Anda di halaman 1dari 7

( No. Ruj.

: )

Yang Berusaha Tuan Pengetua,

Sekolah Menengah Agama Mahmudiah

KERTAS CADANGAN

SUKANTARA SMA MAHMUDIAH

SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAHMUDIAH, KUALA BERANG

TAHUN 2023

Tarikh :

1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Melalui


kegiatan sukan, pelajar bukan sahaja dapat mencapai kecemerlangan dalam kokurikulum,
malah juga dalam pengalaman lain seperti sosial, kepimpinan serta dapat mendisiplinkan
diri. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sukan dilihat dapat menggalakkan
pertumbuhan kanak-kanak yang cemerlang dari aspek intelek, jasmani, rohani, emosi dan
sosial . Atas kesedaran inilah, maka Sekolah Menengah Agama Mahmudiah akan
mengadakan satu Kejohanan Sukantara Sekolah menjurus kepada pembentukan insan yang
seimbang. Melalui kejohanan ini diharapkan dapat menggalakkan pembangunan diri pelajar-
pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah sekali gus mencapai ke arah matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan Negara.

2.0 RASIONAL

Rasional Kejohanan Sukantara Sekolah ini diadakan adalah seperti berikut :


i. Memberikan pengalaman yang menyeluruh kepada pelajar Sekolah Menengah
Agama Mahmudiah dalam meyertai acara-acara yang dipertandingkan dalam
sesuatu kejohanan olahraga.
ii. Mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan pelajar dalam acara-acara
olahraga.
iii. Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

3.0 MATLAMAT

Kejohanan Sukantara ini berfokus untuk mendedahkan pelajar-pelajar Sekolah


Menengah Agama Mahmudiah dengan acara-acara sukan serta memberikan pengalaman
kepada mereka menyertainya sendiri. Selain itu, kejohanan ini juga untuk mencungkil bakat
pelajar-pelajar dalam acara sukan bagi mengetengahkan mereka ke tahap yang lebih tinggi.

4.0 OBJEKTIF
Melalui Kejohanan Sukantara ini, diharapkan guru pelatih dapat:
i. Menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar.
ii. Melahirkan insan yang sentiasa berdaya saing dan berlumba-lumba.
iii. Memupuk semangat bekerjasama dan berganding bahu di dalam satu pasukan.
iv. Memupuk semangat setia kawan dalam kalangan pelajar dan guru.
v. Menggilap bakat istimewa pelajar di dalam bidang sukan untuk diserlahkan
kepada peringkat yang lebih tinggi.

5.0 TARIKH, MASA DAN TEMPAT

Tarikh :21.1.2024 – 25.1.2024 ( Ahad -


Masa : 8.00 Pagi – 12 Tengahari
Tempat : Sekolah Menengah Agama Mahmudiah
6.0 SASARAN

Semua Pelajar Tingkatan 1 hingga 4 Sekolah Menengah Agama Mahmudiah.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1. Pingat

Pingat acara olahraga individu

i. Emas 54 x RM 3.70 RM 199.80


ii. Perak
54 x RM 3.70 RM 199.80
iii. Gangsa
15 x RM 3.70 RM 55.50

2. Hamper (Tarik Tali)

1. Juara 1 x RM 30 RM 30
2. Naib Juara
1 x RM 30 RM 30
3. Ketiga
4. Keempat 1 x RM 30 RM 30

1 x RM 30 RM 30

3. Pembelian minyak hitam RM 24.90


- Membuat garisan balapan

4. Minuman RM 50 RM 50
Jumlah Besar RM 650

8.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat kejohanan : Tuan Haji Muhamad b Ismail

Pengurus Kejohanan : En. Nazri bin Tamat

Pen. Pengurus Kejohanan : En. Omar Zakir b Ahmad

Setiausaha : En. Amar b. Jairani

Bendahari : Cik Nor Zakiyah bt Hamid

Publisiti dan Buku Program : Pn. Nor Hidayah bt Esa

Perasmian dan Penutupan : Haji Gunawan b Ramli

Hadiah & Cenderamata : Cik Nor Fazilah bt Hamid

Pn Noor Hafizah bt Ahmad

Juruacara : En. Muhammad Afiq Fikri b Mislan

Jurugambar : En. Muhammad Shahir b Yusoff

Penjaga Masa : En. Zakaria b Md Shah

Haji Ibrahim b Mohd Yasin

Pn. Ramlah bt Mahmood

Pelepas : En. Mohamad Ridzuan b Hamzah@Ya


Pen Pelepas : En. Muhammad Fareed bin Aliwee

Disiplin : En. Hatimi b Sayed

Pn. Kostiyah bt Mohd Salleh

Tugas Khas : Pn. Nurulhuda bt Hamzah

Cik Nurziatulliana bt Lias

9.0 Acara Yang Dipertandingkan

1) 100 M Lelaki Bawah 15 Tahun

2) 100 M Lelaki Bawah 18 Tahun

3) 200 M Lelaki Bawah 15 Tahun

4) 200 M Lelaki Bawah 18 Tahun

5) 4 x 100 M Lelaki Terbuka

6) 4 x 200 M Lelaki Terbuka

7) 200 M Berjalan Kaki Perempuan Terbuka

8) Lontar Peluru Lelaki Terbuka

9) Lontar Peluru Perempuan Terbuka

10) Tarik Tali Lelaki Terbuka

11) Futsal

12) Badminton Berpasukan Lelaki

13) Badminton Berpasukan Perempuan

14) Bola Jaring

15) Sepak Takraw

16) Ping Pong Lelaki


17) Ping Pong Perempuan

10.0 PENUTUP

Kejohanan Sukantara Sekolah diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua


pelajar Sekolah Menengah Agama Mahmudiah merasai sendiri pengalaman menyertai
sukan olahraga. Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat
persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar serta menggalakkan mereka untuk mewakili
sekolah dalam acara-acara sukan yang akan dipertandingkan pada masa akan datang

Disediakan oleh,

(Amar Jairani)

Setiausaha,

Sukan & Ko-kurikulum,

SMA Darul Ulum

Disemak oleh

(Nazri Tamat)

PK Ko-kurikulum

SMA Darul Ulum


Diluluskan oleh,

(Tuan Haji Muhamad Ismail)

Pengetua,

SMA Darul Ulum

Anda mungkin juga menyukai