Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH CEMERLANG 2020

KERTAS KERJA
PERMAINAN DALAMAN/INDOOR GAME
(SCRABBLE, SHAHIBA, CATUR DAN CATUR BISTARI)

1
1.0 PERMAINAN DALAMAN
Hari : Sepanjang Tahun
Masa : Waktu rehat, Waktu relief dan waktu kokurikulum
Tempat : Bilik Darjah

2.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 5

3.0 PENDAHULUAN
Kelab Permainan Dalaman SKARY merupakan sebuah kelab yang telah lama
ditubuhkan. Antara permainan yang wujud ialah catur, shahiba, scrabble,
congkak, saidina, batu seremban, dam haji, carrom dan permainan tradisonal.
Walaupun catur sering dipertandingkan, murid-murid SKARY amat kurang
pendedahan terhadap permainan catur. Permainan dalaman ini selaras dengan
hasrat mencungkil bakat yang ada dalam kalangan murid. Selain catur,
permainan dalaman lain juga amat kurang dipertandingkan. Ini menyebabkan
ahli kelab permainan dalaman kurang dari segi penyertaan aktiviti untuk
mendapat markah kokurikulum. Permainan dalaman ini merupakan satu cara
untuk mencungkil bakat murid dan dapat membantu mereka memperolehi
markah yang lebih baik. Selain daripada itu, permainan dalaman ini turut
bertujuan untuk memberi pengalaman dan pengenalan kepada murid mengenai
permainan tradisional yang menjadi warisan kita. Sekaligus, untuk mengangkat
budaya permainan dalaman agar tidak lapuk ditelan zaman. Melalui pengalaman
permainan dalaman, murid juga dapat meningkatkan kemahiran dalam mata
pelajaran Matematik dan Bahasa Inggeris.

4.0 RASIONAL
Pendedahan awal permainan dalaman dari peringkat sekolah rendah akan dapat
mengisi masa terluang dan menambah kemahiran dalam mata pelajaran
Matematik dan Bahasa Inggeris. Kekurangan pendedahan permainan dalaman di
peringkat sekolah rendah menyebabkan murid tidak dapat mengetengahkan
bakat mereka dan tidak dapat memperolehi markah kokurikulum yang baik.

2
5.0 MATLAMAT
Untuk memastikan semua murid berpeluang untuk mengetengahkan bakat yang
terpendam dan mengasah kemahiran dalam permainan, sekaligus meningkatkan
markah penyertaan aktiviti kokurikulum.

6.0 OBJEKTIF
1) Meningkatkan kemahiran dalam mata pelajaran Matematik dan Bahasa
Inggeris.
2) Mencungkil bakat dalam permainan seperti catur untuk diketengahkan di
peringkat yang lebih tinggi.
3) Memberi peluang kepada semua murid untuk menyertai pertandingan.
4) Mewujudkan interaksi antara ahli kelab.
5) Memupuk semangat kerjasama ahli melalui penganjuran pertandinga ini.
6) Menarik minat dan meningkatkan kehadiran murid.
7) Menanam semangat kesukanan dan budaya sukan.

7.0 JAWATANKUASA
Pengerusi : En Mohd Joehadi bin Haji Parcho
Timbalan Pengerusi : En Mahadzir bin Ibrahim
Naib Pengerusi : Pn Hjh Suhanah binti Ramlan
Pn Rafidah binti Md Yunos
Pn Norintan binti Mori
Penyelaras : En Abd Rahim bin Yassin
Ketua Penasihat : En Wizani bin Othman
Guru Penasihat : Pn. Nur Hifzan binti Muhamad Zanini
Pn Mai-Salomah binti Nazari
Pn Nor Azleen binti Shamshuddin
Pn Hjh Zalzulaina binti Sulaiman

3
8.0 CADANGAN PERUNTUKAN KEWANGAN
Perkara Jumlah
Bahan pertandingan
1) Set Scrabble 30 x RM 40 = RM 1200
2) Set Shahiba 30 x RM 40 = RM 1200
3) Set Catur 50 x RM 40 = RM 2000
4) Set Catur Bestari 10 x RM 90 = RM 900
Hadiah
1) Johan 4 x RM 30 = RM 120
2) Naib Johan 4 x RM 20 = RM 80
3) Ketiga 4 x RM 10 = RM 40
4) Saguhati 8 x RM 5 = RM 40
Sijil Penyertaan 100 x RM1 = RM 100
JUMLAH RM 5680

9.0 PENUTUP
Adalah diharapkan di akhir program ini murid akan dapat meningkatkan minat
terhadap permainan tersebut. Selain itu, semua peserta dapat mengetengahkan
bakat ke peringkat yang lebih tinggi seperti permainan catur. Program ini juga
dapat melahirkan kecenderungan murid dalam bidang kokurikulum selaras
dengan hasrat sekolah yang menginginkan kemenjadian murid selain dalam
bidang akademik bidang kokurikulum juga menjadi satu aspek yang perlu ada
untuk melahirkan murid yang cemerlang. Program ini juga diharapkan dapat
melahirkan murid yang berkebolehan dan akhirnya mampu menjana dan
membentuk barisan kepimpinan unit uniform, kelab dan persatuan, sukan dan
permainan murid yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif.

4
Disediakan oleh,

…………………………………….
(NUR HIFZAN BINTI MUHAMAD ZANINI)
Guru Penasihat Permainan Dalaman SKARY

Disemak oleh,

…………………………………….
(MAHADZIR BIN IBRAHIM)
GPK Kokurikulum SKARY

Diluluskan oleh,

………………………………………..
(MOHD JOEHADI BIN HAJI PARCHO)
Guru Besar SKARY

Anda mungkin juga menyukai