Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP

NAMA GURU PELATIH : AFIQ DZULFIQAR BIN ABDUL MALEK

PROGRAM : PISMP PENDIDIKAN KHAS

NAMA SEKOLAH : SK TAWANG BACHOK

NAMA PROJEK : ROGRAM TERAPI PSIKOMOTOR TEN PIN BOWLING

TEMPOH PELAKSAAN : 1 Ogos 2017 (1 HARI)

1.0 OBJEKTIF:

Objektif utama projek ini dijalankan adalah meningkatkan keupayaan psikomotor

kanak-kanak pendidikan khas. Permainan bowling banyak membantu meningkatkan

keupayaan dalam permasalahan psikomotor halus dan psikomotor kasar. Ini dapat

dilihat melalui aktiviti memegang bola, membaling, menggolek, berjalan dan berlari

yang terdapat dalam aktiviti permainan tersebut. Selain itu ia dapat meningkatkan

perkembangan sosial yang sihat serta memberi pengalaman kepada kanak-kanak

berkeperluan khas.

2.0 STRATEGI PELAKSANAAN:

2.1 Perancangan

Pada mulanya, saya telah berbincang dengan rakan interhip saya untuk

melaksanakan program ini , kerana saya dapati bahawa banyak kesan positif yang

akan murid pendidikan khas ini perolehi jika mengikuti program ini . Pertama sekali
saya telah bertemu dengan Penolong Kanan pendidikan khas , Encik Noorazman untuk

berbincang dengan beliau mengenai program ini. Beliau telah memberi persetujuan

untuk saya melaksanakan projek ini.Saya juga telah mengutarakan projek ini kepada

saya iaitu Pn.Yuni.Seterusnya, kami telah pergi berjumpa dengan guru besar untuk

pengesahan kertas kerja dan mendaptkan bajet

Setelah mendapatkan pengesahan dari Tuan Guru Besar saya telah membuat

surat untuk mencari tajaan makanan agar murid dapat makanan pada hari

kejadian.Segala aktiviti semasa program ini telah saya bincangkan bersama mentor

saya agar smuanya berjalan dengan lancar.

2.2 Pelaksanaan/Tindakan

Sebelum program ini dijalankan pada hari kejadian murid-murid

pendidikan khas telah diwajibkan untuk mengambil sarapan di kantin

sekolah bagi mengelakan murid lapar semasa dalam perjalanan hendak

ke PACIFIC BOWL KB MALL yang bertempat di KOTA BHARU dimana

untuk ke sana memakan masa 45 minit .Perjalanan telah dimulakan pada

pukul 9.00 pagi dan telah tiba di KB mall pada 9.45 pagi,sementara

menunggu Pacific Bowl KB MALL buka murid-murid telah dibawa bersiar-

siar terlebih dahulu di dalam Mall tersebut untuk meningkatkan keyakinan

mereka berdepan dengan masyarakat sekelilng mereka.

Tepat pada pukul 10-00 pagi terapi bowling telah

dimulakan,sebelum memulakan aktiviti terapi, aktiviti pemanasan badan

telah dibuat bagi mengelakkan kecederaan semasa melakukan aktiviti


terapi.Seterusnya sebelum memulakan terapi saya telah menunjukan

tunjuk cara untuk memegang bola bowling dengan betul agar murid dapat

bermain dengan cara yang betul serta menggunakan motor halus dan

kasar mereka secara maksimum semasa aktiviti terapi dijalankan.

Bagi memeriahkan lagi aktiviti terapi ini ianya telah dibuat dalam bentuk

pertandingan agar dapat meningkatkan semangat murid untuk bermain

antara mereka sendiri.

Setelah habis aktiviti terapi kami telah bergerak ke Mc Donald

untuk makan tenghari dan makanan pada hari tersebut telah ditaja oleh

Mc Donald kota bahru.Dari pemerhatian saya semua murid berpuas hati

dengan aktiviti terapi yang dijalankan pada hari tersebut dan mereka

sangat gembira kerana mendapat tajaan makanan dari Mc Donald.

2.3 Kekuatan

Kekuatan yang ada pada projek ini ialah saya mampu menyiapkan

draf dan kertas kerja dalam dua hari sahaja dan berbincang serta

mendapat persetujuan daripada Guru Besar.Murid dan guru mendapat

tajaan makanan dari Mc DONALD dan ini telah menjimatkan

pembelanjaan makanan.

Projek dapat dijalankan mengikut tentatif program yang telah dibuat oleh

saya dan semua objektif-objektif Berjaya dicapai dengan


2.4 Kelemahan

Kelamahan pada program ini adalah ada sesetengah murid tidak dapat

melakukan aktiviti terapi dengan baik kerana bola bowling terlalu besar

dan berat sehingga menyukarkan mereka untuk membaling bola tersebut.

Seterusnya pada sebelah pagi banyak murid tidak megambil makanan

yang telah disediakan kepada mereka sebelum bertolak ke KB Mall dan

ini telah menyebabakan banyak pembaziran makanan telah dilakukan

pada makanan tersebut dan ini juga menjadi masalah kepada guru

apabila murid tiba-tiba lapar ketika menjalankan aktiviti terapi.

2.5 Cadangan Penambahbaikan

Guru yang mengajar subjek Pendidikan Jasmani perlu menjalankan tugas

mereka. Mereka perlu mencatat bilangan peralatan yang mereka ambil dari stor dalam

buku rekod peralatan.Ini untuk mengelakkan buku itu menjadi satu hiasan di bilik

stor.Cara ini juga dapat mengelakkan berlakunya kehilangan atau kekurangan

peralatan. Mereka juga perlu menyimpan alatan dengan tersusun selepas

menggunakannya. Mereka boleh meminta pertolongan daripada murid untuk

menyimpan alatan tapi pastikan mereka menyimpannya dengan baik dan teratur.

Dengan kerjasama semua guru PJ dan murid mereka perlu membuat tagging

nama untuk rak-rak di dalam bilik stor ini. Ini akan memudahkan guru dan murid untuk

menyusun alatan mengikut nama itu dan tidak perlu meleta di merata-rata tempat.
Mereka juga boleh meminta murid untuk membuat gotong-royong sebulan sekali di stor

ini. Ini dapat memastikan bilik stor ini senantiasa dalam keadaan yang bersih.

Guru yang bertanggungjawab dengan kerjasama pihak sekolah boleh

menceriakan bilik stor ini dengan papan kenyataan. Papan kenyataan itu boleh

dilengkapi dengan carta organisasi jadual bertugas info sukan yang dapat memberi

manfaat kepada murid.

Selain itu, dengan inisiatif panitia PJ atau guru PJ mereka boleh menubuhkan

ahli jawatankuasa di kalangan murid bagi menjaga kebersihan bilik dan peralatan yang

terdapat di sana. Guru Panitia Pendidikan Jasmani harus memeriksa keadaan bilik stor

setiap sebulan dan membuat pelupusan pada alatan yang rosak dan tidak boleh guna

lagi.

2.6 Tindakan susulan :

Kami telah berunding dengan Guru Panitia Pendidikan Jasmani tentang hal stor

sukan. Kami telah memberitahu cadangan penambahbaikan kepadanya bagi membaiki

alatan sukan dalam bilik stor. Beliau bersetuju dengan cadangan kami dan berusaha

melaksanakan cadangan- cadangan itu .Kami juga menyusun atur alatan mengikut

tempat yang betul.

2.7 Kesimpulan :

Anda mungkin juga menyukai