menurut kamus dewan edisi terbaru sukan bermaksud


pertandingan,perlawanan atau perlumbaan.Manakala teknologi

merupakan satu kajian yang menggunakan pengetahuan sains untuk tujuan


praktis dalam industri,pertanian,perubatan,perniagaan dan sebagainya.Selain itu,
teknologi juga merupakan ilmu mengenai cara mencipta barang-barang dalam
perusahaan seperti bangunan dan jentera.

Seterusnya teknologi dalam sukan didefinisikan sebagai pembangunan


dan penggunaan alatan, mesin serta bahan dan proses untuk menyelesaikan
masalah manusia dalam menjalankan aktiviti fizikal yang melibatkan pelbagai
tujuan seperti pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran dan
kecemerlangan dalam sesuatu perkara khususnya dalam bidang sukan.

Oleh itu kita dapat lihat bahawa teknologi dalam sukan amat penting
sekali kerana ianya dapat melahirkan keseronokan dalam kalangan atlet dan
penggemar sukan di Negara ini.Malah teknologi dalam sukan juga banyak
memberi manfaat kepada semua orang terutamanya atlet kerana ia dapat
mengoptimumkan keupayaan seseorang atlet tersebut serta ianya dapat
memastikan latihan yang dijalankan oleh atlet sesuai untuk membantu atlet
tersebut meningkatkan pencapaian mereka.Malah ianya juga dapat membantu
atlet atau jurulatih merancang strategi-strategi yang sesuai untuk pertandingan
yang bakal dihadapi sertaianya dapat memastikan atlet tidak mengalami latihan
yang melampau yag dapat menjejaskan pretasi mereka.

1
2.0 TEKNOLOGI DALAM SUKAN

Seperti yang kita sedia maklum bahawa pada hari ini, kecanggihan teknologi
memang tak dapat disangkalkan lagi.Bumi berputar dan dunia semakin moden
jadi teknologi pun bertambahlah canggih dan moden. Sehinggakan dalam mana-
mana bidang sekalipun teknologi sangat diperlukan kerana ianya banyak
membantu manusia memudahkan perkerjaan harian mereka ,termasuklah dalam
bidang sukan.

Teknologi dalam sukan pada zaman sekarang amatlah diperlukan kerana


dengan teknologi ini, sesuatu sukan menjadi lebih menarik ,teratur, selamat dan
tepat. Malah teknologi dalam sukan jugak juga mampu menarik perhatian orang
ramai untuk mencuba sesuatu sukan yang baru contohnya Woodball yang
semakin mendapat tempat dalam cabang sukan di Negara kita padan hari ini,

JIka kita lihat pada hari ini banyak sukan yang memerlukan sokongan
teknologi dalam meningkatkan mutu sukan tersebut serta
meningkatkan lagi percapaian atlet dalam
dalam sesuatu bidang sukan yang mereka
ceburi. Antaranya ialah sukan yang
melibatkan perlumbaan seperti basikal,
formula one dan olahraga. Dimana dalam
situasi ini pemenang tidak dapat ditentukan
dengan mata kasar dan ianya memerlukan
teknologi untuk menentukan pemenang melalui catatan masa dan gambar yang
Rajah 1:Pelari pecut
diambil pada garisan penamat. Dengan ini mutu sesuatu sukan menjadi lebih
baik dan keputusan yang diperolehi juga akan menjadi lebih telus dan berkualiti.

Seterusnya pernahkah kita terfikir dan membayangkan gaya dan bentuk seluar
sukan bolasepak boleh berubah begitu ketara dengan apa yang ada dan
digunakan oleh pasukan bolasepak kini. Bentuk seluar dan jersey yang agak
besar dan longgar kini begitu berbeza dengan apa yang dipakai oleh pemain
bolasepak di era 1970-an dan 1980-an yang lebih ketat dan sempit. Begitu juga
dengan pakaian atlet olahraga dan pelumba basikal begitu ketat dan licin

2
permukaannya. Ini disebabkan pakaian seperti itu dapat mengurangkan
rintangan udara dan sekaligus membantu atlet mencipta masa yang lebih baik
dan lebih cemerlang (Cheah Swee Ming, 1995).

Fenomena yang sama boleh dilihat dalam sukan renang. Kemajuan yang
begitu pesat dalam semua aspek
yang berkaitan dengan

sukan

Rajah 2 :Permain bola 1970an- dan


1980-an
renang bukanlah perkembangan semula jadi.
Kemajuan teknologi pakaian renang dan
pengetahuan sains sukan seperti mencukur
Rajah 3 :Pakaian renang
rambut dan bulu badan untuk mengurangkan rintangan air di antara kemajuan
modern
dan perkembangan teknologi sukan yang diaplikasikan dalam sukan renang.
Kain jenis lycra dan spandex yang digunakan untuk pakaian renang sekarang
adalah amat licin dan dapat mengurangkan geseran air (Cheah Swee Ming,
1995). Ini membolehkan perenang mencatatkan masa yang lebih pantas. Begitu
juga dengan pakaian renang yang dibuat dari neoprene yang telah banyak
membantu sukan air kerana ia dapat memberi perlindungan dari kesejukan
sekiranya basah. Di samping itu, pakaian renang lelaki dan wanita kini semakin
kecil untuk mengurangkan rintangan air.

Teknologi dalam sukan renang juga boleh diperhatikan pada setiap renang
digaris oleh satu talian cakera-cakera kecil yang
boleh berputar untuk memastikan
permukaan iar dalam lorong
sentiasa tenang. Putaran-putaran
cakera berkenaan dapat
menghapuskan sebarang ombak
Rajah 4:
kecil yang boleh menjadi rintangan kepada Kawasan(Cheah
perenang renangSwee
digaris dengan
Ming, 1995).
talian cakera
3
Kemajuan dan perkembangan terkini dalam teknologi sukan juga boleh dilihat
hasil penciptaan kasut sukan yang bermutu
tinggi. Kasut moden dicipta dengan
menggunakan teknologi canggih. Kesemua
lapisan kasut dicipta untuk keselesaan dan
keselamatan anda. Kasut termahal yang
pernah dicipta ialah kasut pecut yang
digunakan oleh Carl Lewis semasa
mencatat masa 9.86 saat dalam acara 100m
di Kejohanan Olahraga Dunia di Tokyo pada tahun
Rajah 5:Carl Lewis menggunakan kasut
1991. Harga kasut tersebut ialah USD80,000 (RM230,000) iaitu harga sebuah
modern pecut
kereta mewah Porsche di Amerika Syarikat dan ataupun enam buah kereta
proton saga di Malaysia. Kasut ini Cuma 115g berat dan memakan masa
setahun untuk dicipta walaupun dengan bantuan komputer. Ianya boleh dilipat
seperti sapu tangan dan apabila digunakan, mengikut Lewis, rasanya adalah
seperti berkaki ayam.

Selain itu dengan adanya teknologi pada hari ini setiap sukan dapat
disiarkan di televisyen dan sekali gus mempromosikan sukan tersebut kepada
masyarakat malaysia serta dapat menarik minat masyarakat khususnya
golongan belia untuk menceburi dalam bidang sukan tersebut contohnya sukan
sukan yang tidak begitu popular di Malaysia seperti sukan kriket, ragbi, sofbol,
bola baling ,bola tampar dan sebagaiya.Di samping itu juga dengan adanya
teknologi ini juga kita dapat melihat secara langsung perlawanan yang yang
bertaraf antarabangsa dikaca-kaca televisyen seperti FIFA,Sukan Olimpik,Sukan
Komanwel,Sukan Sea dan sebagainya lagi dengan ini kita dapat lihat bagaimana

4
corak permainan ,strategi serta teknologi yang di digunakan oleh
negara asing.

Seterusnya seperti yang kita lihat pada


hari ini banyak syarikat korporat menaja
sukan yang mereka mahu dan secara
tidak lansung mereka mendapat

keuntungan melalui cara promosi mereka seperti di Rajah 6:Televisyen


iklan televisyen, baju ahli sukan tersebut dan lain -
lain lagi.Contohnya seperti kita dapat lihat seperti
Rajah 7 :DatoVida bersama
syarikat Nike, Adidas, Tag Heuer dan Standard pasukan bola sepak kelantan
Chartered menaja banyak sukan di dunia dan ianya tidak hanya bermotif untuk
mempopularkan jenama produk mereka tetapi mereka jugak mempopularkan
sukan tersebut.Begitu juga fenomena di Negara kita pada hari ini dimana banyak
syarikat koparat tempatan mula berminat menaja kelab sukan seperti kelab bola
sepak Kelantan yang telah ditaja oleh Vida Beauty baru-baru ini.

Seterusnya penggunaan internet juga penting dalam meningkatkan popularity


sesebuah sukan tersebut dengan adanya penggunaan iklan, blog dan laman
web dapat meningkatkan minat seseorang terhadap sukan. Lebih-lebih lagi pada
hari ini dimana budak-budak sudah didedahkan dengan teknologi seperti
internet pada seawal usia mereka Selain itu dengan adanya internet kanak-
kanak ini dapat bermain permainan secara atas talian seperti Street Soccer,FIFA
dan sebagainya.Apabila kanak-kanak ini merasa keseronokan bermain secara
online mereka mungkin akan beralih kepada permainan secara realiti pula.Jadi
disitu kita dapat lihat kelebihan teknologi dalam meningkatkan minat orang ramai
dalam sukan

5
Pada aspek jurulatih pula, dengan adanya alat
bantuan seperti Bowling Machine dalam sukan
kriket, sofbol dan besbol dapat membantu jurulatih
untuk melatih pemain pada jumlah yang ramai. Ini
secara tidak lansung juga tidak membosankan
pemain untuk menunggu giliran mereka untuk
memukul bola malah meningkatkan lagi kebolehan
mereka dalam membuat pukulan.
Rajah 8 :Bowling
Machine dimana satu teknologi
Dalam bidang rakaman untuk sukan juga tidak ketinggalan
baru telah dibangun iaitu Spiderweb Cam
teknologi ini memudahkan penganjur
perlawanan merakam perlawanan secara
menyeluruh dan kebiasaan teknologi ini digunakan
dalam acara olahraga,bola sepak,dan tenis.Spidercm ini dapat
menghasilkan pandanan 3 dimensi dan ianya mampu bergerak tanpa
dibatasi mengikut sudut yang dikehendaki oleh perakam yang menggunakan
Rajah 9 :Spiderweb
teknologi ini. Menurut Dato Hj Hasbullah Awang (2008) penggunaan Spiderweb
Cam ini adalah sangat bagus dalam memudahkan penonton bola sepak di
rumah untuk melihat perlawanan bola sepak dengan lebih baik.

Dengan adanya teknologi dalam


sukan maka terhasillah satu
peralatan yang membolehkan
orang kurang upaya (OKU) untuk
menjadi seoarag atlet larian
dengan menggunakan kaki palsu
yang lebih ringgan dan
selamat.Dari sini kita dapat lihat
bahawa teknologi amat penting
dalam menaikkan semangat orang kurang upaya untuk bersukan.
Rajah 10 :Kaki palsu untuk
pelari OKU

6
Seterusya dalam sukan bola sepak juga tidak jauh ketinggalan
dari segi teknologi dimana telah dihasilkan satu bola sepak
yang menggunakan Teknologi interactive detection
system GPS dimana ianya mengeluarkan cahaya warna
apabila bola di posisi off-side dan apabila goal
dijaringkan malah sensor yang ada juga boleh
Rajah 11: interactive
mencatat seluruh kegiatan pertandingan bermula dari kepantasan
detection systemdan
GPSberapa
jauh bola bergerak maka dengan ini pelawanan bola sepak juga akan lebih adil
dan menarik.

Antara peralatan sukan lain yang telah menggunakan sumber


teknologi adalah seperti Electronic Table Tennis
Machine, Golf Club Ball Launcer, Tennis Ball Launcer, dan
lain-lain. Fungsi utama peralatan-peralatan ini adalah untuk melatih
dan membantu atlet menjalani latihan kemahiran memukul
bola. Ini seterusnya dapat membantu jurulatih untuk
meningkatkan prestasi atlet dengan memerhatikan
persembahan atlet semasa latihan dijalankan serta dapat
Rajah 12 : Electronic
mengesan kesilapan yang dilakukan oleh atlet Table
dan Tennis Machine
seterusnya membaiki kesilapan tersebut. Menurut Ong Kong Swee dan Wee Eng
Hoe (2006), seseorang jurulatih melakukan pemerhatian semasa sesi latihan dan
semasa perlawanan untuk melihat kekuatan dan kelemahan setiap atlet.

7
Semasa temasya sukan olimpik
yang lalu satu Skrin yang berkualiti tinggi
telah disediakan dalam bilik kawalan
kawasan tapak Sukan Olimpik ianya
menggunakan teknologi laser yang
canggih dan Warna yang ditayangkan oleh
skrin laser lebih jelas, namun sumber
tenaga yang digunakan
Rajah 13 olehnya hanyaSukan
:Score Board 1/4 berbanding set TV biasa dimana ianya lebih
Olimpik
menjimatkan.Malah dengan penggunaan cahaya laser dalam pembuatan skrin,
manusia akan dapat menikmati sebahagian besar jenis warna yang ada dan score juga
jelas kelihatan dari jarak yang jauh.

Seterusnya teknologi sukan yag telah dicipta oleh sekumpulan penyelidik


sains sukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor berjaya
menghasilkan sebuah alat yang
dikenali sebagai Alat Pengujian
Ketangkasan Puzzle Heksagon.
Keistimewaan ciptaan tersebut
adalah berkemampuan mengukur
tahap kecergasan diri seseorang
sekali gus menentukan jenis sukan
Rajah 14 : Alat Pengujian Ketangkasan Puzzle
yang sesuai disertai individu Heksagon

berkenaan. Sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis,
judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan
atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang
yang diperoleh daripada mesin tersebut.

Dengan kemajuan teknologi dalam sukan pada hari ini juga banyak
memberikan perubahan pada alatan sukan yang lama kepada yang lebih
modern contohnya seperti bola takraw yang dulunya diperbuat dari rotan namun
kini ianya denga bahan sintetik yang lebih tahan lama dan berkualiti

8
Sebelum selepas

Selain itu, dari segi gelaggang ataupun padang juga mengalami


tranformasi di mana pada satu masa lalu padang hanya menggunakan
rumput biasa dan ianya cepat rosak apabila terkena air ataupu panas
namun pada hari ini penggunaan rumput sintetik semakin berluasan
kerana ianya lebih taha lama dan penjagaannya juga lebih senang dari
rumput biasa ataupu asli.

Sebelum selepas

Seterusya dalam sukan sofball


juga mengalami perubahan dari segi
alatanya ini semua kerana peredaran
teknologi pada hari ini.Seperti yang tahu
jika dahulu atlet sofball menggunakan
pemukul jenis kayu untuk memukul bola
dan ianya terasa berat dan untuk

9
membuat hayunan yang kuat mestilah menggunakan kekuatan tangan
yang kuat namun hari ini dengan berkat teknologi pemukul kayu telah
digantikan dengan pemukul aluminium yag jauh lebih ringan dan berkualiti
.Malah pukulan yang dihasilkan juga lebih berkualiti dan baik.

Seterusya dalam bidang kesihatan sukan pula pada hari ini semakin
banyak alatan yang dicipta khas untuk menguji tahap kesihatan para atlet .Ianya
adalah bertujuan untuk memastikan kesihatan para atlet
sentiasa di tahap yang sangat baik,Antara
teknologi sukan tersebut
adalah Alat mengesan paras oksigen,
Ianya sangat Sebelum
penting kepada selepas

para atlet kerana para atlet


boleh memastikan tahap oksigen
di dalam badan mereka sentiasa berada dalam
keaadan yang cukup.Malah ianya juga penting untuk memastikan
Rajah 15 : Alat mengesan paras oksigen
tahap kecerdasan badan sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan sihat
Alat ini juga boleh digunakan oleh paramedik untuk melakukan kerja-kerja
menyelamat sekiranya berlaku kecemasan pada atlet dan ianya juga mesra
pengguna kerana ianya boleh dibawa kemana-mana.

Seterusnya lagi adalah Ultralong Electromagnetic Wave. Fungsi alat ini


termasuklah menahan sakit dan menghilangkan inflamasi,mengeluarkan toksin ,
menguruskan badan,mengaktifkan sel darah dan mencairkan darah beku serta
melancarkan peredaran sistem urat.Ultra Long Electromagnetic Wave Massager
adalah alat fisiologi yang senang diguna dan dibawa. Alat ini hanya perlu
digunakan di tempat sakit,tidak selesa, atau di mana ada penyakit,maka ia akan
membawa kesan perubatan yang baik. Antara ciri-ciri fizikal dan fungsi
perubatan alatan ini adalah melalui getaran dimana ianya dapat meningkatkan
denyutan jantung pesakit meningkatkan tenaga, oksigen dan kandungan sel
darah merah serta melancarkan peredaran darah .Malah ianya dapat

10
membersihkan kotoran sepanjang dinding pada saluran darah dan
melegakan kesakitan pada atlet yang tercedera ketika
bersukan.

Kesimpulanya dengan
perkembangan teknologi pada hari ini
semakin banyak teknologi dalam sukan
yang dihasilkan dan ianya semua bertujuan untuk
menjadikan sukan menjadi lebih menarik dan
Rajah 16: Ultralong
sekali gus menarik golongan muda pada hari ini untuk melibatkan diri dalam
sukan agar tubuh badan menjadi lebih sihat dan aktif. Selain itu,penggunaan alat
berteknologi kejuruteraan dan teknologi maklumat dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan jasmani dan sukan akan memberi impak yang baik
kepada pelajar dan atlet. Ianya juga membolehkan guru dan jurulatih membuat
persiapan dan perancangan setiap sesi latihan dengan lebih cekap, mudah,
berkesan dan diharapkan akan mencapai objektif pengajaran dan kejayaan
dalam bidang sukan tersebut. Rekacipta peralatan teknologi sukan yang canggih
akan membantu para pelajar atau atlet membuat persiapan yang sesuai sebelum
menyertai kelas PJK dan juga sebelum memulakan sesi latihan atau semasa
sesuatu kejohanan.

11
12

Anda mungkin juga menyukai