Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BAWANG TIAN

96250 MATU
SARAWAK

KERTAS KERJA
SUKAN TARA
22 SEPTEMBER 2020

DISEDIAKAN OLEH:
AFIQ DZULFIQAR BIN ABDUL MALEK
SEKOLAH KEBANGSAAN BAWANG TIAN, MATU
1.0  PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu.


Melalui kegiatan sukan, pelaar-pelajar bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan
dalam bidang ini, malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan
serta dapat mendisiplinkan diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
sukan dilihat dapat menggalakkan pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari
aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan sosial . Atas kesedaran inilah,
maka  Sekolah Kebangsaan Bawang Tian akan mengadakan satu  Kejohanan
Sukantara Sekolah menjurus kepada pembentukan insan yang seimbang. Melalui
kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri pelajar-pelajar
Sekolah Kebangsaan Bawang Tian sekali gus mencapai ke arah matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. 

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Sukantara Sekolah ini diadakan adalah seperti berikut :

i) Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelajar dalam meyertai acara-


acara yang dipertandingkan dalam sesuatu kejohanan olahraga
ii) Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam acara-acara olahraga.
iii)  Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Sukantara ini berfokus untuk mendedahkan pelajar-pelajar dengan


acara-acara sukan olahraga serta memberikan pengalaman kepada mereka
menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat pelajar-
pelajar dalam acara sukan olahraga bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang
lebih tinggi.
4.0 OBJEKTIF

i)             Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.


ii)            Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing
iii)           Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv)           Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru.
v)            Menggilap bakat istimewa pelajar di dalam bidang sukan untuk diserlahkan kepada
peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh            : 22 September 2020


Masa             : 2.00 PETANG 5.30 PETANG
Tempat          : Padang Sekolah

6.0 SASARAN
Semua murid tahun 6
7.0 ANGGARAN PRBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1. Pingat
Pingat acara individu
i. Emas
ii. Perak
iii. Gangsa

2. Hamper
1. Juara 1 x RM 30 RM 30
2. Naib Juara 1 x RM 30 RM 30
3. Ketiga 1 x RM 30 RM 30
4. Keempat 1 x RM 30 RM 30

3. Pembelian kelengkapan padang


- Tali

4. Minuman RM 50 RM 50

Jumlah Besar

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN


Penasihat kejohanan : En. Ali Bin Likal

Pengurus Kejohanan : En. Ramzi Bin Junai

Pen. Pengurus Kejohanan : En Fazal Ahmad

Setiausaha : En. Afiq Dzulfiqar Bin Abdul Malek

Bendahari :

Publisiti dan Buku Program :

Perasmian dan Penutupan :

Hadiah & Cenderamata :

Juruacara :

Jurugambar : En. Abdullah Bin Sam

Disiplin :

Hakim lompat jauh :

Hakim lompat tinggi :

Hakim lontar peluru

Tugas Khas :

9.0 Acara Yang Dipertandingkan

1) lompat jauh

2) lontar peluru

3) lompat tinggi
10.0 PENUTUP

Kejohanan Sukantara Sekolah diharapkan dapat memberikan peluang kepada


semua pelajar Sekolah Menengah Agama Darul Ulum merasai sendiri pengalaman
menyertai sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat
meningkatkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar serta
menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara olahraga.

Disediakan oleh,

(Amar Jairani)

Setiausaha,

Sukan & Ko-kurikulum,

SMA Darul Ulum

Disemak oleh

(Nazri Tamat)

PK Ko-kurikulum

SMA Darul Ulum


Diluluskan oleh,

(Tuan Haji Muhamad Ismail)

Pengetua,

SMA Darul Ulum

Anda mungkin juga menyukai